Friday, April 29, 2011

Pisau Cukur


Jerat seks gadis penggoda

BANDARAYA MELAKA - Seorang gadis menggunakan kelicikannya menggoda lelaki kaya berusia 40-an hingga 50-an demi memenuhi keinginannya untuk memiliki barangan mewah dengan taktik menawarkan perkhidmatan seks dan penipuan untuk menjadi rakan kongsi perniagaan.

Lebih menjijikkan, gadis berusia 30-an, berasal dari negeri ini akan meninggalkan mangsa begitu sahaja selepas keinginannya memiliki barang mewah, percutian ke luar negara dan modal membuka perniagaan terlaksana.

Tidak hairanlah gadis itu kini mampu bergaya dengan beberapa buah kereta, barangan berjenama dan perniagaan yang dihasilkan menggunakan umpan aset berharga dirinya termasuk menggunakan ilmu hitam sebagai penunduk mangsa.

Cerita ini didedahkan sendiri oleh seorang isteri, Mas (bukan nama sebenar) yang mengakui suaminya, seorang pegawai tinggi di sebuah syarikat swasta terkenal pernah ditundukkan wanita licik terbabit sehingga kerugian puluhan ribu ringgit sebelum disedarkan isterinya dengan membawanya berjumpa pakar perubatan Islam negeri ini.


Berjaya dapat semula wang RM8,500

Mas menceritakan sendiri pengalaman pahitnya berdepan dengan wanita dikenali sebagai W selama beberapa tahun yang mengikat suaminya sehingga sanggup berkorban apa sahaja termasuk membelikan W sebuah kereta mewah dan membiayai perniagaan wanita terbabit.

“Saya mengetahui suami menjalin hubungan sulit dengan wanita berkenaan awal tahun lalu sebelum melakukan penyiasatan sendiri untuk mengumpul bukti.

“Suatu hari, suami mengaku dan saya mula intip pergerakannya serta mencari maklumat mengenai W daripada rakannya,” katanya.

Menurutnya, dia terkejut apabila mengetahui W menjadikan suaminya sebagai salah seorang mangsa selepas berpuluh lagi lelaki menjadi mangsanya sebelum ini.

“Saya sendiri dapat bercakap dengan beberapa lelaki yang menjadi mangsa W termasuk bekas tunangnya dan mengetahui W sanggup menggadaikan apa sahaja termasuk umpan seks untuk mendapat apa yang diinginkan.

“W juga banyak berhutang keliling pinggang dan menjadikan lelaki ini sebagai mangsa untuk membayar hutangnya serta menyara dirinya,” katanya.

Mas berkata, atas dasar mahu menyelamatkan rumah tangga yang telah lebih 30 tahun dibina dan mahu melepaskan suami daripada ikatan ilmu hitam W, dia membawa suaminya berubat dengan seorang ustaz.

“Walaupun hati saya hancur dengan pengakuan suami, saya nekad memulihkan semangatnya dan bersyukur dia telah mula melupakan W,” katanya

Menurutnya, dia sendiri berdepan dengan W dan berjaya mengutip semula wang RM8,500 suami yang telah ditipunya, kononnya untuk membuka perniagaan.

“Walaupun saya tahu suami ditundukkan dengan menyerahkan puluhan ribu ringgit, namun saya reda kerana yang penting, suami kini kembali ke pangkuan saya dan anak semula.

“Saya tidak mahu ada lebih ramai lelaki menjadi mangsa W kerana dia masih lagi aktif menjalankan kegiatan jijiknya itu,” katanya yang telah membuat laporan polis mengenai gangguan W terhadap rumah tangganya.

Menurutnya, pendedahan kisah W bukan untuk membuka aib sesiapa, namun untuk memberikan amaran kepada isteri yang mempunyai suami berpangkat dan berharta supaya tidak terpedaya dengan wanita terbabit.

Awang Hitam Mengganggu

Tak tahan gangguan Awang Afrika
Oleh Hamizah Badiran
hamizah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PETALING JAYA: Sikap tamak pemilik rumah di Apartmen Mentari Court di sini, menyewakan rumah mereka kepada pendatang dan pelajar asing terutamanya warga Afrika menimbulkan kebimbangan penduduk setempat berikutan segelintir mereka sering mengganggu remaja perempuan dan wanita tempatan di situ tanpa mengira waktu.

Menurut beberapa penduduk yang ditemui, kehadiran warga Afrika dan asing lain seperti Indonesia serta Filipina di situ menimbulkan rasa tidak senang disebabkan gaya hidup mereka yang lebih bebas dan tidak menghormati orang lain.


Pelajar, Herziyanti Mohd Zaki, 25, berkata teman serumahnya menjadi mangsa gangguan seorang lelaki warga Afrika itu ketika berada di dalam lif.

“Ketika kejadian, secara kebetulan seorang lelaki warga Afrika berada di dalam lif dengan kawan saya yang mahu pulang ke rumah untuk mengambil kad pekerjanya yang tertinggal. “Namun secara tiba-tiba, lelaki itu merampas telefon bimbit kawan saya bertujuan untuk memasukkan nombor telefonnya dan dia tidak akan memulangkan telefon itu selagi kawan saya tidak mengambil nombor telefonnya,” katanya.


Herziyanti berkata, kejadian itu menyebabkan kawannya trauma untuk menaiki lif seorang diri dan sentiasa berhati-hati ketika berjalan di taman.


Selain rakannya, ramai pelajar dan wanita tempatan turut menerima nasib yang sama tatkala bersendirian di taman atau di dalam lif.

Saadiah Bakar, 30, pula mempersoalkan tujuan kedatangan warga Afrika yang dilihat semakin ramai di sekitar kawasan bandar Sunway sejak kebelakangan ini.


“Saya sendiri tidak pasti sama ada mereka datang untuk belajar atau apa kerana sentiasa bergaya selain memandu kereta mewah.

“Lagak mereka menyebabkan saya sentiasa berasa khuatir terhadap kedua-dua anak gadis saya yang akan pergi dan pulang dari kelas,” katanya.

4 Dara Mafia

Serangan ganas 4 gadis mafia
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

GEORGETOWN: Seorang pelajar perempuan terpaksa dimasukkan ke hospital kerana disyaki mengalami pendarahan dalam perut angkara serangan ganas sekumpulan empat pelajar perempuan yang membelasah dan memijak perutnya sebelum mencuri telefon bimbit mangsa.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang, Isnin lalu di Komtar, di sini, ketika mangsa, Nur Atiqah Abdullah, 15, bersama adik dan empat rakannya berada di sebuah pusat beli-belah bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini.

Menurutnya, kumpulan empat pelajar perempuan berusia 16 hingga 17 tahun terbabit menghampirinya dan bertanya beberapa soalan dengan kasar.

“Mereka bukan pelajar sekolah saya. Saya mengenali seorang daripada mereka yang tinggal di kawasan tempat tinggal saya, tetapi jarang bertegur sapa.


“Ketika terserempak dengannya pada hari itu, dia bertanyakan nama saya. Selepas memberitahu nama saya tidak semena-mena dia dan rakan-rakannya menampar serta memijak perut saya,” katanya yang ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Game Hina Islam


Permainan hina Islam
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Georgie Joseph dan Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
pix_middle

KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.


Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.

Rasuah rm3

Nilai suapan serendah RM 3

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Nilai suapan yang diberikan pemberi rasuah kepada penjawat awam khususnya penguatkuasa undang-undang adalah daripada serendah RM3 sehingga kepada RM35,000 dalam satu transaksi, demikian menurut Laporan Tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2010.

Laporan itu menyatakan jumlah tangkapan terhadap pemberi rasuah menerusi 'Ops Perangi Pemberi Rasuah' dari April hingga akhir tahun lepas melibatkan 414 tangkapan.


Daripada 414 tangkapan itu, 125 orang merupakan warga asing iaitu 31 warga Indonesia, Myanmar (23), Pakistan (22), Bangladesh (19), Singapura (lapan), Vietnam (tujuh), India (enam), Nepal (tiga), Kemboja dan China masing-masing dua orang serta Argentina dan Thailand seorang.

Hantu Mona

Histeria disapa Mona
Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUCHING: Wanita misteri bernama ‘Mona’ dipercayai punca tercetus suasana gempar apabila lebih 10 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Jalan Astana, di sini, serta seorang guru wanita dan ibu hamil diserang histeria, menyebabkan sekolah itu ditutup dua hari bermula semalam.

Wanita tidak diketahui identiti itu dikatakan makhluk jelmaan yang tinggal berdekatan tandas perempuan sekolah itu yang terletak di Blok D dan mula mengganggu murid sekolah berkenaan sejak Khamis lalu.

Kejadian bermula ketika beberapa murid perempuan menggunakan tandas lama di sekolah itu mendakwa ‘ditahan’ satu lembaga bertubuh besar.

Malah, seorang guru lelaki sekolah itu dikatakan pernah menanda kertas jawapan peperiksaan tahun empat yang hanya tertera nama ‘Mona’, namun ketika mahu mengembalikannya kepada murid, tiada siapa tampil dan pemeriksaan lanjut mendapati nama itu tidak wujud dalam kelas berkenaan.


Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi semalam, gangguan pertama menimpa seorang ibu hamil yang menunggu anaknya di kantin sekolah berkenaan apabila dia pengsan secara tiba-tiba.

Thursday, April 28, 2011

Khalwat Datuk Nenek

Datuk, nenek dicekup khalwat
Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KANGAR: Memalukan apabila sepasang warga emas mengaku bersekedudukan ketika dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam atas kesalahan berkhalwat pada awal tahun ini.

Tertuduh, Salleh Nyan, 66, duda dan pasangannya yang juga janda, Azizah Saad, 60, membuat pengakuan berkenaan apabila dihadapkan di depan Hakim Syarie Azeman Omar.


Pendakwaan dilakukan Pendakwa Raya Syarie, Fakhrurrazi Mahdzir.

Mengikut pertuduhan, warga emas terbabit berkurung di dalam rumah di No 254, Kampung Permatang Pauh, Simpang Empat, dekat sini, kira-kira jam 2.25 pagi pada 17 Januari lalu.


Berdasarkan fakta kes, ketika serbuan dilakukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), kedua-dua tertuduh enggan membuka pintu biarpun diketuk beberapa kali.


Tertuduh lelaki didakwa mengikut Seksyen 9(1) Enakmen Jenayah dalam Syarak Negeri Perlis 1991 manakala Azizah dituduh mengikut Seksyen 9(1)(2) enakmen sama yang boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Fakhrurrazi dalam prosiding berkata, kedua-dua tertuduh orang berusia dan kelakuan berdua-duaan sehingga lewat pagi boleh menimbulkan syak dan mendorong kepada zina.


Katanya, mereka perlu dikenakan hukuman yang boleh memberi pengajaran termasuk sebagai ingatan kepada orang lain.

“Justeru, saya mohon mahkamah mengenakan denda maksimum terhadap tertuduh,” katanya.


Salleh dalam rayuannya memohon mahkamah mengurangkan denda dengan alasan tidak mampu untuk bekerja, menghidap kencing manis, darah tinggi dan sudah bertaubat dengan tidak mengulangi perbuatan itu.


Azeman menjatuhkan hukuman denda kepada Salleh sebanyak RM2,200 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda, manakala Azizah didenda RM2,000 atau penjara dua bulan jika gagal menjelaskan denda.

Beranak Bawah Pokok


Bayi baru lahir di bawah pokok

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SINI...Satyadevi menunjukkan tempat bayi lelaki bertali pusat ditemui di bawah pokok, semalam.
SINI...Satyadevi menunjukkan tempat bayi lelaki bertali pusat ditemui di bawah pokok, semalam.

GEORGETOWN: Hanya beralaskan kain dan dibungkus dengan plastik hitam, seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di bawah pokok di Jalan Satu, Changkat Miden di Gelugor, pagi semalam.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui jam 7 pagi oleh orang ramai yang kebetulan berjoging di kawasan berkenaan.


Saksi, T Satyadevi, 69, berkata, ketika itu dia berada dalam rumah kakaknya tidak jauh dari kawasan berkenaan sebelum dikejutkan dengan penemuan bayi itu selepas terdengar tangisan bayi.

Menurutnya, dia yang bergegas ke kawasan itu diminta membuka bungkusan berkenaan.


Katanya, dia terkejut apabila mendapati seorang bayi lelaki yang comel masih bertali pusat dalam bungkusan berkenaan dan terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.


