Wednesday, August 31, 2011

curi untuk anak

Ibu curi untuk anak
Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KAJANG: Hanya kerana mahukan anaknya memakai baju baru, seorang wanita mencuri beberapa pakaian dan barangan permainan bernilai RM597 di sebuah pusat beli-belah terkenal di Cheras.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang Ahad lalu, seorang pengawal keselamatan ternampak kelibat seorang pelanggan dalam keadaan mencurigakan di bahagian pakaian kanak-kanak.


Menurutnya, pengawal terbabit mengekori suspek yang masuk ke bilik persalinan bersama beberapa pakaian, tetapi suspek tidak mengetahui perlakuannya diperhatikan.

Katanya, tidak lama kemudian, suspek keluar, tetapi pakaian yang dibawa ke dalam bilik berkenaan tiada bersamanya.


“Mengesyaki suspek mencuri pakaian, pengawal berkenaan mengekori suspek hingga ke tempat letak kereta sebelum menahannya.


“Pengawal berkenaan mendapati beberapa baju dan seluar kanak-kanak serta mainan disembunyikan dalam beg suspek,” katanya.

Katanya, suspek dibawa ke pejabat pengurusan pusat beli-belah berkenaan untuk diambil keterangan sebelum menghubungi polis.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata polis sudah mengambil keterangan suspek yang mengaku mencuri pakaian berkenaan.

“Bagaimanapun, suspek dibebaskan dengan jaminan polis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya.

Tuesday, August 30, 2011

silat lemang

Pertahan diri guna lemang

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seorang ahli jawatankuasa penduduk kampung di Hulu Klang terpaksa mempertahankan dirinya dengan sebatang lemang bagi mengelakkan terus dibelasah dua lelaki yang naik angin kerana ditegur mendirikan pondok tanpa kebenaran, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa berusia 52 tahun terbabit bersama seorang rakannya mengadakan rondaan di kampung mereka dan mengesan sebuah pondok haram didirikan berdekatan kawasan surau.


Sumber berkata, mangsa menegur seorang lelaki yang dipercayai membina rangka pondok itu dengan memberitahu pembinaan pondok itu menyalahi undang-undang dan mengganggu penduduk kampung.

“Akibatnya, lelaki berkenaan tidak berpuas hati dengan mangsa dan mula maki hamun selain mendakwa kawasan berkenaan tanah kerajaan dan sesiapapun berhak ke atas tanah berkenaan.


“Perselisihan faham itu berlanjutan sehingga suspek menyerang mangsa dengan sebatang kayu,” katanya.


Beliau berkata, rakan mangsa yang ketakutan melarikan diri untuk meminta pertolongan penduduk kampung dan mangsa sempat menyambar sebatang lemang yang diletakkan atas para untuk dibakar bagi mempertahankan dirinya.

Menurutnya, suspek melarikan diri selepas mangsa yang cedera di tulang rusuk dan pengsan di tempat kejadian.


Mangsa dibawa ke klinik berdekatan oleh penduduk kampung sebelum membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati.

Monday, August 29, 2011

cekik bini

Cekik isteri ketika berbuka

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

HULU SELANGOR: Seorang lelaki berusia 30 tahun mengugut mahu membunuh isterinya selain memukul dan mencekik wanita itu ketika berbuka puasa selepas ditegur isterinya berikutan tindakannya yang marah-marah di rumah mereka di Kuala Kubu Baru, di sini.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 7.30 malam Khamis lalu, mangsa yang berusia 30 tahun dicekik suaminya selain memaki hamunnya.


“Mangsa kemudian ditolak ke dalam bilik air. Mangsa terjatuh dan cuba bangun, namun suaminya menyimbahnya dengan air sebelum ditinggalkan bersendirian,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu mengugut mangsa mahu membunuhnya jika mangsa membuat laporan polis.


Atas nasihat keluarga, mangsa membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

cerai diri sendiri


Hantar SMS talak diri sendiri
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Shahrul Redzuan Zulkifli
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MALU...pasangan yang dicekup, kelmarin.
MALU...pasangan yang dicekup, kelmarin.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 41 tahun nekad ‘menceraikan dirinya sendiri’ selepas rahsia hubungan sulitnya dengan lelaki lain sejak tiga tahun lalu dikesan suaminya.

Perbuatan itu dilakukan apabila dia mengambil telefon bimbit suaminya dan menghantar SMS ke telefon bimbitnya dengan menjatuhkan talak tiga terhadapnya demi memastikan dia dapat meneruskan hubungan sulit dengan kekasihnya.

Bagaimanapun, perbuatan curang wanita itu sejak hampir dua tahun lalu terbongkar apabila dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika bersekedudukan bersama kekasihnya di sebuah rumah di Setapak, di sini, kira-kira jam 1 pagi, kelmarin.

Suami mangsa, ahli perniagaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) berusia 48 tahun yang mahu dikenali sebagai Jason, berkata dia dan isterinya mendirikan rumah tangga sejak 1996 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu dua perempuan serta seorang lelaki berusia 10 hingga 16 tahun.


Jason yang sering pulang ke negara asal untuk menguruskan perniagaannya berkata, dia mula mengesyaki kecurangan isterinya itu selepas terserempak wanita terbabit bersama lelaki lain turun dari sebuah hotel di Ampang pada hujung 2009.


bini simbah laki pulak


Peniaga disimbah asid oleh isteri

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


SEORANG lelaki berusia 47 tahun dibawa masuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana disimbah asid oleh isterinya, semalam.

KOTA BHARU 28 Ogos - Seorang peniaga murtabak berusia 47 tahun, cedera di muka dan badan selepas disimbah sejenis cecair dipercayai asid oleh isterinya di Kampung Kok Lanas dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku pukul 9.30 pagi ketika peniaga terbabit yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 15 tahun, sedang menyiapkan adunan murtabak di rumahnya.

Salah seorang ahli saudara mangsa berkata, dua hari sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara pasangan suami isteri itu namun punca pertengkaran itu tidak diketahui.

"Mangsa memberitahu, isterinya tiba-tiba datang dan menyimbah sejenis cecair dipercayai asid ke arahnya menggunakan bekas air dan mengenai muka dan badan sebelah kanan," kata ahli saudara mangsa itu yang enggan dikenali ketika ditemui di Wad Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) hari ini.

Menceritakan lebih lanjut berhubung kejadian tersebut, lelaki itu berkata, dia dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh penduduk kampung.

"Ketika kejadian, saya ada di rumah di Kampung Sokor dan orang kampung datang memberitahu, mangsa dibawa ke klinik berhampiran untuk dirawat.

"Saya terus ke klinik untuk melihat keadaan mangsa. Bagaimanapun, dia terpaksa dirujuk ke HRPZ II untuk rawatan lanjut," ujarnya.

Sehingga kini, katanya, keluarga mangsa belum sama ada untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut atau sebaliknya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika ditemui pemberita berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Sunday, August 28, 2011

janda glamour


Ada maklumat dirahsia
Oleh HADZLAN HASSAN dan RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ
metahad@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KASIH IBU... Kartika menemani anaknya Wann Kaitlynn dan Qaisara.
KASIH IBU... Kartika menemani anaknya Wann Kaitlynn dan Qaisara.

SUNGAI SIPUT: Ada yang menghantar surat berserta biodata lengkap seperti surat memohon kerja, meluahkan perasaan secara bertulis, malah tidak kurang yang lebih ‘gentleman’ berjumpa ayahnya semata-mata mahu menyampaikan hasrat di hati.

Memegang status janda popular menyebabkan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 34, menjadi perhatian ramai lelaki, sama ada orang kebanyakan mahupun berstatus VIP.


Lebih-lebih lagi kisahnya menjadi perhatian tiga tahun dulu berikutan kesanggupannya menjalani hukuman sebat atas kesalahan minum arak dan sejak itu setiap perkembangannya menjadi hiasan di dada akhbar hinggalah kisah perceraiannya dengan seorang warga Singapura.

Namun, buat masa ini, tidak terlintas di hati wanita kelahiran Kampung Jawang, di sini, itu untuk mengakhiri zaman jandanya, apatah lagi dia baru kehilangan anak sulung, Mohamad Azfar Muhammad Affandi, 9, akibat lemas pada 8 Mei lalu.


Kartika tidak menafikan tertarik dengan surat ‘lamaran’ diterima, namun individu yang melamarnya merahsiakan beberapa maklumat, terutama status terkini.


“Surat yang saya terima rata-rata menyertakan maklumat positif, namun saya terpaksa menolak kerana mereka masih berstatus suami orang.

“Saya tidak percaya 100 peratus maklumat diberi, sebaliknya melakukan siasatan bagi memastikan ia benar,” katanya ketika ditemui Metro Ahad, di sini.


Menurutnya, dia tidak sanggup menghancurkan hati wanita lain semata-mata mahu mengakhiri status janda kerana percaya faktor takdir yang pasti berbalik kepadanya jika melakukan sesuatu yang buruk.

Katanya, bukan bermakna dia menutup pintu hatinya kepada lelaki lain selepas bercerai dengan bekas suami, Muhammad Afandi Amir, 39, tahun lalu, tetapi Kartika enggan memikirkannya dalam masa terdekat.


“Saya baru mengambil alih perniagaan inap desa Perak River Safari daripada ayah dan tumpuan kini hanya kepada kerja untuk mempromosikannya yang diuruskan bersama dua abang saya.


“Wanita mana tidak mahu hidup bersama lelaki bergelar suami, tetapi ia (berkahwin) bukan keutamaan saya dalam tempoh lima tahun ini.


“Namun, jika ditakdirkan bertemu jodoh dalam tempoh itu, siapalah saya untuk menolaknya,” katanya.


Kartika berkata dia tidak meletakkan syarat bagi mereka yang ingin menyuntingnya sebagai suri hati tetapi paling penting, lelaki berkenaan menerima anaknya, Wann Kaitlynn Saridewi Muhammad Affandi, 7.


Katanya, anak adalah keutamaannya kini, lebih-lebih lagi sejak melalui kejadian sedih yang meragut nyawa anak sulungnya ketika insan lain yang bergelar ibu gembira menyambut Hari Ibu.


Bagaikan menjadi penawar duka, Kartika menerima seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang diberi seorang wanita seminggu selepas pemergian Azfar untuk dijadikan anak angkat.


Kanak-kanak perempuan itu yang dikenali sebagai Qaisara tidak dianggap pengganti Azfar, sebaliknya sebagai kawan kepada Wann Kaitlynn.


“Qaisara tidak akan sama dengan Azfar kerana anak sulung saya mempunyai tempat istimewa dalam hati saya dan dia (Azfar) tetap saya kenang dan sayang sehingga ke hujung nyawa.


“Bagaimanapun, saya tetap mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada Qaisara kerana dia adalah amanah yang perlu saya pelihara dengan sewajarnya,” katanya.


