Thursday, June 30, 2011

Gigit Bini


Penoreh getah mengaku tidak bersalah gigit isteri

MOHD. Shakri Ismail diiringi dua anggota polis didakwa menyebabkan kecederaan kepada isterinya di Mahkamah Sesyen Kuantan, semalam.

KUANTAN 29 Jun - Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menggigit isterinya yang berusia 23 tahun itu ketika mengadakan persetubuhan.

Tertuduh, Mohd. Shakri Ismail, 28, dari Felda Bukit Goh dekat sini, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.

Tertuduh didakwa mencederakan mangsa antara pukul 12 tengah malam dan 3.30 pagi, 21 April lalu di sebuah rumah di Felda Bukit Goh, dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Terdahulunya, selepas kertas pertuduhan dibacakan, tertuduh segera memberitahu bahawa dia tidak melakukan perbuatan itu, selain mempersoalkan pertuduhan terhadapnya.

Mendengarkan jawapan tertuduh, Noradidah bertanya, jika dia tidak melakukannya, mengapa ada kesan gigitan pada mangsa.

Lelaki terbabit bagaimanapun mendiamkan diri sebelum mengaku tidak bersalah.

Berikutan pengakuan itu, Noradidah memerintahkan Mohd. Shakri diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin, selain mengenakan beberapa syarat tambahan iaitu dia tidak boleh menghubungi dan pulang ke rumah mangsa ataupun menghampiri isterinya.

Bagaimanapun, tertuduh difahamkan gagal membayar wang jaminan dikenakan ke atasnya dan dihantar ke Penjara Penor sementara menunggu sebutan semula kes pada 25 Julai depan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah.

Selepas kejadian, tertuduh dipercayai melarikan diri sehingga ditahan di Kota Bharu, Kelantan pada 26 Jun lalu sebelum dihadapkan ke mahkamah.
TAJUK-TAJUK BERITA

Larikan Anak


Bekas isteri larikan anak

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my


Muhd. Khairun Aseh dan Tan Eng Keong menunjukkan gambar Tan Xin Ru yang dilarikan Pau Moi Moi ke Batam, Indonesia di Pejabat Biro Aduan Pemuda UMNO di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 29 Jun - Seperti lelaki lain, Tan Eng Keong mengidamkan kehidupan bahagia selepas mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan yang dikenalinya semasa sama-sama bekerja di Singapura, lapan tahun lalu.

Namun manusia hanya mampu merancang, siapa menyangka mahligai dibina atas dasar cinta itu hanya mampu bertahan selama empat tahun dan terpaksa pula berpisah dengan anak kesayangannya yang dilarikan bekas isteri.

Kisah itu bermula apabila Eng Keong, 31, seorang tukang ubah suai rumah bercerai dengan isterinya, Pau Moi Moi, 32, berasal dari Batam, Indonesia pada 2007.

Pasangan yang bercerai secara baik ini bersetuju untuk menyerahkan hak penjagaan anak mereka, Tan Xin Ru yang kini berusia lapan tahun kepada Eng Keong memandangkan kanak-kanak terbabit merupakan warganegara Malaysia.

Malah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dalam keputusan pada 27 Julai 2007 turut mengeluarkan perintah agar Xin Ru dijaga oleh bapanya.

Pada peringkat awal, bekas pasangan suami isteri itu tiada masalah untuk membahagi kasih sayang kepada anak tunggal mereka kerana Eng Keong merupakan seorang yang bertolak-ansur dan tidak pernah menghalang Moi Moi datang ke Pulau Pinang bertemu Xin Ru.

Bagaimanapun, masalah timbul apabila Moi Moi mengkhianati kepercayaan Eng Keong apabila enggan memulangkan Xin Ru setelah kanak-kanak itu dibawa pulang ke kampung halamannya pada 21 November 2008.

Menurut Eng Keong, sejak bercerai, Xin Ru tinggal bersamanya, manakala bekas isterinya biasanya datang melawat menjelang sambutan hari kelahiran Xin Ru pada 10 November setiap tahun.

Katanya, pada 10 November 2008, Moi Moi telah datang ke Butterworth untuk bertemu Xin Ru, namun sebelum pulang pada keesokan harinya, dia berbincang meminta agar anak mereka dihantar ke Batam apabila cuti sekolah untuk bertemu ahli keluarga di sana.

"Selang 11 hari kemudian, saya membawa Xin Ru ke Batam untuk bertemu bekas isteri dan dia berjanji memulangkan anak selepas tamat cuti sekolah," katanya pada sidang akhbar di pejabat Biro Pengaduan UMNO di sini, hari ini.

Eng Keong berkata, dia mula menyedari ditipu apabila Moi Moi dan ahli keluarganya menyembunyikan Xin Ru apabila dia sekali lagi datang ke Batam untuk menjemput anaknya pada 6 Februari 2009 dan terus tidak dibenarkan berjumpa dengannya sehingga sekarang.

Menurutnya, dia yang tidak berpuas hati telah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan semula anaknya termasuk membuat laporan polis di Batam pada 24 Mac lalu tetapi pihak polis di sana memaksanya menandatangani surat persetujuan agar hak penjagaan Xin Ru diserahkan kepada bekas isterinya.

Eng Keong yang tiada pilihan akhirnya meminta bantuan Biro Pengaduan UMNO untuk mendapatkan semula anaknya dan Pengerusinya, Datuk Muhd. Khairun Aseh bersetuju meminta kerjasama polis antarabangsa (Interpol) untuk membawa pulang kanak-kanak itu ke Malaysia.

Dalam pada itu, Muhd. Khairun meminta kerajaan menggubal undang-undang supaya kes penculikan anak-anak oleh ibu bapa diklasifikasikan sebagai kes jenayah bagi memudahkan pihak berkuasa bertindak terhadap mereka yang melanggar perintah mahkmah dan menghalang kanak-kanak dilarikan ke luar negara.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, June 29, 2011

Kajol Melayu


JAHEAIK buka fail siasat Kajol
Oleh Asmizan Mohd Samiran
mizan@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
ALBUM...Kajol menunjukkan dua album irama dikir baratnya.
ALBUM...Kajol menunjukkan dua album irama dikir baratnya.

KOTA BHARU: Kontroversi membabitkan penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol, 25, kini memasuki episod baru apabila dia disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akibat keceluparannya mengaku bukan Islam ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, 21 Jun lalu.

Pegawai JAHEAIK Jajahan Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob berkata, tindakan itu diambil selepas mendapati penyanyi yang terkenal dengan lagu berentak Bollywood itu melakukan kesalahan serius apabila mengaku bukan Islam.


“Segala bukti mengenai pengakuan penyanyi itu sudah diperoleh dan fail siasatan mengenainya sudah dibuka dan dihantar ke ibu pejabat JAHEAIK.

“Kami mengambil tindakan segera membuka fail siasatan kerana Kajol secara sedar mengaku bukan Islam walaupun pada pengenalan dirinya menunjukkan agamanya Islam,” katanya.


Sebelum ini, muka depan Harian Metro melaporkan, Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda selepas mengaku salah terhadap pertuduhan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai ketika mengadakan persembahan di sebuah tapak ekspo di Tanah Merah, 15 April lalu.


Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan selepas Kajol merayu semua hukuman dijatuhkan ke atasnya dikemukakan semula kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk dibicarakan semula pada prosiding akan datang.

Kajol yang berseluar jeans biru dan berbaju panjang berwarna hitam mengaku salah atas pertuduhan serta fakta kes dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Aris Fadhilah.


Ketika nasihat diberikan, Kajol dilihat menyampuk dengan berkata: “Saya bukan orang Islam, tetapi Orang Asli”, menyebabkan hakim bertegas kerana dokumen dikemukakan di hadapannya mengesahkan Kajol beragama Islam.

Menurut Nik Ahmad Zuhdi, beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana kes berkaitan Kajol sedang disiasat.


“Apa yang penting, kami sudah buka fail siasatan dan penyanyi itu akan disiasat atas perbuatannya,” katanya.


Sebelum dijatuhi hukuman itu, Kajol pernah mencetuskan kontroversi apabila mengaku lebih rela mati daripada berubah menjadi lelaki sejati.


Muka depan Harian Metro pada 20 April lalu melaporkan, Kajol memberi alasan bukan sengaja mahu menjadi wanita, tapi naluri wanita memang wujud dalam dirinya sejak zaman kanak-kanak lagi.


Kajol turut mengakui dia ‘lemas’ dengan pelbagai dugaan menimpanya, termasuk ditahan penguat kuasa jabatan agama menyebabkan dia mengambil keputusan nekad untuk tidak lagi membuat persembahan di Kelantan.


“Saya manusia biasa dan tidak mahu terus terseksa. Saya sedar, saya seperti diharamkan di Kelantan. Daripada terus ditahan, lebih baik saya berhenti daripada membuat persembahan di Kelantan.


“Justeru, kepada semua peminat yang memberi sokongan setiap kali saya membuat persembahan di Kelantan, saya ucapkan ribuan terima kasih. Kita tidak akan berjumpa lagi di Kelantan,” katanya yang mendakwa mempunyai 25 album.

Rela Belasah Rela

Anggota Rela dibelasah

HULU LANGAT 28 Jun - Seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) terpaksa menanggung kesakitan akibat patah jari kelingking selepas dibelasah tujuh anggota Rela lain dalam pergaduhan di Taman Orkid, Batu 9 di Cheras pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian pukul 12 tengah malam itu, mangsa bekerja sebagai pemandu teksi dikatakan berselisih faham dengan tujuh anggota Rela terbabit dipercayai berpunca daripada tindakan berebut kawasan untuk dijaga.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, akibat tidak puas hati, tujuh lelaki yang merupakan anggota Rela di taman perumahan sama bertindak menyerang mangsa.

"Dalam pergaduhan itu, mangsa yang keseorangan tidak mampu melawan suspek yang ramai menyebabkan dia cedera teruk termasuk patah jari kelingking.

"Selepas mendapat rawatan, mangsa mengumpul rakan-rakannya dan menghubungi kumpulan tujuh lelaki yang menyerangnya untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah tersebut," katanya di sini hari ini.

Abdul Rashid berkata, mangsa memberi tempoh selama dua hari iaitu kelmarin dan semalam kepada suspek untuk bertemu bagi membincangkan masalah dihadapi termasuk menuntut bayaran ganti rugi bagi kos rawatan kecederaan dialami.

Namun, katanya, suspek enggan menghadiri pertemuan tersebut menyebabkan mangsa tiada pilihan lalu membuat laporan polis hari ini.

Hasil laporan tersebut, beliau berkata, polis kemudian menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam pergaduhan dengan mangsa.

"Kedua-dua lelaki terbabit berusia 30 hingga 50 tahun masing-masing bekerja sendiri dan kelindan lori, ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, mangsa, Chin Hock Chai, 48, ketika ditemui mendakwa, dia diserang oleh tujuh anggota Rela terbabit kerana tidak berpuas hati dengan tindakannya memecat mereka.

Hock Chai berkata, dia merupakan Ketua Rela Taman Orkid bertindak memecat ketujuh-tujuh lelaki terbabit kerana mereka mempunyai masalah disiplin.

"Apabila tidak berpuas hati dipecat, mereka bertindak membelasah saya," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Tuesday, June 28, 2011

Mengaku Mati Takutkan Along


'Saya sudah mati'
Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BUKTI...Saharuddin menjununjukkan salinan slip pembayaran kepada along terbabit yang diserahkan anak mangsa (kiri).
BUKTI...Saharuddin menjununjukkan salinan slip pembayaran kepada along terbabit yang diserahkan anak mangsa (kiri).

KUALA LUMPUR: “Saya tak sanggup lagi hidup begini, tapi saya terpaksa kerana ini saja cara untuk saya melepaskan diri daripada mereka,” kata seorang peniaga wanita yang berpakat dengan keluarga mengisytiharkan kononnya dirinya sudah mati semata-mata untuk mengelak daripada gangguan ceti haram atau along.

Wanita berusia 59 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah berkata, untuk meyakinkan pelbagai pihak mengenai ‘kematiannya’ satu majlis kenduri tahlil diadakan dengan dihadiri saudara-mara, jiran dan rakan.

“Semua mereka menyangka saya sudah mati, hanya beberapa anggota keluarga yang tahu kisah sebenar. Bukan saya berniat menipu mereka, tapi saya lakukan ini kerana terpaksa.

