Monday, January 31, 2011

Remaja Sekarang

21 remaja bawah umur asyik berhibur ditahan


KUALA LUMPUR: Seramai 21 remaja bawah umur ditahan polis dalam satu serbuan di tiga pusat hiburan di Jalan Doraisamy, di sini awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, polis memeriksa hampir 100 pelanggan di premis berkenaan sebelum menahan semua remaja berkenaan.


Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata dalam serbuan itu, 21 remaja termasuk 13 perempuan ditahan manakala 12 pelanggan positif dadah jenis methaphetamine dan amphhetamine.

Menurutnya, siasatan mendapati, ada di kalangan remaja terbabit masih bersekolah dan dipercayai sering ke pusat hiburan berkenaan pada setiap hujung minggu untuk berhibur.


Katanya, semua remaja itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan sebelum penjaga atau ibu bapa mereka dihubungi bagi mengambil semua mereka.


Beliau berkata, dalam serbuan itu juga pihaknya mendapati premis berkenaan mempunyai lesen hiburan, namun gagal mematuhi peraturan melarang pengunjung bawah umur mengunjunginya.

Puja Keris




Suami puja keris setiap malam
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my


HUMAIRAH ...suami makin pulih selepas berubat secara Islam.
ALOR GAJAH: “Saya terjaga daripada tidur apabila terdengar suara suami seperti sedang meratib atau berzikir dengan kuat. Apabila saya intai ke dalam biliknya, saya terkejut melihat perbuatannya yang pelik.

“Dia bukannya berzikir, tapi membaca mantera dengan bahasa yang saya tidak fahami. Dia duduk di atas sejadah, tapi tak menghadap kiblat dan tangannya memegang satu keris kecil.
“Dia seolah-olah memuja keris itu,” kata wanita yang mahu dikenali sebagai Humairah mengenai amalan aneh suaminya kononnya untuk menambah rezeki keluarga mereka selepas diberhentikan kerja sejak setahun lalu.

Humairah, 25, dari sebuah kampung di sini berkata, dia mengesan amalan pelik suaminya yang berusia awal 30-an selepas curiga dengan sikapnya yang jauh berubah berbanding sebelumnya.



Menurutnya, selepas kira-kira seminggu diberhentikan kerja, suaminya yang berasal dari Filipina, tetapi sudah memeluk Islam sering memerap di dalam bilik sambil membaca sesuatu dalam bahasa sukar difahami.


Humairah yang ditemui Harian Metro ketika menjalani rawatan dengan seorang pakar perubatan Islam di sini berkata, keadaan bertambah parah apabila dia mengesan suaminya menjalin hubungan dengan wanita warga Indonesia yang sudah berusia hampir 50 tahun.

“Sejak menjalin hubungan dengan wanita itu, suami saya kerap berulang alik ke Filipina atau Indonesia bersama kekasih gelapnya. Ada kalanya sehingga berminggu-minggu dia tak pulang ke rumah.

“Jadi, saya yang terpaksa berkerja keras menanggung kehidupan kami serta tiga anak kami yang berusia 10 bulan hingga lima tahun,” katanya.

Humairah berkata, pada mulanya dia sukar percaya suaminya menjalin hubungan dengan perempuan lain, namun selepas sikap suaminya jauh berubah kerana suka menyendiri dalam bilik dan selalu tidak pulang ke rumah, dia yakin ada yang tidak kena.

“Keyakinan saya nyata berasas selepas terjumpa tangkal hitam dan botol minyak berisi akar kayu berbalut kain hitam serta dua keris kecil dalam lipatan cadar katil dalam biliknya.

“Saya semakin terpanggil untuk menyelidik lebih mendalam apabila selalu terjaga daripada tidur pada kira-kira jam 11 malam dan mendengar suara suami membaca mantera dengan kuat di dalam biliknya,” katanya.

Menurut Humairah, rasa ingin tahun itulah yang mendorongnya mengintai perbuatan suaminya dan ketika itulah dia mengesan amalan aneh suaminya ketika memuja keris kecil miliknya.

Katanya, kebiasaannya selepas selesai acara pemujaan itu, suaminya keluar rumah ke tempat tidak diketahuinya dan hanya akan pulang sekitar jam 5 pagi sebelum terus tidur hingga tengah hari.

“Saya kemudian membawa barangan pelik termasuk keris kecil milik suami kepada ustaz dan saya diberitahu semua itu amalan syirik yang bertentangan dengan Islam.

“Mujur, suami saya sedia mengikut saya untuk berubat. Apabila saya tanya mengenai barangan peliknya itu dia memberitahu ia pemberian kekasih gelapnya dan memujanya setiap malam supaya orang mudah kasih kepadanya dan rezeki bertambah murah,” katanya.

Humairah berkata, dia bersyukur kerana selepas melalui beberapa sesi rawatan pemulihan menggunakan al-Quran suaminya semakin pulih dan sudah insaf dengan perlakuan songsangnya.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Rebut Parkir


Gaduh rebut parkir
Oleh Siti Nadirah Hafidzin


SEMPIT...pemandu bas terpaksa memberhentikan kenderaan di tengah jalan raya untuk mengambil dan menurunkan penumpang akibat jalan yang terlalu sempit.
KUALA LUMPUR: Keadaan laluan utama di Jalan Bukit Angkasa, Pantai Dalam, di sini, penuh sesak dengan deretan kenderaan yang diletak sesuka hati di kiri dan kanan jalan terutama ketika waktu puncak sehingga mencetuskan pergaduhan di kalangan pengguna jalan raya.

Lebih memburukkan keadaan apabila kesesakan itu semakin bertambah setiap kali bas awam yang melalui kawasan terbabit memberhentikan kenderaan di tengah jalan raya untuk mengambil dan menurunkan penumpang ekoran laluan yang amat sempit.


Tinjauan Harian Metro di kawasan itu mendapati deretan kenderaan yang diletak sesuka hati di bahagian tepi jalan raya itu mengakibatkan laluan sentiasa sibuk dan menyebabkan risiko berlaku kemalangan bertambah.

Peniaga, Zainab Saleh, 55, berkata, masalah itu berlaku sejak beberapa tahun lalu berpunca daripada kepesatan pertumbuhan kawasan berkenaan yang membuatkan jumlah penduduk meningkat sekali gus menjadikan kawasan itu penuh sesak saban hari.


“Sikap penduduk dan orang awam yang mementingkan diri sendiri dengan meletak kenderaan mereka sesuka hati tanpa mematuhi undang-undang mengakibatkan masalah menjadi semakin rumit.


“Setiap hari saya berniaga di sini dan melihat pelbagai sikap dan ragam pengguna jalan raya yang gemar meletakkan kereta mereka di bahagian yang salah dan perkara itu menjadikan keadaan jalan di sini sangat sesak terutama pagi dan petang,” katanya.


Penduduk, Karim Ahmad Fuad, 35, berkata, masalah meletakkan kenderaan sesuka hati menyebabkan terjadi pergaduhan kecil antara penduduk di kawasan itu selain menyebabkan kemalangan.


Menurutnya, perkara itu sudah beberapa kali dibincangkan bersama persatuan penduduk, tetapi sehingga kini belum menemui penyelesaian terbaik kerana ia bukan saja membabitkan penduduk, tetapi juga orang awam.

“Perkara ini perlu diselesaikan secara bersama secepat mungkin bagi mengelak masalah lebih besar selepas ini terutama untuk memastikan tiada nyawa akan terkorban atau berlaku pergaduhan besar hanya untuk berebut parkir,” katanya.

Tangan Ajaib

'Tangan ajaib' sukarkan usaha banteras seludup kayu bakau


PUTRAJAYA: Tindakan sesetengah pihak yang ‘menghalalkan’ kecurian dan penyeludupan kayu bakau ke Malaysia atau Indonesia boleh menjejaskan usaha Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) membanteras kegiatan itu di negeri terbabit.

Penolong Pengarah Perhutanan Negeri (Operasi dan Penguatkuasaan) JPNS, Mohd Yussainy Md Yusop berkata, operasi membanteras kegiatan itu yang sering dilakukan dengan kerjasama Pasukan Gerakan Marin (PGM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) seolah-olah tiada penamat jika ada ‘tangan ajaib’ membenarkan aktiviti itu berterusan.


“Dalam satu operasi yang dilakukan pada 28 Januari lalu terhadap sebuah kapal pengangkut di Pelabuhan Klang, kami menemui lebih 2,000 kayu bakau curi dipercayai dari Indonesia yang bernilai RM10 setiap batang.

“Hasil siasatan mendapati, tekong kapal terbabit gagal mengemukakan bukti sumber kayu itu diperoleh dari negara berkenaan mahupun perairan Malaysia. “Bagaimanapun, tekong terbabit memaklumkan dia mempunyai permit import (AP) kayu bakau untuk membawa masuk ke Malaysia,” katanya.


Difahamkan, kapal pengangkut itu mendapat kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).


Mohd Yussainy berkata, walaupun tekong itu mempunyai AP, dia gagal menunjukkan sebarang dokumen yang dikeluarkan kerajaan Indonesia melalui Jabatan Perhutanan Negara Indonesia.


“Malah, tiada pedagang Indonesia yang membawa kayu bakau itu mengemukakan dokumen sumber bakau diperoleh. Kita mengesyaki kayu bakau yang dirampas itu ditebang di negara ini untuk diseludup keluar,” katanya.


Dalam operasi itu, empat awak-awak termasuk tekong bot ditahan bagi membantu siasatan kerana memiliki hasil hutan tanpa memiliki dokumen sah terhadap sumber kayu terbabit dan gagal menunjukkan bukti ia diperoleh dari Indonesia atau Malaysia.

Katanya, JPNS sudah menghentikan sebarang pengeluaran kayu bakau sejak 1 Julai tahun lalu dan semua lesen pengusaha hasil kayu bakau juga ditamatkan.


“Sejak 1 Julai 2010 sehingga 15 Januari tahun ini, JPNS merampas lebih 200,000 kayu bakau yang mengakibatkan kehilangan hasil hutan besar kepada negeri Selangor.


“Selain itu, seramai lapan pekerja yang terbabit dalam aktiviti mencuri kayu bakau bersama satu dalang sudah didakwa JPNS,” katanya.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Jom Kutip derma

RM300 sehari kutip derma
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

ALOR GAJAH: Sekumpulan pelajar yang mendakwa dari sekolah agama di sebuah negeri di utara tanah air mendakwa mampu memperolehi pendapatan RM300 sehari setiap seorang dengan menjual cakera padat (CD) dan minyak untuk kecerdasan minda.

Pada masa sama, mereka turut menafikan dakwaan kegiatan berkenaan bukan meminta sedekah sebaliknya menjual barangan, sekali gus mengutip derma untuk mengisi tabung pelajaran sekolah agama terbabit.


Bagaimanapun, kegiatan terbabit dikatakan menimbulkan persepsi negatif di kalangan orang ramai berikutan dibimbangi pelajar berusia belasan tahun berkenaan dipergunakan individu tertentu demi mengaut keuntungan.

Metroplus yang melakukan penyamaran di dua lokasi berbeza, di sini, turut berpeluang untuk menemubual dua remaja perempuan bagi mengetahui modus operandi kegiatan mereka.


Gadis berusia 13 tahun yang enggan dikenali berkata, dia sudah membuat kerja berkenaan sejak tiga tahun lalu secara sukarela dan bukannya paksaan seperti didakwa, malah turut diberi tunjuk ajar cara-cara untuk melariskan jualan mereka.


Menurutnya, pada peringkat awal ibu bapanya agak keberatan untuk memberi kebenaran, namun kini mereka mulai faham selepas diterangkan tujuan sebenar dan merestui kerja amal kebajikan berkenaan biarpun terpaksa bersusah payah.


“Setiap seorang daripada kami mampu memperoleh jualan sehingga RM300 sehari dan mungkin lebih hasil daripada kutipan derma yang disumbangkan orang ramai dan setiap daerah di sesuatu negeri akan dibahagikan kepada sembilan sektor.