Seperti Azfar, Qaisara tergolong dalam kategori kanak-kanak istimewa kerana mengalami masalah lembam tetapi Kartika reda menerima kekurangan anak angkatnya itu.

pakai belasah je


Dipukul tanpa sebab
Laporan dan foto RUDY SYAREME SHERIFFUDIN
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KESAL... Muhammad Farzuan (kanan) dan Fendi menunjukkan laporan polis yang dibuat, semalam.
KESAL... Muhammad Farzuan (kanan) dan Fendi menunjukkan laporan polis yang dibuat, semalam.

GEORGETOWN: “Kami dipukul, dipijak dan ditendang seperti haiwan di depan orang ramai, sedangkan kami tidak melakukan apa-apa kesalahan,” dakwa dua sahabat apabila dipukul sekumpulan 15 anggota skim rondaan sukarela (SRS) di Batu Ferringhi, di sini, malam Khamis lalu.

Muhammad Farzuan Romzi, 20, dan Fendi Abdul Latif, 21, masing-masing dari Teluk Bahang berkata, kejadian berlaku jam 11.30 malam ketika mereka mengunjungi rumah seorang rakan di Mutiara Apartment, Batu Ferringhi.


Bagaimanapun, Muhammad Farzuan berkata, rakannya yang menetap di tingkat empat tiada di rumah dan mereka menunggu di tepi tangga sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang mendakwa mereka anggota SRS sebelum memukul mereka menggunakan kayu, besi dan topi keledar.

Katanya, dia dan rakannya hampir pengsan selepas dibelasah tanpa belas kasihan dan mengalami lebam di seluruh anggota badan dan muka sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.


“Saya terkejut dengan kejadian itu dan lebih menyedihkan apabila dituduh cuba melakukan jenayah pecah rumah dan menghidu gam selain dibelasah dan diseret dari tingkat tiga hingga tingkat bawah tanpa belas kasihan serta diperlakukan seperti binatang,” katanya.


Fendi berkata, dia kesal kerana kumpulan lelaki itu mengambil tindakan tanpa usul periksa, selain trauma dengan kejadian terbabit.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Batu Ferringghi, jam 11 pagi semalam bagi meminta polis melakukan siasatan.

Saturday, August 27, 2011

jamal besedekah


Jamal Abdillah derma beras satu treler

JAMAL menyampaikan sumbangan beras kepada anak-anak yatim dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Ipoh semalam.

IPOH – Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam.

Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, 52, berkata, sumbangan 1,520 kampit beras bernilai RM20,000 itu bertujuan untuk membantu golongan terbabit menyambut Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi.

“Saya bersyukur menerima rahmat dan hidayah oleh Allah untuk menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini dan diberi anugerah (menyanyi) untuk memperoleh rezeki.

“Saya pulangkan semula sebahagian daripada rezeki itu kepada golongan memerlukan. Saya niat untuk sedekah pahalanya kepada roh arwah ayah dan ibu saya,” katanya.

berniaga di kubur

Si cilik jual bunga pusara

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Syakira Wira, si kecil berusia lima tahun ini ringan tulang membantu neneknya, Wan Sakinah, 46, dan ibunya, Noryulaila Mohd Din, 30, berniaga bunga rampai untuk ditabur di atas pusara di hadapan pintu masuk tanah perkuburan Islam Jalan Ampang, dekat sini.

Mereka menjual bunga rampai dan air mawar yang masing-masing berharga RM2 dan RM3 dari awal Ramadan sehingga hari ketiga Syawal bermula jam 7 pagi hingga 2 petang.


Tinjauan Harian Metro mendapati terdapat dua peniaga lain di pintu masuk tanah perkuburan itu yang turut menjual bunga rampai dan air mawar.

Menurut seorang peniaga di situ yang hanya hanya dikenali sebagai Liza, mereka berniaga setiap tahun dalam tempoh terbabit memandangkan pada masa itu ramai pengunjung yang akan menziarahi pusara.


“Awal puasa tidak ramai pengunjung dan kami hanya berniaga pada hujung minggu saja dari pagi sampai petang. Dua minggu terakhir puasa hingga awal Syawal memang ramai pengunjung,” katanya ketika ditemui.


Nurul Amira, 12, dan Amri, 10, kakak dan abang kepada Syakira turut membantu nenek dan ibu mereka dengan mengambil upah membersihkan pusara.

aweq beraya ke nepal

Lari ikut kekasih beraya di Nepal
Oleh Azahar Hashim
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KULIM: “Ketika umat Islam lain bersiap sedia bersama sanak-saudara untuk menyambut Aidilfitri, keluarga kami pula dibelenggu kesedihan mengenangkan nasib anak perempuan yang lari kerana mengikuti teman lelaki warga Nepal ke negara asalnya,” kata Siti Fatimah Yassin, 45, dari Taman Kenangan, Sungai Karangan, dekat sini, apabila anak perempuannya, Noorshaheera Mohd Rasul, 21, keluar dari rumah dengan alasan mahu bertemu rakannya pada 22 Ogos lalu.

Bagaimanapun, wanita berkenaan tidak pulang ke rumah sehingga kini menyebabkan timbul kebimbangan di kalangan ahli keluarganya walaupun sudah puas mencarinya.


Siti Fatimah berkata, Noorshaheera keluar dari rumah kira-kira jam 1 tengah hari dengan membawa sebuah beg kecil dan sehelai pakaian kerana mahu berbuka puasa dan bermalam di rumah rakan perempuannya di Sungai Petani.

“Saya membenarkannya kerana dia ingin berbuka puasa dan mengambil kembali wang yang dipinjam rakannya itu, selain berjanji akan pulang semula kira-kira jam 11 malam pada keesokkan harinya bersama rakannya itu.


“Bagaimanapun, Noorshaheera tidak juga muncul pada masa dijanjikan lalu menghubungi rakannya, tetapi dia juga tidak mengetahui ke mana anak kami pergi sepanjang dua hari itu,” katanya selepas menerima kunjungan Ketua Pemuda Umno Bahagian Padang Serai, Asmaidi Abu Talib di rumahnya, di sini, semalam.


Siti Fatimah berkata, rakan anaknya itu kemudian memaklumkan Noorshaheera berpesan kepadanya supaya memberitahu ibunya mengenai sekeping nota yang disimpan di dalam laci almari biliknya.

Menurutnya, sebaik membaca nota itu, dia terkejut apabila anaknya meminta maaf kerana mengikut kekasihnya, lelaki warga Nepal berusia 20-an yang dikenali sejak setahun lalu ketika bekerja di sebuah kilang di Sungai Karangan.


“Kami berusaha mencarinya pada keesokkan harinya dan dimaklumkan rakan senegara lelaki itu, mereka merancang kembali ke negara berkenaan menyebabkan kami bergegas pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang.

“Berdasarkan maklumat, anak saya dan lelaki Nepal itu menaiki penerbangan dari Pulau Pinang sebelum transit di Bangkok dan menuju ke Kathmandu pada 23 Ogos lalu,” katanya.

pati kacau orang hjingga dalam rumah

Warga asing kacau wanita dalam rumah

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Tidak peduli dengan keselamatan penduduk sekitar, sikap warga asing yang menetap di Flat Danau Kota di sini, keterlaluan apabila ada segelintir mereka mengganggu wanita yang menetap di situ.

Tidak kira isteri, tunang atau anak dara orang, masing-masing ligat mengganggu sehingga penduduk merasa tidak selamat walaupun di dalam rumah.


Lebih teruk, pakaian wanita yang dijemur di beranda rumah juga kerap hilang dipercayai dicuri mereka.

Tinjauan mendapati kebanjiran warga asing di kawasan berkenaan menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan penduduk kerana masing-masing terlalu bebas sehingga berani melakukan apa saja tanpa menghiraukan keselamatan orang lain.


Penduduk, Rasdan Roslan, 17, berkata setiap hari dia perlu berdepan sikap biadab warga asing yang pelbagai kerenah termasuk ketika hendak menaiki lif masing-masing berebut tanpa mempedulikan orang lain.


“Mereka terlalu bebas di sini sehingga berani melawan dan mencari masalah dengan penduduk tempatan seolah-olah masing-masing ‘diberi perlindungan’.

“Bukan sekali, malah kerap kali. Saya pernah melihat seorang daripada mereka cuba hendak mencabul penduduk wanita di sini yang ketika itu melalui jalan gelap di belakang flat. Saya menjerit minta pertolongan dan warga asing terbabit bebas terlepas begitu saja,” katanya.

Friday, August 26, 2011

akibat belikan anak2 mercun

Selamat adik 2 tahun
Oleh Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KOTA BHARU: Tindakan pantas seorang kanak-kanak berusia lima tahun mengheret adik bongsunya keluar dari rumah, menyelamatkan mereka daripada terperangkap dalam kebakaran di Kampung Kubang Badak, Kedai Lalat, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Muah Hakimi Raja Azman mengheret adiknya, Mohd Yusof Azrik, 2, ke rumah datuk mereka, Solehah Mokhtar, 70, yang tinggal bersebelahan dalam keadaan menangis teresak-esak selepas dipercayai menyalakan bunga api menggunakan pemetik api sebelum membuangnya di atas tilam sehingga terbakar.


Ketika kejadian, dua beradik itu bersendirian di rumah kerana ibu mereka, Noraini Mohamad, 40, keluar bekerja manakala bapa, Raja Azman Raja Ibrahim, 46, ke sekolah berdekatan untuk menerima sumbangan zakat.

Raja Azman berkata, dia keluar rumah kira-kira jam 9 pagi dan meminta Muah Hakimi menemani adiknya yang masih tidur.


“Saya hanya menyedari rumah terbakar apabila pulang dan melihat anggota bomba sedang memadamkan api. Saya bergegas masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan dua anak saya itu.


“Bagaimanapun, saya diberitahu ayah, kedua-dua anak saya selamat dan tidak cedera,” katanya.

Menurut Raja Razman yang mempunyai 10 anak berusia antara dua hingga 21 tahun, keluarganya bernasib baik kerana tindakan pantas orang ramai memadamkan api menggunakan air tangki, menyelamatkan sebahagian daripada rumahnya.


“Saya bersyukur dua anak selamat.

“Saya juga bernasib baik kerana kebakaran hanya membabitkan sebuah bilik, ruang tamu dan dapur. Turut terbakar buku sekolah anak dan peralatan elektrik,” katanya.


Noraini yang bekerja sebagai tukang masak di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pula berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas menerima panggilan telefon daripada jirannya kira-kira jam 10.30 pagi.


Katanya, dia keluar bekerja kira-kira jam 5.30 pagi dan dua anaknya itu ditinggalkan bersama suaminya.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Wan Hassan Wan Idris berkata, tiga jentera dan 16 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.10 pagi.