“Saya bersyukur kerana bayi comel ini ditemui hidup walaupun masih dalam keadaan bertali pusat serta tidak digigit anjing atau serangga berbisa lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai penemuan bayi lelaki yang masih bernyawa dan sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi penemuan.


Menurutnya, bayi lelaki yang masih belum diketahui bangsanya itu k dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, pihaknya masih lagi menyiasat untuk mengenal pasti pihak yang tidak bertanggungjawab meninggalkannya di kawasan berkenaan.


Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di talian 04-2181822.

Dadah Pexcah Dalam Perut

Wanita pengsan, dadah pecah di perut

Oleh ROZIANAH RISMAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 April - Tandatanya seorang wanita yang tiba-tiba pengsan sejurus mendarat di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada 17 April lalu, membongkar rahsianya yang cuba menyeludup 26 gram dadah jenis heroin dengan cara menelan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, wanita warga tempatan berusia 56 tahun itu didapati tidak sedarkan diri selepas satu daripada tiga ketulan dadah yang ditelan pecah.

Katanya, kegiatan itu terbongkar selepas dihantar menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dadah berkenaan dikeluarkan suspek selepas membuang air besar pada 22 April lalu.

"Pemeriksaan mendapati satu daripada tiga ketulan dadah di dalam perutnya pecah ketika dalam penerbangan pulang ke Malaysia dari sebuah negara Asia lain," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, sepasukan polis dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dihantar menjalankan siasatan dan merampas dadah terbabit.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa sebelum ini telah masuk ke sebuah negara Asia lain selama beberapa hari," katanya.

Chez Kiang memberitahu, pihaknya kini menyiasat kemungkinan suspek dijadikan keldai dadah untuk membawa masuk dadah ke negara ini.

"Suspek yang telah dibenarkan keluar daripada hospital berkenaan kini ditahan reman selama lima hari untuk membantu siasatan," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Potong Jari Sebab Cemburu?


10 jari : Pemandu teksi direman tujuh hari bantu siasatan

Keratan Utusan Malaysia Selasa lalu.

KUALA LUMPUR 27 April - Seorang pemandu teksi hari ini direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan 10 batang jari manusia di tepi landasan kereta api berhampiran Stesen Kereta Api Kuang, Rawang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek direman kerana pembabitannya dalam kes terbabit setelah teksi yang dipandunya dipercayai digunakan untuk membawa bungkusan plastik mengandungi 10 jari itu sebelum dicampak di tepi landasan tersebut.

"Dia mungkin salah seorang suspek yang terlibat kerana siasatan mendapati kenderaan itu (teksi) digunakan untuk membawa bungkusan berisi jari terbabit ke tepi landasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Difahamkan, terdapat penemuan darah dalam teksi terbabit dan jenayah itu dipercayai dilakukan kerana bermotifkan cemburu.

Kelmarin, beberapa petugas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Stesen Kereta Api Kuang terkejut apabila menemui bungkusan plastik mengandungi 10 batang jari manusia di tepi landasan kira-kira satu kilometer dari stesen kereta api berkenaan.

Semua jari itu dimasukkan ke dalam plastik berwarna putih bersama tali dan pita pelekat berwarna hitam sebelum ditemui di tepi landasan di Kilometer 363 arah Butterworth, Pulau Pinang menghala ke Kuala Lumpur.

Susulan siasatan polis, mangsa dikesan dirawat di Hospital Sungai Buloh dan hasil maklumat lanjut, polis menahan seorang suspek bagi membantu siasatan di Gombak, petang semalam.

Dalam pada itu, Abdul Rahim memberitahu, mangsa telah dibenarkan pulang hari ini setelah keadaannya stabil.

"Bagaimanapun kita akan merakam percakapan mangsa yang berasal dari Rawang itu terlebih dahulu bagi membantu siasatan serta mengetahui motif sebenar kejadian," ujarnya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, April 27, 2011

Nadir Bumi

Persepsi berat sebelah kilang nadir bumi

Oleh Azmi Hassan

TIADA yang pelik apabila kerajaan menubuhkan satu panel bebas yang terdiri daripada pakar antarabangsa untuk membuat kepastian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan kilang pemprosesan nadir bumi milik Lynas Malaysia Sdn. Bhd. di kawasan perindustrian Gebeng, Pahang.

Ada yang berpendapat langkah tersebut diambil kerana tekanan daripada pihak yang membantah kerana kilang tersebut akan mengeluarkan sisa yang mempunyai radiasi tahap rendah. Memang benar telahan tersebut seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan projek-projek yang boleh menjejaskan keselamatan rakyat.

“Apa yang patut dilakukan berdasarkan prinsip utama, bahawa kesihatan dan keselamatan rakyat tak akan dikompromi, kita juga tak akan benarkan (kilang tersebut) pra-operasi sehingga keputusan muktamad dibuat,” tegas Perdana Menteri ketika mengulas penubuhan panel bebas tersebut. Jaminan yang telah diberikan Najib adalah manifestasi kerajaan bahawa tiada perkara yang perlu disembunyikan mengenai pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi itu.

Mungkin ramai tertanya-tanya mengapakah isu kilang di Gebeng ini tiba-tiba mendapat perhatian, sedangkan urusan pembinaan telah bermula sejak akhir tahun 2007 lagi dan kini hampir 80 peratus siap. Terdapat beberapa bantahan pada ketika itu tetapi isu tersebut tidak menarik perhatian media dan rakyat seperti yang berlaku hari ini yang telah mencetuskan fenomena ketakutan.

Tidak dapat dinafikan masalah kebocoran radiasi loji nuklear Fukushima, Jepun dan ditokok tambah dengan rencana berat sebelah mengenai bahaya loji nuklear telah mengapi-apikan lagi sentimen perasaan takut terhadap bencana yang bakal dihadapi akibat sisa kilang nadir bumi di Gebeng.

Begitu juga dengan hujah yang mengatakan sisa nadir bumi akan memudaratkan kesihatan kerana radioaktif, selain menyembunyikan fakta seperti langkah pencegahan yang telah diatur juga akan memberi gambaran berat sebelah. Memang benar sisa kilang nadir bumi mempunyai radiasi tetapi kehadiran elemen tersebut dapat dikawal dan dikekang supaya tidak memudaratkan manusia.

Pihak yang membantah juga gemar mengemukakan hujah bahawa hanya negara China mempunyai kilang memproses nadir bumi kerana negara tersebut tidak mempunyai kawalan keselamatan dan alam sekitar yang ketat. Pihak yang sama juga menegaskan nadir bumi yang akan diproses di Gebeng berasal dari lombong Mount Weld, Australia Barat tetapi diproses di Malaysia.

Gambaran yang cuba ditanam kepada rakyat Malaysia ialah betapa mudaratnya nadir bumi ini sehinggakan Australia tidak mahu memprosesnya dan Gebeng dijadikan pusat pembuangan sisa toksik yang mengandungi radiasi.

Tetapi perlu ditekankan juga bahawa Amerika Syarikat (AS), iaitu sebuah negara yang mempunyai perundangan perlindungan alam sekitar yang lebih ketat daripada Australia telah memperkenalkan satu rang undang-undang untuk memulihkan industri pemprosesan nadir bumi. Ini kerana pada satu ketika dahulu (1965-2000), AS adalah pengeluar terbesar elemen nadir bumi melalui lombong Mountain Pass, California.

Tetapi dengan kehadiran China memproses nadir bumi pada awal tahun 2000, ia telah memaksa lombong Mountain Pass ditutup kerana China mampu memproses bahan tersebut dengan menggunakan kos yang lebih rendah. AS akur keputusan memberhentikan operasi Mountain Pass telah mengakibatkan China mengawal lebih daripada 96 peratus pengeluaran nadir bumi pada hari ini.

Oleh kerana elemen nadir bumi banyak digunakan dalam komponen peralatan termaju seperti bateri kereta hibrid, peranti komunikasi seperti ipad dan peluru berpandu pintar maka nadir bumi dianggap sebagai bahan komoditi strategik. China sebenarnya telah banyak kali menggunakan nadir bumi sebagai ugutan dengan menyekat bekalan bahan tersebut kepada negara yang bertelagah dengan Beijing.

Besar kemungkinan kilang memproses nadir bumi Mountain Pass akan mula beroperasi pada 2012 dan seperti mana kilang Lynas di Gebeng, langkah pencegahan dan keselamatan telah disusun untuk memastikan kemudaratan sisa nadir bumi tersebut dapat dikawal. Sebenarnya telah berlaku kebocoran sisa kilang Mountain Pass pada 1998 dan banyak pengajaran telah dipelajari supaya kesilapan serupa tidak berulang pada hari ini.

Begitu juga dengan masalah kilang nadir bumi di Bukit Merah milik Mitsubishi Chemicals yang terpaksa ditutup pada 1992, sebenarnya banyak pengajaran dan iktibar yang boleh diambil. Memang benar proses pembersihan masih belum tamat walaupun sudah 20 tahun berlalu tetapi yang penting langkah pengawalan tetap diteruskan. Pengawalan kebocoran radiasi adalah satu langkah yang berterusan kerana kebocoran loji nuklear Chernobyl umpamanya selepas 25 tahun berlaku, proses pembinaan hadangan masih belum tamat.

Jika hendak dihalang semua teknologi yang mengeluarkan sisa radioaktif, maka secara logiknya penggunaan kuasa nuklear untuk meraih elektrik juga perlu disekat. AS telah belajar daripada kesilapan memberhentikan pembinaan loji nuklear akibat peristiwa kebocoran loji Three Mile Islands pada 1979 kerana hari ini AS jauh ketinggalan dalam hal ini. Pada ketika ini hanya 20 peratus kuasa elektrik AS dihasilkan melalui tenaga nuklear berbanding dengan Perancis sebanyak 80 peratus. Begitu juga dengan penutupan kilang Mountain Pass sebenarnya lebih banyak memberi kemudaratan kepada AS yang mahu menjana kuasa yang lebih mesra alam.

Agak begitu ironis kerana sebahagian besar aktivis yang membantah adalah pihak yang sama memperjuangkan kempen menyelamatkan bumi, sedangkan komponen nadir bumi adalah kritikal untuk peranti mesra alam. Begitu aneh jika ada yang menggunakan peranti ipad untuk menyalurkan maklumat bantahan pembinaan kilang Gebeng, sedangkan nadir bumi yang akan diproses banyak digunakan dalam ipad tersebut.

Penulis ialah GeoStrategis Institut Teknologi dan Sains GeoSpatial (INSTEG), Universiti

Teknologi Malaysia.

Dua Kali Mati

Lelaki mati kali kedua
Oleh Mohamad Danial Mohamad Saad
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BUKIT MERTAJAM: Selepas 13 hari tidak sedarkan diri di unit rawatan rapi (ICU), seorang lelaki yang menggemparkan Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, apabila tiba-tiba hidup kembali selepas diisytiharkan meninggal dunia pada 14 April lalu, menghembuskan nafas terakhirnya semalam.

Ng Swee Hock, 65, meninggal dunia di hadapan isterinya, Lim Siew Hua, 56, serta anak lelakinya, Ng Kean Hooi, 27, dan Ng Kean Liong, 25, di rumah mereka di Kampung Tok Elong, Tanah Liat di sini, kira-kira jam 10.50 pagi semalam.


Mendiang dibawa pulang ke rumahnya semalam, menggunakan ambulans kira-kira jam 10.40 pagi dan selepas perbincangan, keluarganya meminta jururawat mencabut alat bantuan pernafasan walaupun mengetahui peluang untuk Swee Hock hidup tipis tanpa alat itu.

Upacara sembahyang yang dipercayai untuk memudahkan roh mendiang ‘pergi’ secara aman dilakukan keluarga sebelum jururawat menanggalkan alat pernafasan dan dia menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.50 pagi.


Siew Hua berkata, mendiang suaminya tidak sedarkan diri sepanjang menerima rawatan di HSJ dan doktor juga menyatakan peluang suaminya untuk hidup, tipis.


Katanya, hospital membenarkan mendiang keluar hospital kelmarin tetapi disebabkan nasihat ketua agama, mereka membawanya pulang semalam.

“Saya dan ahli keluarga tidak sanggup melihatnya terus menderita, hari ini (semalam) selepas tiba di rumah kami meminta jururawat menanggalkan bantuan oksigen,” katanya.


Dalam kejadian 14 April lalu, Swee Hock dibawa ke HSJ selepas dia tiba-tiba berhenti bernafas di rumahnya dan pasukan perubatan melakukan ‘ardio pulmonary resuscitation’ selama 45 minit tetapi tidak pulih sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Namun, selepas beberapa jam, Swee Hock menunjukkan tanda bernafas dan dimasukkan ke ICU.