“Saya amat rindukan kehidupan seperti dulu, gembira bersama keluarga dan menguruskan perniagaan seperti biasa yang kini hanya tinggal kenangan,” katanya.


Halimah ditemui Harian Metro ketika membuat aduan dan meminta khidmat nasihat daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai masalahnya itu, baru-baru ini.


Wanita itu berkata, dia terpaksa mengisytiharkan kematian palsu apabila keluarganya tidak tahan diancam along termasuk menerima ugutan menerusi SMS yang menyatakan rumahnya akan dipecah masuk dan semua barangan akan diambil.

Katanya, masalah bermula apabila dia membuat pinjaman RM10,000 daripada seorang along untuk menampung kos perniagaannya dan membayar gaji pekerja serta kos lain September tahun lalu.

“Pinjaman RM10,000 itu sudah saya bayar dalam masa ditetapkan. Namun, selepas itu, saya menerima panggilan daripada along menyatakan sejumlah wang sudah dimasukkan ke dalam akaun saya dan perlu membuat bayaran dalam masa 10 hari.

“Sebaik selesai bayaran berkenaan, saya dihubungi lagi, kali ini individu lain pula yang mendakwa sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun tanpa saya minta dan mereka mendesak saya membuat bayaran dalam tempoh tertentu.

“Sejak itu, hidup saya dihimpit masalah kerana terus menerima wang RM3,000 hingga RM7,000 pada satu-satu masa yang dimasukkan terus ke dalam akaun beberapa kali menyebabkan saya berurusan dengan 14 along serentak,” katanya.

Halimah berkata, setakat ini dia sudah membuat bayaran RM140,000 kepada 14 along terbabit, namun jumlah itu dikatakan belum mencukupi menyebabkan dia diganggu dan keselamatan keluarganya diancam.

Berikutan itu, Halimah menyembunyikan diri di beberapa kawasan di Pahang, Terengganu dan Melaka bagi mengelak diapa-apakan kumpulan terbabit yang menunggu di hadapan rumahnya setiap hari.

“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, anak saya memberitahu along terbabit saya sudah mati sedangkan saya masih hidup. Saya kasihankan anak kerana terpaksa berdepan along dan pada masa sama, menguruskan perniagaan kami yang terjejas akibat kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Unit Tindakan Khas PPIM, Saharuddin Abu Bakar, berkata pihaknya menerima aduan terbabit dan berusaha mencari jalan bagi membantu Halimah.

Katanya, seperti kes lain, PPIM akan bertindak sebagai orang tengah dengan mengaturkan perbincangan dengan along terbabit dan menetapkan satu kadar munasabah yang perlu dijelaskan.

“Kami dapati aktiviti ‘along berantai’ ini dijalankan oleh individu sama, malah modus operandi yang digunakan juga serupa iaitu memasukkan wang ke dalam akaun mangsa hanya selepas bayaran pinjaman terdahulu dilunaskan.

“Justeru, kami meminta orang ramai berhati-hati apabila berurusan dengan orang lain terutama yang membabitkan wang ringgit bagi mengelakkan ditipu,” katanya.

Tertipu Beli Di Internet

Tertipu gara-gara ingin miliki telefon bimbit murah

AKIBAT terlalu percaya dengan urus niaga dalam talian di Internet, seorang pemuda berputih mata apabila bayaran sebanyak RM3,700 yang dibuat bagi membeli telefon bimbit melalui urus niaga berkenaan lesap.

Malah disebabkan sikap tidak berhati-hatinya, dia juga terpaksa membayar RM600 kepada tiga rakannya yang menempah telefon berkenaan melaluinya.

Menurut Tonoh Seesaw, 26, dia amat tertarik apabila melihat iklan dalam talian Alibaba.com yang menawarkan telefon Samsung Galaxy Tab dengan harga RM600.

Teruja dengan iklan tersebut, katanya, dia turut mempromosikan kepada rakan-rakannya mengenai produk yang ditawarkan dengan harga yang murah itu.

Seterusnya tanpa melakukan pemeriksaan terperinci, Tonoh berkata, dia terus menelefon nombor telefon yang tertera dalam laman web urus niaga itu bagi memesan lima unit telefon Samsung Galaxy Tab dan satu iPhone4.

"Namun selepas saya memasukkan duit sebanyak RM3,700 ke dalam akaun itu, saya terkejut kerana diminta membayar baki RM5,800 dengan alasan invois yang saya terima ialah untuk pembelian 12 unit telefon dengan harga RM9,500.

''Setelah berasa ditipu saya telah menelefon nombor berkenaan tetapi tidak dapat dihubungi dan apabila saya membuat aduan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), saya mendapati syarikat berkenaan iaitu Techcomes Limited tiada dalam pendaftaran SSM,'' katanya.

Justeru, ujar Tonoh, dia telah membuat laporan polis dan membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Presiden TTPM, Pretam Singh Darshan yang mendengar tuntutannya baru-baru ini berkata, pihaknya tidak dapat membuat apa-apa tindakan memandangkan syarikat yang didakwa itu tidak didaftarkan di negara ini.

Justeru katanya, beliau telah meminta pengadu supaya memfailkan semula tuntutan terhadap penerima wang melalui nama pemilik akaun.

''Saya tidak boleh membuat apa-apa tindakan sekiranya syarikat tidak wujud dan saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika melakukan urus niaga dalam talian,'' ujarnya.

Monday, June 27, 2011

Tegur Orang Bersiul Kena Tikam

Tegur bersiul: Dua cedera ditikam

ALOR GAJAH 26 Jun - Dua beradik cedera termasuk seorang parah akibat ditikam dalam satu pergaduhan berpunca daripada rasa tidak puas hati selepas menegur seorang penduduk yang bersiul di Kampung Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru, di sini hari ini.

Dalam insiden pukul 9.30 pagi itu, mangsa yang parah akibat ditikam ialah Mohd. Rizu Suboh, 31, manakala abangnya, Nizam, 43, cedera ringan di tangan. Ketua Polis daerah, Supritendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, kejadian bermula apabila salah seorang mangsa menegur suspek bersiul ketika berjalan kaki ke kedai di kampung itu.

Tambahnya, suspek berusia 29 tahun yang tidak dapat menerima teguran itu memarahi mangsa sehingga berlaku perang mulut.

"Suspek pulang sebelum mangsa datang ke rumah bersama adik dan abangnya menyebabkan berlaku pertengkaran dan pergelutan di antara mereka.

"Suspek yang tinggal di rumah itu bersama ibunya masuk ke dalam rumah dan mengambil pisau lalu menikam salah seorang mangsa di rusuk dan seorang lagi cedera di tangan akibat pergelutan itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Pukul Dan Rogol

Gadis dirogol lelaki baru dikenali

MELAKA 26 Jun - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, seorang gadis berusia 17 tahun bukan sahaja hidup sebatang kara akibat dibuang keluarga, malah turut menjadi mangsa seksual seorang lelaki yang baru dikenali.

Peristiwa hitam itu bermula apabila suspek membawa mangsa ke sebuah rumah di Taman Asian Selatan, Jasin, lalu mengurungnya selama seminggu bermula 19 Jun lalu untuk dijadikan pemuas nafsu.

Jurucakap polis memberitahu, sepanjang tempoh itu, mangsa dikatakan bukan sahaja dirogol malah turut dipukul sehingga cedera.

"Mangsa akhirnya dibebaskan semalam sebelum dia membuat laporan polis hari ini. Bertindak berdasarkan maklumat laporan, polis menahan suspek hari ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, mangsa kini dilaporkan sedang dirawat di sebuah hospital ekoran daripada kecederaan yang dialami.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan

Tumbuk Cikgu

Ibu bapa murid serang guru dakwa anak mereka ditampar

PASIR MAS 26 Jun - Akibat salah faham, seorang guru lelaki cedera di pipi kiri setelah ditumbuk oleh bapa seorang murid tahun empat, yang mendakwa guru terbabit telah menampar anak lelakinya dalam satu insiden Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu, guru terbabit, Azidi Abdullah, 44, juga nyaris dicederakan dengan sebilah parang yang dibawa oleh isteri lelaki berkenaan.

Menurut mangsa, kejadian berlaku ketika dia baru sampai di sekolah rendah berkenaan, apabila tiba-tiba didatangi bapa murid terbabit yang sedang menunggu di pagar sekolah.

Dakwanya, lelaki tersebut bertindak menumbuk pipi kirinya sebanyak dua kali meskipun cuba ditenangkan.

"Tanpa sempat berbuat apa-apa, saya terus ditumbuk oleh bapa murid itu. Selepas kali pertama ditumbuk, saya meminta dia bertenang tetapi tidak dihiraukan apabila sekali lagi menumbuk bahagian pipi kiri," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Berikutan kejadian itu, Azidi telah membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas di sini kira-kira pukul 10.15 pagi ini.

Mengulas tindakan pasangan itu, dia memberitahu, semuanya berpunca akibat salah faham kononnya dia telah menampar anak mereka sehingga murid terbabit cedera beberapa hari lalu.

"Murid terbabit terhantuk di meja dan luka pada Rabu lalu. Ketika bertanyakan hal itu kepada murid terbabit, dia terus menangis dan saya memujuk dengan menyentuh pipinya, bukan menampar," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Sunday, June 26, 2011

Penkid & Lesbian


Pikat 1,600 jadi ahli
Oleh FIRDAUS SAHAT dan HIDAYATUL AKMAL AHMAD
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BONGKAR... Ayish dedahkan kehidupan songsangnya.
BONGKAR... Ayish dedahkan kehidupan songsangnya.

KUALA LUMPUR: Merisaukan apabila satu laman web pengkid mampu menarik lebih 1,600 ahli dari seluruh negara dengan segelintir daripadanya secara terang-terangan mendakwa gemar menjalin hubungan sejenis, seolah-olah menggambarkan kegiatan itu semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Golongan songsang ini tanpa segan silu memaparkan nama dan nombor telefon bimbit masing-masing dalam laman web berkenaan supaya mudah dihubungi mereka yang berminat.

Tidak cukup dengan itu, ada antara mereka sanggup mengajak pasangan yang baru dikenali daripada laman web berkenaan untuk mengadakan seks rambang dengan rakan mereka.

Pemerhatian Metro Ahad mendapati kebanyakan gadis yang menyertai laman cari teman berkenaan terdiri daripada lingkungan umur 19 hingga 30 tahun.


Profil kebanyakan gadis terbabit menunjukkan mereka berpelajaran tinggi, menuntut di universiti terkenal tempatan dan ada juga yang bekerja serta mempunyai jawatan bertaraf eksekutif di beberapa syarikat besar.


Hasil pemerhatian itu juga mendapati, kelompok songsang ini menjadikan laman web berkenaan sebagai tempat untuk meluahkan perasaan selain membuka ruang untuk ahli baru mendaftarkan diri.

Wartawan yang melakukan penyamaran turut mendaftarkan diri dalam laman web berkenaan. Malah, siasatan yang dilakukan berjaya membawa wartawan bertemu dua gadis yang mengaku pengkid dan lesbian.

Gadis yang ditemui mengaku laman web berkenaan menjadi tumpuan golongan bernafsu songsang mencari kenalan dan bertukar-tukar pasangan. Selain itu, tidak kurang juga yang cuba mencari ‘cinta sejati’ daripada kaum sejenis.

Malah, selain portal berkenaan, mereka turut menyertai pelbagai ‘kelab’ lesbian dan pengkid di alam siber itu. Pemerhatian wartawan turut mendapati pasangan lesbian mahupun pengkid lebih mesra, penyayang dan saling mengambil berat antara satu sama lain.

Ikuti kisah gadis pengkid dan lesbian ini menerusi penyamaran yang dilakukan wartawan.


> AYISH, 23:

MENURUT Ayish, dia mula menyertai laman web berkenaan sejak tujuh bulan lalu bagi memudahkannya berjumpa dan berkenalan dengan kaum sejenis.

“Sejak menyertai laman web berkenaan, saya sudah berjumpa dengan 10 gadis yang masing-masing meminati pengkid. Malah, ada antaranya pernah menjadi teman wanita dan tidak kurang juga ‘skandal’.