“Bomba dapat mengawal kebakaran dalam tempoh 10 minit . “Siasatan mengenai punca kejadian masih dijalankan dan kerugian dianggarkan RM65,000,” katanya.


jeli beracun

Jeli beracun diharam
Oleh Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa hari ini, kerajaan melarang pembekalan dan penjualan agar-agar yang digunakan bagi pertumbuhan pokok, Seven Colour Crystal Ball (SCCB) serta barang seumpamanya di pasaran kerana boleh menyebabkan risiko usus tersumbat sekiranya ditelan kanak-kanak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan itu dikuatkuasakan selepas kementeriannya menerima lapan kes akibat tertelan agar-agar itu, membabitkan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun.


“Semua kes pembedahan berlaku antara April tahun lalu hingga Ogos tahun ini. Tujuh daripada kes berkenaan dilaporkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan satu daripadanya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Kes terbaru yang dilaporkan di HKL membabitkan kanak-kanak berusia 12 bulan tertelan agar-agar itu dan dia menjalani pembedahan pada Selasa lalu,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.


Agar-agar berkenaan berbentuk ketulan atau manik pelbagai warna dengan permukaan yang licin dan bergel digunakan sebagai hiasan serta sumber air kepada tumbuhan.


Saiz asalnya kurang daripada 0.5 sentimeter (sm), namun boleh mengembang sehingga enam kali ganda daripada saiz asal. Apabila ditelan kanak-kanak, usus akan mengembang dan tersumbat.

Produk SCCB itu juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Crystal serta Crystal Soil dan antara negara pengeksport ialah Jepun dan China.


Ismail Sabri berkata, larangan pembekalan dan penjualan SCCB itu berdasarkan Akta Pelindungan Pengguna 1999 [Akta 599] iaitu mana-mana individu atau syarikat tidak boleh membekalkan, menawarkan atau mengiklankan untuk membekalkan barang yang tidak menasabah.

Katanya, pihaknya akan menjalankan pemantauan dan memberikan khidmat nasihat terhadap pihak industri yang membekalkan agar-agar itu di pasaran tempatan. “Kita bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi memastikan larangan import SCCB dan barang seumpamanya ke negara ini.


“Malah, kita akan menyita, menarik balik dan melakukan pendakwaan jika SCCB didapati dibekalkan ke pasaran tempatan selepas tempoh penarikan balik yang ditetapkan,” katanya.

kera jahat



Diserang kera
Oleh Jauhariatul Akmal Johar
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BERDARAH...Nur Aishah menunjukkan kakinya yang luka akibat diserang kera sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas.
BERDARAH...Nur Aishah menunjukkan kakinya yang luka akibat diserang kera sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas.
SAKIT...Shafiq cedera di bahagian lutut.
SAKIT...Shafiq cedera di bahagian lutut.

RANTAU PANJANG: “Sebaik melihat kera cuba menerkam, saya terus menendang kera itu. Akibatnya, motosikal yang ditunggang terbalik dan kami bertiga tercampak ke tepi.

“Saya tidak lagi mampu bergerak kerana lutut sakit dan dalam keadaan cemas, saya sempat lihat kera itu melompat di atas badan saya dan adik,” kata mangsa serangan kera, Mohd Shafiq Mat Zulkapli, 16.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi semalam, Mohd Shafiq dan dua adiknya, Nur Aishah, 13, dan Nur Yasmin, 8, diserang seekor kera liar ketika dalam perjalanan menunggang motosikal Honda C70 untuk membantu ibu bapa mereka mengutip getah beku di kebun getah di Kampung Tasek Bakong, di sini.

Akibat terjatuh dari motosikal, Mohd Shafiq patah tulang lutut kanan, manakala Nur Aisyah cedera di kaki kanan dan Nur Yasmin pula tidak cedera.


Mohd Shafiq dihantar sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Rantau Panjang dengan kenderaan pacuan empat roda ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, manakala Nur Aisyah pula dirawat di Hospital Pasir Mas dan menerima lapan jahitan di kaki.


suruh masak nasi kena cincang

Balu lapan anak terharu terima pampasan suami sambut raya

Mohd. Zawawi Eilias (dua dari kanan) menyampaikan cek insurans berkelompok Rela kepada Che Zainun Che Nik di Besut, baru-baru ini.

BESUT 25 Ogos - Buat pertama kali, Che Zainun Cik Nik, 41, bakal menyambut Aidilfitri dengan status ibu tunggal ketika dia masih diselubungi kesedihan ekoran kematian suaminya, seorang tukang kayu dua bulan lalu.

Ibu kepada lapan anak yang masih dalam berpantang itu selepas bersalin dua minggu lalu, sebelum ini membayangkan tiada apa yang boleh dilakukannya untuk persiapan menyambut hari mulia tersebut.

Namun kunjungan Pegawai Rela Daerah, Mohd. Zawawi Eilias ke rumahnya di Kampung Bukit Puteri Dalam membawa khabar melegakan apabila dia menerima bayaran pampasan insurans berkelompok Rela semalam.

Dia begitu terharu menerima bayaran berjumlah RM22,000 setelah kehilangan suaminya seorang anggota Rela yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.

Sebanyak RM20,000 dibayar sebagai insurans kemalangan, manakala RM2,000 pula sebagai bayaran khairat kematian suaminya yang menganggotai Rela sejak 17 tahun lalu.

Menurut Che Zainun, dengan pampasan itu, dia sekeluarga berasa lega kerana dapat digunakan untuk persiapan menyambut Aidilfitri.

"Syukurlah kerana suami saya menjadi anggota Rela dan dilindungi insurans, kalau tidak sukar saya nak menjaga lapan orang anak kerana saya tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

"Nasib baiklah anak sulung saya ada juga bekerja sebagai pembantu di sebuah pusat hemodialisis di kampung itu yang dapat juga membantu untuk meringan beban adik-adik yang lain," ujarnya.

Dia berharap anak-anaknya nanti dapat menyertai Rela kerana pasukan itu memberikan banyak kemudahan di samping khidmat bakti kepada masyarakat.

Katanya, sepanjang suaminya menyertai Rela, dia sekeluarga berasa bangga kerana suaminya turut memberi sumbangan untuk menjaga keselamatan dan keharmonian dalam masyarakat.

Thursday, August 25, 2011

mau tempat berteduh


Bapa 14 anak rayu bantuan

Oleh ABDUL RAZAK DIN
utusanperak@utusan.com.my


ASIAH Manan bersama empat anaknya di rumah mereka di Kampung Makmor, Sungai Siput, baru-baru ini.

SUNGAI SIPUT 24 Ogos - Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini hambar buat sekeluarga 16 orang apabila bakal kehilangan tempat berteduh untuk meneruskan penghidupan.

Ini kerana tuan tanah tempat Mohd. Razi Mat, 62, menetap bersama isteri, Asiah Manan, 61, dan 14 anaknya di Kampung Makmor di sini sejak 1983 berhasrat mengambil kembali tanah yang disewakan itu.

Kata Mohd. Razi, perasaannya untuk menyambut Aidilfitri kali ini berkecamuk memikirkan nasib keluarganya selepas ini.

"Tak tahulah apa nasib kami selepas ini. Hidup kami ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' kerana kemiskinan yang tidak berkesudahan.

''Kini masalah tempat tinggal menghantuinya dan oleh itu saya memohon Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lintang membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapainya," katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Menurut Mohd. Razi, empat anaknya sudah mendirikan rumahtangga manakala 10 lagi masih dalam tanggungannya dengan dua lagi masih bersekolah.

Katanya, anak sulungnya, Mohd. Fuzilan, 31, kini dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) setelah kehilangan sebahagian kaki dan tangan akibat kemalangan.

"Saya mohon bantuan kerajaan negeri untuk memberikan rumah di bawah Program Perumahan Mesra Rakyat bagi membolehkan 10 anak saya berteduh termasuk memohon bantuan dari Yayasan Bina Upaya Perak, sehingga kini masih belum mendapat jawapan," katanya.

Difahamkan, sebidang tanah telah disediakan di kawasan berhampiran namun Pejabat Daerah dan Tanah Sungai Siput belum meluluskannya. Menurutnya, dengan hanya bekerja kampung dia terpaksa menyara kehidupan mereka sekeluarga.

"Saya membuat kerja-kerja kampung seperti meracun dengan pendapatan RM40 sehari. Sepanjang Ramadhan ini kami makan sekadar termampu sahaja," katanya.

Jelasnya, akibat pendapatan yang tidak mencukupi, rumah yang didudukinya sekarang terlalu uzur dan terlalu sempit untuk diduduki walaupun sebelum ini pernah mendapat bantuan pembinaan rumah.

"Akibat rumah yang sempit juga anak-anak terpaksa tidur berhimpit- himpit dan kadang-kadang mereka yang sudah besar terpaksa menumpang tidur di rumah jiran," katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati sebahagian besar daripada dapur rumah Mohd. Razi sudah berlubang akibat dimakan anai-anai manakala atapnya hanya ditutupi dengan plastik untuk mengelak ditimpa hujan.

Akibat kemiskinan juga, dia terpaksa mendapatkan bekalan air dari rumah jiran.

Sementara itu, Mohd. Fuzilan turut merayu kepada pihak berkuasa supaya memberikannya bantuan kaki dan tangan palsu supaya boleh berdikari.

"Kaki palsu yang digunakannya sekarang sudah rosak. Saya merayu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal memberi bantuan untuk mendapatkan kaki dan tangan palsu bagi meneruskan kehidupan," katanya yang kini menjadi pembantu kedai.

Kepada sesiapa yang berhasrat membantu keluarga Mohd. Razi boleh mengunjungi mereka di No. 10D, Kampung Makmor, Sungai Siput Utara, Perak atau menghulurkan bantuan ke akaun Maybank 166010044077 atau boleh menghubunginya di talian 013-4140170.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, August 24, 2011

kurung bini kerana cemburu

Memo selamatkan wanita dakwa dikurung suami

KLANG 23 Ogos - Tindakan seorang wanita menyelitkan sekeping memo kepada penghantar kuih raya menyelamatkan dirinya daripada terus dikurung di rumah dipercayai oleh suaminya yang cemburu buta.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Shikin, 28, berkata, suaminya bertindak mengurungnya di rumah mereka di Bandar Botanic di sini kerana cemburu dan tidak mahu dirinya dilihat oleh orang lain.

Shikin yang baru setahun mendirikan rumah tangga berkata, dia mula dikurung oleh suaminya beberapa kali sejak awal tahun ini, namun lelaki berkenaan akan melepaskannya semula.

"Sebelum ini suami turut memukul tetapi saya masih bersabar dengan harapan suami boleh berubah. Suami yang baru dibuang kerja tak suka orang lain melihat saya.

"Rabu lalu suami mengurung saya sekali lagi. Saya tidak dibenarkan berhubung dengan sesiapa pun termasuk menggunakan telefon. Mujur saya terfikir untuk memberi memo kepada penghantar kuih memaklumkan kesulitan saya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sementara itu, kakak mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Isma berkata, dia mendapat panggilan misteri daripada seorang wanita tidak dikenali yang memintanya menyelamatkan adiknya itu.

