Sunday, October 21, 2012

jururawat lelaki

Dua bulan hilang malu

Oleh MAIAMALINA MOHAMED AMIN
maiamalina@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: “Lebih dua bulan saya ambil masa untuk hilangkan rasa malu dan sesuaikan diri dengan jurusan ini, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, malah hari ini (semalam) saya peroleh diploma dengan keputusan cemerlang,” kata Mohammad Azari Rosdi, 21.
Pemegang Diploma Kejururawatan itu antara 421 graduan yang diraikan pada majlis Konvokesyen Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, semalam, yang disempurnakan Pro Canselor Universiti Malaya (UM), Toh Puan Datuk Seri Dr Aishah Ong.

Mohammad Azari yang berasal dari Batu Pahat, Johor berkata, awalnya jurusan kejururawatan bukan bidang pilihan, namun dia terpaksa akur apabila ibu bapa berkehendakkannya mendalami pengajian itu yang rata-ratanya dimonopoli kaum Hawa.
“Ikutkan, saya memang tak mahu belajar bidang ini, namun desakan orang tua selain semuanya diuruskan mak saudara meletakkan saya di sini (PPUM). Namun saya bersyukur kerana lama-kelamaan bidang ini membuka mata saya kerana jururawat lelaki diperlukan di pasaran.

“Saya bercita-cita mendalami bidang ini ke peringkat lebih tinggi dan anggap ia sebagai batu loncatan untuk menjadi pendidik pada masa depan,” katanya yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) melebihi 3.00.

Bagi Phoebe Abilayong, 22, dari Sibu Sarawak, Anugerah Graduan Cemerlang yang diterimanya adalah berkat keazaman dan usaha yang tidak pernah mengenal jemu, selain dorongan orang tua yang mahu melihat dia berjaya, sekali gus menjadi contoh kepada tiga adik.
Katanya, sepanjang tiga tahun pengajian, dia tidak pernah mengambil cuti sakit, malah memastikan kesihatannya benar-benar baik supaya proses pembelajaran di dewan kuliah dan makmal berjalan lancar.

“Saya akan pastikan diri sentiasa fokus dan tiada gangguan lain. Kalau cakap mengenai tekanan sebagai pelajar, memang ada, tapi ia tidak begitu teruk hingga mengganggu pelajaran.
“Saya amalkan perbincangan dengan rakan dan tumpuan ketika pensyarah mengajar. Pelajar lelaki pun walaupun mereka minoriti, kami tetap bersama membantu antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, Lai Boon Teon, 22, berkata dia akan berkhidmat sebagai jururawat lelaki dengan Hospital Columbia Asia selama lima tahun berikutan mendapat tajaan hospital swasta itu ketika masih menuntut di PPUM.

Katanya, dia tidak kekok melakukan tugas kerana mendapat inspirasi ketika menyertai badan sukarela, St John Ambulance Malaysia di bangku sekolah.

Selain graduan Diploma Kejururawatan, turut diraikan ialah penuntut Diploma Pendidikan Lanjutan Kejururawatan, Diploma Radiografi dan Diploma Teknologi Makmal Perubatan.

5 comments:

  1. tak sanggup jadi jururawat jantan..mcm pondan

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Hang bodoh betui...

      Delete
  2. anon...you look idiot....

    ReplyDelete
  3. anon....you true idiot...

    ReplyDelete