“Jika di luar sana, pasti sukar untuk mendekati gadis. Lagipun, nanti orang pandang serong pula. Tetapi dengan laman web berkenaan, semuanya secara terbuka dan mereka yang menyertainya mempunyai minat yang sama,” katanya.

Menjelaskan mengapa dia beralih arah kepada pengkid dan meminati kaum sejenis, Ayish berkata, dia mencari cinta sejati daripada mereka yang sudi memberinya.

Ini kerana dia ditinggalkan teman lelakinya yang bernafsu songsang hingga mula berpaling kepada wanita gara-gara ‘patah hati’ dengan lelaki.

“Saya mula mengubah perwatakan sejak di bangku sekolah lagi. Waktu itu, saya mempunyai seorang teman lelaki. Selepas bertahun-tahun bercinta, akhirnya dia mengakui dirinya gay dan lebih meminati kaum lelaki. Kerana kecewa dengan kenyataan itu, saya mula membenci lelaki. Sejak itu, saya cuba membalas perbuatannya dan lama kelamaan, perasaan saya semakin menebal terhadap kaum sejenis.

“Sejak itu juga, saya mula menukar penampilan seperti lelaki, memakai bengkung, memotong rambut dan mencari gadis yang sudi berkenalan serta memadu kasih. Selama menjadi pengkid, saya mempunyai ramai teman wanita dan kebanyakannya dicari menerusi laman web sama,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, semuanya tidak bertahan apabila hubungan mereka sering putus di tengah jalan.

“Sebab itu, saya mahukan seorang gadis yang betul-betul boleh mengisi kekosongan dalam hati ini. Saya mahu gadis yang benar-benar mencintai saya. Saya juga tidak pasti sampai bilakah saya akan jadi seperti ini. Kerana lelaki, saya yang merana. Kalau nak diikutkan, saya memang mahu berubah.

“Begitupun, saya hanya akan berubah jika teman lelaki saya yang dulu berubah. Selagi dia tidak ke pangkal jalan dan mengenepikan nafsunya, saya juga tidak akan melakukan perkara sama,” katanya.

> SHIMA, 26:

BAGI Shima, dia lebih gemar menjadi lesbian kerana tidak perlu menukar penampilan seperti seorang lelaki selain dapat memadu kasih dengan kaum sejenis ataupun lelaki.

Menurutnya, dia mula terbabit dengan kegiatan songsang itu ketika masih menuntut di bangku sekolah.

Ini kerana, katanya, bercinta dengan gadis lebih menyeronokkan berbanding lelaki.

“Kebanyakan kenalan yang saya temui bermula daripada laman web berkenaan. Sejak menyertainya tiga tahun lalu, saya mempunyai ramai kenalan lesbian dan pengkid.

“Bagaimanapun, saya lebih gemarkan wanita yang berperwatakan ayu dan manja. Saya tidak berapa meminati pengkid kerana mereka lebih cenderung meniru gaya kaum lelaki.

“Bagi saya, seorang wanita lebih mengambil berat, penyayang dan memahami hati serta perasaan saya. Sebab itu, saya rasa bahagia setiap kali bersama dengan wanita yang saya sukai,” katanya.

Menurut Shima, dia pernah mempunyai teman lelaki dan pada masa sama mempunyai kawan rapat yang juga seorang gadis.

Ketika sedang hangat bercinta, katanya, dia sering kecewa dengan layanan teman lelaki namun si gadis pula lebih banyak membantu ketika dalam kesusahan.

“Diam-diam, kami mula menjadi akrab dan kemudian menaruh perasaan terhadap satu sama lain. Sejak itu, saya mula gemar menjalinkan hubungan dengan kaum sejenis. Tidak ada lelaki yang dapat memahami perasaan wanita. Kami mahukan belaian yang lembut dan romantik tetapi kebanyakan lelaki lebih kasar dan sentiasa mengambil ringan mengenai sesuatu perkara.

“Lagipun, jika saya menjadi lesbian, saya boleh merasa ‘nikmat’ bersama gadis lesbian atau pengkid. Malah, saya juga boleh mempunyai teman lelaki.

“Terus terang, laman web seperti ini memberi peluang kepada golongan seperti kami berjumpa antara satu sama lain dan berkenalan. Malah, sepanjang tiga tahun mengikuti laman web berkenaan, saya sudah menemui ramai kenalan lesbian dan ada antaranya pernah menjadi kekasih,” katanya.

Bagi Shima, tidak salah menjadi pengkid dan lesbian kerana ia membabitkan perasaan dan hati seseorang itu.

“Lagipun, jangan pandang golongan seperti kami ini sebelah mata. Rata-ratanya, lesbian dan pengkid mempunyai pendidikan tinggi dan kerjaya yang hebat.

“Mungkin juga disebabkan perkara ini, saya lebih cenderung memilih wanita sebagai teman kerana tidak mahu menerima pelbagai tekanan lain. Buat buat masa ini saya lebih gemar bersama ‘teman wanita’ berbanding lelaki. Tengoklah nanti jika saya bertemu dengan lelaki yang benar-benar memahami hati dan perasaan saya, baru saya akan berubah kembali,” katanya.

Saturday, June 25, 2011

Menang 50 Ribu


Anggota polis menang RM50,000 peraduan Celcom 'Hello Money'

Mohd. Faridz Abdul Aziz (kiri) bersama isterinya, Shahsuzelina Mokhtar dan anak mereka, Muhammad Annas Fikrie diraikan oleh Shazalli Ramly (belakang tengah) bersama kakitangan Celcom Axiata pada majlis penyampaian hadiah 'Hello Money' di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 24 Jun - 'Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu.' Itulah pepatah yang paling sesuai untuk menceritakan betapa bertuahnya seorang anggota polis apabila beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 hari ini.

Lans Koperal Mohd. Faridz Abd. Aziz, 30, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dekat sini, diumumkan sebagai juara bagi peraduan promosi mingguan 'Hello Money' anjuran Celcom Axiata Berhad.

Beliau yang merupakan pelanggan Celcom Blue sejak tiga tahun lalu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai itu dengan hanya membuat panggilan domestik lima kali sehari.

"Pada mulanya saya tidak percaya apabila saya mendapat panggilan memaklumkan saya menang peraduan ini kerana banyak kes penipuan melibatkan syarikat telekomunikasi ketika ini dan kerana itu saya membuat keputusan untuk menyiasat sendiri.

"Akhirnya setelah saya sendiri menghubungi Celcom, barulah saya yakin telah memenangi peraduan ini tetapi tidak dimaklumkan jumlah wang yang saya menangi," katanya pada sidang akhbar di Menara Celcom di sini hari ini.

Majlis penyampaian hadiah itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Datuk Seri Shazalli Ramly.

Turut hadir, Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad, Zaiman Aefendy Zainal Abidin.

Mohd. Faridz yang ditemani isterinya, Shahsuzelina Mokhtar pada majlis itu memberitahu, beliau belum ada rancangan khusus untuk menggunakan wang berkenaan kerana masih terkejut dengan pengumuman mengenai hadiah besar yang tidak terduga itu.

Sementara itu, Shazalli berkata, peraduan tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen Celcom terhadap hampir 8.7 juta pelanggan yang setia bersama syarikat itu selama ini.

Peraduan yang mencari pemenang secara mingguan itu turut menyaksikan Bali Anak Sulung, 24, dari Kapit, Sarawak membawa pulang hadiah wang tunai dalam jumlah yang sama, minggu lalu.

Pengguna Celcom Xpax, U.O.X., S.O.X., Celcom Blue dan Sukses masih berpeluang untuk memenangi wang RM50,000 untuk dua lagi peraduan sebelum tarikh tutup pada 3 Julai ini.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Gambar Lucah Dalam Yasin

Gambar lucah dalam Yasin

PULAU PINANG 24 Jun - Sudah menjadi kelaziman bagi seorang pengawal keselamatan di sini membaca surah Yasin selepas menunaikan solat di Masjid Negeri.

Namun, petang semalam, lelaki itu yang bertugas di masjid berkenaan terkejut apabila menemui gambar lucah pelbagai aksi diselitkan di celah-celah surah itu.

Imam Besar Masjid Negeri, Yusuff Ahmad berkata, kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 4.30 petang semalam ketika pengawal keselamatan itu mahu membaca surah Yasin selepas menunaikan solat Zuhur.

''Alangkah terkejutnya dia (pengawal keselamatan) apabila melihat surah Yasin yang diambilnya diselitkan sekeping gambar lelaki dan perempuan yang sedang melakukan aksi lucah," katanya ketika ditemui di Masjid Negeri di sini hari ini.

''Dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada siak dan beberapa kakitangan lain termasuk saya. Apabila diperiksa, kami menemui 10 lagi naskhah Yasin yang turut mengandungi gambar lucah," katanya ketika ditemui di Masjid Negeri di sini hari ini.

Kejadian tersebut merupakan kali kedua berlaku melibatkan masjid di negeri ini. Pada 2 Jun lalu, kejadian serupa berlaku di Masjid At Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas apabila 21 naskhah surah Yasin di masjid berkenaan turut dilekatkan gambar lucah.

Menurut Yusuff, naskhah surah Yasin itu dipercayai baru sahaja diletakkan di rak berkenaan oleh pihak tertentu berdasarkan keadaannya yang masih baru dan belum terusik.

''Sejak lebih dua tahun menjadi imam di sini, kami tidak pernah membeli surah Yasin kerana selalunya setiap kali program masjid, kami akan mencetaknya sendiri yang kemudian akan diletakkan di dalam masjid.

''Saya berpendapat, besar kemungkinan perkara ini dilakukan oleh mereka yang beragama Islam sendiri yang berniat jahat kerana pihak keselamatan tidak akan membenarkan bukan Islam memasuki masjid sesuka hati," katanya.

Beliau telah mengarahkan seorang imam lain membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Baru, Air Itam di sini petang semalam.

Sambil meluahkan rasa syukurnya kerana perkara itu disedari lebih awal, Yusuff berkata, pasti keadaan akan menjadi kelam-kabut dan kecoh jika ia hanya ditemui malam tadi ketika ramai jemaah datang sempena malam Jumaat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat pihak masjid.

Kes itu menurutnya, disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu membinasakan, merosakkan atau mencemarkan mana-mana rumah ibadat yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

habis

Friday, June 24, 2011

Lesen Mati Punya Hal

Lesen tamat tempoh, anggota JPJ pula dimarahi

Sepasang suami isteri bersama dua anak mereka terpaksa meminta bantuan keluarga apabila motosikal mereka disita oleh pegawai JPJ kerana ketiadaan lesen memandu dan cukai jalan di Lebuh AMJ, Melaka, kelmarin.

MELAKA 23 Jun – Tindakan seorang pekerja kilang memarahi anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan membuat pelbagai alasan kerana lesen tamat tempoh sia-sia apabila lelaki itu tetap disaman.

Lelaki berusia 40-an itu disaman dalam satu sekatan jalan raya di Lebuh AMJ berhampiran Hotel Straits Meridian di sini, pukul 9 malam semalam.

Berang apabila permintaannya tidak dilayan anggota JPJ, lelaki itu menghampiri kumpulan wartawan yang membuat liputan pula untuk menceritakan masalahnya selama 15 minit.

“Encik fikir sendirilah, saya penat bekerja lebih masa sampai malam semata-mata mahu kumpul duit untuk raya tak lama lagi, tapi lemah semangat bila kena bayar saman RM300.

“Lesen saya baru tamat 9 Jun, sepatutnya janganlah saman, bincang dahulu,” katanya.

Lelaki itu antara yang disaman dalam operasi bersepadu melibatkan Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Majlis Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pengarah JPJ negeri, Mohd. Fadhil Hassan berkata, dalam operasi itu pihaknya memeriksa 205 kenderaan dan mengeluarkan 47 saman melibatkan pelbagai kesalahan selain turut menyita 26 buah motosikal.

“Daripada saman yang dikeluarkan, sebanyak 23 kes tidak mempunyai lesen memandu, tiada atau tamat tempoh lesen kenderaan motor (15), tidak pamer pelekat P atau L (tiga), lampu HID dan cermin gelap (tiga) dan lain-lain tiga kes.

