Friday, November 9, 2012

untung atas angin

‘Jangan kata DBKL kejam’

Oleh Rizanizam Abdul Hamid
mrizanizam@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BANTUAN...Raja Nong Chik (kiri) memberi sumbangan Deepavali kepada seorang OKU, semalam.
BANTUAN...Raja Nong Chik (kiri) memberi sumbangan Deepavali kepada seorang OKU, semalam.
KUALA LUMPUR: “Bila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ambil tindakan, mereka kata kerajaan kejam sedangkan tindakan mereka menyewakan rumah awam DBKL kepada orang lain telah menutup peluang lebih 38,000 lagi pemohon.
“DBKL sudah batalkan perjanjian dengan 50 penyewa kerana menyewakan rumah dan sedang mengenal pasti 450 penyewa lagi untuk dikenakan tindakan undang-undang,” kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Menurut beliau, penyewa di kira-kira 56,000 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA) yang disewa daripada DBKL dengan bayaran RM124 sebulan tidak sepatutnya mengaut untung mudah.
Raja Nong Chik berkata, ada segelintir penyewa PPR dan PPA menyewakan semula rumah berkenaan pada harga lebih tinggi, iaitu antara RM600 hingga RM700 bergantung kepada lokasi.

“Sepatutnya, jika sudah tidak tinggal lagi di rumah terbabit, mereka perlu serahkannya semula kepada DBKL untuk disewakan pula kepada kira-kira 38,000 pemohon yang layak sejak 2005.

“Jangan nanti bila DBKL ambil tindakan, mereka kata kita kejam, sedangkan mereka yang melanggar undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Deepavali kepada 450 keluarga miskin, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di Keramat Mall, di sini semalam.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Sukiman Surahman.

Sukiman dalam pada itu berkata, DBKL akan mengeluarkan notis 30 hari kepada kepada 450 penyewa PPR dan PPA sebelum mengunci rumah itu dalam tempoh 14 hari dan merampasnya.

No comments:

Post a Comment