“Seorang remaja perempuan akan diletakkan di setiap sektor yang dipantau seorang warden untuk memerhatikan gerak geri mereka dari jauh menggunakan kenderaan agar aktiviti mereka berjalan dengan lancar.

“Kami menjual CD lagu dan beberapa jenis minyak ‘pintar’ untuk kecerdasan minda kanak-kanak serta dewasa pada harga RM20 setiap satu yang mana hasil jualan akan diserahkan kepada warden untuk dikumpulkan,” katanya.


Katanya, kebiasaannya aktiviti akan bermula dari jam 11 pagi hingga 10 malam yang mana sebelum itu mereka diberi taklimat dan dihantar ke lokasi ditetapkan.


Rakannya berusia 17 tahun ketika ditemui pula berkata, mereka melakukan kegiatan berkenaan secara sukarela tanpa dibayar upah oleh pihak sekolah, kecuali diberi duit makan antara RM10 hingga RM15 sehari.


Menurutnya, mereka datang sekadar untuk menjual barang bagi mengutip derma sebagai dana bagi mengembangkan syiar Islam berikutan peruntukan yang diterima masih tidak mencukupi untuk proses pembelajaran.


Selain itu, katanya, mereka juga sudah dilatih untuk menjawab sebarang pertanyaan orang ramai dengan tenang dan sabar apabila berdepan dengan cabaran yang mendatang.


“Kalau setakat maki hamun sudah menjadi perkara biasa, tetapi tak kurang juga ramai yang kasihan lalu membeli barang yang kami jual dan tak kurang juga yang beri duit saja. Paling penting, mereka (orang ramai) ikhlas nak derma. “Kebiasaannya kami akan berpindah dari satu tempat ke tempat lain untuk menimba pengalaman baru di sana kelak,” katanya.

Wanita Sempurna


Ciri wanita sempurna 2011



PENELOPE Cruz...tubuh sempurna
DUA pakar pembedahan plastik terkemuka di Beverly Hills berkata wajah seorang wanita yang sempurna tahun ini akan mempunyai mata seperti Anne Hathaway, bibir Scarlett Johansson, pipi January Jones, bentuk muka Halle Berry dan hidung seperti Natalie Portman.

Menurut laporan akhbar New York Post, Dr Richard Fleming dan Dr Toby Mayer membuat 1,200 kajian terhadap pelanggan mereka bagi mengetahui wajah selebriti manakah dirasakan dapat menghasilkan wajah seorang wanita yang sempurna.
Daripada kajian itu mereka membentuk satu wajah berdasarkan anggota tubuh selebriti pujaan wanita dan hasilnya mungkin cukup mengejutkan.


"Angelina Jolie tidak termasuk dalam senarai tahun ini," kata Fleming daripada Institut Pembedahan Estetik dan Pemulihan Semula Beverly Hills memberitahu HollywoodLife.com, walaupun aktres itu termasuk dalam senarai tahun sebelumnya.

Fleming berkata, hampir semua pelanggannya merujuk kepada selebriti apabila mereka berkunjung ke pejabatnya untuk sesi rundingan dan prosedur yang menjadi pilihan mereka ialah pembedahan rinoplasti.
Fleming juga mendakwa, kini tiada seorang pun yang meminta untuk rawatan pembesaran payu dara palsu seperti Pamela Anderson. Malah, pelanggan wanita meminta rawatan untuk mengecilkan payu dara supaya kelihatan semula jadi seperti dimiliki Jennifer Aniston dan Beyonce.

Salah satu permintaan mengejutkan pernah diterima Fleming ialah ada pelanggan yang inginkan rambut seperti Taylor Swift. Ada juga yang berkenankan rambut lurus berombak seperti Kim Kardashian, tetapi majoriti pelanggan wanita mahukan rambut kerinting Taylor.

Satu lagi permintaan mengejutkan yang diminta ramai pelanggannya ialah mereka inginkan kulit seperti Katy Perry selepas artis itu muncul dalam iklan lewat malam untuk sistem rawatan jerawat.

Bagi lelaki pula, pipi Leonardo DiCaprio, kulit Neil Patrick, hidung Jude Law, mata Hugh Jackman, bentuk wajah Jon Hamm, bibir Ashton Kutcher, rambut George Clooney dan tubuh Mark Wahlberg menjadi dambaan pelanggan lelakinya.

Dua pakar perubatan itu menambah walaupun trend di Hollywood mudah berubah-ubah, tetapi bentuk bibir muncung bagi wanita dan rambut lebat bersinar untuk lelaki tetap menjadi kegemaran pelanggan.

"Terdapat bentuk bahagian tubuh yang biasa akan diminta pelanggan dari tahun ke tahun," kata Fleming.

Menurutnya, kulit yang menjadi dambaan ramai tahun ini ialah kulit yang kepucatan seperti Amy Adams yang berada di tempat teratas dalam senarai diikuti oleh Katy Perry dan Gwyneth Paltrow.

Ini bukan kali pertama Katy menjadi tumpuan kerana kulitnya - dia kini muncul dalam iklan televisyen di Amerika Syarikat sebagai duta bagi rawatan antijerawat Proactiv.

Menurut Fleming dan Mayer yang terkenal di kalangan selebriti antarabangsa, hasil kajian tahunan ke-14 mereka menunjukkan walaupun pelanggan tidak mahu kelihatan serupa dengan selebriti pujaan mereka, tetapi mereka tetap mahukan rawatan mengikut wajah atau anggota tubuh selebriti berkenaan.

"Pelanggan menjadikan Hollywood sebagai rujukan untuk mereka mencapai standard kecantikan," jelas Fleming, pengarah bersama Institut Pembedahan Estetik dan Pemulihan Semula Beverly Hills dengan rakannya, Mayer.


PENELOPE Cruz
Tubuh sempurna

TAYLOR Swift
Rambut sempurna

ANNE Hathaway
Mata sempurna

NATALIE PORTMAN
Hidung sempurna

SCARLETT Johansson
Bibir sempurna

HALLE Berry
Dagu sempurna

JANUARY Jones
Pipi sempurna

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Rumah Anjing Juta2

Rumah RM280 juta untuk anjing


DIA disifatkan sebagai antara 'anak paling yang paling mua di Britain.' Begitu juga dengan kakaknya, Tamara, 26.

Bagaimanapun, Petra Ecclestone tidak bersetuju dengan dakwaan itu malah mempertahankan gaya hidup mewahnya dengan membawa wartawan melihat sendiri kediamannya.


Petra, 22, ialah anak bongsu daripada dua beradik anak ketua Formula 1, Bernie Ecclestone yang baru-baru ini mengaku terpaksa bekerja untuk beberapa tahun lagi bagi membiayai kehidupan mewah mereka.

Namun, Petra, yang baru saja dibelikan sebuah rumah di Chelsea berharga STG56 juta (RM280 juta) oleh bapanya yang bercerai dengan ibunya, Slavica, 52, tidak segan dengan gaya hidup mewah melampaunya.


Ketika membawa wartawan melawat kediamannya, dia menunjukkan kamar yang menempatkan almari besar penuh dengan pakaian berjenama, kasut Louboutin, barang kemas dan pakaian dalam.


Selesai menunjukkan bilik berkenaan, dia beralih ke bilik sebelah sambil berkata: "Oh, tadi bilik untuk pakaian harian saya. Saya sebenarnya menyimpan pakaian untuk jamuan malam di bilik ini," katanya, sambil menunjukkan bilik persalinannya yang juga menempatkan almari besar penuh dengan pakaian.


Petra bertegas menyatakan bapanya hanya bergurau apabila bercakap mengenai gaya hidup dia dan kakaknya. Menurutnya, kenyataan Ecclestone itu disalah tafsir oleh wartawan.


"Ada orang yang tidak memahami sifat bapa saya. Dia suka bergurau tapi ada yang menganggap kenyataan itu serius. Sebenarnya dia tidak perlu lagi bekerja. Dia sudah mampu untuk membiayai ini semua. Dia bekerja kerana dia sukakan kerjanya. Dia sentiasa berkata dia akan bekerja hingga dia mati." Dalam lawatan ke rumah enam tingkatnya, wartawan dapat melihat lilin mahal berjenama Diptyque dinyalakan di setiap bilik sepanjang masa. Bilik itu juga dihiasi dengan gambar ikon selebriti wanita Brigitte Bardot dan Raquel Walch setinggi 2.5 meter di samping hasil lukisan oleh Banksy dan Tracy Emin.

Di luar pula terdapat kereta Mercedes G Wagon pertama panduan sebelah kanan dan sebuah Ferrari merah menyala.


Di dalam ialah koleksi jam Rolex dengan kos purata STG20,000 (RM80,000) setiap satu dan 10 beg Herm�s Birkin yang berharga antara STG40,000 (RM200,000) hingga STG50,000 satu (RM250,000).


Apabila ditanya mengapa dia perlukan sebuah rumah yang berharga sehingga STG56million (RM280 juta), Petra berkata, ia untuk lima ekor anjingnya.


"Saya memerlukan sebuah taman untuk mereka dan baik di Chelsea mahupun di Belgravia, tidak banyak kediaman yang mempunyai taman persendirian. Ibu yang mengesyorkan rumah ini kepada saya dan saya jatuh cinta dengannya." Bagaimanapun, dia mengaku rumah itu masih belum dapat memenuhi cita rasanya. Kerana itu dia berbelanja besar untuk mengubahsuainya yang mungkin mengambil masa dua tahun untuk siap.


Kerja mengubah suai itu akan membolehkannya mempunyai tempat letak kereta bawah tanah dan kolam renang lengkap dengan spa.


Dia akhirnya akan memiliki sebuah rumah untuk dibangga dan ditunjukkan kepada rakan kelasnya yang tidak sekayanya serta membulinya ketika di sekolah rendah.


"Mereka tidak membenarkan saya bermain bersama mereka kerana kasut saya dari Milan, bukan jenama Russel & Bromley yang dipakai mereka.' Mengenai kariernya selepas gagal dalam industri pakaian lelaki, Petra berkata: "Saya cuba memikirkan apa yang hendak dilakukan selepas ini. Adalah penting bagi saya berdikari dengan mengguna nama saya sendiri kerana mahu ibu dan ayah berbangga, bukan dengan bersandarkan pada nama Ecclestone saja."

Kongsi artikel ini menerusi med

Pengemis Dapat Gaji

Peminta sedekah diberi ‘gaji’ harian


DHAKA: Pihak pentadbir bandar Chittagong akan membayar wang kepada peminta sedekah sepanjang pertandingan kriket Piala Dunia dilangsungkan bulan depan.

Datuk Bandar Chittagong, Manzurul Alam, berkata tindakan itu dibuat bagi mengelak peminta sedekah mengganggu orang ramai atau mencacatkan pandangan sempena pertandingan penting berkenaan.


Katanya, setiap peminta sedekah akan diberi upah RM6.50 sehari.

“Bayaran ini hanya akan diberikan kepada peminta sedekah yang benar-benar cacat fizikal,” katanya.


Pada peringkat ini bantuan berkenaan akan diberi bagi tempoh tiga bulan.


“Kerajaan bercadang memberi tempat untuk pemulihan kepada mereka selepas itu,” katanya.


Manzurul berkata, dia akan bertemu dan berbincang dengan wakil peminta sedekah esok. - AP

Kongsi artikel ini mene

Ubi gergasi


Warga emas terkejut ubi keledek gergasi di halaman rumah


Zulkarnain Awang Shafie mengukur saiz ubi keledek gergasi sambil diperhatikan ibunya, Wan Ramlah Wan Omar di rumah mereka semalam.

KUANTAN 30 Jan. - Seorang warga emas terkejut apabila mendapati objek yang disangka busut, rupa-rupanya adalah sebiji ubi keledek gergasi di halaman rumah mereka di Jalan Sungai Ular Damai Satu di sini semalam.

Ubi keledek atau nama saintifiknya 'Ipomoea Batatas' yang berukur lilit 145 sentimeter dan seberat 10 kilogram itu hampir menyamai sebiji tayar kereta Perodua Kancil.