Dukung Isteri Mati

Dukung isteri tak bernyawa
Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki pada mulanya dianggap wira apabila mendukung isterinya yang tidak sedarkan diri untuk mendapat rawatan di klinik di Bandar Baru Uda, di sini, kerana dikatakan akibat penyakit asma.

Namun, persepsi terhadap lelaki berusia lewat 20-an itu bertukar sejurus kemudian apabila dia gagal memberi penjelasan mengenai kesan jerut yang terdapat pada leher isterinya yang disahkan sudah meninggal dunia, sebelum melarikan diri.


Sumber polis berkata, ketika lelaki itu muncul di klinik berkenaan pada kira-kira jam 3 pagi semalam keadaannya memang agak mencurigakan kerana dia kelihatan seperti menggelabah.

“Malah dia bersungguh-sungguh meminta doktor memasang alat bantuan pernafasan kepada isterinya dengan harapan wanita akan kembali bernafas. Bagaimanapun usaha itu sia-sia kerana menurut doktor isterinya sudah meninggal dunia ketika di bawa ke klinik berkenaan,” katanya.


Sumber itu berkata, ketika pemeriksaan dijalankan terhadap mangsa, doktor menemui kesan jerutan pada leher wanita berkenaan dan sejurus dimaklumkan kepada lelaki itu, dia mula menggelabah dan keluar dengan alasan mahu menghubungi ahli keluarganya sebelum menghilangkan diri.


“Identiti lelaki dan wanita berkenaan tidak diketahui berikutan mereka tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri ketika mendaftar dan ditambah pula, ketika itu keadaan agak kelam-kabut,” katanya.

Menurut sumber, kakitangan klinik itu kemudian menghubungi polis dan wanita berkenaan kemudian dihantar ke hospital untuk bedah siasat.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian dan kes disiasat.

“Kami akan meneliti rakaman kamera litar tertutup klinik berkenaan untuk mengenal pasti identiti lelaki terbabit,” katanya.

Perangkap Wanita Dengan Serbuk


Awas wanita!
Oleh Nazdy Harun dan Zaid Salim
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BERBAHAYA...Ejoe menunjukkan serbuk perangsang seks.
BERBAHAYA...Ejoe menunjukkan serbuk perangsang seks.

KUALA TERENGGANU: Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.

Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutama wanita lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa lelaki yang melakukan jenayah seks menggunakan serbuk perangsang seks terbabit.

Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku.

Banyak Maksiat Di PP

Lubuk maksiat jadi teladan

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my

BEBERAPA bulan lalu terdapat dakwaan dan laporan media mengenai kebanjiran beribu-ribu rumah urut dan pusat judi baru di Selangor yang dilihat bercambah sejak peralihan tampuk kepimpinan kerajaan negeri kepada pihak pembangkang.

Terbaru, Pulau Pinang yang turut jatuh ke genggaman pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008 turut dikatakan berubah menjadi lubuk judi, hasil siasatan dan serbuan polis dalam beberapa operasi berasingan kebelakangan ini.

Menyebut mengenai rumah urut dan judi, mungkin ramai secara umum mengaitkannya dengan budaya atau amalan biasa masyarakat terbanyak di dua negeri tersebut.

Terdapat juga alasan pihak tertentu bahawa kegiatan tersebut menular berikutan permintaan tinggi penduduk setempat, sedangkan aktiviti haram itu jelas menjurus kepada 'memancing pelanggan' daripada 'dikejar' orang ramai.

Persoalan utama kini, mungkinkah terdapat dalang besar atau sindiket yang mengambil kesempatan terhadap tempoh peralihan kuasa di celah-celah sistem pentadbiran yang belum kukuh atau silapnya kepada pemerintah itu sendiri?

Masalah sosial berkaitan judi dan rumah urut tidak akan ada penghujungnya jika pihak yang mentadbir mengambil jalan mudah melepaskan tangan kepada kerajaan Persekutuan atau lalai dalam penguatkuasaan sehingga ada golongan tertentu mengambil kesempatan.

Pensyarah Ekonomi Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Amir Baharuddin berpendapat, situasi sedemikian sebenarnya berpunca daripada kumpulan yang sedang memerintah negeri itu sendiri dan bukannya situasi peralihan kuasa.

"Ini berpunca daripada pemerintahan terutamanya anggota parti DAP di kedua-dua negeri tersebut.

"Saya melihat kumpulan dalam pemerintahan baru ini kurang sensitif terhadap Perlembagaan dan juga sensitiviti rakyat yang berbilang bangsa dan agama," dakwanya.

Beliau menegaskan, penguatkuasaan bagi mencegah dan mengawal aktiviti rumah urut dan judi juga akan menjadi sukar jika pemerintah sedia ada tidak menganggap isu tersebut sesuatu yang penting.

Tambahnya, tampuk pemerintahan tertinggi di kedua-dua negeri memainkan peranan penting dalam menentukan apa yang berlaku sama ada baik atau buruk dan mereka tidak boleh menganggap sesuatu yang sensitif sebagai isu yang remeh.

"Mereka perlu lebih sensitif dengan permintaan dan kehendak masyarakat setempat. Jika isu rumah urut dan judi dianggap tidak penting, sebanyak mana tangkapan dibuat sekalipun akhirnya akan terlepas dengan mudah.

"Bukan sekadar sensitif kepada umat Islam dan Perlembagaan, rata-rata kaum dan penganut agama lain juga tidak begitu menerima percambahan industri urut dan judi di kawasan kediaman mereka," jelasnya.

Memberi contoh pemerintahan di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) terdahulu, Amir menyatakan masalah pusat urut atau judi tidak timbul kerana semuanya terjaga dan terkawal.

"BN dulu perintah dengan mengambil kira kehendak rakyat dan cuba mengimbangi permintaan dan penerimaan kaum serta agama yang pelbagai supaya tidak mengguris perasaan dan sensitiviti mereka.

"Ini semua bergantung kepada kerajaan negeri itu sendiri (bukan kepada Kerajaan Pusat) untuk menentukan perkembangan aktiviti urut dan judi yang semuanya perlu dilesenkan melalui premis yang digunakan," ujarnya.

Amir turut menempelak individu dan parti politik dalam kepimpinan tertinggi kedua- dua negeri yang menyumbang kepada permulaan dan berkembangnya masalah tersebut sejak berlaku peralihan kuasa tiga tahun lalu.

"Kita kena lihat juga dari segi peluang kerja yang disediakan atau ditawarkan kepimpinan negeri yang baru itu sejak beberapa tahun mentadbir negeri masing-masing.

"Jika tidak banyak peluang kerja lain disediakan sebaliknya bercambah peluang menjadi GRO (gadis pelayan pelanggan), maka itulah industri yang akan berkembang pesat di bawah kepimpinan mereka," tegasnya.

Bagi pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohamad Faisol Keling pula, realiti masalah rumah urut dan judi berpunca daripada sikap DAP yang tidak ambil kisah sensitiviti umat Islam.

"Realiti di Pulau Pinang sama saja dengan di Selangor yang dilihat lebih dikawal DAP daripada parti pembangkang lain.

"DAP dan PKR sendiri dilihat tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam setempat dalam membuka dan membiarkan industri urut dan judi ini berkembang serta jelas sekali tidak mempedulikan perjuangan Islam oleh parti Pas yang kononnya rakan seperjuangan mereka," katanya.

Tambahnya, selama ini pun hanya Pas yang dilihat beria menjaga nilai dan penerapan ajaran Islam dalam masyarakat setempat di bawah pemerintahan pembangkang tetapi usaha itu tidak didokong DAP dan PKR.

"Sikap DAP ini begitu nyata sekali apabila menuntut 'pemerintah Islam' di Kelantan mengeluarkan lesen judi kepada golongan bukan Islam, apatah lagi di negeri yang mereka sendiri perintah.

"Walaupun isu ini mungkin tidak begitu besar bagi bukan Islam, pembangkang tidak boleh membuat keputusan secara umum tanpa mengambil kira pandangan ramai terutamanya di Pulau Pinang yang masih mempunyai ramai penduduk Islam," tegasnya.

Mohamad Faisol mengakui kerajaan BN terdahulu turut membenarkan pembukaan industri tersebut tetapi dalam keadaan terkawal supaya tidak mengguris sensitiviti majoriti umat Islam, tanpa mengekang kebebasan bukan Islam.

"Situasi yang jelas terpampang kini bukan provokasi terhadap kepimpinan pembangkang tetapi satu realiti yang perlu direnung rakyat negara ini terutamanya mereka di Selangor dan Pulau Pinang.

"Rakyat boleh menilai sendiri cara pemerintahan pembangkang terutamanya sikap pemimpin DAP dan PKR terhadap perjuangan Pas serta perhatian mereka terhadap sensitiviti umat Islam," ujarnya.

Beliau berharap situasi yang dibiarkan berleluasa dalam kepimpinan dua negeri tersebut kini terpaksa dihadapi rakyat yang mengundi mereka. Diharap apa yang berlaku ini dapat menjadi teladan dan kayu ukur kepada semua pihak menjelang pilihan raya umum akan datang.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

TTPM Kereta Rosak

Kereta rosak belum sampai sehari digunakan

PERASAAN gembira seorang kakitangan Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Nurul Wahida Nazli, 26, memiliki kereta pertama dalam hidupnya 'terencat' apabila ia rosak belum sampai sehari kereta itu digunakan.

Menurut Nurul Wahida, beliau membeli kereta jenama Proton jenis Persona 1.6 berwarna perak daripada syarikat ejen penjual kereta iaitu Paling Inovatif Sdn. Bhd., yang beroperasi di Cheras.

"Saya sangat kecewa apabila kereta yang saya beli rosak walaupun belum sampai sehari ia digunakan. Antara komponen yang rosak ialah lampu isyarat, lampu brek dan lampu utama tidak berfungsi.

"Selepas itu saya hantar kembali kereta kepada agen untuk dibaiki, namun mereka enggan bertanggungjawab dan menganggap perkara itu masalah biasa," katanya.

Nurul Wahida ditemui pemberita selepas menghadiri sesi pendengaran di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini hari ini.

Menurut Nurul Wahida, setelah kecewa dengan jawapan ejen berkenaan, dia telah membawa kereta tersebut ke pusat jualan Proton untuk merujuk masalah yang dihadapinya.

"Setelah ke pusat jualan Proton, saya mendapat jawapan sama yang mana mereka enggan bertanggungjawab. Malah pihak Proton menyalahkan pihak Paling Inovatif Sdn. Bhd. dalam hal tersebut.

"Bagaimanapun setelah kereta saya diperiksa, pihak Proton mendapati masalah yang dihadapi kereta saya disebabkan pendawaian kereta telah digigit tikus dan mereka bersetuju membaiki jika ada pihak sanggup menanggung kosnya iaitu sebanyak RM3,178,45," katanya.

Menurut Nurul Wahida, dia pada mulanya berbincang dengan pihak Paling Inovatif Sdn. Bhd., agar mereka menanggung kos yang dikenakan untuk membaiki kereta tersebut, namun tiada kata sepakat dicapai.

"Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk membawa kes ini ke TTPM, saya tidak dapat bertahan lagi kerana sudah empat bulan kereta saya tersadai di pusat jualan Proton walaupun ansurannya saya bayar tanpa tertunggak," katanya.

Setelah meneliti hujah kedua-dua pihak, Presiden TTPM, Mohd. Nasrim Mohd. Salleh memerintahkan Paling Inovatif Sdn. Bhd., dan Proton Edar Sdn. Bhd. secara bersama menanggung kos baik pulih kenderaan tersebut iaitu sebanyak RM3,178,45.

Dalam penghakimannya, Mohd. Nasrim mengarahkan Paling Inovatif Sdn. Bhd. dan Proton Edar Sdn. Bhd. menjelaskan kos tersebut dalam tempoh 14 hari seperti yang dipersetujui.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Kenduri Seks Rakan FB

Remaja mangsa 'kenduri seks'

KUALA LUMPUR 26 April - Perkenalan seorang remaja dengan seorang lelaki menerusi laman sosial Facebook menjadi mimpi ngeri apabila dia menjadi mangsa 'kenduri seks' sembilan lelaki di sebuah rumah teres di Mahkota Cheras, dekat sini Sabtu lalu.

