Polis India tahan tiga kambing
5 Jun 2013
Lapor akhbar Times of India, trio itu adalah 'kambing hitam' bagi jenayah yang dilaporkan membabitkan kumpulan haiwan ternakan itu yang merosakkan puluhan kenderaan polis serta dilabelkan sebagai tindakan antisosial di daerah Kilpauk.
Menurut polis, pihaknya turut memiliki senarai rekod kereta penduduk setempat yang dirosakkan oleh kumpulan kambing itu.
Sebelum ini, kami sering menerima laporan berhubung sekumpulan kambing yang didakwa merosakkan kereta awam hingga meninggalkan kesan kemik, bercalar, kerosakan cermin dan pengelap.
"Kami terpaksa menahan tiga ekor kambing di balai polis dan akan melakukan siasatan ke atas pemiliknya.
Ia sememangnya tidak boleh diterima kerana kereta peronda itu baru dikeluarkan beberapa hari lalu," kata pegawai terbabit.
Sementara itu, pemilik kambing tersebut, Mary Arogynathan, 37, didakwa cuai menjaga ternakan dan berkemungkinan terpaksa menyerahkan tiga ekor kambingnya itu kepada Pertubuhan Perlindungan Haiwan. - Al-Jazeera
No comments:
Post a Comment