Menurut pemiliknya, Wan Ramlah Wan Omar, 64, dia menanam ubi berkenaan di halaman rumahnya kira-kira 11 bulan lalu selepas mengambil anak pokok itu dari rumah salah seorang saudaranya di Sungai Lembing dekat sini.

''Pada minggu lalu anak saya, Zulkarnain Awang Shafie, 40, memotong rumput dan daun pokok ubi itu yang menjalar di halaman rumah sebelum menyedari kewujudan objek yang disangkakan busut.

"Saya terkejut apabila mendapati saiz ubi itu besar dan tidak menyangka kerana ketika ditanam saya tidak pernah membajanya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Menurut Wan Ramlah, dia pelik apabila ubi tersebut membesar sehingga saiz tersebut sedangkan ubi keledek yang ditanam bersebelahannya hanya bersaiz normal.

Dia percaya ubi keledek gergasi itu ada kaitan dengan mimpinya kelmarin.

''Kelmarin, saya bermimpi berkunjung ke majlis kenduri rumah saudara dan terkejut melihat pelbagai jenis masakan dihidangkan dan apa yang peliknya, hanya seorang yang hadir pada majlis kenduri tersebut.

"Saya tidak pasti sama ada mimpi tersebut ada kaitan dengan ubi gergasi atau ia hanya mainan tidur," katanya.

Wan Ramlah memberitahu, dia tidak keberatan untuk menjual ubi keledek gergasi itu jika ada pihak yang berminat.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Teraniaya

Mangsa rumah terbengkalai inginkan penjelasan

SAYA telah membeli rumah di Taman Kenanga, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada 1999 melalui pinjaman kerajaan. Pemaju perumahan iaitu Kumpulan Sepang Utama telah berjanji kepada pembeli melalui perjanjian jual beli untuk menyiapkan rumah itu pada 2000 dan kemudahan dilanjutkan lagi pada tahun 2001.

Kini, setelah 10 tahun berlalu, rumah yang dijanjikan tidak dapat disiapkan. Pemaju itu pula telah lesap. Saya yang akan bersara lima tahun lagi berharap untuk tinggal di rumah itu apabila bersara nanti. Nampaknya harapan saya mungkin hampa.

Saya sebagai seorang pembeli, berasa telah dianiaya dan ditipu oleh pihak pemaju perumahan itu. Walaupun pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh kerajaan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membela para pembeli rumah, namun pihak pemaju berjaya memperlekehkan kerajaan dan jika hendak dibawa ke mahkamah pun, mereka pasti akan menang.

Saya dengan ini merayu Syarikat Perumahan Negara Berhad mengambil inisiatif mengambil alih dan membaik pulih rumah-rumah yang terbengkalai di Taman Kenanga itu.

Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan yang telah memberikan pinjaman perumahan, bolehkah dibatalkan pinjaman itu dan potongan gaji saya pada setiap bulan dihentikan?

MOHD. NORDIN ISMAIL

Dengkil

Orang Tua Pandu Laju Kena Saman


Warga emas terkejut kena saman

Oleh MARZITA ABDULLAH
utusanperlis@utusan.com.my

Bakar Ismail

KANGAR 30 Jan. - Melihatkan keadaannya yang uzur, pasti ramai tidak percaya seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun menerima surat saman kerana memandu melebihi had laju.

Bagaimanapun, itulah yang terjadi kepada Bakar Ismail (gambar) dari Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, yang menerima surat saman atas kesalahan tersebut.

Lebih mengejutkan, kesalahan itu didakwa dilakukannya ketika menunggang motosikal berkuasa 500cc di Kilometer 6.2 Lebuh Raya Utara Selatan, 30 Julai tahun lalu.

Bakar yang mempunyai lima cicit hairan bagaimana dia boleh menerima saman di kawasan yang dia sendiri tidak tahu selok-beloknya.

"Surat saman itu tertera nombor pendaftaran motosikal pak cik iaitu PV 738 kerana memecut lebih daripada had laju dibenarkan iaitu 98 kilometer sejam (kmj) berbanding had laju sepatutnya, 80 kmj.

"Pak cik mana ada motosikal 500cc, yang pak cik ada hanyalah Honda C70, tersadai dalam bangsal sejak tahun lalu," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini.

Bakar turut pelik kerana walaupun nombor pendaftaran motosikal tertera sama dengan motosikal Honda C70 miliknya namun kapasiti enjinnya adalah berbeza.

"Motosikal pak cik itu telah berusia lebih 35 tahun, mana mampu pecut dan kalau diikutkan motosikal itu tidak boleh pergi jauh sekadar pekan Simpang Empat sahaja.

"Lagipun motosikal itu tiada cukai jalan, sudah lama pak cik tidak perbaharui cukai jalannya," katanya yang telah membeli motosikal terpakai itu pada 4 September 1979 dengan harga RM1,200.

Katanya, walaupun pernah sampai ke Kuala Lumpur namun dia tidak tahu selok-belok jalan di ibu negara apatah lagi lebuh raya berkenaan.

Tambahnya, surat saman yang dikeluarkan oleh pihak polis di Kuala Lumpur itu dikirim ke rumahnya pada Disember lalu.

"Berdasarkan saman itu, ia dikeluarkan anggota polis peronda pukul 1.53 tengah hari dengan kompaun RM300 dan tawaran kompaun RM150," katanya.

Anak Bakar, Mohd. Nor, 47, berkata, dia telah merujuk perkara itu ke Balai Polis Trafik Kangar dan diminta menulis surat kepada pihak bertanggungjawab di Kuala Lumpur untuk penjelasan.

Sunday, January 30, 2011

Xboleh Senyum

14 tahun tidak senyum


INILAH Hayley Harbottle — gadis yang tidak pernah senyum. Hayley, 14, menghidap penyakit genetik ganjil yang menyebabkan mukanya lumpuh sama sekali. Dia tidak boleh tersenyum, ketawa, menangis atau berkerut.

Ibunya, Jane baru-baru ini berkata: “Hayley menjalani kehidupan sukar. Saya berharap satu hari nanti dia boleh tersenyum.” Gadis itu tidak mempunyai saraf penting dan ini yang menyebabkan mukanya kaku.


Jane, 43, yang tinggal di Camlington, Northumberland bersama Hayley dan suaminya, Barry, 45, berkata: “Bagi Hayley, adalah satu mimpi ngeri apabila orang ramai sentiasa memerhatikannya.

“Pencapaiannya memberangsangkan dan sudah boleh bercakap sedikit. Namun sebahagian besar masanya, dia berkomunikasi menerusi komputer.


“Kami boleh tahu dia gembira dengan pergerakan matanya, tetapi ia tidak sama dengan melihat anak anda tersenyum.


“Memang kami memanjakannya sedikit. Dia akan dapat apa yang dimahukannya. Namun itu semua kerana dia layak memperolehnya,” kata Jane.


Menurut Jane, dia dan suami juga pernah membawa Hayley menemui selebriti kegemarannya termasuk bintang X-Factor, Joe McElderry tetapi gadis itu tidak dapat menunjukkan kegembiraannya.


Remaja itu disahkan menghidap Sindrom Moebius beberapa bulan selepas dilahirkan dan kini seorang daripada 200 pesakit yang menghidap sindrom itu di Britain.


Dia dilahirkan tanpa saraf kranium dan ketujuh. Saraf ini yang mengawal ekspresi muka, membenarkan kita mengelip dan menggerakkan mata serta senyum.


Sindrom itu juga membawa kepada masalah untuk mengunyah dan sukar mendengar. Setakat ini, belum ada cara untuk mengubatnya.


Ketika kecil, Hayley tidur dengan matanya terbuka. Namun, doktor kini terkejut dengan kemajuannya.


Pakar bedah berharap untuk melakukan pembedahan penting yang akan membolehkan sedikit pergerakan pada mukanya.


Namun, tidak ada jaminan pembedahan itu, yang membabitkan pembedahan pada rahang, memindahkan saraf dari tempat lain dalam tubuhnya dan meletakkan pada mukanya, akan berjaya.


Jane berkata: “Saya menaruh harapan tinggi supaya Hayley dapat tersenyum. Namun terserah padanya sama ada mahu melakukan pembedahan itu.


“Bagi kami, tidak ada apa masalah jika dia tidak dapat menggerakkan mukanya. Dia tidak tahu membezakan antara senyum dan masam. Dia perlu menjalani kaunseling dan membuat keputusan sendiri. Dia sudah cukup dewasa.


“Buat masa ini, saya tidak fikir dia mahu menjalani pembedahan itu. Namun, mungkin dia mengubah keputusannya. Bagi kami, yang penting dia gembira walaupun dia tidak dapat menunjukkannya.” Jane mengaku dia sedih apabila ada orang bercakap mengenai anaknya.


“Yang mengejutkan, orang dewasa yang bercakap mengenai Hayley. Bagi kanak-kanak seusia Hayley, ramai boleh menerima keadaannya. Namun ibu bapa mereka yang bercakap mengenai anak saya, seolah-olah Hayley tidak mempunyai perasaan,” kata Jane.


Lebih malang lagi, Hayley yang belajar di sekolah khas berhampiran rumahnya berdepan pelbagai masalah yang ada kaitan dengan keadaannya. Dia tidak mempunyai tangan, tidak boleh mendengar dan berdepan penyakit usus.


Namun, kekurangan itu tidak menghalangnya daripada berenang dan menghabiskan masa di depan komputer.


“Saya bangga dengan caranya mengatasi kecacatannya,” kata Jane.


Jane yang mempunyai dua anak lain, Gemma, 25, dan Carl, 22, berkata: “Kami tidak sedar Hayley menghidap Sindrom Moebius sehingga usianya sembilan bulan.


“Apabila diberitahu mengenai masalah yang akan dihadapinya apabila besar, ia mengecewakan kami. Namun saya tidak akan menukarkannya walaupun dengan isi dunia ini. Dia menjadi inspirasi kami.” — The Sun

Lelaki Hebat


Rahsia pak cik power
Oleh MOHD HARZRUL AMINUDDIN
harzrul@hmetro.com.my


INI DIA... Alias bersama isteri, Salmah menunjukkan buku risalah yang masih disimpannya berkaitan penentangan Malayan Union.
SEGAMAT: Percaya atau tidak, lelaki berusia 97 tahun ini masih terang penglihatannya serta mampu pergi ke kebun serta bercucuk tanam selain memandu kenderaan, termasuk kereta mahupun motosikal, tanpa berteman.

Daya ingatannya juga masih tajam selain mengingati detik bersejarah negara, termasuk perjuangan Melayu dalam menentang Malayan Union sekitar 1948.


Alias Bujal tidak mengamalkan apa-apa senaman istimewa, malah tidak pernah menuntut ilmu pusaka yang berkebolehan tinggi.

Dia hanya mengamalkan pengambilan makanan berasaskan sayuran, termasuk ulam-ulaman seperti pucuk paku, ulam pegaga, ulam raja, petai dan jering.


Beberapa jenis ulaman berkenaan diamalkan warga emas itu setiap hari, malah dia mengakui sayuran kampung itu adalah petua serta kunci utama untuk sentiasa sihat selain lanjut usia.


Lebih menarik lagi, Alias turut menjadikan ulam-ulaman sebagai minuman harian yang diambil bersama madu lebah dan juga telur ayam kampung secara mentah.


Selain itu, dia mengamalkan mengunyah bawang putih mentah setiap hari sebagai petua awet muda.


“Kalau watak kartun Popeye makan bayam untuk jadi kuat, begitu juga yang saya amalkan sejak berusia belasan tahun lagi.


“Tidak lengkap makanan saya setiap hari tanpa ulam-ulaman kampung dimakan bersama nasi, nampaknya petua yang diamalkan itu berbaloi kerana sehingga kini saya masih boleh melihat kemajuan negara,” katanya.


Selain memakan ulam-ulaman, Alias mendedahkan dia tidak pernah meminum air sejuk kerana menyifatkan bahan minuman sebegitu mengakibatkan badan menjadi lesu serta cepat letih.


“Air sejuk tidak elok untuk badan kerana boleh mengakibatkan pelbagai penyakit selain semput, lelah, asma dan demam.