Sebelum kejadian itu, mangsa berusia 14 tahun dikatakan keluar menaiki teksi dari rumahnya di Kondominium Rakyat, Pantai Dalam, kira-kira pukul 7 pagi untuk menemui rakan lelaki yang baru dikenali menerusi laman sosial tersebut.

Bagaimanapun, sebaik sahaja bertemu di lokasi dijanjikan, suspek membawa seorang rakannya menaiki sebuah kereta Proton Saga ke rumah mereka.

Sebaik sahaja sampai, terdapat tiga lagi lelaki yang merupakan rakan suspek. Salah seorang suspek telah mendekati mangsa untuk mengadakan seks namun remaja itu yang enggan menurut kemahuannya telah dipukul lalu dirogol.

Suspek dikatakan memanggil empat lagi rakan lelakinya datang ke rumah tersebut sebelum menjadikan mangsa sebagai 'kenduri seks' beramai-ramai.

Kejadian malang itu berakhir kira-kira pukul 9 malam selepas mangsa berjaya melarikan diri ketika dibawa salah seorang suspek ke restoran makanan tom yam.

Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian sebelum dibawa ke hospital berdekatan bagi pemeriksaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Azman Ayob ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Kesemua suspek terbabit dipercayai berusia 20-an," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Tuesday, April 26, 2011

Sesat Dalam Laut

‘Kami bagaikan terpukau’
Oleh Mohamad Fahd Rahmat
am@hmetro.com
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PONTIAN: “Kami bagaikan terpukau dan mengutip siput sedut macam mengutip biji kopi kerana makin lama kami mengutip, makin banyak dapat sehingga tidak perasan berjalan sejauh 500 meter dari pantai.

“Apabila tersedar dan ingin cari jalan pulang, kami mengambil masa tiga jam cuba menyusur jalan dilalui, namun hampa.


“Hari makin gelap hingga air pasang separas bahu dan bagi menyelamatkan diri kami lima sekeluarga termasuk anak saudara berusia 11 tahun berpaut pada dahan pokok bakau selama 20 jam dan tidak tidur kerana bimbang dihanyut arus laut,” kata Faizul Ani, 29, seorang daripada lima mangsa yang sesat ketika mencari siput sedut di pantai Parit Mankuasa Benut, kelmarin.

Mereka ditemui selamat pasukan penyelamat kira-kira jam 1 tengah hari semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang kelmarin, Faizul Ani bersama isteri, Juli Sahizat, 32, anak saudara, Khairul Rumi Azli, 11 dan mentua, Lompak Latorak, 50, dan Zubaidah Musa, 53, leka mengutip siput sedut di pantai.


Lima sekeluarga berkenaan dari Kampung Parit Sayang dan Taman Sri Mahkota datang menaiki van, namun kegagalan mereka pulang menyebabkan keluarga membuat laporan polis, awal pagi semalam.

Faizul ketika ditemui berkata, mereka menahan sakit kerana kaki cedera terpijak teritip dan menggigil kesejukan ditambah hujan lebat.


Selain itu, semua lima mereka lemah kerana tidak menjamah makanan sejak mula mencari siput sedut jam 1 tengah hari, kelmarin.

“Ketika sesat kami cuba menghubungi ahli keluarga tapi gagal kerana dua telefon bimbit dimasuki air dan rosak menyebabkan kami hanya berserah kepada Tuhan,” katanya.


Faizul berkata, pada mulanya mereka gembira kerana mengumpul kira-kira 20 kilogram siput sedut termasuk 40 lokan, tetapi mula gelabah apabila tidak menjumpai jalan pulang.


“Kami mengambil keputusan pulang sewaktu air masih belum pasang pada jam 6 petang tapi buntu kerana sehingga jam 8 malam masih tidak jumpa dan ketika itu air mula pasang. “Air naik hingga paras bahu menyebabkan kami panjat pokok bakau. Ketika itu kami bimbang diserang binatang buas dan berbisa kerana berada di kawasan berair selain terbayang maut bakal menjemput.


“Kira-kira jam 4 pagi saya mendengar suara menjerit sayup dari arah pantai dan membalas jeritan itu dengan harapan ada orang mencari kami.


“Bagaimanapun, selepas tiga kali menjerit, jeritan kami disahut mawas menyebabkan kami terus mendiamkan diri kerana bimbang haiwan itu menyerang,” katanya.


Katanya, sebaik air surut pada kira-kira jam 6 pagi semalam, mereka turun dari pokok dan mencari jalan pulang sebelum terdengar pekikan suara serta cuba menjejakinya sehingga ditemui pasukan penyelamat.


Menurutnya, mereka trauma dengan kejadian itu dan tidak mungkin ke laut lagi buat masa terdekat.


“Saya mula berjinak mencari siput sedut sejak dua minggu lalu, namun selepas pengalaman ini, saya lebih berhati-hati pada masa depan,” katanya.


Ibu kanak-kanak malang berkenaan, Asnah Muhamad, 34, berkata dia serik membenarkan ahli keluarganya ke pantai mencari siput dan menasihati ibu bapa lain tidak membenarkan anak kecil ikut sama mencari hasil laut.


“Saya bersyukur mereka semua selamat tapi serik hendak benarkan anak ke pantai,” katanya.


walaupun sudah biasa sejak kecil,” katanya.


Sementara itu Penolong Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pontian, Atan Abd Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 8 pagi semalam dan usaha dilakukan membabitkan 10 anggota di kawasan itu hingga semua mangsa ditemui pada kira-kira jam 1 tengah hari.

Dibelasah Mentua


‘Oh bapa mentuaku’
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KESAL...Md Rosdi menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
KESAL...Md Rosdi menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang juruteknik mahu membawa isteri dan anak lelakinya keluar dari rumah mentuanya di Pantai Dalam, di sini, mengundang padah apabila dia bukan saja dibelasah sebaliknya turut diludah dan dibaling dengan batu hingga cedera, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, isteri mangsa yang berusia 24 tahun turut cedera selepas dibaling batu oleh adik iparnya, sepupu isterinya dan bapa mentuanya yang masing-masing berusia 20 hingga 56 tahun.


Mangsa turut dibelasah ketiga-tiga lelaki itu.

Difahamkan, keluarga sebelah isteri mangsa tidak merestui hubungan perkahwinan pasangan itu kerana ‘sentimen kenegerian’ dan sering menyumpah seranah mangsa menyebabkan mangsa nekad keluar dari rumah mentuanya bagi memulakan hidup baru.


Mangsa, Wan Md Rosdi Wan Md Amin, 25, berkata ketika tiba di rumah bapa mentuanya itu, adik iparnya yang berusia awal 20-an membaling batu ke arahnya dan isteri seperti mahu memulakan pergaduhan.


“Pada mulanya, balingan itu tidak mengenai saya dan isteri. Dalam keadaan bimbang, saya turun daripada motosikal sebelum mengetuk pintu rumah mentua.

“Saya meminta izin bapa mentua untuk mengambil pakaian dan anak lelaki berusia lima bulan untuk berpindah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Beliau berkata, pada mulanya, bapa mentuanya itu mendiamkan diri, namun selepas keluar dari rumah, adik iparnya melontar batu ke arah mereka sambil diperhatikan bapa mentua dan sepupu isterinya.

“Biarpun balingan itu tidak mengenai saya, namun mengenai kepala isteri yang gagal mengelak. Adik ipar saya berhenti sebaik melihat kakaknya cedera.


“Pada mulanya saya sangkakan mereka akan berhenti, namun kemudian bapa mentua, adik ipar dan sepupu isteri saya itu menyerang dan membelasah saya,” katanya ketika ditemui.


Ketika itu, dia merayu dikasihani sambil menutup kepalanya dengan tangan.


Md Rosdi mendakwa bapa mentuanya tidak membenarkan isteri dan anak lelakinya itu mengikutinya.


“Anak dan isteri saya dipaksa masuk ke dalam rumah itu sebelum mereka mengarahkan saya meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya.


Katanya, penderitaannya tidak berakhir di situ apabila kumpulan yang diketuai bapa mentuanya terus melontarkan batu sehingga dia keluar dari kawasan rumah.


Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini.

Amah + Sex

Amah jaja tubuh di rumah majikan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Digaji untuk membuat kerja dan menjaga rumah majikannya, tetapi seorang amah warga Indonesia menawarkan khidmat seks ketika ketiadaan majikan di rumahnya, di Bukit Kiara, di sini.

Lebih keji, pembantu rumah terbabit yang berusia 24 tahun bekerja dengan majikannya sejak setahun lalu dan melakukan kerja kotornya itu bermula awal tahun ini, setiap kali bersendirian di rumah majikannya itu.


Difahamkan, pembantu rumah terbabit menyasarkan lelaki hidung belang terutama penduduk di kawasan perumahan berkenaan dan mengenakan bayaran perkhidmatan RM50 hingga RM100.

Bagaimanapun, dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9 pagi, Jumaat lalu, kebodohan pembantu rumah itu meminta pertolongan majikannya menuntut bayaran khidmat seksnya daripada seorang pengawal keselamatan membongkar rahsia pendapatan sampingannya itu.


Berang dengan pembantu rumah terbabit selain kesal dengan sikap pengawal keselamatan yang turut menjadi pelanggan, majikan amah itu membuat laporan di Balai Polis Travers, di sini, kerana bimbang kegiatan tidak bermoral itu berterusan di rumahnya.


Menurut sumber, mangsa yang berusia 56 tahun itu menyedari kegiatan jijik pembantu rumah terbabit selepas diakui sendiri wanita itu ketika dia bersarapan.

“Pembantu rumah itu resah dan selepas mangsa menanyakan apa yang berlaku, wanita itu menceritakan kepada mangsa.


“Dipercayai, pembantu rumah itu tidak pernah mendatangkan masalah sepanjang dia berkhidmat, malah cermat dalam menjalankan tugas mengemas serta menjaga rumah mangsa.

“Oleh itu, apabila pembantu rumah terbabit menceritakan kejadian terbabit, majikan berkenaan terkejut dengan kegiatan sampingan pembantu rumahnya itu.


“Turut menghairankan mangsa ialah pembantu rumahnya itu dengan berani meminta pertolongannya menuntut bayaran daripada pengawal keselamatan terbabit selepas dia mengaku sudah lama menggunakan rumahnya sebagai ‘port’ melakukan perbuatan terkutuk.


“Mangsa berasa tertipu dengan tindakan wanita terbabit yang melakukan perbuatan terkutuk di rumahnya semata-mata mahu pendapatan lebih,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan dijalankan.

Akibat Nak Langsing


Perut bengkak cuba pelangsing
Oleh Muhammad Saufi Hassan
msaufihass@nstp.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KECEWA...mangsa penipuan ubat kecantikan menunjukkan kesan parut di perut.
KECEWA...mangsa penipuan ubat kecantikan menunjukkan kesan parut di perut.

KUALA LUMPUR: Akibat termakan pujuk rayu seorang kenalan untuk meraih keuntungan dengan menjadi ejen produk pelangsingan badan, seorang lelaki yang yang mencuba produk itu terlebih dulu untuk melihat keberkesanannya menerima padah apabila terpaksa menanggung kesakitan lebih enam bulan

Tindakannya mencuba dulu cecair produk pelangsingan badan itu menyebabkan dia mengalami bengkak di perut dan menyakitkan setiap kali bergerak.

Lebih teruk lagi, bahagian yang bengkak itu mengeluarkan nanah serta cecair berbau busuk.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Chen, 30-an, berkata pada mulanya dia enggan menjadi ejen produk terbabit kerana kurang percaya akan memberi pulangan lumayan tetapi selepas dipujuk berkali-kali, dia mengambil keputusan mencuba produk bakal dijualnya itu bagi melihat kesannya.

Ustaz Tarzan

Ilmu ‘tarzan’
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin ajaran sesat mungkin layak digelar ‘tok guru tarzan’ kerana hanya memakai seluar pendek dan kemeja-T koyak rabak ketika menyampaikan ceramah kepada pengikutnya sebelum dia ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Lelaki berusia 50-an itu ditahan pada kira-kira jam 1 pagi di sebuah rumah milik sepasang suami isteri yang juga pengikut tegarnya di Puchong, dekat sini, minggu lalu.


Siasatan awal Jais mendapati, lelaki terbabit aktif menyebarkan ajaran sesat dipeloporinya di negeri asalnya di pantai timur dan fahaman karutnya itu berkait rapat dengan kegemarannya masuk ke hutan serta ‘berkawan’ dengan hidupan liar seperti harimau dan gajah.