"Saya tidak senang hati apabila dapat panggilan yang mengatakan adik saya dalam bahaya dan minta diselamatkan dari rumahnya sendiri. Saya takut kalau adik saya diapa-apakan.

"Tanpa berfikir panjang, saya terus memaklumkan kepada pihak polis dan membawa mereka ke rumah adik saya untuk menyelamatkannya," jelasnya.

Difahamkan, pihak polis terpaksa memecahkan kunci pintu rumah mereka di Bandar Botanic itu kerana mangsa terkunci dari dalam sebelum mangsa berjaya dilepaskan kira-kira pukul 12.30 pagi semalam.

Isma berkata, adiknya itu telah menyedari sikap panas baran dan cemburu buta suaminya sebelum berkahwin lagi, tetapi dia tetap berharap suaminya akan berubah dan lebih menghargainya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, kes diserahkan kepada Mahkamah Syariah kerana mangsa tidak tahan lagi dengan sikap suaminya dan kini dalam proses menuntut cerai.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

jual orang


21 kanak-kanak, remaja diselamat

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my


Khatijah Abdullah (dua dari kanan) melihat sebahagian kanak-kanak yang tidur secara berhimpit-himpit di Taman Johor Jaya, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 23 Ogos - Seramai 21 kanak-kanak dan remaja berusia antara dua hingga 17 tahun dipercayai mangsa aktiviti pemerdagangan manusia diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Johor Jaya di sini, hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 3.30 petang, semua mangsa termasuk dua penjaga bawah umur masing-masing berusia 16 dan 17 tahun sedang nyenyak tidur secara berhimpit-himpit di premis di Jalan Teratai yang dijadikan pusat jagaan sejak enam bulan lalu.

Pengarah JKM negeri, Khatijah Abdullah berkata, serbuan dijalankan hasil maklumat pihak polis bahawa terdapat unsur pengabaian kanak-kanak di tempat itu berikutan tertangkapnya penjaga premis berkenaan yang disyaki terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia sebelum ini.

"Hasil pemeriksaan di premis itu mendapati, pusat jagaan tersebut tidak berdaftar dengan JKM. Malah, keadaan dalam rumah berkenaan juga tidak selesa dan tidak sesuai dijadikan pusat jagaan kanak-kanak," katanya ketika ditemui di sini.

Utusan Malaysia difahamkan, mangsa terbabit juga ada kemungkinan digunakan sebagai sindiket mengemis di sekitar negeri ini yang beroperasi sejak beberapa bulan lalu.

Khatijah berkata, siasatan awal mendapati, penjaga pusat itu bukan hanya mempunyai satu pusat penjagaan sahaja, malah mempunyai beberapa premis seumpama itu termasuk tempat penjagaan orang tua di tempat lain dan tidak berdaftar dengan JKM.

Beliau berkata, hasil serbuan di premis itu, pihaknya turut menemui sejumlah sijil kelahiran kanak-kanak dan remaja yang berketurunan India tetapi belum dapat dipastikan status warganegara mereka.

Menurutnya, sijil kelahiran mangsa juga diragui kerana didaftarkan pada tarikh yang sama dan perkara itu akan dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara bagi memastikan sama ada ia palsu atau sebaliknya.

"Kita membawa balik semua mangsa untuk ditempatkan di pusat perlindungan kanak-kanak di Jalan Petrie sementara siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1994," katanya sambil memberitahu operasi susulan sedang giat dijalankan.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Tuesday, August 23, 2011

putus jari


Calon UPSR putus jari

Oleh YATIMIN ABDULLAH
berita@kosmo.com.my


Noor Saipul menunjukkan tangannya yang cedera terkena mercun di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Ketika rakan seusia bergembira untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri minggu depan, seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berhadapan keadaan sebaliknya apabila kehilangan jari tangan kerana bermain mercun.

Kejadian tersebut menimpa Noor Saipul Mohammad, 12, ketika dia cuba menyalakan mercun bola menggunakan api dapur gas di rumahnya di Kampung Laka, dekat sini pada kira- kira pukul 1 petang semalam.

Akibat kejadian malang itu, pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Sri Ketereh dekat sini itu putus hujung jari telunjuk kanan selain cedera pada ibu dan jari tengah.

"Mercun bola itu terus meletup sebaik sahaja saya menyalakannya tanpa sempat saya melemparkannya," ceritanya ketika ditemui di Wad Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) dekat sini semalam.

Tambah anak ketiga daripada enam beradik itu, dia menyesal dan serik dengan apa yang berlaku.

"Saya tidak akan bermain mercun lagi selepas ini walaupun diajak oleh rakan-rakan,'' janjinya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

lapor polis jika jiran bawa mulut

Wanita buat laporan polis dakwa jiran suka 'bawa mulut'

ALOR GAJAH 22 Ogos - Akibat tidak tahan dengan sikap jirannya yang didakwa sering mereka-reka cerita buruk keluarganya kepada orang kampung, seorang suri rumah membuat laporan polis kerana berasa tertekan dengan perbuatan jirannya itu.

Wanita yang berusia 35 tahun itu mendakwa, kenyataan jirannya itu yang suka 'membawa mulut' sejak setahun lalu membuatkan kehidupannya sekeluarga sentiasa berada dalam keadaan tertekan.

Dakwanya lagi, tindakan jirannya itu yang sering melemparkan fitnah turut menyebabkan mereka sekeluarga menanggung malu setiap kali berdepan dengan masyarakat setempat yang termakan kata-kata hasutan jirannya itu.

"Tindakan jiran saya itu menyebabkan hubungan ibu serta adik-beradik saya yang lain semakin renggang gara-gara fitnah serta tohmahan yang dilemparkan kepada kami," katanya ketika ditemui di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru di sini, semalam.

Dia membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat semalam turut bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap jirannya itu.

Tambahnya, dia dan keluarga tidak akan berdiam diri dengan fitnah yang dilemparkan jirannya itu sejak bertahun-tahun lalu selagi jirannya itu tidak berhenti mengganggu kehidupan keluarganya.

"Saya memberinya masa selama tujuh hari untuk dia dan suami berjumpa dengan saya dan suami untuk memohon maaf secara terbuka di hadapan seluruh keluarga saya, jika tidak kami akan mengambil tindakan mahkamah," tegasnya.

Monday, August 22, 2011

mau amah bogel?

Syarikat sediakan khidmat pembantu rumah bogel

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

FORT WAYNE: Seorang lelaki memulakan perniagaan yang didakwanya sebagai unik di bandar di Indiana ini.

Lelaki berkenaan yang meminta namanya tidak disiarkan berkata, syarikatnya, Fort Wayne Dust Bunnies menawarkan khidmat pembantu rumah kepada pelanggan tetapi kerja membersih akan dilakukan secara bertelanjang.


Pembantu rumah itu hanya dibenarkan melakukan kerja ringan seperti membasuh pinggan mangkuk, permaidani dan membersihkan habuk. Pelanggan dikenakan bayaran sebanyak AS$60 (RM180) sejam untuk hari biasa dengan waktu kerja minimum dua jam.

Setiap pembantu rumah itu akan diiringi seorang pengawal keselamatan dan pelanggan tidak dibenarkan menyentuh wanita berkenaan.


Pemilik syarikat itu berkata, pembantu rumah itu memperoleh pendapatan kira-kira AS$30 (RM90) sejam.


Jurucakap Majlis Bandar Raya Fort Wayne, Frank Suarez berkata, pihaknya tidak mempunyai cara untuk menghalang perkhidmatan seumpama itu. - Agensi

kurma tiruan




kurma palsu dari blog mpp

tupai glider


Terima kasih Jabatan Pertahanan Awam MALAYSIA!


PAGI semalam tupai jenis sugarglider peliharaan kami telah terlepas keluar dari sarangnya dan naik di dahan pohon rhu yang amat tinggi di jiran sebelah.

Kami terpaksa memanggil pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk datang menyelamatnya.

Mereka telah datang dan telah memanjat pohon rhu tersebut. Setelah bersusah payah akhirnya sugarglider dapat diselamatkan.

Terima kasih.

Prof. Madya Dr. Rosniah Mustaffa

UKM

kes anuar

Anwar bela diri di Mahkamah Tinggi hari ini

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Selepas menunggu hampir tiga bulan, rakyat negara ini akhirnya berpeluang mendengar keterangan bela diri Datuk Seri Anwar Ibrahim mulai esok berhubung pertuduhan liwat yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi di sini.

Antara yang bakal menarik perhatian adalah cara barisan pembelaan mematahkan isu kehadiran asid deoksiribonukleik (DNA) Lelaki Y atau Anwar di bahagian rektum (salur dubur) dan permukaan dubur bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Turut menjadi perhatian adalah sama ada barisan pembelaan yang diketuai peguam bela, Karpal Singh akan memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sebagai saksi-saksi mereka pada perbicaraan tersebut.


Anwar ada kepentingan bertindih – JMM

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kepentingan bertindih apabila memfailkan permohonan untuk menghalang peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar daripada mewakili tiga responden berhubung rayuan kes pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Setiausaha Agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tengku Ammalluddin Sani Raja Ahmad Suffian berkata, tindakan ketua pembangkang itu hanya untuk menangguhkan perjalanan kes itu.

“Saya berpendapat tindakan Anwar itu hanya menyebabkan berlaku penangguhan berulang kali dalam kes perbicaraannya demi kepentingan politik pakatan pembangkang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Anwar baru-baru ini memfailkan permohonan untuk menghalang Zainul Rijal daripada mewakili tiga responden berhubung rayuan kes pertuduhan qazaf terhadap Mohd. Saiful Bukhari.

Responden-responden tersebut ialah Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Menurut Tengku Ammalluddin Sani, tujuan permohonan baru itu adalah untuk memastikan Anwar terus bebas sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Saya minta Anwar hentikan semua sandiwara lapuknya yang kononnya berjuang untuk menegakkan keadilan sedangkan tindak-tanduknya sendiri tidak adil kepada orang lain.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Namun, apa yang lebih menarik ialah sama ada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu akan menjadi saksi pembelaan pertama dan memilih untuk memberi keterangan dari kandang saksi yang akan 'membolehkan' dirinya disoal balas oleh pihak pendakwaan.

Selain daripada pilihan ini, Anwar boleh memilih sama ada memberi keterangan dari kandang tertuduh atau berdiam diri; dua pilihan yang menghalang pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden daripada menyoal balas dirinya.

Difahamkan, Anwar akan membuat pilihannya pada malam ini, iaitu beberapa jam sebelum perbicaraan peringkat bela diri bermula.

Sejak Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan untuk memanggil Anwar membela diri atas tuduhan meliwat bekas pekerjanya itu pada 16 Mei lalu, prosiding itu telah tertangguh beberapa kali.