“Operasi yang pertama kali diadakan tahun ini bertujuan mendisiplinkan pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan dan keselamatan akan diteruskan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Tambahnya, ia juga bagi meningkatkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain dalam usaha membanteras jenayah serta pematuhan terhadap beberapa peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Thursday, June 23, 2011

Tanam 1 Juta

RM1j ditanam belakang rumah

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
pengarang@utusan.com.my

IPOH 22 Jun – Polis menemui sebuah beg berisi wang tunai lebih RM1 juta ditanam di belakang rumah seorang lelaki berusia 21 tahun dalam satu serbuan di Kuala Muda, Kedah pada 14 Jun lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, wang tersebut dipercayai sebahagian wang kes penipuan di Teluk Intan membabitkan kerugian hampir RM7 juta.

Menurutnya, lelaki yang ditahan itu merupakan anak kepada pasangan suami isteri, Song Siew Weng, 49, dan Chong Heoy Choo, 40, yang disyaki dalang kes penipuan terbabit.

Siew Weng dan Heoy Choo bagaimanapun masih gagal dikesan sejak menghilangkan diri April lalu sebaik kes penipuan tersebut terbongkar.

“Kegiatan penipuan itu terbongkar setelah polis menerima tujuh laporan polis daripada kesemua mangsa.

“Mereka dipercayai menjalankan kegiatan penipuan dengan menawarkan pelbagai tender kerajaan seperti membekalkan buah-buahan dan barangan runcit kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kontrak dengan Jabatan Pengairan dan Saliran termasuk mendapatkan tanah rizab kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Shukri berkata, polis masih berusaha mengesan pasangan tersebut.

Alamat terakhir Siew Weng adalah di Nombor 58, Persiaran Pengkalan Timur 11, Taman Desa Pakatan, Ipoh manakala Heoy Choo pula beralamat di Nombor 39, Lorong Tupai Mas, Taiping.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mengetahui mereka diminta menghubungi IPK Perak di talian 05-2451222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di 05-6299222 bagi membantu siasatan.

FB jangan Menghina Nanti Kena Jel

Bekas pelajar hina Yang di-Pertuan Agong serah diri

KUALA TERENGGANU 22 Jun - Salah seorang daripada dua suspek yang diburu polis kerana dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam laman sosial Facebook baru-baru ini menyerah diri kepada polis kelmarin.

Suspek yang berusia 24 tahun merupakan bekas pelajar sebuah kolej swasta di Kota Bharu, Kelantan menyerah diri kira-kira pukul 8 malam dengan membawa bersama beberapa barang kes iaitu sebuah komputer riba, alat pengecas dan tetikus.

Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata, berikutan itu, suspek telah direman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Katanya, pemuda itu akan didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan yang yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"Suspek berasal dari Kelantan dan tidak bekerja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Seorang pengadu, A. Rashid Ridha Muhammad sebelum ini membuat laporan polis berhubung penghinaan yang dibuat ke atas Yang di-Pertuan Agong dalam laman 'Facebook' milik Kelab Penyokong Pasukan Bola Sepak Terengganu (TFC).

Ia dipercayai didalangi oleh dua suspek yang dikenali sebagai Nik Rabani dan Kay Shakila.

Bagaimanapun, Kay Shakila masih belum berjaya dikesan sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, Jamshah mengingatkan para pengguna 'Facebook' supaya sentiasa berhati-hati dan tidak bergurau secara keterlaluan sehingga mencemarkan nama baik pihak lain.

"Dalam kes ini, penghinaan terhadap institusi diraja merupakan satu kesalahan yang serius dan perlu dijadikan pengajaran oleh semua pihak," tegas beliau.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, June 22, 2011

Buat Karangan Baru Boleh Kawin

Bakal pengantin perlu tulis karangan

KUALA TERENGGANU 21 Jun - Bakal pengantin yang ingin menyertai program My Idol, Raja Sehari 1Malaysia 1Pasangan di sini dimestikan menyiapkan karangan tidak kurang daripada 300 patah perkataan bertajuk 'Kenapa saya layak dipilih...'

Itu antara syarat yang dikenakan penganjur kepada mana-mana pasangan di negeri ini yang ingin melangsungkan perkahwinan secara percuma anjuran pejabat UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

Menurut Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, program itu terbuka kepada pasangan yang tidak pernah berkahwin, berpendapatan tidak melebihi RM1,500 sebulan serta kesempitan wang untuk berkahwin.

Katanya, hanya 10 pasangan terbaik yang terdiri daripada lapan pasangan Melayu dan masing-masing satu pasangan Cina dan India akan dipilih menyertai program berkenaan.

"Salah seorang daripada pasangan itu perlu berusia tidak kurang daripada 21 tahun dan bermastautin di sini (Parlimen Kuala Terengganu)," katanya di sini hari ini.

Majlis akad nikah untuk pasangan yang menyertai program itu akan diadakan pada 16 September ini di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) manakala jamuan rakyat yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pula akan diadakan di Dataran Shahbandar di sini, sehari kemudian.

Selain pejabat UMNO Bahagian Kuala Terengganu, program itu turut mendapat kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Pejabat Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri.

Wan Ahmad Farid memberitahu, kesemua majlis perkahwinan itu nanti bukan sahaja akan ditaja sepenuhnya, malah setiap pasangan juga berpeluang menerima wang saku sekurang-kurangnya RM5,000.

"Setiap pasangan akan diberikan satu khemah khas dan mereka dibenarkan menghantar jemputan kepada 1,000 tetamu bagi memeriahkan majlis," katanya.

Tambah beliau, borang untuk menyertai program itu boleh didapati di pejabat UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Jalan Gong Kapas di sini dan karangan yang siap perlu dikembalikan ke tempat yang sama sebelum 17 Julai ini.

Dalam perkembangan berasingan, Wan Ahmad Farid berkata, pihaknya akan mewujudkan laman Facebook khas bagi memantau persiapan pasangan berkenaan serta memberi peluang kepada orang ramai untuk mengundi pasangan paling popular.

"Kita juga akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk meluluskan pinjaman perumahan kepada semua 10 pasangan terbabit bagi membolehkan mereka memiliki kediaman sendiri selepas berkahwin," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

delima doktor

Doktor kerajaan berduka selepas ditukar, naik pangkat

SAYA adalah doktor kerajaan gred UD 54 bertugas di salah sebuah hospital di Pulau Pinang. Saya ditukarkan ke sini apabila dinaikan pangkat daripada gred U41 ke U48 tujuh tahun lalu. Sejak itu bermulalah episod duka saya.

Tanpa diberi pilihan, saya ditempatkan di satu jabatan yang bidang tugasnya berbeza dari pengalaman kerja yang lalu. Saya terpaksa bermula dari bawah dengan penuh kesukaran. Kecemerlangan kerja dahulu tidak membantu saya.

Saya tidak keseorangan kerana ramai lagi yang senasib dengan saya. Namun kesulitan kami tidak diambil peduli oleh sesiapa pun kerana kami bukan doktor pakar. Suara kami tidak didengar, bahkan kami dipandang sinis.

Antara perkara yang kami hadapi ialah:

*Dilabel dan dipanggil ‘Pegawai Perubatan Kronik’ atau kadangkala sebagai ‘Pegawai Perubatan Tua’ secara terbuka.

*Dianggap tidak berilmu dan profesional lantaran kami bukan doktor pakar. Arahan diberi tidak mengambil kira sentimen kami. Ada kalanya tugas yang diberi kepada kami tidak setimpal dengan gred dan kepakaran yang setimpal hasil pengalaman kerja.

*Sengaja dimarahi di hadapan pesakit/kakitangan lain hanya dengan kesalahan kecil.

*Dicemburui oleh pakar yang lebih muda tentang tangga gaji.(Kami bekerja bertahun-tahun lamanya sebelum sampai ke tahap ini).

*Ada antara kami bekerja di bawah ketua jabatan yang bukan doktor dan dibuli dengan teruk.

*Tidak dihormati oleh doktor lapisan muda dan kakitangan bawahan kerana kebanyakan kami masih menjalankan tugas gred UD 44.

*Ada juga antara kami tidak diberi sebarang potfolio dalam jabatan.

Kami tiada ruang untuk bersuara. Kami tidak perlu pangkat besar, cukup hanya diberi peluang untuk menunjukkan potensi kami yang sebenar berdasarkan pengalaman kerja kami. Kami tidak perlu bekerja di bawah pakar sekiranya latar belakang tugas kami dahulu berbeza.

Pembaharuan dan penambahbaikan dalam perkhidmatan kesihatan dapat dilaksanakan jika pegawai pengurusan atasan dapat berfikir lebih jauh lagi atau keluar dari pemikiran sehala dengan melihat keupayaan setiap orang daripada kami tanpa diskriminasi.

DOKTOR KECEWA

Pulau Pinang

Sekolah Ugama Untuk Menentang Kerajaan

Pastikan maahad lahirkan alim ulama, bukannya pengganas

KEGIATAN merekrut pelajar sebuah maahad di Negeri Sembilan berjihad selepas dihasut untuk membenci kerajaan adalah suatu perkara yang cukup serius.

Apa yang didedahkan akhbar ini telah membuktikan pelajar-pelajar maahad atau pondok pengajian Islam sentiasa sahaja menjadi sasaran oleh kelompok-kelompok yang kononnya memperjuangkan Islam.

Kelompok ini akan menghasut pelajar-pelajar atas nama Islam dan memesong pemahaman mereka mengenai maksud jihad sebenar.

Bagi mempengaruhi pelajar-pelajar yang masih mentah tersebut, kelompok itu akan menjadikan hadis dan ayat al-Quran sebagai dalil, biarpun hakikatnya ia dipetik separuh-separuh atau diterjemahkan mengikut kepentingan mereka sahaja.

Pendedahan mengenai wujudnya elemen menghasut ini tidak boleh dipandang sepi oleh kerajaan. Janganlah kita hanya berhujah tidak mempunyai bukti atau melakukan penafian semata-mata.

Perbuatan seumpama ini sudah tentulah akan menggembirakan golongan yang sedang menghasut pelajar tersebut.

Memanglah pihak yang disabitkan akan menafikan penglibatan maahad mereka tetapi itu bukanlah bermakna ia boleh diterima bulat-bulat.

Pengakuan beberapa pelajar bahawa mereka perlu membuat ikrar taat setia kepada kumpulan yang ingin berjihad berkenaan sudah menjadi bukti betapa seriusnya gerakan tersebut.

Apatah lagi pihak yang turut terlibat untuk menggerakkan perjuangan songsang berkenaan dengan menggunakan nama Islam itu ialah beberapa ustaz dan fasilitator yang didatangkan daripada beberapa buah universiti tempatan.

Apa yang perlu difahami, sejarah dan peristiwa yang berlaku di beberapa negara Islam telah menjadi bukti bagaimana mereka yang diterapkan dengan semangat jihad ini sanggup melakukan apa sahaja termasuk menjadi pengebom bunuh diri.

Setakat ini, kita didedahkan bahawa pelajar maahad tersebut turut diajar cara mengadakan demonstrasi haram. Cara diajar juga cukup bahaya apabila mereka diletakkan seolah-olah dalam situasi sebenar demonstrasi, termasuk ada yang berlakon sebagai polis serta melaungkan takbir.

Semua ini sudah membuktikan bahawa kegiatan untuk mewujudkan satu kelompok yang menentang kerajaan atas nama jihad adalah cukup serius.

Atas sebab itulah, sudah sampai masanya kerajaan dan pihak berkuasa bertindak tegas dengan memastikan mana-mana maahad yang disahkan terlibat dalam kegiatan berkenaan ditutup sahaja aktivitinya.

Ia kerana kita tidak boleh membiarkan mana-mana maahad atau pondok pengajian agama di negara ini menjadi markas melatih dan melahirkan pengganas.

Menggunakan nama Islam dan jihad adalah cara terbaik bagi kelompok pengganas mempengaruhi pelajar-pelajar, apatah lagi dengan tindakan mereka mendakwa kerajaan yang ada sekarang adalah kafir dan wajar diperangi.

Semua pemahaman ini tidak harus dibiarkan bertapak di mana-mana juga maahad kerana ia amat bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam.

Justeru adalah wajar jika Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan-jabatan agama Islam negeri mengunjungi maahad-mahad di seluruh negara bagi memastikan mereka benar-benar wujud untuk melahirkan alim ulama dan bukannya pengganas.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Tuesday, June 21, 2011

Bini Hampuras

Wanita dicekup miliki 11 rekod jenayah

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JITRA: Polis mengesahkan wanita dicekup berkhalwat dengan pasangannya di Pekan Jitra 3, awal pagi Jumaat lalu, mempunyai 11 rekod jenayah membabitkan penipuan di Alor Setar, Jitra dan Perlis.