Penolong Pengarah Jais, Shahrom Maarof berkata, tok guru tarzan itu mula menyebarkan ajarannya sejak tiga tahun lalu serta memiliki puluhan pengikut di kampungnya dan kini dipercayai cuba mengembangkan ajaran itu di Lembah Klang.


“Dia memakai seluar pendek dan baju koyak rabak ketika ditahan dan penampilannya itu selari dengan tuntutan ajaran karutnya yang diperoleh dari kawasan hutan di tempat asalnya,” katanya. Menurutnya, ketika ditahan, tok guru tarzan memberi ceramah cara ‘mengenal Allah’ kepada pemilik rumah yang juga bekas anggota keselamatan dan isterinya, kedua-duanya berusia 50-an.


Beliau berkata, berdasarkan maklumat, tok guru tarzan datang ke rumah pengikut taksubnya itu bagi memberikan ceramah terakhir sebelum membawa pasangan terbabit ke ‘alam baru’ bagi mengenal Allah di dalam hutan di kampungnya.

“Selain itu, dia dijemput oleh pasangan terbabit bagi meyakinkan atau mempengaruhi anak mereka yang enggan menyertai ajaran sesat itu,” katanya.


Shahrom berkata, antara kesesatan terkandung di dalam ajaran tok guru tarzan ialah umat Islam tidak perlu mendirikan solat, sebaliknya hanya perlu mengenal diri sebelum dapat mengenal Allah, selain memastikan hati yang bersih.

“Dia mendakwa kononnya Islam tidak mementingkan pakaian zahir, tapi cukup memiliki hati yang baik. Mungkin sebab itu dia gemar berseluar pendek dan memakai baju koyak rabak.


“Lelaki itu membahasakan dirinya ‘ayahanda’ dan isterinya yang berperanan sebagai orang kanannya dipanggil ‘bonda’ oleh pengikut,” katanya. Menurutnya, ketika disoal siasat, tok guru tarzan mengaku ilmunya bukan bersandarkan al-Quran dan hadis, tetapi lebih kepada ilham yang diperoleh ketika menuntut di hutan. Dia mengaku tidak mendirikan solat dan begitu juga pengikutnya. Katanya, Jais sudah menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa agama di negeri asal lelaki terbabit bagi memantau kampungnya dan mengesan kemungkinan wujud pengikutnya di kawasan lain.


Sharom berkata, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 7 dan 8, Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana menyebarkan doktrin palsu dan dijangka didakwa di mahkamah syariah pada Julai depan.

Monday, April 25, 2011

Pecah Cermin


‘Ninja’ pecah cermin 17 kereta
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Mohd Fuzi Lateh
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PECAH...polis memeriksa kenderaan yang dirosakkan di tempat kejadian, semalam.
PECAH...polis memeriksa kenderaan yang dirosakkan di tempat kejadian, semalam.

RAWANG: “Saya beranikan diri menahan lelaki itu kerana bimbang banyak cermin kenderaan lain dipecahkannya,” kata Loges Karna, 30 menceritakan kejadian lelaki berusia 20-an yang mengamuk ‘ala ninja’ di Jalan Bandar Rawang 15, dekat sini, pagi semalam.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi itu apabila seorang lelaki tidak berbaju dan berseluar pendek kelabu dipercayai tidak siuman menggunakan sebatang besi paip untuk mengetuk dan memecahkan 17 cermin kereta di kawasan itu.


Katanya, pada peringkat awal, suspek memecahkan cermin kereta Honda City dan Proton Arena.

“Tujuh orang awam yang berada di kawasan kejadian membelasah lelaki terbabit dan menghalangnya memecahkan kereta lain.


“Mangsa yang meronta-ronta memohon dilepaskan, tetapi tidak dipedulikan sebelum diserahkan kepada polis,” katanya di sini, semalam.


Loges yang juga pekerja bengkel kereta terkejut selepas melihat beberapa cermin kenderaan lain yang dipakir berdekatan bengkelnya dipecahkan.

Katanya, lelaki itu memukul berkali-kali cermin kenderaan di hadapannya sehingga pecah sebelum bergerak ke kenderaan lain.


Beliau berkata, kebanyakan pemilik kenderaan yang diletakkan di kawasan itu bekerja di luar Rawang antaranya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan Putrajaya.

Penduduk, Hisham Abdullah, 29, berkata lelaki tidak dikenali itu terlebih dulu dilihat duduk termenung di lorong pejalan kaki berdekatan.


Menurutnya, dia tidak menyangka lelaki itu bertindak sedemikian kerana pada awalnya lelaki terbabit kelihatan tenang.


“Lelaki itu ditahan sebelum anggota polis membawanya ke Balai Polis Rawang untuk tindakan lanjut,” katanya.


Sementara itu, sumber polis memberitahu, lelaki berusia lewat 20-an terbabit tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.


Katanya, lelaki terbabit kini masih ditahan untuk siasatan.

Wang Selamat

Samun: Pemandu, kelindan lori selamatkan RM21,000

KUALA LUMPUR 24 April - Seorang wanita warga emas nyaris kempunan menikmati wang peninggalan arwah ibunya apabila disamun selepas mengeluarkan wang tersebut dari sebuah bank di Taman Equine di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, mangsa bernasib baik apabila mendapat kembali wang RM21,000 yang dikeluarkan dengan bantuan pemandu dan kelindan sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, mangsa berusia 58 tahun mengeluarkan wang RM21,000 ditinggalkan oleh ibunya untuk dibahagikan antara adik-beradik.

Beliau berkata, sebaik sahaja keluar dari bank, mangsa masuk ke dalam teksi yang dipandu oleh suaminya dan meletakkan beg tangan berisi wang di atas pahanya.

"Tiba-tiba muncul dua lelaki bermotosikal menghampiri teksi tersebut dan bertindak memecahkan cermin tingkap hadapan sebelah kiri dan merampas beg tangan mangsa.

"Penjenayah kemudian melarikan diri, namun seorang pemandu lori satu tan yang melihat kejadian itu bertindak menghimpit motosikal dinaiki mereka menyebabkan suspek terjatuh," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, semasa terjatuh, wang yang dilarikan suspek telah terkeluar dari beg tangan menyebabkan penjenayah terbabit panik dan melarikan diri tanpa membawa wang tersebut.

Menurutnya, kedua-dua lelaki terbabit berjaya melepaskan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Waja yang dipandu oleh rakan yang lain.

Katanya, mangsa berjaya mendapatkan semula wang pusaka ibunya, namun mengambil keputusan memasukkan semula wang itu ke dalam bank sebelum membuat laporan polis.

"Polis menghargai keprihatinan pemandu dan kelindan lori yang membantu mangsa dalam kejadian samun ini.

"Bagi menghargai jasa mereka, kami akan memberi sijil penghargaan dan pada masa sama meneruskan siasatan untuk mengesan penjenayah terlibat," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Rancang Kemalangan?

Kemalangan dirancang, untung dikaut

STATISTIK Ibu Pejabat Polis Bukit Aman merekodkan bahawa jumlah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya telah meningkat setiap tahun sejak lima tahun lalu.

Dalam tempoh tersebut, peningkatan paling ketara berlaku pada 2006 iaitu sebanyak 8.5 peratus atau 54,000 kes menjadikannya 635,082 kes berbanding 581,082 kes (2005).

Sementara itu, pada tahun lalu, jumlah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ialah sebanyak 762,529 kes, meningkat 4.2 peratus daripada tahun sebelumnya yang berjumlah 705,623 kes.

Peningkatan terendah pula ialah pada 2008 iaitu hanya 7,941 kes (1.17 peratus) kepada 676,114 kes daripada 668,173 kes (2007).

Perangkaan tersebut secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini amat serius.

Di sebalik kebimbangan tersebut, wujud satu lagi fenomena yang ‘menakutkan’ apabila ada pihak-pihak tertentu telah menjadikannya sebagai satu cabang perniagaan paling menguntungkan.

Wartawan Unit Khas Utusan Malaysia, SITI MARIAM MD. ZAIN, ROSALINDA MD. SAID dan TERMIZI CHE ANUAR serta jurugambar,

ISMAIL KAMADIN cuba merungkai persoalan ini.

Kemalangan tidak berbau tetapi ada juga kemalangan yang sengaja dirancang pihak tertentu bertujuan mengaut keuntungan.

Antara pihak yang mendapat keuntungan apabila berlaku kemalangan adalah bengkel membaiki kereta dan juga pengendali trak tunda yang boleh mendapat pendapatan sehingga RM10,000 sebulan.

Laporan Khas Utusan Malaysia mengupas mengenai sesetengah pihak yang sanggup mengupah ‘longkai’ memasang perangkap di jalan seperti paku, minyak dan pasir di kawasan yang mudah berlaku kemalangan.

Perkhidmatan trak tunda telah menjadi perniagaan menguntungkan dan setakat ini, tiada pihak mengawal pergerakannya. Malah tidak seperti teksi, trak tunda tidak memerlukan permit.

KUALA LUMPUR – Jika setiap kenderaan yang ditunda ke bengkel dibayar komisyen antara 10 hingga 15 peratus daripada kos tuntutan insurans kemalangan, bayangkan keuntungan yang mampu dikaut oleh syarikat trak tunda apabila tahun lalu sahaja jumlah kenderaan yang terbabit dengan kemalangan dicatatkan ialah sebanyak 762,529!

Dengan purata tuntutan insurans antara RM1,000 hingga RM3,000, bergantung kepada tahap kerosakan yang dialami, syarikat trak tunda mampu memperoleh antara RM100 hingga RM450 hanya untuk sebuah kenderaan. Itu belum lagi termasuk bayaran menunda ke bengkel.

Komisyen tersebut akan dibayar oleh pemilik-pemilik bengkel bagi memastikan mereka mendapat lebih ramai pelanggan.

Perkhidmatan trak tunda sebenarnya telah menjadi perniagaan atau industri yang menguntungkan. Tetapi setakat ini, tiada pihak mengawal pergerakannya. Malah, tidak seperti teksi, trak tunda tidak memerlukan permit.

Sejak lima tahun lalu, jumlah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya seperti direkodkan oleh pihak polis meningkat 24 peratus atau 181,447 kes iaitu daripada 581,082 kes pada tahun 2005 kepada 762,529 tahun lalu.

Kenderaan yang paling banyak terlibat pula ialah kereta diikuti motosikal, pelbagai jenis lori, pacuan empat roda, van dan sebagainya.

Peningkatan statistik kemalangan jalan raya dari setahun ke setahun, secara tidak langsung memberi ruang kepada perkembangan industri ini sekali gus menarik lebih ramai melibatkan diri.

Dengan pendapatan seorang pemandu trak tunda yang mampu mencecah RM10,000 sebulan, mereka sanggup melakukan apa sahaja.

Apa yang pasti, semakin hari, kepantasan pemandu-pemandu trak tunda menghidu kes-kes kemalangan yang berlaku semakin hebat.

‘Kecekapan’ dan habuan lumayan yang menanti ini juga telah menimbulkan pelbagai persoalan sehingga ada dakwaan mengatakan sebilangan daripada kemalangan itu sengaja dirancang.

Dakwaan tersebut mungkin benar menerusi beberapa pendedahan wujudnya ‘perangkap’ di laluan utama jalan raya seperti Kuala Terengganu-Kuantan, Jerangau-Jabor, laluan pantai Kuala Terengganu-Kota Bharu dan Kuala Terengganu-Kota Bharu melalui Bandar Permaisuri sebelum ini.

Malah, Jambatan Pulau Pinang juga pernah menjadi saksi tentang kewujudan pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini melakukan aktiviti khianat.

Antara yang digunakan sebagai perangkap ialah span berpaku, besi tajam, minyak petrol serta pasir yang sengaja ditabur di jalan raya.

Seorang pemilik trak tunda mendedahkan, kerja meletakkan minyak atau objek lain itu dilakukan oleh pihak ketiga yang dipanggil ‘longkai’ atau call man yang mendapat komisyen bagi setiap kemalangan dimaklumkan kepada mereka.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah pula berkata, berdasarkan kajian, kebanyakan kemalangan adalah disebabkan faktor kecuaian manusia.
TAJUK-TAJU

Sunday, April 24, 2011

Nasi Lemak

Oh nasi lemak

AWANG tidak setuju dengan langkah Kementerian Kesihatan mengehadkan pengambilan nasi lemak di kalangan pelajar sekolah melalui garis panduan yang akan dilaksanakan bulan depan.