Penangguhan tersebut berikutan permohonan kali ketiga Anwar agar hakim tersebut menarik diri daripada mendengar kesnya dan permohonan untuk menemui terlebih dahulu kira-kira 15 saksi yang ditawarkan oleh pasukan pendakwaan di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta, di sini.

Sehingga Jumaat lalu, barisan pembelaan telah menemui seramai 24 orang bakal saksi termasuk Najib dan Rosmah sejak 18 Mei lalu.

Salah seorang peguam bela Anwar, Sankara Nair memaklumkan daripada senarai tersebut, tujuh orang dijangka dipanggil sebagai saksi pembelaan.

Sebelum ini, barisan pembelaan menguar-uarkan akan memanggil kira-kira 25 saksi termasuk pakar DNA, Dr. Brian McDonald dan pakar forensik Dr. David Wells; kedua-duanya dari Australia.

Anwar, 64, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

culik rekaan

Tempoh reman remaja dakwa diculik disambung

PETALING JAYA 21 Ogos - Remaja perempuan yang dikatakan berpakat dengan teman lelakinya kononnya dia diculik untuk meminta wang tebusan baru-baru ini, disambung reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut.

Perintah tahanan reman ke atas remaja itu yang berusia 17 tahun dan teman lelakinya, berusia 19 tahun sepatutnya tamat hari ini.

Kedua-dua mereka dibawa keluar dari lokap Balai Polis USJ8, Subang Jaya sebelum tiba di Mahkamah Majistret Petaling Jaya kira-kira pukul 10.25 pagi ini.

Selepas selesai mendapatkan perintah tahanan reman, kedua-dua remaja itu dilihat meninggalkan pekarangan mahkamah sambil diiringi dua anggota polis pada pukul 11.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, kedua-dua remaja tersebut disambung reman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu mengugut untuk mendapatkan wang.

Tembelang remaja itu yang dilaporkan hilang terbongkar selepas ditahan polis bersama teman lelakinya ketika menaiki sebuah kereta di Saujana Puchong pukul 9 pagi Rabu lalu.

Polis percaya remaja itu mengikut teman lelakinya serta berkemungkinan berpakat untuk merancang kononnya dia diculik.

Remaja perempuan itu bersama teman lelakinya yang tidak bekerja dikatakan berpakat meminta RM50,000 sebagai wang tebusan kononnya untuk membebaskan dirinya.

8 kali ditikam tak mati


Ditikam lapan kali, namun masih hidup

ARMAN Shah dibawa ke hospital HTJ Seremban selepas ditemui masih hidup selepas ditikam di hutan berhampiran jalan Bukit Putus, Kuala Pilah, semalam.

KUALA PILAH 21 Ogos - Meskipun ditikam sebanyak lapan kali dan dicampak ke dalam hutan di Jalan Bukit Putus di sini, nyawa seorang lelaki berusia 29 tahun ini masih panjang.

Dia yang dipercayai ditikam oleh dua lelaki dengan pisau kelmarin, hanya pengsan dan tersedar hari ini sebelum meminta bantuan orang ramai dalam keadaan berlumuran darah.

Lelaki yang dikenali sebagai Arman Shah itu ditemui di tepi jalan Jalan Seremban-Kuala Pilah kira-kira pukul 10 pagi ini.

Orang ramai yang menemui mangsa kemudian segera membawanya ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban. Kakitangan di wad kecemasan terkejut apabila mendapati lelaki itu masih hidup walaupun terdapat beberapa kesan tikaman di badannya.

Menurut sumber, lebih menghairankan lagi apabila mangsa sempat menceritakan bahawa dia tidak sedarkan diri selepas diserang dua lelaki yang dikenalinya dengan pisau pada petang Jumaat lalu di Bahau.

"Dia mendakwa ditikam empat kali di bahagian hadapan badan dan empat tikaman di belakang badan kemudian dibuang ke dalam hutan di Jalan Bukit Putus," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber itu memberitahu, kemungkinan lelaki yang menyerang mangsa berpendapat dia sudah meninggal dunia sebelum membuang 'mayatnya' di dalam hutan untuk menghapuskan bukti.

"Mangsa sedar dari pengsan tidak berapa lama selepas dicampak dan dia dikatakan berjalan kaki selama satu hari setengah untuk keluar dari hutan itu sebelum ditemui orang ramai.

"Lelaki itu masih bernyawa walaupun sudah tiga hari ditikam mungkin kerana tikaman itu tidak mengenai organ pentingnya," ujarnya.

Mangsa telah menjalani pembedahan selama beberapa jam untuk menjahit luka pada badannya dan kini ditempatkan di wad rawatan rapi untuk pemantauan lanjut.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Sunday, August 21, 2011

ni dia kaki pukul budak malaysia tu


Reman suspek penyerang pelajar Malaysia dilanjutkan

LAKARAN pelukis mahkamah menunjukkan Reece Donovan, suspek yang didakwa kerana menyamun pelakar Malaysia, Asyraf Rosli (gambar kecil).

LONDON, Britain - Tahanan reman ke atas seorang lelaki yang didakwa menyamun dan mencederakan pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli dilanjutkan selepas dia dihadapkan semula ke mahkamah kelmarin.

Lelaki berkenaan, Reece Donovan pertama kali dihadapkan di sebuah mahkamah tempatan 13 Ogos lalu kerana menyamun Asyraf di Barking, timur bandar raya ini semasa beberapa bandar utama Britain dilanda rusuhan pada 8 Ogos lalu.

Donovan, 21, dituduh mencuri sebuah konsol permainan video dan sebuah telefon bimbit milik pelajar jurusan perakaunan tersebut.

Insiden itu yang dirakam kamera sistem litar tertutup (CCTV) pihak berkuasa tempatan, menunjukkan beberapa lelaki kelihatan cuba membantu Asyraf, 20, untuk berdiri selepas rahangnya patah akibat menjadi mangsa serangan sekumpulan perusuh yang turut mencuri basikalnya.

Namun, mereka kemudian dilihat menyelongkar dan melarikan barangan di dalam beg sandang pelajar itu.

Klip video kejadian itu yang mencetuskan kemarahan orang ramai, telah ditonton lebih 3 juta kali di Internet.

Muncul di Mahkamah Diraja Wood Green, utara bandar raya ini untuk perbicaraan awal kes berkenaan Donovan dilihat memakai baju-T kelabu dan seluar trek biru.

Dia yang tidak membuat sebarang pengakuan, sebelum ditahan semula sementara menunggu kes itu dibicarakan pada untuk 10 Oktober depan.

Dalam perkembangan berkaitan, Asyraf ketika bercakap pada satu sidang media di sini pada Khamis lalu menyatakan, insiden yang menimpa dirinya tidak akan berlaku di Malaysia.

"Negara kami (Malaysia) adalah teratur manakala pasukan polis melakukan tugas mereka dengan lebih efisien," katanya.

Sebelum ini, beberapa perusuh yang terbabit dalam jenayah mencuri semasa rusuhan besar-besaran itu dihukum penjara di antara 18 bulan hingga empat tahun.

Lima orang maut manakala lebih 16 cedera dalam rusuhan tersebut yang tercetus akibat tindakan polis menembak mati seorang lelaki, lMarck Duggan. - AFP

awan debu


Awan debu 'telan' bandar

GUMPALAN awan debu gergasi 'menelan' bandar raya Phoenix pada Khamis lalu.

PHOENIX, Amerika Syarikat (AS) - Awan debu gergasi menyelubungi bandar raya ini, buat kali ketiga dalam tempoh kurang dua bulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Tembok debu menyelimuti kota metropolitan berkenaan Khamis lalu dengan langit bertukar warna coklat manakala jarak penglihatan pula berkurangan sekali gus menjadikan keadaan merbahaya untuk memandu.

Awan debu dikenali sebagai 'Habook' itu turut menyebabkan beberapa penerbangan tergendala selama hampir sejam tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan akibat fenomena tersebut. - Agensi

lahir ada gigi


Bayi baru lahir ada gigi
SUMMER WHELAN tersenyum menampakkan dua batang gigi depannya.

NEWCASTLE, Britain - Tangisan seorang bayi beberapa minit selepas dia dilahirkan mengejutkan sepasang suami isteri apabila mereka melihat dia memiliki dua batang gigi kacip, lapor sebuah akhbar semalam.

Biasanya, gigi pertama hanya tumbuh apabila bayi mencapai usia di antara enam bulan hingga setahun.

Namun, Summer Whelan dilahirkan dengan dua gigi kacip yang lengkap pada geraham bawahnya.

Bayi perempuan milik Andy Whelan, 35 dan isterinya yang berusia 31 tahun, Karen itu dilahirkan dengan berat 3.1 kilogram di sebuah hospital di sini, tenggara England pada 20 Julai lalu.

"Sejurus selepas Summer dilahirkan, dia menangis dan saya menjerit 'dia memiliki dua gigi depan'," katanya.

"Dia berada dalam keadaan baik,'' tambah wanita tersebut. - Agensi

Saturday, August 20, 2011

tinggal disurau

Sekeluarga huni surau
Oleh Nur Lela Zulkipli
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SHAH ALAM: Ketika umat Islam sibuk menyediakan persiapan menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, lima beranak di Padang Jawa terpaksa menumpang teduh di surau apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran bulan lalu.

Kehidupan mereka umpama pelarian apabila surau kecil yang tidak digunakan lagi menjadi dapur dan tempat tidur mereka.


Mohd Rezhal Abbas, 40, berkata dia dan keluarganya hampir pasti akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi di surau berkenaan memandangkan rumah barunya masih di peringkat awal pembinaan dan dia tidak memiliki wang mencukupi untuk menyiapkannya.

“Selepas kejadian itu, saya sekeluarga sebenarnya tidak tahu mahu ke mana. Bagaimanapun atas keprihatinan, penduduk membenarkan kami tinggal sementara di surau ini,” katanya yang bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1,500 sebulan.


Mohd Rezhal menetap di surau itu bersama isterinya, Siti Suhaila Samingan, 35, serta anak mereka, Nur Nazatul Gaquyah, 14; Mohd Idham Hafiz, 13, dan Nor Farah Farhana, 9, sejak tragedi kebakaran itu yang berlaku empat hari sebelum Ramadan.


Menceritakan semula kejadian malang itu, Mohd Rezhal berkata, kebakaran kira-kira jam 6 petang pada 28 Julai lalu itu hampir memusnahkan semua harta-benda di rumah yang baru dibelinya tahun lalu.

Akibat kebakaran itu, mereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. Peralatan sekolah termasuk buku serta baju sekolah tiga anak Mohd Rezhal turut hangus.


Sehingga proses membaiki rumahnya selesai apabila sudah cukup wang, Mohd Rezhal menyatakan dia lima beranak tidur dalam keadaan berjaga-jaga kerana bimbang keselamatan tinggal di dalam surau yang senang dimasuki sesiapa yang berniat jahat.

