ARKIB : 17/01/2013
KANGAR 17 Jan. - Tempat menunggu orang awam di Kompleks Mahkamah di
sini hari ini menjadi gempar apabila dikejutkan dengan peristiwa seorang
ibu tiba-tiba bersalin di kawasan itu pada kira-kira pukul 11 pagi ini.
Difahamkan, wanita berkenaan berada di mahkamah kerana menunggu suaminya seorang orang kena tuduh (OKT) yang didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan).
Shahidawati Shabudin, 37, dikatakan sudah mula menunjukkan tanda untuk bersalin ketika sedang menunggu suaminya itu. Dia sebenarnya baru sahaja keluar dari mahkamah di mana dia dilihat seperti menahan sakit tetapi digagah juga melangkah untuk mencari tempat duduk.
Salah seorang tukang cuci di mahkamah berkenaan mula perasan wanita itu telah mula mengalami pendarahan.
"Tukang cuci itu kemudian membantu wanita tersebut termasuk memeriksa kandungannya dan mendapati kepala bayi sudahpun kelihatan pada waktu itu. Dia kemudian membantu sehingga wanita itu selamat melahirkan bayinya.,'' cerita seorang peguam, Suhaila Ahmad.
Bagaimanapun Shahidawati terpaksa mengerang kesakitan selama 20 minit yang turut disaksikan suaminya, Narizam Saad, 39, yang berada bersamanya sebelum sebuah ambulans tiba untuk membawanya ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.
Kejadian itu mengejutkan banyak pihak termasuk masjistret, peguam, polis dan orang ramai yang berada di mahkamah pada ketika itu. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130117/je_07/Gempar-wanita-tiba-tiba-bersalin-di-mahkamah-Kangar#ixzz2IYkSfrZJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Gempar wanita tiba-tiba bersalin di mahkamah Kangar

No comments:
Post a Comment