Biarlah nasi lemak dijual setiap hari di kantin sekolah. Pengambilan nasi lemak sebenarnya bukan masalah. Selama ini sudah berjuta-juta pelajar dan bekas pelajar makan nasi lemak di zaman persekolahan.

Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E Siong juga mengakui bahawa nasi lemak bukan punca utama masalah obesiti di kalangan pelajar. Jika mahu diambil kira, banyak lagi makanan dan juadah di sekolah yang mengandungi kalori tinggi. Roti canai, beraneka jenis mi, kuetiau, piza sejuk beku, burger dan pelbagai lagi. Itu belum menyentuh minuman yang manis seperti teh susu atau teh tarik, sirap dan minuman dalam tin.

Kantin sekolah bukanlah punca utama obesiti. Sebenarnya ia lebih banyak ditentukan oleh tabiat pemakanan di luar sekolah terutama di rumah. Begitu juga dengan faktor gaya hidup seperti kurang senaman dan bersukan.

Apa yang sepatutnya Kementerian Kesihatan tumpukan ialah kempen mendidik para pelajar mengamalkan diet yang sihat. Pendidikan mengenai khasiat pemakanan, adalah pendekatan lebih sesuai. Tetapi kempen harus lebih berkesan dan kontemporari, bukan lagi cara lama yang selalu dipaparkan. Menerusi pendekatan itu, kita boleh melahirkan pelajar yang bijak mengawal pemakanan mereka agar seimbang dan tidak memberi kesan buruk.

Tahun lalu, Awang teruja dengan revolusi makanan (food revolution) yang diperkenalkan oleh chef selebriti, Jamie Oliver di Amerika Syarikat (AS). Beliau secara drastik berusaha mengubah gaya pemakanan menerusi satu gerakan di Amerika Syarikat (AS) yang mendapat perhatian ramai.

Di beberapa tempat yang dikunjungi, beliau akan mencampakkan makanan sedia ada yang kurang berkhasiat ke dalam tong sampah sambil mencadangkan menu baru yang lebih sihat. Ramai terpinga-pinga dengan tindakannya itu.

Tetapi di AS dan Eropah, senario dan realitinya jauh berbeza. Di Malaysia, masih ramai rakyat kita berada dalam taraf hidup yang sederhana dan rendah. Apatah lagi, jika masyarakat sudah sebati dengan sesuatu makanan. Pada Awang, kita belum berada pada tahap yang kritikal bagi menangani masalah kesihatan dan obesiti pelajar secara drastik. Masih banyak pilihan yang ada. Revolusi atau ala-ala revolusi, bukan caranya.

Bisik-Bisik Mingguan awang selamat

Student Khalwat

Pelajar khalwat
Laporan RUDY SYAREME SHERIFFUDIN
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

GEORGETOWN: Biarpun baru sehari mengenali seorang lelaki, kesanggupan si gadis mengikut temannya menjadi detik malang apabila ditahan kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Jalan Tanjung Tokong, di sini, awal pagi semalam.

Lebih mengejutkan, gadis berusia 23 tahun yang dipercayai penuntut sebuah institusi pengajian tinggi dekat sini, ditemui berdiri keadaan berbogel di penjuru bilik ketika pemeriksaan.


Pasangannya pula yang juga jurugambar bebas berusia 23 tahun didapati berseluar panjang denim tanpa baju.

Ketika pemeriksaan dilakukan jam 1.30 pagi, pasangan berkenaan dipercayai menyewa sebuah bilik dantidak membuat pendaftaran masuk dipercayai bagi mengelak kehadiran mereka dikesan pihak berkuasa.


Bagaimanapun, sebuah motosikal yang diletakkan di luar perkarangan hotel berjaya membongkar segala aktiviti maksiat mereka sebelum pemeriksaan menyeluruh dilakukan di hotel.


Ketika pemeriksaan di bilik berkenaan, turut ditemui sehelai baju dan seluar dalam milik gadis itu di atas sofa dan ia dirampas untuk dijadikan barang kes.

Pasangan itu antara 10 pasangan berusia 20 hingga 30-an yang ditahan sepasukan 16 pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam operasi itu.


Operasi diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu dibantu sepasukan 13 pegawai penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) Pulau Pinang.

Operasi itu juga merangkumi beberapa lokasi ‘panas’, termasuk Persisiran Pantai Sungai Pinang, Pantai Seagate dan Pantai Queensbay serta beberapa hotel sekitar Gelugor, Jalan Tengku Kudin dan Jalan Tanjung Tokong.


Menurut Khairul Azman, tujuh pasangan ditahan kerana kesalahan berkhalwat manakala tiga lagi pasangan ditahan kerana berkelakuan kurang sopan atau tidak senonoh di tempat awam.


“Semua yang ditahan dibawa ke Pejabat JHEAIPP untuk tindakan selanjutnya, termasuk membuat laporan tangkapan di Balai Polis Lebuh Pantai,” katanya.

Gemuk Bukan Salah Kantin

Kantin bukan punca obesiti

NASIR MOHAMAD
Alor Setar, Kedah

Sebagai seorang pekerja kantin di sebuah sekolah rendah di bandar Alor Setar, saya dapat melihat dengan jelas bahawa penjualan makanan dan minuman di sekolah bukanlah punca meningkatnya kanak-kanak obes.

Pengusaha kantin tertakluk kepada perjanjian dengan sekolah mengenai apa yang boleh dijual dan tidak boleh dijual kepada kanak-kanak di waktu sarapan dan waktu rehat. Pengusaha kantin bertanggungjawab ke atas kesihatan kanak-kanak sekolah.

Jika pengusaha kantin ada menjual makanan dan minuman yang dilarang mereka selalunya akan dinasihati oleh pihak sekolah untuk menghentikan penjualan. Kebanyakan pengusaha kantin kadang-kadang tidak tahu apa yang dijualnya menjadi kesalahan kerana mereka bukanlah pakar dalam bidang nutrisi kanak-kanak.

Sebenarnya punca obesiti kanak-kanak bermula dari rumah. Lebih 75 peratus masa kanak-kanak adalah di rumah. Ibu bapa memberi wang saku kepada anak-anak mereka tanpa mengetahui apa yang dibeli oleh kanak-kanak semasa di luar rumah. Tidak mungkin kita dapat mengawal mereka daripada membeli makanan yang tidak berkhasiat semasa di luar rumah.

Di kantin sekolah, penjualan apa yang ditakrifkan sebagai junk foods tidak dibenarkan sama sekali. Masalahnya, bolehkah kita mengelak mereka membeli makanan yang tidak sihat sebaik sahaja keluar dari pagar sekolah?

Di rumah, kadang-kadang ibu bapa membawa anak-anak mereka makanan di restoran makanan segera. Apakah makanan di situ tidak menyumbang kepada masalah kegemukan kanak-kanak? Tidak ada orang yang mempertikaikannya.

Kita menyokong Kementerian Kesihatan mengedarkan senarai jenis makanan dan minuman yang boleh dijual kepada murid sekolah. Kita berharap senarai makanan dan minuman ini diedarkan seberapa segera yang boleh.

Mengenai senarai harga makanan dan minuman yang terendah agar sukar hendak dilaksanakan. Ini kerana pengusaha kantin tidak mendapat sebarang subsidi daripada pihak sekolah mahu pun pihak kerajaan untuk merendahkan harga jualan makanan dan minuman.

Harga makanan dan minuman telah ditetapkan oleh pihak sekolah dengan persetujuan pengusaha kantin. Pengusaha kantin akan mengalami kerugian jika harga barang dibeli semakin meningkat, sedangkan harga jualan tidak berubah. Satu cara untuk membantu pengusaha kantin ialah bayaran sewa kantin ditiadakan atau di paras paling minimum.

Begitu juga dengan bekalan eletrik. Pihak kerajaan sepatutnya memberi keistimewaan kepada pengusaha kantin dengan memberi rebet penggunan bekalan letrik dan air.

Dengan bantuan ini, tidak mustahil pengusaha kantin dapat menyediakan makanan dan minuman berkhasiat pada harga murah kepada murid sekolah. Jika setelah itu pengusaha kantin gagal menyediakan makanan dan minuman berkhasiat, tindakan boleh diambil.

Sebenarnya ibu bapalah yang bertanggungjawab mengajar anak mereka memilih makanan dan minuman yang sesuai, sama ada semasa di sekolah atau di luar sekolah. Jangan salahkan pengusaha kantin sebagai punca obesiti kanak-kanak.

Hari ini, Malaysia mendapat tempat keenam dalam senarai kegemukan melampau. Kaji puncanya, barulah dapat dicari jalan peyelesaian. Kantin sekolah adalah tempat permulaan terbaik untuk melahirkan insan sihat badan dan otak!
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Keldai Dadah

Risiko keldai dadah

Oleh Hafizahril Hamid


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, ACP Nordin Kadir (kiri) bersama pegawainya menunjukan dadah yang disorok dalam kasut dan berjaya dirampas daripada dua lelaki warganegara Iran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Julai tahun lepas.

MENURUT statistik, penglibatan warga Iran dalam kegiatan pengedaran dadah di Malaysia menunjukkan peningkatan ketara dalam masa dua tahun ini dengan 138 rakyat negara itu diberkas tahun lepas berbanding 16 tangkapan pada tahun 2009. Daripada jumlah itu, 121 tangkapan terdiri daripada "keldai dadah", iaitu orang yang dipergunakan untuk membawa dadah, dan bakinya disyaki pengendali dan anggota sindiket dadah.

Dadah jenis syabu pula diseludupkan menggunakan kargo udara iaitu penerbangan dari Teheran melalui transit di Emiriah Arab Bersatu, Armenia, Qatar dan Sri Lanka sebelum tiba di Malaysia. Pastinya kegiatan pengedaran dadah mencacatkan nama baik negara itu.

Namun Iran juga seperti kebanyakan negara-negara lain tetap berhadapan dengan masalah penduduk miskin yang kemudiannya cuba mencari jalan mudah dengan mengedar dadah. Pendapatan sebagai petani diibaratkan 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' dikenal pasti punca menyebabkan ramai warga Iran sanggup menjadikan diri sendiri sebagai 'kurier' untuk membawa dadah ke Malaysia kerana upah yang lumayan.

Mangsa Facebook

Selain itu laman sosial Facebook telah disalah gunakan oleh sindiket dadah antarabangsa untuk mencari gadis-gadis tempatan untuki direkrut sebagai keldai dadah ke luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, Facebook adalah taktik terbaru dikenal pasti digunakan oleh sindiket dadah antarabangsa untuk merekrut rakyat Malaysia bagi dijadikan keldai dadah. Melalui laman sosial ini, sindiket menggunakan ahli-ahli di kalangan lelaki tempatan akan mencari kenalan wanita dan memikat mereka sehingga jatuh cinta.

Wanita tempatan terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pelajar, golongan profesional dan ada juga di kalangan janda akan dilayan dengan baik sekali sepanjang tempoh bercinta apabila diberikan hadiah barang-barang mewah serta dibawa melancong ke luar negara.

Setelah yakin wanita terbabit mempercayai mereka, anggota sindiket akan mengambil kesempatan itu memperdayakan mangsa untuk membawa dadah ke luar negara sehingga akhirnya tertangkap dan meringkuk dalam penjara.

Berikutan itu adalah pemandangan biasa jika kita melihat bandar di sempadan Iran seperti Zahedan yang terletak di dalam wilayah Seistan-Baluchistan menjadi tapak penyeludupan utama.

Walaupun gambar Ayatollah Khomeini memenuhi bandar ini, namun sebaik matahari melabuhkan tirainya, aktiviti pemunggahan dan penyeludupan dadah berleluasa walaupun ada masanya trak yang membawa dadah dan anggota polis sering saja berselisih di jalanan.

Dari bandar Zahedan, harga sekilo candu hanya sekitar AS$100 (RM320) sebelum meningkat kepada AS$600 (RM1,920) di Teheran. Harga ini meningkat berkali ganda kepada AS$2,400 (RM7,680 ) apabila tiba di Turki. Candu ini kemudiannya akan diperhalusi menjadi heroin dengan menggunakan asetik anhidrid.

Pasaran

Bagi harga pasaran di Eropah pula heroin yang mempunyai ketulenan sekitar 35 peratus, dijual pada harga AS$30 (RM96) sekilogram. Menariknya 90 peratus dadah yang digunakan di Eropah datangnya dari Afghanistan. Proses ini dijalankan cukup teratur dari mula ia ditanam oleh petani-petani miskin di Afghanistan yang kemudian di seludup ke sempadan Iran sebelum menjadi satu perniagaan yang cukup menguntungkan dari Eropah hinggalah Malaysia.