Sementara itu, Siti Suhaila yang mengambil upah menjahit, berkata dia bersyukur kejadian malang itu tidak membabitkan kemalangan jiwa walaupun ketika ini mereka terpaksa bergelandangan.


“Pada hari kejadian, saya hanya mampu berdoa keluarga selamat apabila melihat rumah saya sudah dipenuhi asap ketika saya sampai rumah,” katanya.


Menurutnya, pada hari kejadian dia sibuk membantu berniaga ikan kering di pasar malam berdekatan.


Beliau berkata, dia dan suami kini gigih mengumpul wang bagi memulihkan keadaan tanpa terlalu mengharapkan simpati orang ramai, namun jika ada pihak yang mahu membantu boleh menghubunginya di talian 017-2669762.

lembik dibelasah


Lembik dalam hutan
Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SAKIT...Nanthakumaran yang cedera dirawat di Hospital Selayang.
SAKIT...Nanthakumaran yang cedera dirawat di Hospital Selayang.

GOMBAK: Seorang lelaki ditahan hampir lima jam di kawasan hutan menghala Genting Highlands sebelum dibelasah hingga ‘lembik’ oleh lapan lelaki gara-gara dituduh mencuri barang kemas bernilai RM100,000, kelmarin.

Malah, mangsa, Nanthakumaran, 31, turut tidak diberi makan dan minum ketika ditahan selain diseksa, malah mereka juga mengugut akan membunuh anak dan merogol isterinya jika tidak mengaku mencuri barangan milik sepupunya.


Rayuan mangsa yang berulang kali minta dibebas dan menafikan mencuri barangan kemas seperti didakwa lelaki itu tidak dilayan, malah mereka berulang kali memukulnya menggunakan batu-bata dan topi keledar.

Akibat kejadian itu, mangsa menerima beberapa jahitan di kepala, cedera di mata dan seluruh badan dan kini terlantar di Hospital Selayang.


Nanthakumaran berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri dan anak menziarahi kakaknya di Bandar Baru Selayang, kira-kira jam 3.30 petang.


Bagaimanapun, selang beberapa minit kemudian datang lapan lelaki yang mendakwa rakan sepupunya membuat bising dan merosakkan pintu pagar rumah.

“Tidak cukup dengan itu mereka menceroboh masuk dalam rumah dan memukul isteri saya dengan topi keledar berulang kali.


“Selepas itu mereka datang ke arah saya dan memukul dengan batu-bata dan topi keledar di kepala hingga berdarah,” katanya ketika ditemui selepas menjalani pembedahan, semalam.

Beliau berkata, lelaki itu memberitahu diupah sepupunya kerana tidak berpuas hati barang kemasnya dicuri.


“Saya yang tidak tahu-menahu kejadian terbabit menafikan mengambil barang kemas itu menyebabkan mereka bertambah marah dan menarik saya keluar dan membawa ke Genting Highlands sebelum berhenti di dalam hutan.


“Ketika itu mereka memukul saya berulang kali dengan batu-bata dan topi keledar hingga baju saya berlumuran darah,” katanya.


Katanya, dia juga memberitahu jika benar dia mencuri mereka sepatutnya membuat laporan polis, namun kesal apabila tidak dilayan, malah mereka membelasahnya hingga pengsan.


“Saya tersedar apabila isteri dan polis membantu menghantar saya ke Hospital Selayang selepas mereka meninggalkan saya di Balai Polis Bukit Idaman,” katanya.


Sementara itu, isteri mangsa, Janes Linda Muthusamy, berkata ketika mendapat berita suaminya sudah dijumpai, dia bergegas ke balai polis berkenaan dan terkejut apabila melihat keadaan wajah suami yang teruk dan bengkak akibat dihentak dengan topi keledar dan batu-bata.


“Saya tidak mampu berkata-kata apa-apa dan sedih melihat keadaan suami kerana mereka sanggup bertindak kejam membelasahnya tanpa usul periksa.


“Sepatutnya mereka menyerahkan kes ini kepada polis jika benar suami saya mencuri dan bukan bertindak sendiri,” katanya.


Dia membuat laporan di Balai Polis Selayang selepas suaminya dibawa lari kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan beliau berkata suspek adalah saudara mangsa.


Menurutnya, saudara mangsa juga sudah ditahan polis bagi membantu siasatan manakala lelaki yang diupah memukul masih diburu.

bapa hilang


Bapa hilang di bukit
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MENGHILANG...Mohd Firdaus menunjukkan laluan bapanya. Gambar kecil Azmi.
MENGHILANG...Mohd Firdaus menunjukkan laluan bapanya. Gambar kecil Azmi.

KUALA NERANG: “Pada mulanya, saya perhatikan bapa dari jauh kerana dia marah kalau ditegur, tetapi dia langsung tidak menyahut dan menoleh ke belakang sebaliknya terus berjalan menuju ke bukit itu walaupun dipanggil berulang kali,”.

Begitu kata Mohd Firdaus, 29, anak Azmi Sidek, 59, yang menghilangkan diri selepas dilihat berjalan seorang diri ke kawasan Bukit Perik di Kampung Baru Lembah Permai, di sini dan gagal dikesan sejak Rabu lalu.


Mohd Firdaus berkata, bapanya yang juga bekas guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bakti, di sini, keluar rumah dengan memakai baju kemeja lengan panjang berputih, kain pelekat serta berkopiah putih, jam 2 petang.

“Bapa pernah mengalami tekanan perasaan sejak menjadi guru lagi kerana rekod kesihatan menunjukkan dia pernah mendapatkan rawatan doktor pakar beberapa tahun lalu.


“Mungkin masalah itu terbawa-bawa sehingga dia pencen selain bapa sering bercakap seorang diri sejak setahun lalu tanpa mahu menyambung kerja kerana tertekan dengan tugasnya.


“Sebelum ini, dia pernah keluar rumah tetapi beberapa jam selepas itu pulang ke rumah, tetapi kali ini bapa terus menghilangkan diri menuju ke Bukit Perik yang terletak berhadapan dengan rumah kami,” katanya yang ditemui di rumahnya, di sini, kelmarin.

Mohd Firdaus berkata, bapanya juga kadang-kadang mengalami penyakit nyanyuk tetapi akan baik semula selepas makan ubat mengikut arahan doktor.


“Sejak pencen, bapa sering mengalami kemurungan dan bercakap seorang diri tanpa sebab, tetapi kadang-kadang sihat dan waras seperti orang lain. Kali terakhir bapa mendapatkan rawatan doktor pakar pada Jun lalu.

“Kami perasan macam ada sesuatu yang membelenggu bapa sehingga dia sering menyebut yang bukan-bukan. Sudah puas berubat tetapi penyakit misteri ini sering mengganggu dirinya,” katanya.


Abangnya, Mohd Ridhwan, 33, berkata, sepanjang tempoh itu tiada berlaku sebarang perselisihan faham antara keluarga.


“Kami bimbang keselamatan dirinya berikutan bapa tidak begitu mahir selok-belok kawasan ini kerana kami baru berpindah ke sini sejak dua bulan lalu.


Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya melancarkan gerakan mencari mangsa dengan bantuan Rela, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta Rukun Tetangga (RT) Kampung Baru Lembah Pantai.


“Operasi masih diteruskan, tetapi tiada sebarang petunjuk menemui mangsa,” katanya.


Mereka yang mengetahui di mana Azmi berada boleh menghubungi di talian 019-5225578 atau 019-5183458.

kena belasah rokok sebatang punya pasal

Belasah kerana sebatang rokok

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Hanya kerana tiada rokok, seorang lelaki menerima lima jahitan di kepala selepas dibelasah lima lelaki ketika ingin pulang ke asrama pekerja di Bukit Bintang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang berusia 26 tahun dan bekerja di sebuah restoran di Bukit Bintang berjalan ke asramanya bersendirian sebelum dihalang lima lelaki tidak dikenali.


Terkejut dengan kehadiran mereka, mangsa meminta laluan kerana ingin pulang segera ke asrama selepas penat bekerja.

Bagaimanapun, seorang suspek meminta mangsa memberi sebatang rokok, jika ingin melalui kawasan itu.


Menurut sumber, lelaki itu memberitahu dia tidak ada rokok dan meminta mereka jangan mengganggunya.


“Kumpulan terbabit tidak dapat menerima alasan lelaki itu kerana sebelum ini mereka melihat mangsa merokok dan meminta memberikannya jika tidak mahu dicederakan.

“Mangsa memberi alasan rokok itu sudah habis menyebabkan mereka berang dan terus menolaknya,” katanya.


Sumber berkata, sebaik mangsa terjatuh, lima lelaki terbabit terus memukulnya bertubi-tubi, malah seorang daripada mereka mengambil sebatang besi dan memukul kepalanya.

“Mangsa dibelasah kira-kira lima minit, sebelum ditinggalkan dalam kesakitan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

janda kaya ditipu

Akibat terlalu percaya 'romeo' Internet, janda kaya rugi RM125,000

SHAH ALAM 19 Ogos - Kerana terlalu percayakan teman lelaki warga asing yang baru dikenalinya di Internet, seorang janda kehilangan seutas jam Rolex dan barangan berharga bernilai RM125,000 setelah dicuri suspek di sebuah hotel mewah di Sepang, dekat sini pada 11 Ogos lalu.

Wanita tempatan itu hanya menyedari kejadian tersebut selepas dikejutkan pekerja hotel yang terpaksa masuk untuk memeriksa biliknya kerana mangsa masih belum mendaftar keluar walaupun telah melebihi waktu.

Ketika dikejutkan pekerja hotel berkenaan, mangsa berusia 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tanpa pakaian setelah dipercayai diberi minuman yang dicampur ubat tidur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, mangsa yang dalam keadaan lemah itu kemudian dibawa oleh pihak hotel ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.

Katanya, lebih malang, dua hari selepas itu, suspek yang mengaku warga Australia telah menghubungi wanita tersebut dan mengugut akan menyebarkan gambarnya dalam keadaan tidak senonoh jika mangsa enggan membayarnya RM30,000.

Ujar beliau, selepas keadaannya pulih, mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan ugutan yang diterimanya daripada suspek pada 13 Ogos lalu.

"Berdasarkan siasatan awal kita dapati mangsa yang merupakan seorang wanita kaya berkenalan dengan suspek yang mengaku seorang warga Australia selepas berkenalan dan berbual di Internet baru-baru ini.

"Mangsa yang tempat tinggalnya terpaksa kita rahsiakan bersetuju menemui suspek dan menaiki penerbangan dari tempat tinggalnya menuju ke Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) pada petang 11 Ogos lalu.

