Thursday, May 29, 2014

babi haram vs duit haram

Untuk Perhatian : Haram DNA Babi vs Duit Haram
1. Cadbury ada logo halal rupanya ada dna babi
Hukum : DIMAAFKAN bagi yang termakan, tak perlu cuci darah dan sertu.
2. Rasuah diambil untuk beri projek
Hukum : Duit HARAM & tiada yang ter'rasuah'
3. Duit kopi diambil dek kerana jawatan untuk memudahkan kelulusan Hukum : Duit HARAM
4. Menipu quotation untuk memenangkan yang kurang layak
Hukum : Duit Haram
5. Menaikkan Harga Pegawai diminta oleh majikan untuk mencari pembekal bahan mentah, pegawai berjaya mencari dengan harga RM 1500 tetapi menaikkannya kepada RM 2000, lalu baki RM 500 diambilnya.
Hukum : Ia adalah haram sepakat ulama.
6. Tuntutan Palsu : Pegawai membeli barang keperluan syarikat atau mengisi minyak dengan harga tertentu tetapi berpakat dan memohon pembekal atau stesyen minyak mengeluarkan resit dengan jumlah berbeza dari jumlah pembeliannya. Berbekalkan resit itu, pegawai membuat tuntutan kepada syarikat dengan harga berlipat kali ganda. Ini yang berlaku dalam kes-kes di atas.
Hukum : Ia adalah haram menurut Islam kerana penipuan kepada syarikat. Pihak pembekal juga berdosa kerana dikira bersubahat mengeluarkan resit berjumlah palsu itu.
7. Duit riba yang diambil untuk pinjaman perumahan, kereta, kad kredit, peinjaman peirbadi etc
Hukum : HARAM malah lebih besra dosanya dari sengaja makan daging babi, bukan hanya DNA babi.
BACA LANJUT DENGAN DALIL DI SINI
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/597-duit-free-a-untung-atas-angin-yang-.html
dan
http://zaharuddin.net/kewangan/702-cukup-dahsyat-tapi-sudah-sedarkah.html

Wednesday, May 14, 2014

dara punya tendangan terbang

Tendangan terbang si dara

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Gombak: Dara perkasa. Itulah gelaran layak diberikan terhadap seorang gadis berusia 21 tahun yang berani mengejar seorang peragut sebelum membelasah penjenayah lelaki terbabit hingga lembik di Taman Prima Gombak di sini, semalam.
Dalam kejadian 9.30 pagi itu, gadis terbabit dikatakan sedang minum bersendirian di sebuah restoran berhampiran lokasi kejadian sementara menanti kehadiran rakannya.

Sumber polis berkata, seorang peragut tiba-tiba muncul sebelum meragut beg tangan gadis itu yang diletakkan di atas meja makan.

“Mangsa yang berang dengan kejadian itu nekad mengejar suspek sejauh 100 meter. Suspek ketika itu dilihat cuba melarikan diri dengan motosikal yang diletakkan tidak jauh dari lokasi kejadian.
FotoSUSPEK berusia 27 tahun ditahan orang ramai selepas cuba meragut seorang wanita di Taman Prima Gombak, semalam.

“Mangsa bagaimanapun melepaskan tendangan terbang mengenai tubuh suspek yang ketika itu cuba menghidupkan enjin motosikal. Tendangan kuat itu menyebabkan suspek terjatuh ke atas jalan raya,” katanya.