Daripada jumlah itu, dua kes membabitkan penipuan di daerah ini sebelum dia ditahan pada 25 Februari tahun lalu dan menjalani hukuman penjara setahun selepas didapati bersalah.


Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff berkata, modus operandi wanita berusia 29 tahun itu adalah meminjam barang kemas daripada pekerja di butik dikenalinya dengan alasan sebagai contoh majlis perkahwinannya.

Bagaimanapun, katanya, suspek yang sudah berkahwin itu melarikan diri dengan barang kemas dipinjam itu dan menggadaikan di tempat lain mendapatkan wang.


“Kedua-dua kes itu membabitkan pekerja di butik di belakang pasar raya di Tanah Merah dan satu lagi kes di sebuah butik di kompleks beli-belah di Pekan Jitra 1.


“Suspek turut terbabit dalam beberapa kes tipu yang menggunakan modus operandi yang sama di tempat lain dan dia pernah disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Harian Metro dalam muka depannya semalam melaporkan seorang suami bertekad menghubungi penguat kuasa agama memaklumkan mengenai kecurangan isterinya yang menyewa di hotel murah di Pekan Jitra 3, sebelum dicekup berkhalwat, jam 5 pagi.

Menang RM23 Ribu


Dapat pari, Yani bawa pulang wang tunai RM23,000

ROSLI Mat Hasan (dua dari kiri) menyerahkan replika hadiah wang tunai RM23,000 kepada Yani Zakaria (dua dari kanan) di Pantai Teluk Lipat, Dungun, Sabtu lalu.

DUNGUN 20 Jun - Seorang kontraktor, Yani Zakaria, 47, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM23,000 apabila diumumkan sebagai juara Pertandingan Memancing Cabaran Teluk Lipat di sini kelmarin.

Ini kali kedua Yani menjuarai pertandingan seumpama itu selepas berjaya menaikkan pari seberat 13 kilogram pada Mac lalu di tempat yang sama, sekali gus meraih wang tunai RM20,000.

Pada pertandingan kelmarin, Yani, dari Kampung Binjai, Kemaman, berjaya menaikkan seekor ikan pari seberat 17 kilogram dalam pertandingan anjuran Yatayudin Enterprise & KTJ Fishing di pantai berkenaan.

Naib juara disandang oleh Zahuri Zakaria, 38, dari Balok, Kuantan yang menaikkan seekor pari seberat 15 kilogram dan membolehkannya menerima hadiah wang tunai RM8,000.

Pertandingan yang disertai kira-kira 500 orang pemancing itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM52,000.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan Pengurus Yatayudin Enterprise, Anudin Abd. Ghani, selain Ketua UMNO Bahagian Dungun merangkap Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Dr. Rosli Mat Hasan dan Timbalan Pengerusi Penyelaras DUN Sura, Zulkifli Harun.

Dalam pada itu, Yani sewaktu ditemui berkata, dia mengenakan umpan ikan selayang dan menanti hampir dua jam sebelum berjaya menawan pari seberat 17 kilogram itu.

"Sebelum ini, saya dimaklumkan penganjur sekali lagi mengadakan pertandingan di sini dan saya bersemangat untuk turut serta sekali lagi. Kali ini saya berjaya mendapat pari yang lebih besar dan hadiah juga lebih lumayan," ujarnya.

Yani menambah, beliau bercadang untuk menyerahkan hadiah wang tunai yang dimenanginya itu kepada isterinya bagi keperluan persekolahan empat anak mereka.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Curi Motor guna FB

Geng curi motosikal guna Facebook tumpas

KLUANG 20 Jun - Empat pemuda yang menggunakan laman sosial Facebook dalam kegiatan jenayah curi motosikal sejak tahun lalu, akhirnya berjaya diberkas polis di daerah ini minggu lalu.

Kesemua mereka yang berusia antara 17 hingga 24 tahun ditahan di Taman Perkasa di sini pada pukul 12.10 tengah malam, 13 Jun lalu.

Kumpulan penjenayah itu yang tidak bekerja dikatakan merancang operasi jenayah mereka di laman Facebook dengan nama profil 'belut'.

Dengan penangkapan mereka, polis yakin dapat menyelesaikan 17 kes curi motosikal di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Fawzi Arshad berkata, siasatan polis mendapati, mereka akan melakukan kegiatan curi motosikal mengikut perancangan yang ditulis dalam Facebook, sebagai contoh waktu yang sesuai untuk melakukan jenayah itu.

"Bagaimanapun, tindakan mereka ini hanya memudahkan pihak polis untuk menahan dan membuktikan kesalahan mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, hari ini.

Mohd. Fawzi berkata, suspek pertama ditahan di sebuah rumah di taman itu bersama sebuah motosikal curi. Hasil soal siasat, membawa kepada penangkapan tiga lagi suspek bersama tiga lagi motosikal yang dicuri.

Katanya, motosikal tersebut digunakan suspek dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu, selain sebahagian komponennya dijual di pasaran gelap.

Beliau memberitahu, kumpulan itu sering menjadikan motosikal jenis Honda EX5 sebagai sasaran.

Menurutnya, semua suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Sekyen 379A/411 Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal dan memiliki barang curi yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun penjara dan denda, jika disabit kesalahan.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No Ekor

Jangan terpedaya sindiket judi ekor

KUALA LUMPUR 20 Jun - Orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan sindiket penipuan dikenali sebagai Watt Manicom Dun, kononnya boleh mendapatkan nombor ekor bertuah menggunakan ramalan sami yang disebarkan menerusi risalah selain khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sehingga kini, sebanyak 14 kes tertipu dilaporkan berlaku yang melibatkan kerugian mencecah RM1.6 juta dengan mangsa-mangsa dikesan dari Petaling Jaya dan Shah Alam, sejak dua tahun lalu.

Ketua Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, laporan mendapati mangsa terlibat menerima risalah berkenaan di kawasan letak kenderaan.

"Mangsa yang terpedaya untuk mendapat nombor bertuah dijanjikan, diminta memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank," katanya pada sidang akbar di sini hari ini.

Tambahnya, melalui siasatan, sindiket itu beroperasi dengan menggunakan alamat palsu dan segala urusan dijalankan melalui panggilan telefon dan SMS.

"Jika dulu sindiket Watt Manicom Dun menyasarkan mangsa di kalangan kaum Cina, tetapi kini turut menjadikan kaum Melayu dan India sebagai sasaran terutamanya golongan wanita," katanya.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh pula berkata, pihaknya akan menjalankan kempen kesedaran di lokasi tumpuan orang ramai bagi mengelakkan lebih ramai terpedaya dengan sindiket itu.

"Sebagai orang Islam, mereka diminta supaya tidak terjebak dengan kegiatan membeli nombor ramalan tersebut kerana haram di sisi agama.

"Saya harap orang ramai yang pernah menjadi mangsa penipuan sindiket itu tampil buat aduan dan beri maklumat bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Tinggal Seluar Dalam

Ditinggal berseluar dalam

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 20 Jun - Dua lelaki bersenjatakan parang melarikan pakaian, barangan berharga dan kereta Honda City milik seorang kontraktor lelaki sebelum meninggalkan mangsa yang hanya berseluar dalam di tepi Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala Kuala Lumpur di sini, awal pagi ini.

Sebelum kejadian, mangsa berusia 33 tahun itu dikatakan memberhentikan keretanya di tepi lebuh raya berkenaan selepas Tol Setia Alam di sini untuk berehat kerana terlalu penat, kira-kira pukul 4 pagi.

Menurut sumber, ketika mangsa sedang berehat, tiba-tiba sebuah kereta Toyota Vios yang dinaiki dua lelaki tidak dikenali berhenti di tepi kereta mangsa.

"Salah seorang lelaki bersenjatakan parang turun dan terus memecahkan cermin kereta di bahagian pemandu sebelum mengarahkan mangsa beralih ke bahagian penumpang dan suspek pula duduk di tempat pemandu.

"Suspek kemudian memandu kereta mangsa menuju Kuala Lumpur sambil diekori rakan jenayahnya yang memandu Toyota Vios sementara mangsa yang ketakutan hanya membiarkan suspek memandu kenderaannya," kata sumber itu.

Sumber itu berkata, semasa memandu, suspek turut mengarahkan mangsa menyerahkan semua barang berharga dan menanggalkan baju serta seluar yang dipakainya.

"Sebaik sahaja tiba di Kilometer 7.1, NKVE, mangsa yang hanya berseluar dalam diarahkan turun daripada keretanya di situ," katanya.

Tambah sumber itu, mangsa meminta pertolongan orang awam yang lalu di tempat kejadian untuk membawanya ke Balai Polis Seksyen 6 di sini, bagi membuat laporan polis.

Katanya, kerugian dianggarkan hampir RM100,000 yang merangkumi kehilangan kenderaan, wang tunai, dua telefon bimbit berjenama, jam tangan, kasut berjenama dan beberapa lagi barang berharga lain.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu.

Ambulan Terbalik

Ambulans bawa wanita mengandung terbalik

SUNGAI PETANI 20 Jun - Dua pesakit termasuk seorang wanita mengandung nyaris maut apabila ambulans yang membawa mereka terbabas lalu terbalik di persimpangan Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Sungai Petani Utara, di sini hari ini.

Kejadian berlaku pukul 8.45 pagi selepas sebuah kereta dari arah bertentangan tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui jalan itu lalu merempuh ambulans berkenaan.

Cubaan pemandu ambulans itu untuk mengelak, menyebabkan kenderaannya yang dalam perjalanan membawa pesakit dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, terbabas lalu terbalik.

Turut sama mengiringi pesakit itu ialah seorang pembantu kesihatan, namun kesemua mangsa terlibat hanya mengalami kecederaan ringan.

Pengarah HSAH, Dr. Harif Fadzilah Che Hashim berkata, ambulans itu bertolak dari HSAH pada pukul 8.30 pagi dan semasa hendak memasuki persimpangan lampu isyarat di Plaza Tol Sungai Petani Utara, sebuah kereta dari arah Sungai Lalang tiba-tiba merempuh kenderaan terbabit.

"Dua pesakit berada di dalam ambulans itu mengalami kecederaan dan terpaksa keluar dari pintu belakang. Pesakit terbabit kemudian dikejarkan ke HSAH dengan bantuan ambulans lain untuk mendapatkan rawatan.

"Keadaan kedua-dua pesakit berusia 20-an itu kini dilaporkan stabil dan tidak mengalami kecederaan serius. Kandungan salah seorang pesakit juga selamat," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Saturday, June 18, 2011

Beranak Tak Sedar Hamil

Terkejut bersalin, tak sedar hamil

TUBAN, Jawa Timur – Kampung nelayan di Tuban di sini gempar apabila seorang wanita melahirkan bayi lelaki tanpa mengetahui dia sebenarnya hamil.

Suwartin, 29, selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat Ahad lalu. Suaminya, Sugiyanto, 33, menamakan bayi mereka Riko Alan Maulana.

Menurut ibu muda tersebut, dia sama sekali tidak menyangka sedang mengandung sehinggalah dia melahirkan bayi seberat tiga kilogram itu secara normal.

“Saya tidak sangka yang saya mengandungkan anak ini, padahal ia anak ketiga saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Desa Karangagung, mukim Palang, Tuban, Selasa lalu.

Jelas Suwartin, beberapa hari sebelum melahirkan bayinya, dia mengalami sakit perut memulas lalu dia mengambil keputusan menemui seorang bidan di kampungnya.

Katanya, bidan yang ditemui menyatakan dia mengandung dan memintanya menjalani pemeriksaan di klinik, tetapi Suwartin enggan kerana merasakan dia tidak hamil.

Suami wanita itu berkata, dia mahu membawa isterinya menemui doktor pada keesokan harinya memandangkan mereka hanya pulang ke rumah selepas bertemu bidan semasa hari sudah petang.

Belum pun sempat bertemu doktor, Suwartin ketika berada di dalam biliknya pada waktu malam itu merasakan sesuatu hendak keluar dari perutnya.

