Kaki kanak-kanak sangkut dalam mesin basuh
Kejadian mencemaskan itu berlaku kira-kira pukul 1.30 petang ketika Sharul Muhammad Syammil bermain dengan peralatan elektrik tersebut dengan memasukkan kedua-dua belah kakinya ke dalam ruang pengering.
Namun secara tiba-tiba salah satu kakinya tersangkut sehingga paras lutut sebelum mesin itu rebah ke lantai ketika dia berhempas-pulas cuba melepaskan diri.
Cubaan ibunya, Norlizah Midon, 41, dengan dibantu beberapa jiran untuk mengeluarkan kaki Sharul juga tidak berjaya kerana keadaan ruang pengering tersebut yang sempit.
Sepanjang tempoh itu, kanak-kanak tersebut hanya mampu menjerit dan meronta-ronta kesakitan sehinggalah pasukan Bomba dan Penyelamat tiba kira-kira pukul 2.15 petang.
Suasana semakin cemas apabila Norlizah yang kelihatan panik turut menangis dan meraung-raung sehingga pengsan selepas melihat kaki anaknya mula berdarah.
Kaki kanak-kanak itu akhirnya berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 2.25 petang selepas anggota Bomba dan Penyelamat mengumpil bahagian belakang mesin tersebut.
Norlizah yang ditemui selepas itu memberitahu, dia hanya menyedari kejadian tersebut selepas terdengar bunyi mesin berkenaan rebah sebelum disusuli dengan jeritan kuat anaknya.
Saya cuba keluarkan tetapi ruang terlalu kecil, jiran-jiran pun tiada idea sebelum mereka panggil bomba. Syukurlah, anak saya tidak apa-apa," katanya.
Sementara itu, Sharul berkata, dia memanjat mesin tersebut dan masuk ke dalamnya untuk sekadar berseronok tetapi terkejut sejurus menyedari kedua belah kakinya tidak dapat dikeluarkan.
Saya berjaya keluarkan kaki kiri, tetapi tidak sempat nak keluarkan kaki kanan, mesin terjatuh. Saya cuba tarik tapi tidak boleh kerana jari tersangkut dalam lubang kecil," katanya yang mengaku serik ekoran kejadian tersebut.
No comments:
Post a Comment