“Pak cik boleh demam jika minum air sejuk,” katanya yang masih boleh menghayun cangkul, membajak tanah selain tidak perlu memakai cermin mata untuk membaca mahupun ketika memandu kereta atau menunggang motosikal.


Penulis melihat sendiri bagaimana lelaki berusia emas itu masih mampu memandu kereta selain bercucuk tanam dengan menghayun cangkul di belakang rumahnya.


Warga emas ini mengakui mempunyai empat isteri yang dikahwininya sejak 1930-an sehingga kini dan hasil perkongsian hidup bersama empat wanita berbeza itu dia dikurniakan empat cahaya mata.


Difahamkan, menerusi dua perkahwinan pertama, dia dikurniakan dua anak lelaki, manakala hasil perkahwinan ketiga, dua anak perempuan.


Semua isterinya berasal dari Johor iaitu isteri pertama dari Labis; kedua, Kota Tinggi; ketiga, Segamat dan isteri keempat, juga dari Labis.


Bagaimanapun, Alias dikatakan hanya berkahwin baru selepas isteri terdahulunya meninggal.


Alias bersyukur walaupun usianya mencecah 100 tahun dia masih boleh melihat 30 cucunya lahir ke dunia, malah berkesempatan mengazankan seorang daripada 14 cicitnya.


Katanya, dia kini tinggal berdua bersama isteri keempatnya, Salmah Hussein, 59, di Kampung Tenang, di sini, sejak lima tahun lalu.


Ketika menceritakan pengalamannya melalui beberapa peristiwa yang mengubah sejarah negara mahupun dunia, Alias berkata, dia masih ingat saat pemimpin terdahulu menuntut kemerdekaan Malaysia.


“Saya bersama Datuk Onn Jaafar pergi menjelajah satu Malaya untuk menentang penindasan dilakukan pemerintah Inggeris melalui Malayan Union.


“Saya juga merasa keperitan dijajah tentera Jepun dan komunis selain diseksa, termasuk dipaksa melakukan kerja berat seperti membina landasan kereta api,” katanya.


Menurutnya, penindasan demi penindasan diterima orang Melayu ketika itu akhirnya membangkitkan satu semangat bersatu padu dan melawan demi menuntut kemerdekaan.


Alias juga dianggap antara pejuang kemerdekaan oleh penduduk setempat, malah beliau tidak lokek berkongsi pengalaman bersama generasi muda setempat.


Dia yang dilahirkan pada 1914 berkata, pada usia emasnya dia melihat beberapa perubahan negara, termasuk bersalaman dengan empat mantan Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir Mohamad.


Namun, di sebalik usia emasnya dia melahirkan rasa kecewa apabila generasi muda kini lebih gemar berfoya-foya dan semakin melupakan sejarah kemerdekaan negara, malah semakin rosak akhlak dari semasa ke semasa.


Seperkara menarik mengenai Alias, dia tidak pernah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia apabila 12 kali mengundi di kawasan Parlimen Labis dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sejak puluhan tahun lalu.


“Pada 30 Januari (hari ini), saya akan mengundi buat kali ke-13 dan mungkin jika panjang umur murah rezeki saya akan mengundi kali ke-14 pada Pilihan Raya Umum ke-13,” katanya.

Buang Bayi Kt Hospital Pulak


Trend buang bayi depan hospital

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

Zainab Nasir melawat bayi perempuan malang berusia dua hari yang ditemui terbiar oleh seorang anggota tentera di tempat letak kereta di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, kelmarin.

SEREMBAN 28 Jan. - Sudah ada kecenderungan pihak yang tidak bertanggungjawab membuang bayi di kawasan hospital dan perbuatan itu perlu dibendung segera sebelum ia menjadi nanah dalam masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat Negeri Sembilan, Datuk Zainab Nasir berkata, kes meninggalkan bayi di atas bonet kereta seperti yang berlaku di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini malam Selasa lalu merupakan kes pertama yang berlaku di negeri ini.

Jelas beliau, berdasarkan pemerhatian kes-kes sebelum ini, kebanyakan bayi yang ditemui di tempat pembuangan sampah dan kawasan-kawasan lain.

''Kita kesal apabila kes pembuangan bayi ini dilihat semakin menjadi-jadi dalam masyarakat walaupun pihak kerajaan telah melakukan pendekatan terbaik bagi membendung masalah ini.

''Saya ingin nyatakan kepada mereka, kalau rasa mereka tidak inginkan bayi itu, tinggalkan ditempat yang sesuai dan selamat termasuklah kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya selepas melawat bayi berkenaan di HTJ di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah HTJ, Dr. Jaafar Che Mat ketika ditemui berkata, bayi berkenaan kini berada dalam keadaan stabil dan akan diserahkan kepada pihak JKM negeri dalam tempoh dua minggu lagi untuk tindakan selanjutnya.

''Buat masa ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab meninggalkan bayi tersebut di hospital ini.

''Namun, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hospital ini, imej individu terbabit turut gagal diperoleh ekoran kualiti rakaman tidak begitu jelas," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, memberitahu, siasatan lanjut mengenai kes berkenaan masih dijalankan bagi mengesan suspek yang terlibat.

''Pihak kami tidak menolak kemungkinan bahawa bayi perempuan itu baru sahaja ditinggalkan di situ sebelum ditemui seorang anggota tentera.

''Pada masa sama kita juga sedang giat melakukan pemeriksaan di klinik-klinik dan bidan kampung dalam usaha untuk menjejaki ibu kepada bayi yang ditinggalkan itu," katanya.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8.15 malam kelmarin, seorang anggota tentera terkejut selepas menemui seorang bayi perempuan di kawasan tempat letak kereta hospital berkenaan.

Bayi yang ditemui berbalut dengan kain batik selain lengkap berpakaian beserta surah Yassin kemudiannya dihantar ke Wad Kecemasan sebelum menerima rawatan susulan di Wad Rawatan Khas Bayi di hospital yang sama.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Kasta

Hapuskan kasta

Bisik-Bisik Mingguan
AWANG tidak berminat untuk mengulas isu penyelesaian kepada kemelut novel Interlok. Sama ada suka atau tidak, keputusan telah dibuat. Ada pihak yang suka dan ada yang membantah termasuk secara diam-diam. Tetapi Awang ingin melihat ke hadapan. Isu tersebut mempunyai hikmah dan titik tolak baru dalam menghapuskan sistem kasta di kalangan orang India di Malaysia. Kontroversi Interlok boleh menjadi pencetus kesedaran untuk kaum India sendiri bangkit membetulkan ketidakadilan itu. Kasta adalah amalan yang tidak lagi relevan dan menjadi penghalang kemajuan kaum tersebut terutama golongan bawahan. Awang berharap parti-parti politik dan NGO kaum India akan lebih komited untuk membebaskan masyarakat India daripada sistem kasta. Mulai sekarang - sebelum asyik menyalahkan atau menuding jari kepada pihak lain sebagai tidak sensitif dan gagal melaksanakan keadilan kononnya - lihatlah terlebih dahulu kepada isu kasta. Selagi ia tidak dapat ditangani, selagi itulah para pemimpin parti dan NGO India akan dilihat menjadi penaung kepada suburnya sistem tersebut di negara ini. Mulakanlah gerakan pembaharuan. Apa makna melaungkan keadilan jika kita tidak langsung berlaku adil kepada kaum sendiri...

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Mati Bercoli Je

Langgar gadis bercoli

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Polis yang menyiasat kes kemalangan maut di Jalan Istana di sini awal pagi ini, diselubungi misteri apabila mendapati mangsa adalah seorang gadis yang hanya bercoli.

Mangsa maut setelah dilanggar oleh sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga Iran pada pukul 2.20 pagi.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, lelaki terbabit dalam perjalanan dari pusat bandar ke Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban apabila menyedari telah melanggar satu objek di tengah jalan.

Beliau berkata, dia kemudian memberhentikan kenderaannya di tepi jalan untuk melihat objek dilanggar itu.

Pada masa sama, katanya, sepasukan anggota polis yang menaiki kereta peronda turut melalui tempat kejadian dan berhenti untuk bertanya.

"Anggota polis bersama lelaki Iran kemudian memeriksa sekitar kejadian untuk mencari objek yang dilanggar.

"Mereka bagaimanapun terkejut menemui mayat wanita hanya memakai coli tercampak ke dalam semak di tepi jalan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, keadaan gadis separuh bogel itu menimbulkan tanda-tanya sama ada mangsa kurang siuman atau mangsa jenayah.

Malah, katanya, identiti mangsa juga tidak dikenali kerana tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

Namun, kata beliau, berdasarkan siasatan, polis percaya mangsa dilanggar semasa mahu melintas jalan.

"Mangsa dipercayai berdiri di lorong laju untuk melintas jalan. Tempat mangsa berdiri pula merupakan selekoh tajam menyebabkan pemandu kereta tidak menyedari kehadirannya," katanya.

Abdullah berkata, mangsa mati akibat cedera parah di kepala dan badan setelah tercampak di atas cermin hadapan kereta.

Beliau berkata, tubuh gadis malang itu kemudian tercampak pada besi pembahagi jalan sebelum terjatuh dalam semak.

Katanya, polis percaya mangsa bukan rakyat tempatan kerana tidak mempunyai parut suntikan BCG.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat. Buat masa ini, kita menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kita minta sesiapa mengenali mangsa atau ada mana-mana ahli keluarga hilang supaya datang ke bilik mayat HKL untuk membuat pengecaman dan membantu siasatan," katanya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Beranak Dalam Jamban Je

Bayi baru lahir dibuang dalam longkang


HAMID Marsuki menunjukkan tempat dia menemui mayat bayi lelaki di Taman Mekar, Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor, semalam. (Gambar kecil), mayat bayi yang masih lengkap dengan tali pusat dan uri.

BATU PAHAT 29 Jan. - Apalah dosa seorang bayi yang baru dilahirkan ini apabila dia diperlakukan seperti haiwan dan dicampakkan ke dalam sebuah longkang di Taman Mekar Air Hitam, dekat sini hari ini.

Namun itulah terjadi terhadap si kecil ini yang mayatnya ditemui oleh pekerja kontrak di dalam longkang sebuah kawasan perumahan yang masih dalam pembinaan.

Mayat bayi lelaki itu ditemui Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.

Menurutnya, dia terkejut melihat mayat bayi dengan kesan darah dalam longkang sedalam hampir setengah meter.

"Saya dapati bayi tanpa seurat benang berada dalam keadaan mengiring, lengkap dengan tali pusat dan uri yang belum dipotong.

"Mungkin dibuang pada lewat malam atau awal pagi ini kerana pada pukul 8 pagi hingga 10 pagi semalam, kami masih menjalankan tugas bina longkang dan tembok rumah di kawasan itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris ketika dihubungi berkata, mayat bayi lelaki yang cukup sifat itu dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.

Menurut beliau, bayi itu dipercayai dibuang di situ dalam tempoh 24 jam lalu dan tiada kesan kecederaan lain ditemui.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi.

Ibrahim meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar menghubungi polis bagi membantu siasatan.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Buang Bayi Mcam Nak Berak Je


Bayi baru lahir dibuang dalam longkang


HAMID Marsuki menunjukkan tempat dia menemui mayat bayi lelaki di Taman Mekar, Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor, semalam. (Gambar kecil), mayat bayi yang masih lengkap dengan tali pusat dan uri.

BATU PAHAT 29 Jan. - Apalah dosa seorang bayi yang baru dilahirkan ini apabila dia diperlakukan seperti haiwan dan dicampakkan ke dalam sebuah longkang di Taman Mekar Air Hitam, dekat sini hari ini.

Namun itulah terjadi terhadap si kecil ini yang mayatnya ditemui oleh pekerja kontrak di dalam longkang sebuah kawasan perumahan yang masih dalam pembinaan.

Mayat bayi lelaki itu ditemui Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.

Menurutnya, dia terkejut melihat mayat bayi dengan kesan darah dalam longkang sedalam hampir setengah meter.

"Saya dapati bayi tanpa seurat benang berada dalam keadaan mengiring, lengkap dengan tali pusat dan uri yang belum dipotong.