Ketika sedang membongkok, ibu muda itu berkata, dia dapat melihat darah keluar bersama seorang bayi dan tali pusat. – AGENSI

Isap Rokok Umur 2 Tahun


Kanak-kanak 2 tahun perokok tegar

KHOIRUL Anam yang berusia dua tahun merokok di rumahnya di Pasuruan, Jawa Timur.

PASURUAN (Jawa Timur) - Seorang kanak-kanak di bandar ini yang baru berusia dua tahun bukan sahaja menjadi seorang perokok malah sanggup mencederakan orang lain jika dia dilarang berbuat demikian.

Menurut datuknya, Slamet, 51, cucunya itu, Khoirul Anam, telah mula merokok sejak usia 20 bulan lagi.

Tabiat merokok cucunya itu sukar untuk dibendung kerana jika orang melarangnya dia akan mengamuk.

"Saya pernah melarangnya merokok dan dia menikam perut saya dengan pisau sehingga menyebabkan saya menerima empat jahitan akibat luka tikaman itu.

"Ekoran itu saya tidak berani melarangnya," katanya kepada Inilah.com sambil menambah, Khoirul juga suka minum kopi dan setiap hari menghabiskan satu gelas besar.

"Rokok dan kopi tidak boleh dipisahkan dengannya. Baginya kedua-dua itu sama penting dan harus dinikmatinya setiap hari," ujar Slamet.

Sebelum ini tubuh Khoirul sangat kecil dan kurus. Pemeriksaan doktor mendapati rokok yang dihisapnya setiap hari tidak memberi kesan kepada jantung dan paru-parunya. - AGENSI
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Repot Kat PPTM

Kereta rosak selepas dibaiki

ADEGAN menolak sendiri kereta yang mengalami kerosakan secara tiba-tiba pada waktu malam di jalan raya sememangnya sesuatu yang tidak diingini oleh sesiapa pun.

Apatah lagi sekiranya kejadian itu berlaku di kawasan yang jauh dari bandar atau di lebuh raya, mahu pun di tempat yang tidak mempunyai bengkel kereta.

Walaupun ada khidmat penarik kereta yang sedia membantu tetapi pengalaman pahit seperti itu pasti akan mengundang api kemarahan seseorang pemandu.

Demikianlah yang berlaku kepada seorang lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Wan Abu, 44, apabila dia sekeluarga terpaksa berhempas pulas menolak kereta dalam kegelapan malam.

Kejadian yang tidak dapat dilupakan itu berlaku ketika kereta lelaki tersebut tersadai di Temerloh, Pahang sewaktu dalam perjalanan ke Kuantan dari Kuala Lumpur.

Apa yang mengecewakan ialah dia baru sahaja menghabiskan wang RM320 untuk menggantikan pengulang-alik (alternator) keretanya di bengkel kereta yang diusahakan oleh Chong Teck Chiang pada pagi hari sama.

Akibat kerosakan itu, dia bersama isteri dan anak-anaknya terpaksa bermalam di sebuah hotel bajet sebelum menunggu keesokan harinya untuk menghantar keretanya ke bengkel lain.

Keesokannya, dia sekali lagi terpaksa menukar pengulang-alik tersebut dengan yang baharu berharga RM320 untuk meneruskan perjalanannya.

Dalam hati Wan Abu, dia merasa cukup marah dan rasa tertipu dengan bengkel kereta pertama yang telah diupah menggantikan pengulang-alik keretanya.

Sudahlah terpaksa berpenat lelah menolak kereta di malam hari, dia juga perlu membelanjakan sekali ganda lagi wangnya untuk menukar alat ganti yang sama.

Setibanya di ibu negara, Wan Abu tanpa berlengah lagi terus memfailkan tuntutan terhadap Teck Chiang di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang terletak di Tingkat 16, Putra Place, Jalan Putra, Kuala Lumpur.

Dia mahu haknya sebagai pengguna diberi keadilan dan tidak sewenang-wenangnya dipermainkan oleh pemilik bengkel kereta yang hanya mahu mengaut keuntungan.

Ketika prosiding tuntutan tersebut baru-baru ini, Teck Chiang menyatakan dia telah cuba menggantikan pengulang-alik yang baharu kepada Wan Abu, namun lelaki itu enggan bekerjasama dan hanya memohon wangnya dikembalikan.

Selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak, Presiden TTPM, Reihana Abd. Razak bagaimanapun mengarahkan Teck Chiang menggantikan pengulang-alik yang baharu kepada Wan Abu.

Reihana juga mengarahkan lelaki tersebut memulangkan semula pengulang-alik yang lama kepada pemilik bengkel kereta berkenaan.

Perintah itu berkuat kuasa dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan itu dikeluarkan.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Friday, June 17, 2011

Pusat Tahfiz Kejam

Ibu tunggal dakwa tiga anak dipukul di pusat tahfiz

FOUZIAH Mohd. Tabi (kiri) melihat kesan kecederaan yang dialami oleh Khayrin Qistina Faqihah (tengah) dan Zeekey Ismeth Faqih Azuki di Wad Kanak-Kanak HSA, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 16 Jun - Seorang ibu tunggal mendakwa tiga anaknya yang belajar di sebuah pusat tahfiz di Taman Tampoi Utama di sini, dipukul, dirotan, ditampar dan dipijak di kepala oleh tenaga pengajar di asrama pusat berkenaan.

Menurut Fouziah Mohd. Tabi, 36, ketiga-tiga anaknya iaitu Zeekey Ismeth Faqih Azuki, 9, Khayrin Qistina Faqihah, 13, dan Nurin Athirah Faqihah, 15, mula mengikuti pembelajaran di pusat tahfiz berkenaan pada Mac dan April lalu.

Dia memasukkan tiga daripada enam anaknya itu ke pusat berkenaan untuk mendapatkan ilmu agama kerana dia sibuk berniaga kecil-kecilan untuk menyara keluarga selepas kematian suaminya setahun lalu.

Dakwanya, ketiga-tiga anaknya itu mula dihukum oleh seorang ustazah dan dua ustaz yang menjaga asrama di pusat tahfiz berkenaan sejak dua minggu lalu.

"Khayrin didakwa mencuri wang RM20 milik salah seorang ustazah sebelum dia dipukul, ditendang, ditampar, dirotan selain dipijak di kepala.

"Nurin pernah dirotan sebelum diusir keluar dari asrama kerana didakwa mengumpat ustazah yang menghukum adiknya," katanya semasa ditemui di Wad Kanak-Kanak Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini.

Fouziah berkata, Zeekey turut mengalami nasib sama apabila dirotan atas kesalahan keluar dari asrama tanpa kebenaran.

"Saya tak kisah seandainya mereka dihukum jika benar mereka bersalah, tetapi saya tidak setuju dihukum dengan cara kekerasan yang melampau.

"Sepatutnya, pusat tahfiz itu menjaga kebajikan terutama sekali anak-anak yatim dan bukannya menganiaya mereka," katanya.

Berikutan kejadian tersebut, Fouziah telah membuat laporan di Balai Polis Daerah Johor Bahru Selatan semalam sebelum membawa ketiga-tiga anaknya menjalani pemeriksaan di HSA.

Katanya, laporan berkenaan dibuat bukan kerana hendak mencari kesalahan sesiapa, sebaliknya tidak mahu perkara sama berlaku kepada pelajar lain yang tinggal di asrama pusat tahfiz berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Johor Bahru, Faridah Mustafa yang turut melawat mangsa berkata, pihaknya akan menyiasat kes tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Masut Pusat Kena Rantai

11 lelaki ditemui kaki dirantai

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 16 Jun - Seramai 11 lelaki yang 'dirawat' di sebuah pusat rawatan dan pemulihan akhlak swasta di Kampung Bukit Gasing, Seberang Marang dekat sini ditemui terkurung dalam sebuah rumah dengan kaki masing-masing dirantai, semalam.

Selain penghuni lelaki berusia antara 15 hingga 36 tahun itu, dua penghuni wanita berusia 23 dan 24 tahun turut ditemui dikurung dalam sebuah rumah lain yang dijadikan pusat pemulihan akhlak dan pusat rawatan tersebut.

Semua mereka ditemui sepasukan polis setelah bapa kepada salah seorang daripada penghuni itu membuat laporan ekoran kecewa kerana tidak dibenarkan berjumpa anaknya yang dirawat di pusat rawatan itu.

Polis yang menyerbu dua buah rumah yang dijadikan pusat rawatan dan pemulihan akhlak itu menemui 11 penghuni lelaki dan dua wanita yang dikurung berasingan.

Bagaimanapun, kedua-dua penghuni wanita itu tidak dirantai atau diapa-apakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, berikutan itu, polis menahan tiga lelaki berusia antara 38 hingga 50 tahun termasuk pengurus pusat pemulihan akhlak tersebut untuk disoal-siasat.

Katanya, berdasarkan siasatan awal polis, kesemua lelaki yang dikurung mendakwa mereka turut didera termasuk ditampar dan dirotan.

"Dalam serbuan kira-kira pukul 5 petang, polis merampas semua alat yang digunakan untuk mendera penghuni itu termasuk wayar dan kabel," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Manoharan, kesemua mangsa kini dihantar ke Jabatan Kebajikan Daerah Marang untuk penempatan sementara setelah menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital berdekatan.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001, Seksyen 344 Kanun Keseksaan kerana mengurung orang dengan salah serta Seksyen 324 kerana mendatangkan kecederaan.

"Polis juga sedang menyiasat pusat rawatan itu dan berdasarkan maklumat awal, ia dimiliki oleh sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar," katanya.

Berbomoh Sampai Maut

Polis buru bomoh wanita rawat pesakit hingga maut

KUALA TERENGGANU 16 Jun - Polis memburu seorang bomoh wanita berketurunan Siam yang merawat pesakitnya sehingga mati di Kampung Pulau Rusa Mercang, Marang, malam semalam.

Bomoh dikenali sebagai Kak Yah berusia 43 tahun itu dipercayai menetap di situ sejak lebih setahun lalu bersama suaminya, berusia 33 tahun, dari Rantau Panjang, kini menghilangkan diri ekoran kejadian tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, pihak polis telah merampas beberapa peralatan digunakan untuk tujuan perubatan di rumah itu.

Dalam kejadian itu, seorang pemuda, Faisal Harun, 26, dari Kampung Gong Beris Marang, yang dikatakan terkena buatan orang dibawa oleh anggota keluarganya mendapat rawatan di rumah bomoh berkenaan.

Mangsa dikatakan dipaksa minum air dalam kuantiti banyak termasuk melalui hos getah kononnya untuk mengeluarkan jin yang merasuk dalam badan lelaki berkenaan.

Menurut Manoharan, doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Jelas Manoharan, mangsa difahamkan menghidap penyakit mental walaupun bomoh itu mendakwa mangsa sebenarnya terkena buatan orang.

Dalam perkembangan berkaitan, Manoharan menyeru kepada orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana bomoh yang kononnya mampu merawat sebarang penyakit.

Katanya, orang ramai perlu sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan setiap tindak-tanduk bomoh-bomoh yang keterlaluan.

"Jika rawatan yang diberikan (bomoh) agak keterlaluan, saya nasihatkan mereka hentikan rawatan itu dan bawa pesakit terus berjumpa doktor," katanya.

Sementara itu, keluarga mangsa memberitahu mereka diminta menyediakan sembilan jenis bahan-bahan pelik berwarna hitam termasuk sembilan ekor ayam kampung, telur ayam, cincau dan anggur serta wang pendahuluan RM200 untuk merawati penyakit dihidapi Faizal.

Bapa mangsa, Harun Busu Senik, 56, berkata, dirinya seolah-olah dipukau apabila menuruti semua permintaan bomoh tersebut.

"Kami bagai kena pukau ketika melihat Faizal dipaksa minum air berterusan. Apabila tiba di hospital baru kami tersedar dan marah atas perbuatan bomoh itu," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Thursday, June 16, 2011

Temui Dikuburan

Suami hilang ditemui dekat kubur

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BOTA: Penduduk Kampung Kubang Ikan, di sini, gempar apabila seorang lelaki yang dilaporkan hilang secara misteri Jumaat lalu, ditemui merayau di kawasan tanah perkuburan.

Mangsa, Mohd Nazri Abdullah, 33, dilaporkan lesap dari pandangan selepas keluar dari rumah untuk membeli rokok pada malam Jumaat lalu.