Dalam penyelesaian masalah ini kesukaran timbul akibat dari Afghanistan itu sendiri terlalu bergantung kepada perniagaan dadah. Usaha untuk menggantikan tanaman berkaitan dadah ini masih gagal akibat dari kurangnya bantuan dan kesungguhan dari negara-negara Barat membantu. Ditambah pula dengan kedudukan Iran yang dilabel sebagai negara paksi kejahatan, pastinya negara seperti AS tidak akan bersungguh dalam membantu menyelesaikan masalah penyeludupan dadah.

Yang pasti, akibat dari keinginan untuk keluar dari kemiskinan dan mencari kemewahan singkat menyeludup dadah, mengakibatkan manusia sanggup merentas benua dan sempadan malah berkorban nyawa di tali gantung.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

saksi Video

Hukum rakaman video sebagai bukti sabit zina

Hukum-hakam agama di Malaysia selalu berhadapan dengan masalah kerana banyak sebab, salah satu yang paling ketara ialah kerap dicemari dengan manipulasi politik pelbagai pihak. Ramai orang Muslim di Malaysia pula menjadi keliru kerana isu agama atau berkaitan agama yang dibangkitkan telah dimanipulasi dan dipolitikkan secara halus atas nama hukum-hakam agama.

Maklumlah bila orang yang main peranan dalam mengeluarkan hukum agama secara manipulasi politik bukan calang-calang orang. Tetapi mereka adalah orang yang berpendidikan agama tinggi yang bergelar ustaz dan ulama. Justeru ramai kalangan orang awam terpedaya dan percaya tanpa menyedari mereka itu bermain politik dan melaksanakan manipulasi politik ketika mengeluarkan hukum agama.

Dalam perkembangan terbaru adalah contoh manipulasi politik dalam hukum agama yang dikeluarkan oleh pihak yang membela seorang pemimpin kanan pembangkang yang didakwa pelaku aksi seks dalam rakaman video.

Golongan agama itu menerusi hukum agama yang bersifat selektif dan tidak lengkap mendakwa bahawa pertuduhan zina hanya wajib dibuktikan dengan empat saksi sahaja. Perkara ini tidak tepat kerana ada pandangan kedua daripada ulama-ulama lain mengatakan pertuduhan zina boleh dibuktikan melalui qarinah, iaitu bukti bandingan yang kuat boleh digunakan bila tidak mempunyai empat saksi.

Malah jika ditolak qarinah sebagai bukti sekali pun seseorang pelaku seks jika disabit kesalahannya tidak akan terlepas daripada hukuman kerana mesti dilaksanakan ke atasnya juga hukuman takzir yang terserah kepada pertimbangan hakim atau mahkamah.

Selain itu tidak tepat juga golongan agama tersebut menggambarkan ajaran Islam menuntut orang Muslim supaya menutup aib orang Muslim yang lain tanpa pengecualian. Mereka membuat gambaran begitu kerana membawa sebahagian sahaja ajaran Islam dengan menyembunyikan sebahagian yang lain bagi membela pemimpin pembangkang berkenaan.

ajaran

Memang benar ajaran Islam menuntut orang Muslim menutup aib orang Muslim yang lain. Tetapi tidak secara mutlak. Kerana penutupan aib orang Muslim itu adalah bersyarat seperti dijelaskan dalam kitab-kitab fiqah, iaitu mesti orang Muslim yang wajib ditutup aibnya itu bukan yang terkenal sebagai zalim, jahat, rosak, fasik, rasuah, tidak bermaruah, tidak bermoral dan sebagainya.

Sedangkan jika orang Muslim terkenal sebagai zalim, jahat, rosak, fasik, rasuah, tidak bermaruah, tidak bermoral dan sebagainya, maka wajib atau harus didedahkan kejahatan serta hukuman pula perlu dilaksanakan ke atasnya.

Jika begitulah ajaran Islam memperlakukan ke atas orang Muslim di kalangan orang awam yang terlibat dalam kejahatan dan jenayah, maka sudah tentu lebih serius lagi tuntutan pendedahan dan hukuman yang perlu diperlakukan kepada para pemimpin yang terlibat dan kejahatan dan jenayah yang sama.

Begitu juga tidak tepat menganggap orang yang mendedahkan kejahatan dan jenayah orang lain tanpa saksi yang memadai seperti empat saksi dalam kes zina wajib dikenakan hukuman qazaf secara mutlak, iaitu hukuman 80 sebatan. Ini kerana hakikatnya hukuman qazaf dikenakan hanya ke atas pendedah atau penuduh yang tidak mengemukakan sebarang bukti.

Sebaliknya jika pendedah atau penuduh itu mengemukakan bukti yang kukuh walaupun tanpa empat saksi, iaitu bukti berupa qarinah, dia tidak dikenakan hukuman qazaf. Sebaliknya orang yang didedah dan dituduh pula yang dikenakan hukuman menurut prosedur takzir.

Hakikatnya isu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang itu bukan sahaja mendapat perhatian di Malaysia, tetapi turut mendapat perhatian juga di tempat saya di selatan Thailand dan seluruh negara Islam. Ini kerana pemimpin kanan pembangkang itu terkenal di seluruh negara Islam sebagai pemimpin pergerakan Islam berwibawa sebelum beliau didakwa terlibat dalam liwat kali pertama dan kedua.

Ramai di kalangan orang Muslim di Thailand dan seluruh dunia melihat pemimpin kanan pembangkang berkenaan sebagai mangsa politik dalam kes liwatnya. Bagaimana pun pandangan masyarakat Muslim sedikit berubah kebelakangan ini dengan pendedahan media berbanding masa lalu terutama selepas muncul pendedahan Wikileaks. Mungkin lebih ramai masyarakat Muslim akan berubah pandangan pula selepas video seks yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang berkenaan dimuat naik ke Youtube.

Berdasarkan perbincangan dengan beberapa orang guru agama di selatan Thailand yang menonton mukadimah zina dalam video seks itu, saya mendapati ada di kalangan mereka berkata, ini tidak perlu lagi kepada empat saksi.

Malah ada juga yang berkata, ini lebih kuat daripada empat saksi, bukan dalam konteks hukum hudud yang tidak pernah dilaksana pada zaman awal Islam kecuali melalui pengakuan itu, tetapi dalam konteks hukum sains dan teknologi yang meyakinkan.

pemimpin

Sesetengah guru agama berhujah, sukar untuk percaya jika ada lebih empat orang hamba Allah mendedah tentang skandal seks seorang pemimpin termasuk mereka yang menjadi objek pemimpin berkenaan, sama ada wanita mahupun lelaki (yang kena liwat). Tetapi sebaliknya bila menonton rakaman video yang mengandungi adegan-adegan seks perzinaan sesuatu pasangan kerana meyakinkan.

Pandangan beberapa guru agama selatan Thailand ini tepat dan sejajar dengan beberapa pandangan ulama yang menganggap qarinah boleh meyakinkan dan boleh mensabitkan hukuman sekurang-kurangnya hukuman takzir. Rakaman video, rakaman audia, rakaman gambar, asid deoksiribonukleik (DNA) dan sebagainya adalah qarinah belaka.

Dalam pada itu meneliti reaksi para pembaca di pelbagai laman web dan blog Arab yang turut menyiarkan videoa mukadimah zina pemimpin kanan pembangang itu tidak berbeza dengan pandangan para ustaz di selatan Thailand itu. Kerana ramai yang percaya. Ini amat berbeza sekali dengan pendedahan dibuat dalam kes liwat pertama dan kedua kerana ramai yang menganggap itu konspirasi politik. Belum pasti apa pandangan terbaru Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr. Jabilr al-Ulwani dan lain-lain ulama Arab yang sebelum ini pernah mengeluarkan fatwa menyokong pemimpin kanan pembangkang berkenaan dalam kes liwat pertama dan kedua. Mungkin mereka atau pembantu-pembantu mereka sudah menonton video berkenaan di Youtube, tetapi terpaksa diam dan membisu. Mungkin juga mereka belum lagi menonton.

Paling malang ada cerdik pandai agama dan ulama golongan lain turut terikut-ikut dan terperangkap dengan manipulasi politik pihak itu. Dengan itu mereka turut membuat kenyataan bahawa rakaman video tidak boleh dijadikan bahan pembuktian dalam kes zina.

Ingin dijelaskan di sini sebagai sambungan kepada penjelasan bahawa zina dan lain-lain jenayah hudud boleh disabitkan dengan qarinah, bagi sesetengah ulama seperti dalam kes wanita hamil dan kes wanita kena rogol. Dalam kes wanita hamil kerana perzinaan, lelaki dan wanita yang melakukan perbuatan keji itu boleh dikena hukuman jika tidak segera berkahwin untuk mengesah kedudukan mereka dan menutup aid mereka. Dalam kes rogol atau hamil kerana rogol pula, pesalah lelaki boleh disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman, manakala mangsa wanita terlepas dan wajib disembunyi identitinya.

Sebenarnya qarinah merupakan bukti terkuat selepas empat saksi dan pengakuan dalam kes zina; dan dua saksi dalam kes-kes bukan zina. Bagaimanapun, qarinah hanya bukti adalah ijtihad. Dengan itu ulama berbeza pandangan mengenainya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Kekuasaan Allah

Tanda kekuasaan Allah di angkasa lepas

ANGKASAWAN pertama Malaysia, Dr. Sheikh Muzaffar menceritakan dalam program Dari Mata Ke Hati di saluran Astro Oasis baru-baru ini, beliau begitu terasa kebesaran Allah SWT apabila melihat bumi sebuah objek yang sangat kecil dari pandangan matanya di angkasa lepas.

Jika bumi itu hanyalah sebuah objek yang kecil, betapa halusnya manusia di sisi Allah Yang Maha Besar.

Sebab itulah kita disuruh melihat langit dan bintang supaya akhirnya kita berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah yang telah mencipta alam semesta yang begitu hebat pada pandangan mata dan akal fikiran. Dan Allah juga berfirman dalam Quran bahawa Dia telah mencipta tujuh lapis langit dan segala makhluk di antaranya termasuk malaikat, jin dan manusia.

Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa. Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. - Al Fushilat (41): 12

Suatu masa dulu umat Islam agak ke depan dalam ilmu astronomi atau kajian angkasa lepas. Bagaimanapun kita terkebelakang sekarang setelah umat-umat lain menyedari kepentingan cabang ilmu ini, lalu mereka mencedok pengetahuan yang dipelopori umat Islam dan terus memajukannya hingga ke zaman sekarang.

Akhirnya mereka mencipta pesawat-pesawat untuk meneroka angkasa lepas dan kini menguasai kekuatan strategik angkasa bagi tujuan ketenteraan dan telekomunikasi yang membolehkan mereka menjadi kuasa besar dunia.

Terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir Mohamed kerana menyedari kepentingan strategik ini , lalu menggerakkan usaha untuk membolehkan Malaysia turut membuka langkah bagi membolehkan negara menceburi bidang ini.

Ia satu anjakan kecil, tetapi setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Pemergian Sheikh Muzaffar di atas tajaan kerajaan adalah sebahagian daripada langkah pertama program angkasa lepas Malaysia, walaupun beliau hanya menumpang pesawat orang lain.

Kuasa besar Amerika Syarikat telah menghantar angkasawannya mendarat di bulan, tetapi itu bukanlah pencapaian yang hebat dibandingkan dengan pengalaman Rasulullah SAW yang telah sampai ke langit ketujuh dalam perjalanan Israk dan Mikraj yang memakan masa hanya satu malam.

Di sebalik kehebatan perkembangan sains dan teknologi penerokaan angkasa pada hari ini, pesawat yang dicipta masih belum melewati langit pertama. Malah belum ada lagi saintis yang dapat menghuraikan apa yang dimaksudkan oleh Maha Pencipta tentang kewujudan tujuh lapis langit itu.

Adakah ia bermaksud tujuh sistem planetari yang setiap satu mempunyai matahari, atau ada tujuh lapisan langit di atas planet bumi, atau ia satu dimensi di luar pencapaian akal manusia? Dengan menggunakan teropong teleskop yang semakin kuat cerapannya, saintis tanpa kesudahan sentiasa menemui bintang baru.