"Sampai di LCCT, suspek menjemput mangsa dan membawanya ke sebuah hotel mewah dan di sana mangsa diberi ubat tidur sebelum barangan berharga miliknya dicuri. Kita juga percaya berlaku hubungan seks antara mereka," kata beliau kepada pemberita di sini petang ini.

Menurut Mohd. Adnan, pihaknya kini mengesan suspek yang dipercayai warga asing tetapi bukan dari Australia seperti didakwa dan telah mendapatkan lakaran wajahnya untuk diedarkan.

"Setakat ini, kita percaya suspek masih berada di negara ini," katanya sambil memberitahu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dan Seksyen 384 kanun yang sama iaitu melakukan pemerasan.

Beliau menasihatkan orang ramai terutama golongan wanita agar tidak mudah percaya dengan pujuk rayu 'romeo' Internet apa lagi yang baru dikenali kerana mereka mungkin penjenayah yang sedang mencari mangsa untuk ditipu.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Thursday, August 18, 2011

kebulur


Mangsa kebuluran terancam


MOGADISHU 17 Ogos - Mangsa kebuluran Somalia di kem-kem pelarian kendalian kerajaan di sini, berhadapan ancaman keganasan setiap hari sehingga membuatkan mereka memilih untuk berlapar daripada mendapatkan bekalan makanan yang diagih-agihkan agensi-agensi bantuan.

Di kem Bad-baado di sini yang menempatkan 20,000 pelarian mangsa kebuluran, kejadian rogol, keganasan dan bunyi tembakan berlaku hampir setiap hari.

Kem tersebut terletak berhampiran lokasi pertempuran selalu tercetus antara tentera kerajaan dengan kumpulan militan al Shabab di Mogadishu.

“Saya tidak boleh berada di sini bersama anak-anak. Ramai anggota militan bersenjata ada di sini.

“Anda boleh mendengar bunyi tembakan setiap waktu. Saya juga bimbang dirogol,” kata Halima Hassan Hilowle.

Seperti kebanyakan pelarian lain, Halima memilih untuk tinggal di kem Hawale, kira-kira 1.6 kilometer dari Bad-badoo bagi keselamatan dirinya serta anak-anak.

Kem tersebut yang dikendalikan orang persendirian dan dikawal ketat pengawal keselamatan pada waktu malam, bagaimanapun tidak menerima bantuan bekalan makanan daripada agensi-agensi kemanusiaan.

“Kami tidak mempunyai bekalan air dan tempat berlindung. Kami tidak punya apa-apa.

“Kami juga tidak menerima bekalan ubat dan makanan. Satu-satunya kemudahan yang disediakan pertubuhan bukan kerajaan di sini ialah tandas,” kata pelarian, Abdi Abdullah.

Dalam perkembangan berkaitan, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan mesyuarat mengejut dengan menteri-menteri luar di Istanbul hari ini bagi membincangkan tentang krisis kebuluran dan kemarau di negara-negara Afrika. – Agensi/AFP
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, August 17, 2011

bayi ganjil


Bayi ganjil seperti makhluk asing

GAMBAR menunjukkan bayi ganjil yang dilahirkan seorang ibu di sebuah hospital di Iyin Ekiti, Nigeria pada Khamis lalu.

ADO EKITI - Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak ganjil tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.

Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan.

Pesuruhjaya Kesihatan Negeri Ekiti, Dr. Wole Olugboji mengesahkan kelahiran bayi tersebut.

"Terdapat seorang wanita yang melahirkan seorang bayi ganjil di Hospital Besar Iyin. Bayi itu sudah meninggal dunia tetapi ibunya okey," katanya.

Menurutnya, ubat sedatif diberikan kepada ibu itu supaya dia tidak sedarkan diri selepas melahirkan anak tersebut bagi memastikannya tidak melihat anaknya yang ganjil.

Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera.

Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya.

Bayi itu tidak mempunyai otak.

Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.

- Agensi

jantan kawin jantan


Paderi gay pertama Malaysia kahwin di New York


KUALA LUMPUR - Paderi gay pertama di Malaysia, Ouyang Wen Feng (gambar) akan berkahwin pada sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini.

Paderi berusia 41 tahun itu menyatakan, dia mahu melihat lebih banyak toleransi wujud di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Wen Feng mengasaskan bersama sebuah gereja gay di ibu kota Malaysia, di sini pada 2007 yang dikecam oleh kumpulan-kumpulan Islam konservatif.

Hubungan homoseks bertentangan dengan undang-undang Malaysia dan pengamalnya boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta disebat.

Paderi itu berkata, dia akan berkahwin dengan kekasihnya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn III, 47, yang merupakan seorang penerbit pementasan Broadway dalam satu majlis di New York, Amerika Syarikat (AS).

Negeri New York merupakan negeri keenam di AS yang membenarkan perkahwinan gay pada bulan lalu.

"Kami merancang untuk mendaftarkan perkahwinan kami pada Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos ini, ia penuh bermakna buat saya," kata Wen Feng. - Reuters

tua cari muda


Laman web untuk lelaki tua cari gadis

SEORANG wartawan membaca laman web SeekingArrangement.com di Washington, DC pada 9 Ogos lalu.

WASHINGTON - Satu laman web, SeekingArrangement.com mengatur janji temu untuk golongan lelaki kaya mencari pasangan.

Ia merupakan salah satu daripada laman web yang memaparkan golongan lelaki tua untuk mencari gadis yang lebih muda.

Laman itu mendedahkan akaun bank si lelaki tua dan elaun bulanan yang boleh diberikannya kepada seorang wanita.

Lelaki yang berminat akan membuka akaun dengan bayaran AS$50 (RM149) dan tambahan sebanyak AS$1,000 (RM2,981) setahun.

"Orang ramai bertemu, mereka berunding dan berasa serasi. Jika kedua-dua mereka tidak menyukai di antara satu sama lain, tiada apa-apa perkara yang akan berlaku," kata pengasas laman itu, Brandon Wade. - AFP

ambulan terbalik



Misi mengerang, pesakit tertiarap
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TERBALIK...ambulans terbalik selepas dilanggar teksi.
TERBALIK...ambulans terbalik selepas dilanggar teksi.
BAWA KELUAR...pesakit warga emas kritikal dibawa keluar dari ambulans.
BAWA KELUAR...pesakit warga emas kritikal dibawa keluar dari ambulans.

MELAKA: “Sebaik menghampiri ambulans, jururawat wanita itu mengerang kesakitan dan meminta tolong lalu saya mengangkatnya dengan berhati-hati ke tepi jalan,” kata anggota penyelamat pantai sambilan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Tan Bun Han, 40, saksi kejadian kemalangan membabitkan ambulans dan teksi, di Jalan Tun Abdul Razak menghala ke Plaza Tol Ayer Keroh, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, ambulans yang dinaiki lima orang termasuk pesakit wanita warga emas yang kritikal akibat pendarahan kepala, terbalik di tengah jalan sejurus dirempuh teksi dari arah Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).


Kejadian di persimpangan Seri Negeri-MITC, itu menyebabkan pesakit, Mariam Baba, 73, yang disamun di rumahnya di Bukit Rambai, kira-kira sembilan jam sebelum itu dan dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) cedera parah dan kini menerima rawatan intensif di Hospital Melaka (HM).

Sementara itu, jururawat, Yuhanis Yasin, 30, juga dirawat di HM, manakala doktor lelaki berusia 25 tahun terpaksa dirujuk ke HKL akibat kecederaan parah dialami.


Dua lagi mangsa, pembantu perawatan dan pemandu ambulans, Mambang Rudy Hartono, masing-masing berusia 56 dan 41 tahun, hanya cedera ringan, manakala pemandu teksi dikenali, Ali Muhammad Don tidak cedera.


Menurut Tan, dia berada di belakang ambulans dan mendakwa melihat kenderaan itu dilanggar teksi berkenaan di bahagian belakang menyebabkannya hilang kawalan dan terbalik.

“Saya berhenti di persimpangan apabila lampu isyarat bertukar merah dan memberi laluan kepada ambulans meneruskan perjalanan.


“Tiba-tiba muncul teksi dari arah MITC melanggar sebelah kiri di bahagian belakang ambulans menyebabkan ia terhuyung-hayang sebelum terbalik ke sebelah kanan.

“Saya terus memandu ke arah ambulans untuk memberi bantuan,” katanya.


Tan berkata, dia kemudian didatangi seorang lelaki mengatakan ibunya yang sakit berada di dalam ambulans dan menolongnya dengan dibantu pemandu dan atendan ambulans.


“Kami membuka pintu belakang ambulans dan ternampak pesakit sedang tertiarap, manakala doktor lelaki yang cedera di kepala berusaha keluar sendiri melalui cermin hadapan yang pecah sebelum baring di bahu jalan.


“Saya kemudian membantu atendan dan pemandu ambulans mengeluarkan pesakit sebelum orang ramai datang membantu lalu saya menelefon talian kecemasan,” katanya.


Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian membabitkan kakitangan HM dan pesakit terbabit.


“Saya difahamkan keadaan pesakit wanita dan jururawat adalah tenat dan masih dirawat ketika ini, manakala doktor sudah dirujuk ke HKL. Pemandu ambulans dan pembantu perawatan pula cedera ringan,” katanya.


Ketua Turus Trafik dan Ketenteraman Awam Melaka Tengah, Asisten Superintendan V Gunasegaran berkata, siasatan awal pihaknya mendapati ambulans dari HM sedang membawa pesakit menuju ke HKL memberi siren dan terus bergerak ketika menghampiri persimpangan lampu isyarat Seri Negeri-MITC.


“Apabila tiba di pertengahan simpang, tiba-tiba sebuah teksi keluar dari simpang MITC ke Seri Negeri menyebabkan ambulans berlanggar dengannya dan terbalik.Menurutnya siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi cawangan Trafik IPD Melaka Tengah di talian 06-283 4139.

belasah dekat tangga

Pegawai bank dibelasah dekat tangga pejabat

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai bank cedera termasuk retak tulang rusuk selepas dibelasah lima lelaki berusia 20-an di kawasan tangga kecemasan pejabatnya di Jalan Damanlela, Bukit Damansara, di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan, dalam kejadian jam 4.20 petang itu, mangsa berusia 35 tahun dipanggil seorang rakan pejabatnya ke kawasan tangga kecemasan untuk berbincang.


Menurut sumber, sebaik tiba di kawasan terbabit, dia ternampak empat lagi rakannya dan belum sempat dia bertanya, lelaki itu menumbuk bahagian kiri muka mangsa sebanyak dua kali.

Sumber berkata, suspek turut ditendang pada bahagian kiri rusuknya dan mangsa yang kesakitan membiarkannya kerana tidak berdaya melawan.


Katanya, selepas membelasah mereka beredar sambil mengugut mangsa.