Dia yang ditemui wartawan semalam, bagaimanapun masih keliru selepas pulang dalam keadaan luka selain lapar dan dahaga keterlaluan.

“Saya masih tertanya-tanya dan menganggap kehilangan saya selama dua hari itu sesuatu yang misteri.


“Sebelum kejadian saya keluar rumah untuk membeli rokok di kedai berhampiran dengan hanya memakai seluar pendek tanpa baju,” katanya.


Menurutnya, dia yang berjalan selang empat rumah dari kediamannya mendakwa tiba-tiba seperti dipukau dan hilang punca.

“Saya hanya tersedar pada awal pagi Ahad lalu selepas mendengar azan. Lebih mengejutkan apabila saya mendapati berada di tengah kawasan tanah perkuburan berhampiran kampung.


“Saya yang lemah longlai serta luka cuba mencari jalan pulang, namun masih sesat dan berpusing di tempat sama,” katanya.

Katanya, dia mendengar namanya dipanggil berulang kali oleh orang kampung, namun gagal untuk menyahut atau mencari arah panggilan itu.


Menurutnya, dia bagaimanapun berjaya keluar dari ‘dunia misteri’ itu sebelum ditemui dalam keadaan luka pada jam 10.20 pagi Ahad lalu. Isteri mangsa, Salmiah Zainol, 24, berkata, dia memaklumkan pada ketua kampung dan jawatankuasa kampung bagi mencari suaminya selepas mangsa tidak pulang ke rumah.


Menurutnya, penduduk berusaha mencarinya di sekitar kawasan kampung selepas percaya dia disorokkan makhluk halus.


“Perkara seumpama ini tidak pernah berlaku dan Nazri pulang dalam keadaan tidak terurus dan penuh selut di badan. Lebih pelik apabila tali seluarnya tersangkut di leher.


“Apabila melihat keadaannya itu saya sangat sedih, namun gembira kerana dia selamat pulang ke rumah,” katanya.

Taktik curi Orang Arab

Peniaga rugi RM4,000 disamun orang Arab

KUALA LUMPUR 15 Jun - Seorang wanita warga emas kerugian hampir RM4,000 setelah diperdaya oleh sepasang suami-isteri warga Arab di Ampang hari ini.

Mangsa yang juga ahli perniagaan berusia 62 tahun difahamkan baru sahaja keluar dari kedainya di Ampang dan ketika berada di dalam keretanya, dia didatangi warga Arab terbabit.

Sumber memberitahu, suspek telah mengetuk cermin keretanya dan menunjukkan ke arah tayar belakang keretanya.

"Tanpa mengesyaki sesuatu, mangsa keluar dan melihat wang kertas bertaburan di belakang kenderaannya dan pergi mengutipnya.

"Bagaimanapun, itu hanyalah taktik penipuan warga asing tersebut yang kemudian telah melarikan beg tangan mangsa di dalam keretanya," katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa hanya menyedari kehilangan beg tangannya itu setelah masuk semula ke dalam kereta dan kedua-dua suspek sudah melarikan diri.

Selain kerugian hampir RM4,000, mangsa turut kehilangan telefon bimbit dan dokumen peribadi, malah tayar keretanya juga telah dibocorkan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Md Nazri Zawawi ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat oleh wanita itu.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, June 15, 2011

Kurus Kering Tak Makan



Serah kembar kurus kering
Oleh Yusmawati Mohd Yusof dan Mohd Zaidi Ya’acob
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
LIHAT...Sidatol’ Aini melihat keadaan seorang daripada kembar yang disyaki didera.
LIHAT...Sidatol’ Aini melihat keadaan seorang daripada kembar yang disyaki didera.
TIDUR... seorang kembar dimasukkan dalam wad.
TIDUR... seorang kembar dimasukkan dalam wad.

MELAKA: Tindakan seorang bapa menyerahkan tiga anaknya termasuk sepasang anak kembar berusia empat tahun untuk dijaga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka Tengah, dekat sini, Isnin lalu, atas alasan tidak mampu menjaga mereka menimbulkan tanda tanya kemungkinan kanak-kanak berkenaan disyaki didera dengan tidak diberi makan berikutan fizikal mereka yang terlalu kurus.

Difahamkan, lelaki berusia 34 tahun dari Hutan Perca, Alor Gajah mendakwa tidak mampu menjaga anaknya kerana bekerja sebagai pekerja am di syarikat swasta.


Curiga dengan keadaan fizikal ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan, pegawai JKM menghantar mereka menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Melaka.

Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM negeri, Sidatol’ Aini Jafri berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat memastikan sama ada ketiga-tiga kanak-kanak terbabit didera atau mengalami kekurangan zat makanan dan masih menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital.


“Pasangan kembar bersama abangnya berusia enam tahun diserahkan kepada JKM oleh bapa mereka yang bekerja sebagai pekerja am.


“Lelaki itu menyatakan dia tidak mampu menjaga anaknya,” katanya ketika melawat kanak-kanak berkenaan di Hospital Melaka.

Menurutnya, lelaki berkenaan memperoleh hak jagaan terhadap ketiga-tiga anaknya daripada mahkamah syariah selepas bercerai dengan isterinya baru-baru ini sebelum berkahwin dengan wanita lain.


Beliau berkata, berdasarkan siasatan kronologi kes itu, ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan pada mulanya diserahkan ibu kandung mereka ke Pejabat Kebajikan Daerah Melaka Tengah pada 8 Julai 2010 ditempatkan di institusi JKM atas alasan tidak mampu menjaga mereka.

Katanya, kanak-kanak berkenaan ditempatkan sementara di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras, Kuala Lumpur sehingga Mahkamah Kanak-Kanak bersidang pada 5 Ogos 2010.


“Kanak-kanak berkenaan diperintahkan majistret diletak di bawah jagaan bapa kandung mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dengan membayar bon jaminan RM1,500 tanpa cagaran selama dua tahun.


“Mahkamah turut mengenakan syarat penjaga mesti hadir bersama kanak-kanak itu bagi seliaan di hadapan pelindung kanak-kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Alor Gajah bagi tempoh dua tahun, manakala ibu kandung dibenarkan melawat mereka,” katanya.


Sidatol’ Aini berkata, bapa kandung dan ibu tiri bersetuju menjaga kanak-kanak di hadapan Majistret Mahkamah Kanak-Kanak Melaka kerana pernah menjaga mereka pada usia enam bulan bagi tempoh tiga bulan.


“Sepanjang tempoh seliaan ibu bapa, kanak-kanak itu ada dibawa berjumpa pelindung dua kali dan mereka dihantar menjalani pemeriksaan doktor kerana dikatakan kurang selera makan sehingga menyebabkan anak pertama diserahkan kepada nenek untuk dijaga kerana khuatir keadaan mereka.


“Ibu bapa kanak-kanak memberitahu doktor mengesahkan mereka sihat dan tidak mengalami masalah kesihatan,” katanya.


Katanya, JKM mengambil alih penjagaan kanak-kanak berkenaan dan pemeriksaan dilakukan mendapati mereka terlalu kurus disyaki kekurangan makanan.


“Keadaan itu mencurigakan dan kami menghantar mereka ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan. Namun, kami tidak boleh membuat sebarang kesimpulan sebelum mendapat laporan perubatan daripada doktor.


“Pada masa sama, kami tidak menolak kemungkinan berlaku penderaan berdasarkan keadaan mereka,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, tidak terdapat tanda penderaan fizikal terhadap kanak-kanak terbabit dan menegaskan perbuatan tidak memberi makan juga ditakrifkan sebagai penderaan.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Pekan Kecil, Pemulihan Projek dan NGO negeri, Datuk Seet Har Cheow berkata, pihak berkuasa perlu menunggu laporan perubatan kanak-kanak berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut.


“Kes ini dikendalikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Norpipah Abdol,” katanya.

Kisah Doktor Hilang

Doktor pelatih hilang ditemui tak bayar makan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JITRA: “Saya tak sedar apa pun. Saya tidak tahu menaiki apa dan bagaimana boleh berada di Kuantan,” kata Dr Mohd Noor Azam Mohd Nazri, 26, yang hilang hampir sebulan lalu di Alor Setar sebelum dijumpai di sebuah pusat beli-belah di Kuantan, Pahang, Sabtu lalu.

Doktor pelatih di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar itu dilaporkan hilang sejak 16 Mei lalu selepas dihantar bapanya, Mohd Nazri Wan Senik, 54, ke tempat kerja di HSB kira-kira jam 6.30 pagi.


Mohd Noor Azam yang kali terakhir dilihat lengkap berpakaian doktor ditemui dalam keadaan selekeh dan kotor dengan memakai kemeja-T lusuh, seluar sukan, berselipar selain menggalas beg sekolah yang mengandungi kain pelekat, kopiah, sabun basuh tangan dan berus sabut.

Malah, beliau juga kehabisan wang dan dalam tempoh itu tujuh kali mengeluarkan wang daripada mesin juruwang automatik (ATM) berjumlah RM2,400.


“Saya juga tidak tahu ke mana wang itu pergi atau apa yang saya lakukan dengan wang itu,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Bunga Raya, di sini, semalam.


Mohd Noor Azam berkata, selepas turun dari kereta bapanya dia mengikut laluan pejalan kaki berhampiran Wad Diraja HSB sebelum terdengar suara wanita meminta dia mengikutinya.

“Itu saja yang saya ingat. Saya juga tidak tahu bagaimana rupa wanita itu dan saya hanya mengikut arahan suaranya. Selepas itu bagaimana saya makan, saya menaiki apa dari Alor Setar ke Kuantan pun, saya tidak tahu.


“Saya juga ingat suara itu ada mengatakan hanya akan ‘melepaskan’ saya pada hari pertunangan saya yang sepatutnya berlangsung Sabtu lalu. Nampaknya dia benar-benar melepaskan saya pada hari itu.

“Saya tidak tahu apa motif dan punca kejadian ini kerana saya tidak mampu mengingati apa-apa. Malah, selama ini saya juga tidak mempunyai musuh,” katanya. Menceritakan detik ditemui semula, Mohd Noor Azam berkata, beliau ditahan seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Kuantan kerana tidak membayar makanan kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu.


“Ketika ditahan, mereka memeriksa dompet saya untuk memastikan saya tiada wang. Ketika itu baru pengawal keselamatan terbabit menyedari saya orang hilang yang disiarkan akhbar, baru-baru ini.


“Pada masa sama, saya tersedar dan baru tahu saya hilang dari rumah, tetapi menyangka cuma hilang empat hari sedangkan sudah hampir sebulan.


“Malah, badan saya juga berasa sangat letih, lenguh dan lapar walaupun baru selesai makan,” katanya yang menangis sebaik menyedari dia hilang dari rumah keluarga sejak hampir sebulan, sekali gus menimbulkan kebimbangan kepada ahli keluarga.


Katanya, selain wang tunai RM2,400 dan pakaian kerja, begnya yang mengandungi peralatan perubatan seperti stetoskop dan beberapa nota turut hilang.


Mohd Noor Azam, lulusan Akademi Perubatan Moscow dan menjalani latihan di HSB sejak Oktober tahun lalu pernah dilaporkan hilang dua kali, tetapi dalam tempoh dua hingga tiga hari.

Projek Keli Tipu


Bisnes keli tipu
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KESAL...Shafie (duduk kanan) dan Khairun (kiri) menunjukkan keratan akhbar mengenai pelaburan ikan keli terbabit.
KESAL...Shafie (duduk kanan) dan Khairun (kiri) menunjukkan keratan akhbar mengenai pelaburan ikan keli terbabit.

KUALA LUMPUR: Bermodalkan air liur dan kata-kata manis, seorang lelaki dikenali Mahadzhir, 26, dari Temerloh, Pahang, menggunakan kelebihan itu bagi melakukan penipuan dengan meminta mangsa melabur dalam perniagaan ikan keli sehingga mengaut keuntungan RM3 juta selepas dilaporkan menipu 300 mangsa.

Difahamkan, lelaki kaki putar alam terbabit mengatur ayat bagi meyakinkan mangsa syarikat penternakan keli dimilikinya menjanjikan pulangan lumayan kepada pelabur dan mahu berkongsi kekayaan dengan menawarkan lot kolam kepada pelabur.


