Sunday, May 26, 2013

jimat kahwin ramai2

20 pasangan jalani upacara akad nikah beramai-ramai

25 Mei 2013
Kawin 20
Seramai 20 pasangan bergambar bersama selepas diijab kabulkan pada majlis Ijab Kabul Mega sempena Festival Belia Putrajaya 2013 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini
PUTRAJAYA - Seramai 20 pasangan pengantin menyempurnakan upacara akad nikah masing-masing dalam Majlis Ijab Kabul Mega sempena Festival Belia Putrajaya 2013 di Masjid Sultan Mizan di sini hari ini.
  
Pengarah Majlis Ijab Kabul Mega Mohamad Sirajuddin Jalil berkata program kali kedua itu bertujuan membantu pasangan muda daripada golongan pertengahan dan tidak berada, mendirikan rumah tangga.
  
"Caj RM5,000 dikenakan kepada pasangan untuk menyertai program ini dan bagi yang telah bernikah sebelum ini dikenakan bayaran berpatutan.
  
"Bayaran ini merangkumi upacara akad nikah, kad jemputan, barangan cenderahati, majlis makan, potong kek, penginapan dan konvoi menaiki kereta BMW," katanya.
  
Pasangan Hadi Mustafa Ali, 28, dan Nurul Amirah Mohd Abas, 21, menyifatkan majlis ijab kabul secara beramai-ramai itu merupakan inisiatif yang baik kerana dapat menjimatkan perbelanjaan perkahwinan mereka.
  
"Langkah ini memudahkan golongan macam kami untuk berkahwin," kata Hadi, yang bertugas sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta. - Bernama

No comments:

Post a Comment