"Mungkin dibuang pada lewat malam atau awal pagi ini kerana pada pukul 8 pagi hingga 10 pagi semalam, kami masih menjalankan tugas bina longkang dan tembok rumah di kawasan itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris ketika dihubungi berkata, mayat bayi lelaki yang cukup sifat itu dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.

Menurut beliau, bayi itu dipercayai dibuang di situ dalam tempoh 24 jam lalu dan tiada kesan kecederaan lain ditemui.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi.

Ibrahim meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar menghubungi polis bagi membantu siasatan.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Saturday, January 29, 2011

Lastik Dadah


Hantar dadah guna lastik gergasi

KAYU lastik gergasi bergerak bagi membaling bungkusan ganja melintasi sempadan Amerika Syarikat di Arizona pada minggu lalu.

PHOENIX – Penyeludup-penyeludup dadah di Mexico mempunyai lastik gergasi yang diperbuat daripada kayu untuk membaling dadah melepasi sempadan Amerika Syarikat (AS).

Pasukan Pengawal Kebangsaan AS yang mengendalikan sistem kamera kawalan jauh di Stesen Kawalan Sempadan Naco di negeri Arizona AS, menyatakan, mereka memerhatikan beberapa orang menggunakan sebuah mesin lastik untuk membaling beberapa pakej dipercayai ganja, melepasi sempadan pada minggu lalu.

Mereka kemudian menghubungi pasukan tentera Mexico yang melakukan satu serbuan ke lokasi tersebut yang menemui sebuah lastik gergasi setinggi 2.7 meter.

Seorang pegawai tentera berkata, lastik itu berupaya membaling ganja seberat dua kilogram sejauh beberapa ratus.

Sebanyak 15.87 kilogram ganja, sebuah kenderaan selain lastik gergasi itu dirampas askar-askar Mexico manakala para penyeludup itu berjaya melarikan diri. – Agensi

Chechen





Perjuangan membebaskan Chechnya


IA bukanlah kejadian pengeboman berani mati pertama di Rusia. Serangan bom di Lapangan Terbang Domodedov, Moscow minggu lalu sehingga mengorbankan 35 orang awam dan mencederakan ramai yang lain hakikatnya adalah satu lagi siri pengeboman dalam sejarah Rusia yang tidak pernah lari dengan isu hak kebebasan dengan militan Chechen itu.

Walaupun ia didakwa dilakukan oleh kumpulan militan dari wilayah Caucasus Utara yang dikerah untuk mengebom ibu negara berkenaan, pihak berkuasa kini turut memburu tiga suspek dari Chechnya yang dipercayai menyediakan pengebom berani mati.

Rusia telah berdepan dengan ancaman kumpulan militan dengan beberapa siri serangan dan pengeboman yang berlaku sejak jatuhnya Kesatuan Soviet.

Kejatuhan Soviet membangkitkan sekelompok pemberontak Chechnya yang menyatakan bahawa mereka adalah pemerintah yang sah.

Mereka mengumumkan parlimen baru dan mengisytiharkan kemerdekaan mereka sebagai Republik Chechnya Ichkeria. Sehingga tahun 2004, kemerdekaan mereka tidak diiktiraf oleh mana-mana negara.

Pengisytiharan tersebut menyebabkan konflik bersenjata di mana kedua-dua belah-belah pihak di antara Chechnya yang merupakan sebuah wilayah di bawah Rusia. Chechnya merupakan wilayah paling ramai warga Islam di Rusia.

Dalam kejadian minggu lalu itu, Presiden Rusia, Dmitry Medvedev mengarahkan kerajaannya menyiasat punca serangan bom di Lapangan Terbang Domodedov termasuk meneliti sama ada ia berpunca daripada kegagalan pihak keselamatan pengangkutan melakukan tugas mereka.

Beliau berkata, pejabat peguam negara dan jawatankuasa penyiasatan Rusia perlu menyiasat pihak bertanggungjawab yang membenarkan pengebom berani mati terlibat berada di kawasan lapangan terbang tanpa dikesan.

"Kita perlu lakukan segala yang mungkin supaya pihak yang mendalangi serangan dikenal pasti, didedahkan dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka perlu dihapuskan," katanya dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen sambil menggesa semakan kesemua rekod penerbangan.


PENINDASAN hak warga Islam di Chechnya dikatakan menjadi faktor kebangkitan pejuang-pejuang Chechen.

Perdana Menteri, Vladimir Putin pula berjanji pengebom yang menyebabkan 35 orang terkorban di lapangan terbang paling sibuk di Rusia itu akan menerima hukuman setimpal.

Kronologi pengeboman Rusia

Tahun 1999 mencatat sejarah hitam buat Rusia apabila pengeboman bersiri dekat apartmen di Buinaksk, Dagestan membunuh 61 orang. Pengeboman tiga buah apartmen lain di Moscow pula membunuh 215 orang dan sembilan yang lain tercedera pada bulan September.

Walaupun pada 2 September, komander militan Ibn Al-Khattab mengumumkan mujahidin Dagestan akan melakukan siri serangan ke beberapa tempat di Rusia, dia menegaskan tidak bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Ekoran kejadian itu, Rusia telah melancarkan Perang Chechen Kedua.

Tahun 1999 turut menyaksikan beberapa siri pengeboman lain antaranya letupan di sebuah pasar di Vlasdikavkaz membunuh 64 orang yang berlaku pada bulan Mac.

Tahun 2002 pula, kira-kira 800 penonton dan para pelakon muzikal Nord Ost dijadikan tebusan. Seramai 129 orang dibunuh selepas polis menyerbu bangunan teater di Moscow pada bulan Oktober.

Kejadian itu juga didakwa dilakukan militan Chechnya yang diketuai oleh Movsar Barayev. Mereka menahan tebusan dan mahukan tentera Rusia berundur dari Chechnya dan menamatkan Perang Chechnya Kedua.

Barayev membuat satu kenyataan kepada media dengan mengatakan mereka sanggup mati di atas tindakan mereka itu. Kenyataan yang diperoleh pihak media antaranya menyebut bahawa Rusia mengambil hak orang Chechnya dan mereka mahu menuntut semula hak itu.

"Allah telah memberikan kami hak kebebasan dan hak menentukan haluan hidup kami. Rusia telah membanjiri tanah kami dengan darah anak-anak kami.

"Penduduk dunia tidak mempedulikan orang yang tidak bersalah yang mati di Chechnya, para sheikh, wanita, kanak-kanak dan golongan yang lemah," kata Barayev.

Menurutnya lagi, mereka memilih untuk mati dengan berperang demi kemerdekaan Chechnya dengan membawa bersama ratusan nyawa manusia berdosa Rusia.

"Sekiranya kami mati, akan ada ramai lagi yang akan mengikut langkah kami yang sanggup mengorbankan nyawa mereka di jalan Allah. Para pejuang kami telah mati tetapi orang mengatakan para pejuang ini sebagai pengganas dan penjenayah.


SEBUAH masjid di Grozny bermandi limpahan cahaya bunga api sempena sambutan Maulidurrasul.

"Hakikatnya Rusia adalah penjenayah sebenar," katanya.

Sasar stesen Metro

Pada tahun 2004, stesen kereta api Metro di Moscow menyaksikan satu letupan yang membunuh 40 orang awam. Putin menuduh militan Chechen di atas kejadian itu, tetapi ketua pemberontak Chechen mengaku tidak terbabit.

Tetapi, kumpulan pengganas Chechen yang tidak dikenali mengaku bertanggungjawab ke atas letupan itu. Mereka memanggil diri mereka sebagai Gazoton Murdash dan diarahkan oleh Lom-Ali.

Menurut kenyataan itu, kumpulan tersebut melancarkan serangan sebagai simbol ulang tahun keempat pembunuhan orang awam Chechen oleh askar Rusia di Grozny dalam pembunuhan beramai-ramai.

Bulan November tahun 2009 menyaksikan satu lagi pengeboman di dalam sebuah tren ekspres yang bergerak antara stesen Moscow dan St. Petersburg membunuh 27 orang dan lebih 100 yang lain cedera.

Kejadian membabitkan stesen kereta api Moscow berlaku lagi Mac tahun lalu membabitkan pengebom berani mati wanita pada waktu puncak di stesen tren yang padat di Moscow. Kejadian itu membunuh sekurang-kurangnya 39 orang dan mencederakan ramai penumpang lain.

Pada bulan Oktober pula, seramai empat orang militan Chechen menyerbu bangunan Parlimen Chechnya. Mereka menahan tebusan, menembak mati dua orang polis dan seorang orang awam sebelum empat pejuang tersebut dibunuh oleh anggota-anggota pihak berkuasa.

Peristiwa itu memberi tamparan hebat kepada Rusia yang sebelum ini mendakwa Chechnya sudah kembali stabil selepas kejatuhan Soviet Union.

Konflik tanpa kesudahan

Penindasan agama yang dialami rakyat Chechnya, pembangunan ekonomi yang tidak seimbang, eksploitasi dan kesengsaraan hidup menjadi punca serangan militan. Dan yang pasti ia tidak akan berakhir selagi kerajaan Rusia tidak bertolak ansur terhadap hak yang dituntut mereka.


PEMBUNUHAN Aslan pada tahun 2005 membangkitkan lagi kemarahan penduduk Chechnya.

Demikian pendapat pensyarah politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff.

Katanya kesengsaraan Chechen telah dipadamkan dalam laporan media-media Barat yang menggambarkan mereka sebagai pengganas semata-mata.

"Media Barat sentiasa melaporkan serangan-serangan yang dilakukan militan Chechen tetapi punca serangan itu tidak pernah dilaporkan secara telus dan tidak pernah dibincangkan.

"Oleh itu, selagi mereka tidak memperoleh keadilan yang dituntut, peperangan ini tidak akan menemui penghujungnya," katanya yang menganggap dasar luar Amerika Syarikat (AS) yang tidak adil menjadi punca meletusnya peperangan agama dunia.

Menurut beliau, amalan double-standard yang diamalkan oleh kuasa dunia menyebabkan kebangkitan kumpulan militan daripada satu generasi ke satu generasi lain.

"Kerajaan Rusia mungkin telah membunuh ketua militan Chechen, tetapi ia hanya membangkitkan semangat pejuangnya yang lain. Konflik ini ini tidak akan berakhir kerana pemikiran mereka diwariskan kepada setiap generasi.

"Saya percaya serangan-serangan yang dilakukan bukanlah bertujuan untuk membunuh orang awam sewenang-wenangnya tetapi mereka mahu membuktikan bahawa mereka juga mampu bangkit demi menuntut hak mereka serta keadilan sebagai orang Islam di bumi Rusia," katanya.

Misteri Piano

Misteri piano di pantai Miami selesai

PIANO misteri yang terdapat di beting pasir di Teluk Biscayne, Miami pada Rabu lalu.

MIAMI, Amerika Syarikat – Misteri sebuah piano yang muncul di beting pasir di Teluk Biscayne, Miami yang menarik perhatian dunia akhirnya dapat diselesaikan.

Seorang remaja, Nicholas Harrington memberitahu akhbar Miami Herald bahawa dia melakukan kerja itu dengan bantuan bapanya bagi menghasilkan satu klip video untuk membolehkannya memasuki sebuah sekolah seni di Manhattan.

“Kami memikirkan tentang satu produksi yang besar. Satu muzik video epik,” kata Harrington yang berusia 16 tahun. Piano itu adalah sebahagian daripada siri set televisyen yang direka oleh bapanya dan disimpan di dalam garaj selama bertahun-tahun.

Para pegawai hidupan liar Florida mahu piano itu dibuang dalam tempoh 24 jam.

Jika piano itu tidak dibuang, Harrington dan bapanya akan dikenakan dakwaan membuang sampah merata-rata. – AFP

Jatuh


Kemalangan pelik kereta Volkswagen

KERETA yang dipandu seorang wanita berada dalam keadaan mengiring dalam sebuah lubang di Truro, Britain baru-baru ini.