Mangsa, Shafie Awang Kecik, 60, dari Pulau Pinang, berkata dia yang berminat dalam perniagaan keli tidak berfikir panjang apabila dihubungi seseorang menawarkan kepadanya pelaburan yang menguntungkan.

Menurutnya, selepas berbincang dia bersetuju berjumpa mereka di pejabat di Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown pada 2009.


“Saya yang tertarik dengan tawaran itu pergi ke pejabat mereka untuk membuat pelaburan dan bertanya bagaimana cara jika ingin mengusahakan ternakan keli di tanah milik saya.


“Mereka memberitahu saya boleh menternak ikan keli di tanah sendiri, tetapi dengan syarat perlu mengikuti kursus di kolam ikan Mentakab, Pahang, selama tiga hari dan perlu mengeluarkan modal RM50,000 untuk membeli anak keli serta kanvas kolam,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam.

Shafie berkata, dia turut mengeluarkan modal RM25,000 lagi untuk menyediakan tapak kolam di tanah miliknya di Pulau Pinang.


“Malah, saya turut membeli satu lagi tapak kolam di Mentakab, Pahang, bagi tujuan pelaburan kerana menjangka ia akan memberi pulangan lumayan, namun tidak menyangka ditipu apabila barangan dijanjikan tidak diterima selepas mengeluarkan modal. Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Khairun Aseh, berkata pihaknya kesal dengan kejadian yang berlaku dan kes ini dipandang serius.

“Saya akan ketengahkan kes ini ke peringkat atasan supaya diambil tindakan, malah kami turut mengesan kebanyakan mangsa terdiri daripada belia Melayu bawah 40 tahun,” katanya.

Maut Dihempap Motor

Warga emas maut dihempap motosikal

KUANTAN 14 Jun - Seorang penoreh getah terbunuh selepas motosikal jenis Honda yang ditunggangnya terbalik dan menghempapnya ketika mendaki bukit di Ladang Geruk Ulu Atok, Kuala Atok dekat Raub semalam.

Mangsa, Loo Ah Choy, 59, meninggal dunia di tempat kejadian apabila tengkuknya patah selain cedera di bahagian badan.

Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik negeri, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman berkata, dalam kejadian pukul 11 pagi itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Samar, Jerkoh dekat Benta selepas selesai menoreh.

"Sampai di tempat kejadian, mangsa gagal mengawal motosikal jenis Honda itu ketika mendaki bukit sebelum terbalik menghempapnya," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Doktor Hilang Dah Jumpa


Doktor hilang di Kedah, jumpa di Pahang

Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri gembira dapat bertemu semula dengan kedua ibu bapanya di Jitra, semalam.

KUBANG PASU 14 Jun - Seorang doktor pelatih Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dekat sini, yang hilang selama 26 hari, ditemui dalam keadaan selamat di sebuah pusat beli-belah di Kuantan, Sabtu lalu.

Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, dari Taman Bunga Raya, Jitra di sini ditemui oleh ketua pengawal keselamatan pusat beli-belah tersebut selepas dikenal pasti sebagai individu yang dilaporkan hilang.

Doktor pelatih berkenaan sebelum itu ditahan oleh pengawal keselamatan kerana tidak mempunyai wang untuk membayar bil sushi sebanyak RM70 di sebuah restoran di pusat beli-belah itu kira-kira pukul 5 petang.

Sewaktu ditemui, Mohd. Noor Azam memakai kemeja-T putih dan berseluar sukan sambil membawa sebuah beg galas mengandungi pakaian yang dipakainya pada hari dia dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, telefon bimbit dan beg kerja berwarna hitam yang mengandungi beberapa dokumen penting tidak ditemui bersamanya.

Dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan diberi makan sebelum dijemput pulang oleh ibu bapanya bersama lebih 30 saudara mara kira-kira pukul 4 pagi keesokannya.

Ketika ditemui pemberita di rumah keluarganya di taman berkenaan hari ini, Mohd. Noor Azam memberitahu, dia tidak menyedari apa yang berlaku pada dirinya sepanjang dilaporkan hilang sehingga membawanya ke negeri-negeri di Pantai Timur.

Katanya, dia terkejut apabila diberitahu telah hilang sejak 26 hari lalu kerana berasa seperti baru empat hari hilang.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu, dia seperti tidur dan tidak mengetahui bagaimana boleh sampai ke Kelantan, Terengganu dan kemudiannya Kuantan, Pahang.

"Saya tidak tahu apa yang saya makan, di mana saya tidur dan bagaimana solat saya cukup atau tidak sepanjang tempoh 26 hari itu sehingga ditahan di pusat beli-belah berkenaan.

''Apabila saya melihat gambar bakal tunang di dalam dompet, baru saya tersedar dan terus bertanya kepada ketua pengawal keselamatan berkenaan tentang tarikh dan tempat saya berada ketika itu," katanya.

Menurut Mohd. Noor Azam, dia sedih apabila menyedari hari yang dia ditemui semula itu adalah tarikh yang ditetapkan untuk melangsungkan majlis pertunangan dengan rakannya yang juga doktor pelatih di HSB.

Katanya, dia tidak sedarkan diri selepas mendengar suara gadis yang memberi arahan supaya mengikutnya ketika berjalan memasuki bangunan HSB kira-kira pukul 6.30 pagi 16 Mei lalu.

Dakwanya, suara tersebut juga memaklumkan dia hanya akan 'dilepaskan' pada hari pertunangannya iaitu 11 Jun lalu.

''Selepas ini saya akan meneruskan perubatan Islam bagi melindungi daripada gangguan-gangguan seperti ini,'' katanya.

Sementara itu, ibu Mohd. Noor Azam, Natrah Shaari, 52, tidak putus-putus melahirkan rasa syukur kerana penantian dan doanya akhirnya dimakbulkan apabila anaknya itu ditemui dalam keadaan selamat dan sihat.

Katanya, dia sekeluarga tidak mahu menuduh sesiapa atas kejadian yang berlaku sebaliknya menganggap peristiwa tersebut sebagai dugaan dan ketentuan Allah.

''Buat masa ini, Mohd. Noor Azam akan berehat dan menjalani rawatan alternatif sebelum menyambung semula latihan perubatan di HSB manakala majlis pertunangan terpaksa ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kelak," katanya.

Graduan dari Moscow Medical Academy itu dilaporkan pernah hilang dua kali iaitu pada 3 Mei dan 12 Mei lalu selepas keluar bertugas di HSB bagaimanapun pulang ke rumah beberapa hari kemudian.

Maut Tak Bayar Gaji

Peguam mati ditetak pekerja

KLANG 14 Jun - Akibat tidak dibayar gaji dan dendam, seorang pekerja sanggup menetak hingga mati majikannya yang merupakan peguam dan ahli perniagaan, Datuk R. Anbalagan, 56, di Kuil Sri Ramalingeswarari, Kampung Perepat, Kapar, di sini, malam semalam.

Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, mangsa ditemui berlumuran darah dengan kesan luka di belakang badan, muka, bahu dan kedua-dua belah tangannya.

Difahamkan, serangan bermula pukul 9.30 malam ketika mangsa sedang berbincang dengan sami kuil di ruang tamu banglo yang terletak di dalam ladang kelapa sawit miliknya.

Mangsa yang cuba menyelamatkan diri berlari ke dalam kuil di hadapan banglo itu tetapi suspek yang mengejarnya terus menetaknya berkali-kali sebelum dia jatuh dan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Ketika kejadian, pembantu rumah mangsa, seorang wanita warga Indonesia, Siti Aminah Mohamad Amran, 29, seorang sami kuil dan seorang lagi pekerja ladang berada di tempat kejadian.

Suspek yang merupakan warga India dikenali sebagai Rajangam, 26, kemudian melarikan diri bersama barang kemas, senjata dan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm yang bernombor pendaftaran BHC 9299 milik mangsa.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong berkata, suspek berjaya diberkas kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian pukul 10 pagi ini di Jalan Bukit Kapar di sini bersama semua bahan bukti.

"Siasatan percaya suspek membunuh mangsa kerana dendam dan tidak dibayar gaji. Mayat mangsa pula telah dibedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan dituntut keluarganya untuk dibawa pulang ke rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam dekat sini," katanya di sini hari ini.

Katanya, mangsa meninggalkan seorang anak perempuan, A. Sri Anantha Vali, 11, dan isterinya, Toh Puan A.Thelagam,48, yang juga seorang peguam.

Tambah beliau, suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan ditahan reman esok.


Nampak suspek kejar majikan dengan parang

SHAH ALAM 14 Jun - "Saya nampak suspek kejar Datuk hingga ke kuil sambil memegang parang. Kemudian saya dengar bunyi prap... prap... prap... dan suara jeritan," kata pembantu rumah, Siti Aminah Mohamad Amran, 29.

Menurut Siti Aminah, beberapa minit selepas itu, dia nampak suspek yang memegang sebilah parang berlumuran darah masuk ke dalam banglo dan keluar semula sebelum melarikan diri dengan kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm milik majikannya.

"Saya berteriak meminta tolong selepas nampak Datuk terbaring dalam keadaan tertiarap dengan belakang terbelah dan berlumuran darah kerana ditetak dengan parang.

"Datuk mempunyai tiga pekerja yang tinggal di rumah itu iaitu dua pekerja ladang termasuk suspek dan seorang pekerja kuil," katanya ketika ditemui di rumah Anbalagan di Seksyen 7, di sini, petang ini.

Siti Aminah memberitahu, dia mengikut Anbalagan ke banglo tersebut pada pukul 2.40 petang semalam dan ketika kejadian dia sedang menunggu majikannya berhampiran Mitsubishi Storm untuk pulang ke Shah Alam.

Sementara itu, di rumah mangsa di Seksyen 7 di sini, suasana bertukar pilu apabila mayatnya tiba dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, pukul 4.30 petang.

Isterinya, Toh Puan A.Thelagam, 48, anak perempuan tunggal, A. Srianantha Valli, 11, dilihat menangis ketika mangsa diturunkan daripada kenderaan mayat.

Thelagam yang juga seorang peguam berasa tidak percaya dengan kejadian yang menimpa suaminya itu.

"Kami sudah berkahwin selama 12 tahun dan saya tidak percaya semua ini berlaku," katanya teresak-esak.

Anak perempuannya, Sri Anantha pula kelihatan tenang dan sempat memberitahu, bapanya berpesan supaya dia sentiasa menjaga diri pada malam terakhir pertemuan mereka iaitu pada Ahad lalu.

Difahamkan, mayat Anbalagan akan disemadikan di Taman Peringatan Nirvana di Seksyen 21, di sini petang ini.

Padah Tarik Kereta

Penarik kereta parah diserang dua lelaki

KOTA BHARU 14 Jun - Seorang penarik kereta nyaris putus lengan kirinya selepas diserang dua lelaki menggunakan senjata tajam di Chica, Kubang Kerian di sini semalam.

Mangsa, Muhamad Zailani Md. Ali, 38, mendakwa, kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang ketika dia yang sedang memandu kereta BMW milik rakannya ditahan oleh dua buah kenderaan.

"Secara tiba-tiba di kawasan sebuah stesen minyak di Chica, dua buah kereta mengepung kereta yang saya pandu dan dua lelaki keluar lalu mengarahkan saya keluar. Apabila saya enggan mereka bertindak memecahkan cermin kereta.

"Dalam keadaan kecoh itu saya keluar dari kereta dan mereka terus menyerang dengan melibas menggunakan senjata tajam sehingga mengenai lengan kiri menyebabkan saya tidak sedarkan diri," ujarnya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini hari ini.

Menurut lelaki terbabit, dia kemudian dibantu oleh orang ramai yang menghubungi ambulans dan dibawa ke HUSM.

Bapa kepada lima anak berusia setahun setengah hingga 14 tahun itu mendakwa, tidak mengetahui motif dia diserang oleh kedua-dua suspek yang dikenalinya.

Sementara itu, isterinya, Rosmani Mat Hussein, 38, memberitahu, dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa suaminya kira-kira pukul 8 malam selepas dimaklumkan oleh seorang rakan.

"Sebelum kejadian, saya sempat bertemu suami yang baru balik kerja kira-kira pukul 5 petang. Dia keluar semula dengan memberitahu mahu menjual kereta milik kawannya," ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi hari ini memberitahu belum menerima sebarang maklumat berhubung kejadian dan enggan mengulas lanjut.