Begitulah kekuasaan Allah yang tidak boleh dicapai oleh pengetahuan manusia kerana ia bersifat infiniti atau tiada berhujung. Dia yang awal dan Dia yang akhir adalah gambaran infiniti-Nya.

Ilmu sains juga mendapati sehalus-halus zat yang boleh dicapai oleh penglihatan manusia melalui mikroskop ialah atom. Namun pada hari ini ada ahli fizik mendapati bahawa di sebalik nukleus atom yang diselaputi proton dan neutron masih ada lagi sesuatu yang aktif tanpa penghujung dan tidak boleh dicapai dengan penglihatan.

Maha Suci Allah yang zat-Nya tidak boleh dikaji dan dicapai dengan penglihatan manusia sekalipun dengan menggunakan teleskop atau mikroskop paling kuat cerapannya. Itulah bukti bahawa segala yang ada di antara tujuh langit adalah di bawah 'genggaman' Allah yang Maha Berkuasa. Dia juga Maha Besar dan Maha Ghaib.

Jika berdasarkan hukum logik, maka pengalaman Rasulullah naik ke langit ke tujuh adalah mustahil kepada akal manusia pada hari ini, apatah lagi pada zaman manusia menunggang unta dan kuda dulu. Tetapi jika Allah menghendakki sesuatu berlaku, ia tetap akan berlaku.

Rasulullah telah melihat sesuatu yang Allah hijabkan kepada manusia lain. Hanya kepada rasul-rasulnya sahaja Allah bukakan sesuatu yang amat ghaib untuk memperkukuh iman mereka bagi menyampaikan risalah tauhid kepada umat manusia yang mahu beriman. Pengalaman yang Allah berikan kepada rasul-rasul ini adalah berbeza.

Allah menceritakan dalam Surah Al Araaf tentang Nabi Musa yang mahu melihat-Nya, sesuatu yang tidak mungkin berlaku di dunia ini kerana ia adalah anugerah paling istimewa yang disediakan hanya untuk orang-orang beriman di akhirat kelak.

Lalu Allah wahyukan kepada Nabi Musa supaya memandang sebuah gunung. Apabila Nabi Musa melemparkan pandangannya ke arah gunung itu, apa yang disaksikannya adalah tidak syak lagi tanda kewujudan dan kekuasaan Allah. Gunung itu serta-merta runtuh dan hancur lebur menyebabkan Nabi Musa jatuh pengsan.

Adakah kita manusia biasa akan memperoleh pengalaman, jika tidak sehebat para nabi itu, sekurang-kurangnya sesuatu yang akan memperkukuh keyakinan kita terhadap Allah.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. - Ali Imran (3): 190, 191

Maksud ayat-ayat ini, yakinlah dengan sebenar-benar keyakinan bahawa neraka itu wujud. Jika Allah boleh menjadikan tujuh langit dan berjuta bintang yang pengetahuan mengenainya tidak berkesudahan dan sangat kompleks bagi manusia, tentulah amat mudah bagi-Nya untuk mencipta syurga dan neraka yang disediakan bagi manusia dalam kehidupan akhirat kelak.

Maka yakinlah kepada Allah dengan sebenar-benar keyakinan. Mudah-mudahan kita akan diberikan pengalaman yang akan memperkukuh iman kita. Setidak-tidaknya kita akan berasa gementar apabila mengingati Allah.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. - Al Anfaal (8): 2

Gementar hati kerana terasa kehampiran Allah Yang Maha Besar lagi Maha Agung. Maka luluh perasaannya, berpeluh sejuk tubuhnya dan mengalir tidak berhenti-henti air matanya kerana amat terasa kedaifannya. Itulah tanda seseorang telah beriman.
TAJUK-TAJUK BERITA LAI

Sewa Lembu

Warga emas berang sewa lembu tak bayar

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my

MENTERNAK haiwan sememangnya satu cabang perniagaan yang menguntungkan. Namun sebelum menceburi bidang tersebut, seseorang itu seharusnya mengetahui sepak terajang dalam bidang penternakan mahu pun perniagaan.

Tanpa ilmu dalam bidang-bidang tersebut, nescaya kita akan mudah diperkotak-katikkan oleh orang lain hatta rakan kongsi yang diharap-harapkan.

Kes minggu ini melibatkan Hamzah Abdullah, 60, dari Kuala Terengganu. hasratnya untuk bergiat dalam perniagaan menternak haiwan memberi pengalaman baharu dalam kehidupannya.

Kisahnya bermula apabila dia membeli tiga ekor lembu pada 2008. Memandangkan dia tidak berpengalaman mengurus dan memelihara haiwan itu, tanggungjawab tersebut diserahkan bulat-bulat kepada sebuah syarikat penternakan lembu.

Kedua-dua pihak bersetuju dengan dua syarat.

Syarat pertama ialah mengenakan kadar sewa RM4,500 setahun untuk ketiga-tiga ekor lembu itu.

Manakala syarat kedua, hasil pembiakan diserahkan kepada syarikat berkenaan.

Apa yang mengecewakan ialah perjanjian dimeterai hanya tinggal catatan di atas kertas apabila syarikat itu gagal membayar sewa yang sepatutnya.

Nekad untuk menghentikan urus niaga itu, warga emas tersebut menuntut semula bayaran RM25,000 daripada syarikat berkenaan.

Tuntutan tersebut adalah untuk menebus semula bayaran lembu-lembu yang disewakan kepada syarikat terbabit yang gagal memenuhi perjanjian.

Dalam kepayahan, dia sanggup datang ke ibu negara semata-mata untuk menyelesaikan tuntutannya di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Pada prosiding tribunal baru-baru ini, hasil kebijaksanaan Presiden TTPM, M. Suppiah, masalah itu berjaya diselesaikan dengan persetujuan bersama antara Hamzah dan wakil syarikat terbabit.

Wakil syarikat itu yang hanya mahu dikenali sebagai Normala berjanji menjelaskan keseluruhan bayaran tersebut tetapi memohon sedikit masa kerana syarikatnya mengalami kerugian sejak beberapa tahun lalu.

Buat permulaan, ujar Normala, syarikatnya akan menjelaskan bayaran tuntutan sewa RM4,500. Baki sebanyak RM21,000 pula akan dijelaskan secara ansuran sehingga Jun ini.

Suppiah kemudiannya menjelaskan, pengakuan Normala akan direkodkan dan diambil kira sebagai perintah tribunal.

Sekiranya syarikat tersebut gagal berbuat demikian, Hamzah boleh melaporkan kepada Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan lanjut.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Saturday, April 23, 2011

Bil Letrik Puluhan Ribu


10 pengadu tuntut pembelaan caj bil elektrik RM84,000

SKUDAI – Seramai sepuluh pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) tampil mengadukan permasalahan mereka yang didakwa menanggung bil tuntutan elektrik dengan nilai RM84,248.09.

Antara pengadu yang hadir ialah Lim Cher Kee, 50, yang dikatakan telah mengusik meter elektrik rumahnya di Jalan Kebangsaan 10, di sini sejak tahun 2005.

Hasil daripada pemeriksaan TNB itu pada 23 Oktober 2010, ahli perniagaan itu kini menanggung bil tuntutan RM6,209.

Nasib yang sama berlaku terhadap akauntan, Sharon (bukan nama sebenar), 36, yang menanggung bil tuntutan RM8,631.82 bagi kediamannya di Taman Impian Emas.

Sementara itu, Ah Eng yang turut bersimpati dengan permasalahan pengguna itu mahu keadilan diberikan kepada setiap pengguna dan turut menegur perilaku pegawai TNB.

“Adakah adil kita kenakan bayaran yang tinggi tanpa pengguna sendiri mengetahui permasalahan yang dihadapi mereka, yang ada di antaranya memakan masa bertahun-tahun lamanya.

“Saya harap TNB dapat melihat dan mencari penyelesaian caj bayaran yang tinggi ini, dan sikap pegawai TNB yang pergi ke premis pengguna yang dilaporkan tidak menjelaskan apa situasi sebenar yang berlaku,” katanya.

Ah Eng turut menegur layanan petugas kaunter yang dikatakan tidak mesra pelanggan apabila pengguna tampil mengadukan permasalahan.

Gajah Masuk Masjid


Gajah serang masjid

JERAM LANDAK - Sekumpulan jemaah yang ingin menunaikan solat Subuh awal pagi semalam gempar apabila mendapati keadaan persekitaran masjid di kawasan ini mengalami kerosakan akibat serangan gajah.

Kejadian awal pagi itu turut memusnahkan tanaman seperti pokok pisang dan kelapa selain menyebabkan pagar di bahagian belakang masjid itu rosak.

Haiwan itu turut meninggalkan najis di kawasan bangsal masjid selain merosakkan beberapa peralatan memasak seperti tungku kawah.



Gajah datang dari arah kebun



Seorang penduduk, Aziz Yusof, 40, berkata, sehari sebelum kejadian gajah memasuki kawasan masjid, haiwan itu didapati berada di kebunnya.

“Sekitar jam 6 petang kelmarin, saya selesai menoreh dan kembali ke kebun kira-kira jam 8 malam untuk mengisi bahan pengeras getah berikutan hujan dijangka berlaku malam itu.

“Ketika sampai di kebun, saya mendapati pondok kayu yang menjadi tempat saya berehat rosak dan hampir musnah. Selain itu, beberapa dahan pokok getah juga patah. Saya cuba mengenal pasti penceroboh yang masuk ke kawasan kebun getah ini dan ternampak najis gajah tidak jauh dari pondok kayu itu,” katanya.

Aziz berkata, setelah ternampak najis itu, dia bergegas pulang ke rumah kerana khuatir diserang gajah.

“Saya bimbang haiwan itu datang secara tiba-tiba dan menyerang saya,” katanya.



Larang penduduk keluar



Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan itu, Isa Mohd Yusof berkata, semua penduduk diminta supaya tidak keluar menoreh getah pada hari kejadian berikutan serangan gajah di kampung itu.

“Hampir seluruh penduduk mempunyai kebun getah dan kami percaya kumpulan gajah yang terdiri daripada ibu dan anak masih ada di kawasan kebun itu.

“Justeru, saya berharap penduduk kampung dapat mendengar arahan kerana bimbang keselamatan mereka terancam,” katanya.

Isa berkata, terdapat beberapa penduduk ternampak kelibat haiwan itu yang memusnahkan kebun pisang sekitar tiga hingga empat hari lalu.

“Kami percaya kumpulan gajah itu datang dari hutan simpan berhampiran. Selain itu, penduduk turut menjumpai tapak kaki gajah di sungai berhampiran iaitu tempat haiwan itu menyeberang untuk sampai ke kampung ini.

“Saya sudah melaporkan kejadian ini kepada Pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) daerah dan mereka bergegas ke sini untuk menjejaki kumpulan gajah itu,” katanya.



Kejadian pertama



Seorang warga emas, Siti Aminah Abdul Rahman, 63, berkata, kejadian serangan gajah itu pertama kali berlaku sepanjang dia tinggal di kampung itu.

“Selama 63 tahun saya tinggal di sini, tidak pernah kampung ini diserang atau dimasuki gajah. Kejadian pada hari ini (semalam) amat menakutkan dan kami sebagai penduduk gusar untuk pergi ke mana-mana kerana takut diserang gajah.

“Haiwan itu sukakan abu dari dapur kayu dan dipercayai menyerang kawasan masjid kerana terdapat abu di bangsal,” katanya.





Cuba buat pemantauan



Sementara itu, Pengarah Perhilitan negeri, Khairiah Mohd Shariff ketika dihubungi Sinar Harian berkata, setelah menerima laporan daripada penduduk, pegawainya pergi ke kawasan itu malam kelmarin untuk membuat pantauan.

“Tindakan susulan turut dilakukan pagi semalam dan pegawai Perhilitan melakukan tembakan untuk menghalau gajah dari kawasan kampung itu.

“Kami percaya gajah itu bergerak dalam satu kumpulan dan sebahagian daripadanya sudah menyeberangi sungai untuk pulang ke habitat asal mereka.

“Namun, terdapat seekor lagi gajah yang masih ada di sekitar kampung itu kerana dipercayai berpecah daripada kumpulan asal,” katanya.

Khairiah berkata, Perhilitan akan memantau dari semasa ke semasa keadaan kampung itu dan penduduk diminta supaya tidak menoreh getah buat sementara waktu.

“Buat sementara waktu, unit gajah dari Jabatan Perhilitan sedang melakukan operasi di daerah Bera. Setelah selesai, mereka akan bergerak ke kampung itu untuk membuat tindakan susulan,” katanya.