TRURO – Sebuah kereta Volkswagen Polo berada dalam kedudukan mengiring dalam sebuah lubang sedalam 1.8 meter di sini, Britain selepas pemandunya hilang kawalan ketika hendak membuat pusingan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemandu wanita itu melanggar susur jalan dan keretanya berada di dalam lubang tersebut di tingkat bawah tanah sebuah bangunan, baru-baru ini.

Namun, pemandu berkenaan yang merupakan seorang guru berusia 25 tahun, tidak cedera dalam kejadian itu.

Keretanya kemudian dikeluarkan dengan menggunakan sebuah kren. – Agensi

Ketakutan Dalam Negara Sendiri


Warga asing bermaharajalela
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

KELIHATAN warga asing berkumpul dan merimaskan penduduk tempatan di Taman Alam Jaya, Puncak Alam, Kuala Selangor semalam.

KUALA SELANGOR - Penduduk tempatan di Taman Alam Jaya, Puncak Alam di sini mempunyai sebab untuk 'hidup dalam ketakutan' meskipun berada di negara sendiri.

Rata-rata mereka yang ditemui Kosmo! mendakwa, segelintir warga asing yang memonopoli kawasan perumahan tersebut sering bertindak keterlaluan sehingga mengganggu ketenteraman penduduk di situ.

Selain disyaki terlibat dengan kegiatan pecah rumah, segelintir warga asing terbabit juga sering membuat bising dan berkumpul sesama sendiri sehingga lewat malam.

Lebih teruk, koloni asing terbabit juga didakwa sering mabuk dan bergaduh sesama sendiri, selain turut mengusik gadis tempatan di tepi kaki lima.

Difahamkan, warga asing terbabit bermastautin di situ ekoran lokasinya yang terletak berhampiran kawasan perindustrian.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Rotan Sampai Kencing


Murid dirotan hingga terkencing

KESAN dirotan pada belakang badan Wan Mohd. Faris.

KUALA TERENGGANU - Seorang murid tahun empat trauma untuk pergi ke sekolah selepas mendakwa dia dirotan oleh seorang guru selepas menghantar kertas ujian di sebuah sekolah di Kuala Besut di sini pada Rabu lalu.

Semasa kejadian, Wan Mohd. Faris Wan Zukri, 10, mendakwa dia baru menghantar kertas ujian kertas pendidikan Islam sebelum dikejutkan dengan tindakan guru lelaki itu yang tanpa sebab telah merotan badannya secara tiba-tiba.

Tindakan guru itu menyebabkan dia terkencing di dalam kelas kerana menahan kesakitan.

"Waktu kejadian, cikgu itu bagi kertas ujian dan selepas saya hantar kertas ujian pada cikgu, saya jenguk kawan saya untuk tengok apa yang dia buat.

"Tiba-tiba cikgu datang terus rotan belakang badan saya. Selepas itu cikgu tanya sakit tak. Belum sempat saya jawab dia rotan saya sekali lagi," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Doktor Pun Gila Seks

Doktor gila seks ditangkap

KULIM - Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun bekerja sebagai pembantu klinik membuat laporan di Balai Polis Kulim kelmarin apabila dia dicabul oleh seorang doktor ketika sedang bekerja.

Menurut laporan dibuat mangsa, ia bukan kali pertama doktor itu berkelakuan sedemikian malah kesemua kakitangan yang bekerja di klinik itu pernah dicabul dan mereka sering berhadapan dengan gangguan seksual.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari apabila mangsa sedang menjalankan tugas hariannya di klinik berkenaan.

Doktor terbabit datang ke arahnya lalu memegang buah dada mangsa.

Selain itu, doktor berkenaan pernah sering menyentuh punggung mangsa.

Jurucakap polis berkata, doktor itu juga sering menunjukkan isyarat lucah kepada kakitangannya dengan mengeluarkan lidah.

“Mangsa membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan suspek yang juga merupakan doktor di klinik dia bekerja. Suspek berusia 46 tahun dan sering melakukan gangguan seksual terhadap pekerjanya.

“Selain mangsa terbabit, kakitangan lain turut menerima nasib sama,” katanya.

Menurutnya, suspek sudah ditangkap dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Nak Hadiah Kena Bayar

Mangsa penipuan dapat semula wang

AYER KEROH - Seorang warga emas mampu menarik nafas lega apabila wang simpanannya yang digunakan untuk menyertai peraduan gores dan menang akhirnya berjaya dikembalikan.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Bayah, 60, dikatakan mengeluarkan wang simpanan daripada Amanah Saham Bumiputera (ASB) selepas termakan pujuk rayu untuk merebut hadiah cabutan bertuah di sebuah pasar raya.

Ketika kejadian, mangsa dan suaminya baru selesai membeli-belah sebelum didatangi seorang wanita bertindak sebagai promoter yang menyuruh saya menggores sekeping kad untuk melihat hadiah utama yang akan diterima.

Menurutnya, dia kemudian berjaya memenangi hadiah tilam, namun diminta membayar RM6,500 untuk mendapatkan barang tersebut serta kedua hadiah percuma itu.

“Selain itu, hadiah utama turut disertakan adalah sebuah kereta dan percutian ke luar negara.

“Wanita itu bertanya sama ada saya mempunyai wang atau kredit kad, sebaliknya dia berkata hanya mempunyai simpanan ASB. Bagaikan dipukau, saya dan suami membawanya menaiki kereta bersama ke bank untuk mengeluarkan duit berkenaan,” katanya.

Bayah bagaimanapun rasa tertipu selepas menyedari tilam dan dua barangan elektrik tersebut tidak berbaloi dengan wang dibayar sebelum mengambil keputusan membuat aduan kepada Persatuan Pelindung Pengguna negeri Melaka.

Persatuan terbabit membawanya ke Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan berjaya mengesan wanita berkenaan sebelum wang tersebut dikembalikan.

Bonkok Nak Jalan


Minta baiki jalan rosak


KAMPUNG BONGKOK - “Sudah bertahun kami tinggal di sini namun tidak banyak perubahan yang berlaku. Kemudahan juga kurang lebih-lebih lagi keadaan jalan raya yang sudah lama rosak teruk,” kata Tok Batin, O Remoi.

Dia berkata, lebih kurang 230 keluarga di sini masih dahagakan pembangunan di kampung mereka sepertimana kehidupan masyarakat Orang Asli di tempat lain.

Menurutnya, keadaan jalan itu membawa masalah kepada penduduk sekitar untuk keluar masuk kampung serta berurusan di luar.

“Sepanjang jalan di kampung kami ini boleh dikatakan rosak sepenuhnya. Lubang-lubang di tengah jalan pula seolah-olah seperti sebuah kolam kecil. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika hujan. Jalan bukan sahaja becak malah mampu menyebabkan kemalangan.

O berkata, beberapa kemalangan kecil pernah berlaku dan penduduk di sini masih bernasib baik kerana tiada yang cedera parah mahupun maut.

Menurutnya, selain itu, kampung itu yang wujud sejak 1930 lagi dan ia bukan sahaja menjadi petempatan Orang Asli malah kawasan kebun serta ladang kelapa sawit.

“Sejak beberapa tahun lepas, saya pernah membuat permohonan kepada pihak atasan untuk membaiki jalan ini supaya selamat digunakan penduduk. Keadaan berlubang di tengah jalan menyebabkan kenderaan kami cepat rosak gara-gara melalui jalan ini.

“Apabila malam, keadaan akan menjadi lebih sukar. Dengan keadaan jalan yang rosak serta gelap, ia menyebabkan pelbagai kemungkinan negatif berlaku,” katanya.

Sehubungan itu, dia mengharapkan supaya pihak atasan memandang serius berhubung perkara itu dan menyelesaikannya dengan kadar segera supaya jalan raya sepanjang enam kilometer itu dapat memberi jaminan keselamatan kepada penduduk di sini.

“Mungkin ia membabitkan kos yang tinggi. Tambahan pula, jalan raya ini terletak dalam tanah milik orang lain. Oleh itu, saya harap pertimbangan positif pihak berkenaan untuk menyelesaikan masalah ini. Kalau boleh, kami ingin menikmati kemudahan yang diimpikan selama ini sebelum pilihan raya,” katanya.

Guru Pun Kena Belasah


Guru dibelasah lelaki, walau anak tunjuk isyarat lucah


DUNGUN – Seorang guru sekolah rendah berdepan detik menakutkan apabila dikurung dalam rumah, dibelasah teruk dan diugut dengan pisau oleh bapa muridnya, baru-baru ini.

Berikutan serangan itu, guru tersebut membuat laporan polis dan merancang menyaman bapa muridnya itu.

Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati bapa terbabit apabila guru itu, Azahar Besar, 43, dikatakan menampar anak lelakinya kerana menunjukkan isyarat lucah.

Menceritakan detik hitam itu, guru yang sudah enam tahun mengajar di sekolah berkenaan berkata, kejadian yang tidak disengajakan itu berlaku kira-kira jam 12.15 tengah hari Ahad lalu.

Katanya, murid Tahun Dua itu bersikap biadab dengan menunjukkan isyarat lucah ketika berada di dalam makmal komputer.

“Melihat perbuatannya itu, saya memanggil murid tersebut dan menyoalnya, tetapi dia tidak mengaku menunjuk isyarat lucah.

“Apabila dia terus menafikannya setelah saya bertanya beberapa kali, saya menampar pipinya dengan perlahan. Saya fikir ia tidak menyakitkan pun. Saya buat begitu sebagai pengajaran,” katanya.

Azahar berkata, keesokannya, ketika sedang memandu kenderaan hendak pulang ke rumah, sebuah motosikal menghimpit keretanya dekat persimpangan jalan tidak jauh dari sekolah itu dan penunggangnya mengarahkannya menurunkan cermin tingkap kerana hendak berbincang sesuatu.

Azahar berkata dia tidak menyangka sebarang kejadian luar dugaan, lalu memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan bertanya kepada lelaki itu apa masalahnya. Anak Azahar yang belajar di sekolah itu turut berada dalam kereta ketika itu.

“Dia ajak saya berbincang di rumahnya (di Kampung Balik Bukit). Katanya ada hal penting. Saya tidak mengesyaki apa-apa dan ikut sahaja kehendaknya. Bagaimanapun, sebaik saya masuk ke rumahnya, dia terus menutup pintu jeriji besi.

“Ketika itulah episod panas bermula. Murid yang saya tampar (sehari sebelum itu), muncul dan bapanya terus bertanya kenapa saya menampar anaknya,” katanya yang kelihatan masih trauma dengan kejadian itu.

Azahar berkata, ini diikuti pertikaman lidah antaranya dan bapa murid itu, sebelum lelaki terbabit melepaskan satu tumbukan yang mencederakan mukanya.

Katanya, dalam keadaan itu dia masih cuba mententeramkan bapa murid itu, tetapi lelaki itu terus naik berang.

Katanya seorang lagi lelaki, dipercayai bapa saudara murid itu, keluar dan turut membelasahnya.

Azahar mendakwa, bapa murid itu juga mengacukan pisau ke arahnya dan ugut hendak mencederakannya.

“Dalam keadaan kelam kabut itu, isterinya cuba menghalang tindakannya yang seolah-olah dirasuk syaitan itu, namun dia tidak mengendahkannya dan terus memukul saya.

“Setelah keadaan reda, saya memohon maaf kepadanya atas perbuatan saya, lalu meninggalkan rumahnya untuk pulang. Saya membuat laporan di Balai Polis Dungun,” kata bapa kepada enam anak itu.

Azahar berkata, sebelum membuat laporan polis, dia turut berbincang dengan guru besar, wakil Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) serta guru-guru lain.

“Pada mulanya saya tidak mahu panjangkan perkara ini, tetapi kerana bimbang dengan keselamatan, lebih-lebih lagi dengan berlakunya kejadian menakutkan tempoh hari, saya rasa lebih baik saya serahkan kes ini kepada polis,” katanya.

Beliau juga bercadang untuk saman bapa murid terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan menerima laporan daripada guru sekolah rendah itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.

Bini Indon Kebas Duit


Kebas duit suami
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

BALIK PULAU: Seorang rakyat Indonesia berasal dari kawasan Palembang, Sumatera Selatan, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas kesalahan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM315,000 milik syarikat suaminya seorang rakyat tempatan sejak Mac 2009.