Disebabkan kecederaan terbabit, mangsa yang mulanya mendapatkan rawatan di unit kecemasan sebuah hospital swasta dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut sebelum membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abd Hamid mengesahkan menerima laporan mangsa dan siasatan lanjut dijalankan.

rupa toyol?

macam ni la toyol, betul ke tidak tak tau, ambik kat blog buaya merah






pen di leher


Pen terpacak pada leher
Oleh Ahmad Othman dan Mohd Fahmi Mohd Yusof
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
CEDERA...mangsa dibawa keluar selepas pemeriksaan sinar-x dengan pen masih terpacak di leher.
CEDERA...mangsa dibawa keluar selepas pemeriksaan sinar-x dengan pen masih terpacak di leher.

JOHOR BAHRU: “Saya panik sebab doktor kata boleh mati jika pen yang terbenam di leher itu terkena salur darah utama,” kata pekerja stesen minyak, Low Yoke On, 54, yang menunggu hampir empat jam sebelum pen yang terpacak pada lehernya akibat ditikam seorang kenalan, malam kelmarin, berjaya dikeluarkan.

Menceritakan detik mencemaskan itu, Low berkata, dalam kejadian jam 8.15 malam di stesen minyak dekat Jalan Tun Seri Lanang, dia cedera di kiri leher akibat tikaman pen berkenaan yang terbenam lima sentimeter pada lehernya.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila dia yang bekerja mengawasi pam di stesen terbabit didatangi kenalannya sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka.

“Ketika menikam, lelaki itu ada cakap mahu tengok saya mati. Nasib baik beberapa pelanggan mengisi minyak serta rakan pekerja lain membantu menyebabkan lelaki itu lari,” katanya.


Mangsa menjerit kesakitan sebelum berlari mendapatkan bantuan majikannya dan di hantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT). Dia menjalani pemeriksaan sinar-x sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Tebrau di sini untuk menjalani pembedahan mengeluarkan pen itu.



video operasi maksiat haha

murid dua sekolah berperang

4 parah diserang pelajar guna besi
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Siti Nor Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Empat pelajar sekolah menengah parah selepas diserang lebih 30 pelajar sebuah sekolah menengah lain yang sebahagiannya bersenjatakan besi, cota dan topi keledar, semalam.

Kejadian berlaku ketika waktu pulang sekolah kira-kira jam 1.15 tengah hari di pekarangan sebuah sekolah di Bukit Nanas, di sini.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa, berkata kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati antara dua kumpulan pelajar terbabit.

“Empat pelajar yang cedera itu berusia 17 tahun. Seorang cedera di kepala, seorang retak tangan kanan manakala dua lagi cedera di beberapa anggota badan.


“Mereka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan dan kini dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi, semalam.

ni penyimbah asid...


Wajah penyamun simbah asid

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BURU...lakaran wajah suspek.
BURU...lakaran wajah suspek.

KUALA LUMPUR: Polis kini memburu beberapa suspek dipercayai terbabit dalam dua kes simbah asid berasingan di ibu negara baru-baru ini, namun menafikan suspek individu yang sama menggemparkan negara dengan beberapa kes simbah asid awal tahun ini.

Satu kes berkenaan berlaku pada 26 Julai lalu, menyebabkan seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat dirompak RM18,000 milik syarikatnya selepas disimbah cecair selepas keluar tandas di sebuah stesen minyak di Batu 2 1/2, Jalan Sungai Besi, di sini.


Pada 8 Ogos lalu, seorang lelaki berusia 27 tahun pula melecur pada muka selepas disimbah asid ketika dihampiri tiga lelaki ketika berjalan berseorangan di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dan sehingga kini mangsa masih dirawat di hospital.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, dalam kenyataannya di sini, semalam, berkata berdasarkan siasatan terhadap kedua-dua kejadian berkenaan, polis menafikan sama sekali kes itu kaitan dengan siri kejadian menyimbah cecair sebelum ini.


“Jenis cecair digunakan dalam kes ini berbeza dengan cecair kejadian lalu. Siasatan juga mendapati ciri-ciri suspek berbeza dengan gambaran suspek kes simbah asid sebelum ini. “Polis berusaha menyelesaikan kes ini secepat mungkin dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, mengesan saksi termasuk menemuduga mangsa bagi tujuan mendapatkan gambaran jrupa bentuk fizikal suspek,” katanya.


Menurutnya, setakat ini polis membuat lakaran wajah seorang suspek rompakan yang menggunakan asid di stesen minyak berkenaan.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian atau mengenali wajah suspek tampil memberi maklumat dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi terus Rakan Cops melalui 03-21159999,” katanya.

kopi beracun

Kementerian Kesihatan seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram ini dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Yang berikut ialah senarai kopi yang didakwa beracun. Kopi ini dikatakan telah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan :

Cafe Abang Yes,
Candi Gold,
Candy 193,
Extend Up Energy Drink,
Extremen,
Extrewomen,
Goji Guarana,
Goji Guarana Extra,
Goji More,
Goji Yumberry,
Guara Cafe,
HBW Ice Lemon Tea,
Hotton Vitality Candy,
Ie2 O,
King Cappucino,
Knight Cofee.
Kolek Cafe Power Plus,
Kopi Angguk,
Kopi Asmara,
Kopi Bagus AAA,
Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
Kopi Pahlawan,
Kopi Super Angguk,
Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
Maca Max,
Macagin Ginseng Candy,
Mentalk Candy,
Nexus MXP,
Night Cafe,
Red Energizer Candy For Men,
Royal Beverage Maqrifatun,
sasanergy Drink,
Trica Jus,
Tri-Max,
True SR,
vigor Candy,
Vitca-F,
Vitca-M,
Winnie Beauty V1,
XKL Sky Fruit Juice Premix.

dari blog mpp

ttpm hanya di malaysia

Tribunal pengguna dikagumi dunia

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

MANA ada negara di dunia yang dengan hanya 1 pound sterling atau RM5, seorang rakyatnya yang teraniaya boleh mengadu apa sahaja kepada sebuah tribunal pengguna. Dan seterusnya dia menikmati pula ganjaran daripada ketidakadilan yang diterimanya.

Bukan itu sahaja. Aduan yang diterima oleh tribunal berkenaan, diambil tindakan sepantas kilat. Dalam hanya 40 hari dari tarikh pemfailan kes, keputusan pun dibuat setelah melalui perbicaraan bagi jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.

Itulah pujian negara-negara dunia yang diterima Kuala Lumpur daripada komitmen dan prestasi yang ditunjukkan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) setakat ini.

Pengerusi TTPM sejak Julai 2010 sehinggalah beliau meninggalkan kerusi itu kerana bersara wajib berkuatkuasa 3 Julai lalu, Pretam Singh Darshan Singh tidak melupakan bagaimana negara dihamburkan pujian dan penghormatan kerana pergerakan tribunal tuntutan penggunanya.

Jun lalu beliau membentangkan satu kertas kerja pada satu forum kepenggunaan di Universiti Brunell, Britain dan memaklumkan perkembangan TTPM.

"Rata-rata profesor di universiti itu dan yang datang dari seluruh dunia takjub dengan kewujudan, kebolehan dan kewibawaan TTPM kita.

"Hasilnya, kita menerima permintaan daripada beberapa negara antaranya Fiji dan Indonesia yang meminta kita membantu untuk membangunkan tribunal tuntutan pengguna di negara mereka," kata beliau pada pertemuan dengan Utusan Malaysia di pejabat akhbar ini di Presint 15 (Diplomatik), Putrajaya, kelmarin.

TTPM yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Akta Perlindungan Pengguna 1999 berkuat kuasa 15 November 1999. Ia merupakan sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang dibuat di bawah Akta dan tertakluk kepada peruntukan Akta Pelindungan Pengguna 1999.

Sebelum penubuhan Tribunal itu, segala tuntutan ganti rugi oleh seorang pengguna terhadap seorang pembekal atau pengilang terpaksa dibawa ke Mahkamah Sivil di mana ia melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan.

Di bawah Pretam Singh, 58, banyak peningkatan dan kemajuan dicapai oleh TTPM meskipun hanya setahun beliau menjadi terajunya. Dalam tempoh 10 tahun usia tribunal, kesedaran orang-ramai terhadap kes-kes kepenggunaan semakin hari semakin berkurang. Ia secara purata menurun 1,000 kes yang diadukan atau dituntut setiap tahun. Pada 2007, terdapat 8,000 kes dan kemudian menyusut kepada 5,000 kes pada 2010.

Justeru sesuatu perlu dibuat kerana kalau tidak dalam tempoh empat tahun akan datang ini, TTPM pasti akan 'tutup' kedai.

Dalam tempoh empat bulan sahaja mengetuainya, Pretam Singh di atas kepercayaan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya menggerakkan strategi dengan menyuntik kesedaran dan memberi sokongan moral kepada TTPM. Impaknya, sehingga bulan lalu, kes yang diterima mencecah 6,003 dan dijangka mencecah 10,000 kes pada hujung tahun ini.

Banyak kemajuan yang terlihat pada TTPM ketika ini. Antaranya, menerusi memorandum persefahaman (MoU), yang ditandatangani antara TTPM dengan Majlis Peguam dan pertubuhan peguam di Sabah dan Sarawak, pengguna yang telah memenangi ganjaran di TTPM boleh melawan balik peniaga atau pihak penentang yang ada haknya pula untuk membuat semakan kehakiman di mahkamah.

"Peniaga ada banyak wang dan boleh memperoleh peguam terbaik, justeru dengan adanya peguam-peguam daripada Majlis Peguam dan Sabah serta Sarawak ini, pengguna tidak perlu membayar wang guaman sebaliknya berkaitan pembiayaan guaman akan diuruskan oleh Bank Rakyat," kata beliau sambil memberitahu setakat ini sejumlah tiga kes berada dalam kategori semakan kehakiman.

Pretam Singh menarik perhatian mengenai sikap ambil berat mengenai hak-hak kepenggunaan yang perlu ada pada diri individu. Antaranya, meskipun wujud perjanjian antara peniaga dan pengguna dalam aspek barang yang dibeli tidak boleh dipulangkan dalam bentuk wang ringgit, kandungan perjanjian itu masih boleh dicabar meskipun ia ditandatangani secara sukarela.

Ini kerana Akta Pelindungan Pengguna 1999 iaitu menerusi Seksyen 6, mencakupi pelindungan pengguna ke atas perjanjian yang dikategorikan sebagai tidak adil.

Meskipun sudah lebih seminggu Pretam Singh meninggalkan kerusinya di TTPM, beliau mengakui ada kalanya rasa rindu yang teramat ingin mengepalai lagi tugas itu yang dianggapnya belum selesai.

"Saya suka memperjuangkan hak-hak pengguna, ditambah pula saya mendapat sokongan penuh daripada menteri dan para pegawai kementerian," kata beliau yang kehidupan berwarna-warninya bermula sebagai seorang pengawal di Chartered Bank, Petaling Jaya pada 1970-an, penguat kuasa kastam dan kemudian sebagai majistret di Rawang.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:t