Tertuduh, Devi Mulya Tristiati, 38, pengarah syarikat Ibrahim Hashim Sdn Bhd terletak di 96, Tingkat 2, Jalan Mayang Pasir, Taman Sri Tunas, Bayan Baru yang menyediakan perkhidmatan mengutip sampah bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).


Devi didakwa menggunakan kuasanya sebagai pengarah dengan mengarah serta menandatangani 21 cek milik syarikat yang masing-masing bernilai RM15,000 dikeluarkan atas namanya tanpa pengetahuan dan kelulusan pengarah urusan syarikat iaitu suaminya, Ibrahim Hashim, 74.

Ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa, Devi yang memakai sepasang kot berwarna kelabu faham dengan pertuduhan ke atasnya, menggeleng kepalanya sebagai tanda tidak mengaku salah.


Timbalan Pendakwa Raya, Edward Chan, yang mengendalikan pertuduhan terhadapnya kemudiannya memohon kepada mahkamah untuk menetapkan RM20,000 sebagai ikat jamin dengan dua penjamin warga Malaysia.


Peguam RSN Rayer yang mewakili tertuduh juga akur kepada jumlah berkenaan dan tidak memohon kepada mahkamah untuk mengurangkan nilai ikat jamin.


Majistret Muhammad Hidayat Wahab kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin dengan RM20,000 dan dua penjamin serta menetapkan 17 Februari depan untuk sebutan semula kes.


Pendakwaan terhadap tertuduh dijalankan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda jika disabit kesalahan.


Harian Metro difahamkan, Devi adalah isteri kedua kepada Ibrahim yang juga peniaga di kawasan Bayan Baru dan mereka sudah berkahwin sejak 13 tahun selepas isteri pertama Ibrahim meninggal dunia.

Kena Minyak Dagu


Artis mangsa minyak dagu
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Akibat disihir dengan minyak dagu mayat, seorang pelakon wanita drama bersiri popular membuat pengakuan pernah meninggalkan suami dan tiga anaknya semata-mata untuk bersekedudukan dengan seorang lelaki warga Kemboja yang baru dikenali walaupun ketika itu dia hamil tiga bulan.

Mangsa mendakwa ilmu hitam itu menyebabkan dia seolah-olah menjadi hamba seks lelaki terbabit selama lebih dua tahun sekitar 2007 hingga 2009. Sepanjang tempoh itu juga, semua pendapatan bulanannya turut diserahkan kepada lelaki berkenaan.


Lebih tragis lagi, pelakon itu yang berusia 27 tahun dan hanya mahu dikenali sebagai D berkata, dia juga terlantar selama sebulan di wad psikiatrik, Hospital Selayang dekat sini, selepas doktor mengesahkan dia mengalami gangguan mental.

“Segala-galanya bermula selepas saya berkenalan dengan seorang penghantar surat yang kerap datang ke pejabat saya di Damansara atas urusan kerja.


“Entah mengapa saya tiba-tiba seperti hilang pertimbangan diri kerana sentiasa dihantui wajah lelaki berusia 24 tahun itu seolah-olah ada satu daya tarikan istimewa pada dirinya.


“Saya gagal mengawal diri sehingga tidak mampu menolak setiap arahan yang diberikan, malah tidak teragak-agak meninggalkan suami dan anak untuk tinggal serumah dengan lelaki itu di Gombak,” katanya.

D berkata, sepanjang tinggal dengan lelaki itu, dia dilayan seperti pembantu rumah apabila diarah melakukan semua kerja rumah selain terpaksa menyerahkan semua wang pendapatannya.


“Biarpun dimaki-hamun dan dipukul saban hari, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkannya, malah hati saya tetap menyayanginya. Setiap kali saya berhasrat pulang ke pangkuan anak-anak, seolah-olah ada satu kuasa mematikan niat saya itu,” katanya.


Menurut D, hampir tiga tahun bersama lelaki durjana itu, dia langsung tidak pernah menjenguk orang tuanya di kampung dan suaminya juga gagal menjejaki tempat tinggalnya.


“Saya juga seperti dirasuk kerana setiap kali ada pihak melarang hubungan kami, saya tidak teragak-agak memarahi serta memaki-hamun mereka,” katanya.


Kemuncaknya, keadaan diri D menjadi tidak keruan apabila lelaki itu menghilangkan diri. Dia mula meracau siang dan malam memanggil nama lelaki itu hingga akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital.


Selepas terlantar di hospital, barulah keluarganya dapat bertemu dengan D selepas dihubungi pihak hospital dan sokongan mereka membuka laluan untuk D kembali pulih seperti sedia kala.


“Saya hanya menangis sepanjang tempoh ditahan di hospital. Ketika itu, bapa menasihati saya supaya kuat semangat dan memohon pertolongan daripada Allah.


“Bimbang melihat keadaan saya semakin parah, bapa membawa saya berjumpa pengamal perubatan tradisional kerana mengesyaki saya terkena ilmu hitam,” kata D.


Menurutnya, selepas berubat dengan dua pakar perubatan tradisional, dia diberitahu lelaki itu menggunakan ilmu hitam dengan mencalitkan minyak dagu pada badannya.


“Saya turut diberitahu lelaki terbabit menggunakan sihir itu untuk mengikis harta ramai gadis sebelum menghilangkan diri,” katanya.


D bersyukur kepada Allah kerana hasil rawatan tradisional dia semakin pulih dan kini sudah mampu melupakan lelaki berkenaan.


Bagaimanapun, perbuatan kejam lelaki itu menyebabkan rumah tangga D berakhir apabila dia diceraikan suaminya pada penghujung tahun lalu.


“Tentunya dia marah dan kecewa dengan apa yang berlaku, tapi dia tak tahu saya menjadi mangsa ilmu hitam. Kini saya sudah mampu menjalani kehidupan seperti biasa dan melupakan episod perit yang meragut kebahagiaan rumah tangga saya.


“Saya sanggup berkongsi pengalaman hidup saya kerana mahu ia menjadi pengajaran kepada semua wanita. Berhati-hatilah dan jangan mudah percaya dengan lelaki,” katanya.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Dihalau Ibu



5 beranak merempat
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my


DIBUANG...keluarga Nagarajan menerima bantuan daripada Persatuan Kebajikan dan Keharmonian Guru Peedam Johor selepas hidup melarat di taman permainan kanak-kanak.
KULAIJAYA: Seorang lelaki bersama isteri dan tiga anak tinggal di dalam pembetung konkrit di taman permainan selepas dihalau dari rumah oleh ibu mentuanya disebabkan gagal membeli barangan keperluan serta melunaskan sewa rumah.

S Nagarajan, 29, dan isterinya, R Rajeshwari, 23, dihalau dari rumah ibu mentuanya di Batu 12, pada Selasa lalu, namun dia merayu supaya ibu mentuanya yang berusia 40-an tolong menjaga anaknya buat sementara waktu sehingga dia mendapat tempat tinggal lain.


Malangnya, kelmarin ibu mentuanya itu datang ke taman permainan tempat dia berlindung dan menyerahkan ketiga-tiga anaknya termasuk seorang daripadanya, Muruga, 2, yang bukan saja buta, malah tubuhnya bersaiz menyamai bayi berusia enam bulan.

Keperitan hidup lima beranak itu didedahkan Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Keharmonian Guru Peedam Johor, G Balaguru, 43, yang mengetahui masalah mereka selepas menerima maklumat daripada orang awam.


Balaguru berkata, ketika ditemui Nagarajan dan Rajeshwari cuba berselindung dengan mengatakan mereka berkunjung ke taman permainan itu untuk beriadah.


“Bagaimanapun, dia akhirnya mengaku dibuang keluarga kerana gagal membeli barangan keperluan, selain melunaskan sewa rumah untuk dua bulan oleh ibu mentuanya.


“Mereka menjadikan pembetung konkrit di taman permainan itu sebagai rumah,” katanya.


Menurutnya, dua lagi anak pasangan berkenaan ialah Nagendran, 5 dan Logeswaran 3, manakala Muruga yang dilahirkan tidak cukup bulan sepatutnya mendapatkan rawatan laser pada matanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL), namun keluarga itu gagal berbuat demikian akibat masalah kewangan.


Menurut Balaguru, sebelum ini, Nagarajan menumpang di rumah ibunya sejak lebih tiga bulan lalu selepas dihimpit masalah kewangan berikutan dia dan rakan kongsinya gagal mendapat kontrak menurap jalan raya di sekitar bandar raya ini.


“Nagarajan yang dimasukkan besi di kedua-dua belah kakinya juga berdepan kesulitan bagi menyara hidup keluarga termasuk membayar duit sewa kepada ibunya selepas gagal mendapatkan pekerjaan di kilang.


“Pasangan berkenaan merayu kepada wanita itu supaya memberi kebenaran kepada tiga anak mereka tinggal di situ sementara mencari rumah sewa lain,” katanya.


Bagaimanapun, menurut Balaguru, wanita terbabit enggan menerima alasan itu, malah memaksa ketiga-tiga cucunya itu tinggal di taman permainan berkenaan.


Katanya, sepanjang tinggal di taman permainan itu, lima beranak berkenaan tidak mandi, malah hampir kebuluran kerana tidak menjamah makanan.


“Bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini, kami membantu mereka mencarikan rumah sewa di Pangsapuri Rakyat di Jalan Cengal, Bandar Putra, tengah hari tadi (semalam), selain menyediakan bekalan barangan keperluan dapur.


“Kami harap ada pihak yang prihatin dan tampil menyalurkan bantuan kepada lima beranak berkenaan,” katanya.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Pedalaman


Norazizah tidak menyesal mengajar di pedalaman


NORAZIZAH Moktar sukar lupakan pengalaman menaiki bot selama lima jam untuk ke sekolah.

JERANTUT 28 Jan. - Bagi memperkasakan pendidikan kanak-kanak, usaha menyeluruh dilakukan oleh kerajaan sama ada di bandar atau desa supaya golongan sasar tidak ketinggalan.

Menyedari hakikat itu, seorang guru, Norazizah Moktar, 26, menyahut cabaran tersebut dengan memilih pedalaman Hulu Tembeling di sini untuk mendidik para pelajar di kawasan itu.

Norazizah yang dipilih menghiasi ruangan Gadis Pahang minggu ini berkata, dia mahu memberi pendidikan sempurna kepada pelajar di kawasan itu setanding dengan pelajar lain di bandar.

Katanya, keputusan mengajar di situ dibuat seiring dengan komitmen Kementerian Pelajaran untuk melihat para pelajar daripada semua kaum cemerlang dalam pelajaran masing-masing.

"Saya tidak berasa kesal walaupun berkhidmat di kawasan itu yang cuma boleh dihubungkan dengan bot penambang.

"Demi tugas, saya perlu laksanakan dengan penuh integriti, lagi pun pelajar di sini memerlukan pengetahuan dan kemahiran sebagai bekalan untuk mereka menguasai pelajaran sehingga ke peringkat lebih tinggi," katanya yang berasal dari Kampung Bantal, Hulu Tembeling ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Norazizah yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Pagi berdekatan Taman Negara Kuala Tahan berkata, pengalaman menaiki bot penambang hampir lima jam ke sekolah merupakan satu perkara yang sukar dilupakan.

Tambahnya, cabaran menaiki bot tersebut memberi rangsangan kepadanya untuk mendekatkan diri dengan pelajar di kawasan itu.

Sebelum menjadi guru, dia mengikuti latihan perguruan peringkat Diploma Pendidikan di Institut Perguruan Malaysia (IPM) Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor dua tahun lalu.

Sebaik taman pengajian, dia kemudian dipilih bertugas di kampung tersebut yang berhampiran dengan kampungnya iaitu Kampung Bantal.

"Bertugas di sini amat sesuai dengan jiwa saya yang dibesarkan dalam suasana sungai, flora, fauna dan pemandangan alam sekitar yang indah serta menikmati udara bersih.

"Bertugas di mana sekalipun sama sahaja, tetapi ada ketikanya kita perlu menempuh cabaran kerana sudah membuat akujanji untuk berkhidmat di mana-mana tempat," katanya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Friday, January 28, 2011

Lesen Tipu


40 pengguna kena tipu

MERSING - Enam daripada 40 yang tertipu dengan penawaran lesen memandu tampil membuat laporan ekoran lesen yang dibuat tidak sah di sisi undang-undang.

Difahamkan, enam mangsa terbabit menyedari perkara berkenaan setelah salah seorang daripada mereka ditahan polis ketika menunggang motosikal di bandar ini dan mendapati lesen yang dimiliki adalah palsu.

Pengerusi Biro Ekonomi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Daerah, Aliah Mahamad berkata, beliau mendapat tahu masalah tersebut daripada jirannya dan mengambil inisiatif mengumpul individu terbabit bagi mencari jalan penyelesaian.

Menurutnya, beliau bersama enam individu terbabit membuat penyemakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan ini dan mendapati semua lesen yang dimiliki itu adalah palsu.

Sehubungan itu, atas nasihat pihak yang berkenaan mereka yang terbabit perlu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) petang semalam.

Beliau menasihatkan mereka yang terbabit berada di luar daerah ini membuat laporan polis di balai polis berhampiran tempat mereka tinggal.

“Minta kepada orang ramai yang terlibat dalam masalah ini agar tampil dan membuat laporan agar ada yang tidak tertipu dengan kejadian seperti ini,” katanya ketika ditemui.

Salah seorang mangsa, Muhamad Amir Abdul Majid, 20, berkata, pada mulanya dia menyangka lesen yang diperolehi itu adalah yang dikeluarkan pihak berkuasa dan sah digunakan selepas membayar RM800.

Bagaimanapun, menurutnya, selepas mendapati salah seorang rakan yang ditahan polis mendapati lesen itu palsu baru dia mengetahuinya.

“Selama ini saya tidak menyangka dan selepas mendapat lesen ini lebih tiga bulan lalu, saya rasa tidak bimbang untuk menunggang motosikal kerana telah memiliki lesen yang sah, tetapi sebaliknya pula yang berlaku,” katanya.

Dia berkata, masih ramai lagi rakannya yang mendapatkan lesen berkenaan sedangkan mereka bekerja di luar daerah ini.

“Selepas seorang rakan ditahan polis mendapati lesen berkenaan adalah palsu, baru saya menyedarinya dan terus mencari mereka yang terbabit, namun mereka sudah menghilangkan diri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Dia bersama rakan lain membuat laporan di IPD Mersing dua hari lalu mengenai pemalsuan lesen berkenaan.

Sementara itu, salah seorang mangsa, Ayu Masniza Razman, 18, berkata, dia hanya perlu menjelaskan bayaran antara RM800 hingga RM900 setiap seorang dengan cara berperingkat-peringkat antara Januari hingga Jun tahun lalu kepada seorang penganggur yang disyaki dalang lesen palsu berkenaan.

Menurutnya, lesen tersebut diperoleh kononnya sama dengan lesen warga emas yang dilancarkan baru-baru ini.

“Dia memberitahu lesen ini boleh diselitkan dengan skim lesen untuk warga emas untuk motosikal. Dalam masa tiga bulan nama akan masuk dalam sistem JPJ, namun sehingga kini baru saya tahu ianya adalah penipuan,” katanya.

Dia berkata, duit RM900 hasil daripada wang simpanan itu hanya hangus begitu sahaja dan meminta agar tindakan segera diambil ke atas dalang sebalik sindiket tersebut.

“Wang yang saya bagi itu adalah simpanan saya sewaktu saya bekerja dan separuh adalah duit daripada ibu saya. Saya agak terkilan dan kecewa apabila kami semua ditipu. Ingatkan dia adalah salah seorang ejen di sekolah memandu.

“Saya meminta kepada rakan terbabit supaya tampil membuat aduan polis bagi membolehkan mereka yang menipu itu disiasat dan diambil tindakan,” katanya.

Beliau juga meminta agar orang yang terbabit agar membayar semula wang berkenaan bagi membolehkannya membuat lesen motosikal yang baru dan sah.

:Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superintendan Mohd Toff Maroff mengesahkan menerima laporan itu dan akan menyiasat kes ber:kenaan.

Kena Tipu Dalam FB

Lebih RM500,000 lesap ditipu teman maya

LABUAN - Tiga rakyat tempatan, termasuk dua wanita rugi RM567,230 didakwa ditipu kenalan yang dikenali dalam laman web sosial Facebook dan blog yang merupakan kes pertama di pulau itu.

Ketua Polis Labuan, Penguasa Saiman Kasran berkata, dua wanita itu adalah jururawat dan penasihat institut pengajian tingg, sementara lelaki adalah kakitangan kerajaan.

Beliau berkata, modus operandi penipuan itu memakan masa hampir setahun dengan menggunakan taktik pujuk rayu sehingga mangsa tanpa berfikir panjang memasukkan jumlah duit yang agar besar ke dalam akaun kenalan mereka ini.

Sebaik menerima wang itu, kenalan baru mereka itu terus menghilangkan diri, katanya.

Beliau berkata, unit khas polis Labuan kini sedang mengesan pemegang akaun tersebut bagi membolehkan identiti dalang sindiket itu dikenal pasti.- Bernama

Xdpat Nafkah Batin

Tak mendapat nafkah batin


SAYA berasa cukup buntu dan tertekan kerana suami mengabaikan tanggungjawabnya terhadap saya. Pada awal perkahwinan, hubungan intim saya dan suami berlangsung baik namun sejak kebelaka�ngan ini, dia langsung tidak menyentuh saya.

Berkemungkinan juga suami mengalami masalah lemah tenaga batin kerana dia hanya menyentuh saya sekali saja ketika bersama dan tidak mampu mengulanginya.
Kami pernah tinggal berasingan selama beberapa bulan. Ketika itu saya pernah meminta untuk berpisah tetapi tidak pula merujuk ke pejabat agama.

Saya sering kali menangis memikirkan keadaan ini. Saya adalah seorang wanita yang mempunyai rupa paras yang menarik. Pelbagai cara sudah saya gunakan antaranya pernah bersemuka dengan suami selain beberapa kali memintanya berubat.



Saya minta Dr memberikan semangat dan nasihat yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.



HAZWANI
Kuala Lumpur


ISLAM meletakkan �tanggungjawab tertentu kepada suami isteri di alam perkahwinan antaranya suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri sama ada zahir atau batin.

Nafkah batin adalah kasih sayang dan hubungan seksual. Apabila suami gagal memenuhi tanggungjawab itu, maka rumah tangga menjadi tidak sempurna dan berkemungkinan boleh berakhir dengan perceraian.

Islam tidak menghalang perceraian apabila terbukti ia membawa kebaikan kepada pasangan. Dalam kes puan ini, suami tidak mampu memberi nafkah batin dalam masa yang agak lama.

Walaupun puan sudah beberapa kali berusaha untuk menyelesaikannya tetapi masih menemui jalan buntu. Jika keadaan itu berterusan, saya mencadangkan supaya puan mengadu kepada hakim atau kadi.

Saya mengesyorkan puan berjumpa peguam syarie bagi mendapatkan nasihat dan mengetahui langkah yang perlu diambil.

Selepas mengetahui prosedur yang sebenar, masalah puan dapat diselesaikan dengan baik tanpa timbul rasa ingin bermusuh dan sebagainya.

Kawin Palsu



VIP nikah tanpa rekod
Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my


PALSU...kad nikah yang dikeluarkan sindiket.

KUALA LUMPUR: Bagi menutup pernikahan kedua mereka daripada diketahui isteri pertama, segelintir VIP dikesan menggunakan sindiket nikah tidak bertauliah yang menyediakan pakej lengkap dengan sijil nikah kononnya dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Sindiket berkenaan yang dipercayai bergerak aktif sejak tahun lalu cuma mengenakan bayaran RM3,000 dan ia dikatakan mendapat sambutan hangat di kalangan orang kenamaan yang ingin berpoligami secara diam-diam berikutan sijil nikah palsu yang dikeluarkan itu. Menurut sumber, sindiket itu bijak memancing pasangan supaya menggunakan khidmat mereka dengan meyakinkan pernikahan diuruskan bukan saja sah dari segi Islam, malah turut diperakui Jawi dengan sijil perkahwinan dan kad nikah dikeluarkan sebaik proses ijab kabul selesai.


Sumber itu berkata, majlis ringkas ijab kabul kebiasaannya dilakukan di hotel sekitar ibu negara dan pengantin perempuan selalunya membawa saudara lelaki terdekat mereka sebagai wali.


“Khidmat disediakan sindiket itu mendapat sambutan sebab pengantin lelaki tidak perlu bersusah payah melalui prosedur berpoligami yang agak ketat di pejabat agama atau membelanjakan kos yang tinggi untuk bernikah di negara jiran.


“Bagaimanapun, penipuan sindiket itu terbongkar apabila perkahwinan pasangan yang menggunakan khidmat sindiket itu tidak kekal lama dan terpaksa bercerai,” katanya. Menurutnya, selepas bercerai, isteri kedua yang dijatuhkan talak pergi ke pejabat Jawi untuk mengesahkan perceraian dan ketika itulah masalah mula timbul apabila dimaklumkan perkahwinannya tiada dalam rekod atau tidak pernah didaftarkan di Jawi.


“Bila tiada dalam rekod pendaftaran perkahwinan, macam mana nak diuruskan atau didaftarkan perkahwinan? Pada masa inilah bekas isteri terbabit berdepan masalah masalah besar kerana dia tidak berhak membuat tuntutan nafkah dan sebagainya,” kata sumber itu.




Beliau yang menguruskan pusat aduan rumah tangga dan menyediakan khidmat kaunseling berkata, setakat ini pihaknya menerima aduan daripada lapan wanita yang menjadi mangsa sindiket berkenaan.


“Sekali imbas, memang sijil dan kad nikah dikeluarkan sindiket itu seperti tulen, tapi selepas kami menyelidikinya betul-betul didapati tandatangan yang tertera di atas dokumen berkenaan bukan tandatangan individu yang mempunyai kuasa, sebaliknya tidak diketahui ia tandatangan siapa,” katanya.



Berikutan itu, beliau meminta pihak berkuasa kuasa khususnya Jawi melakukan siasatan kerana ada kemungkinan wujud pembabitan ‘orang dalam’ yang mempunyai kaitan dengan sindiket berkenaan hingga mereka mampu mengeluarkan sijil dan kad akuan nikah yang nampak seperti tulen.


“Tambahan pula, mengikut aduan lapan wanita yang menjadi mangsa sindiket itu mereka berurusan dengan individu yang sama dan lelaki itu turut mendakwa dia bekerja di Jawi,” kata sumber berkenaan. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jawi, Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, orang ramai seharusnya sedar tiada jalan pintas untuk melakukan proses pernikahan, apatah lagi berpoligami, sebaliknya ia perlu melalui prosedur ditetapkan. “Tak ada ‘pintu belakang’ kepada sesiapapun termasuk golongan VIP untuk mempercepatkan proses poligami dan mahu mendapatkan kad serta sijil nikah. “Jika ada pihak mendakwa mampu menyediakan cara mudah tanpa mengikuti prosedur, bermakna ia satu penipuan kerana kad akuan nikah tulen hanya boleh dikeluarkan Jawi dan kad itu mempunyai ciri-ciri keselamatan tertentu,” katanya.


Tuan Asmawi berkata, pihaknya memandang serius masalah itu dan akan menyiasat kes seumpamanya sebelum tindakan diambil.


“Kita tahu dan kenal semua pendaftar nikah yang ada. Malah, ada pendaftar nikah yang kita terpaksa tamatkan perkhidmatan disebabkan faktor disiplin.


“Sebagai contoh, ada pendaftar nikah dibuang disebabkan terlalu lama memerap pernikahan dilangsungkan mereka sehingga mempelai menanggung kelewatan pengeluaran sijil dan kad nikah terlalu lama,” katanya.


Justeru, katanya, pihak yang mahu melangsungkan poligami dinasihatkan mengikut prosedur.
Kongsi artikel ini menerusi media sosial