Wednesday, April 13, 2011

Dalang Kad Kredit Tipu


Dalang tipu kad kredit
Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TUMPAS...Amar Singh (tengah) menunjukkan kad kredit dan telefon bimbit yang dirampas.
TUMPAS...Amar Singh (tengah) menunjukkan kad kredit dan telefon bimbit yang dirampas.

KUALA LUMPUR: Tujuh posmen dan seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menjadi dalang sindiket penipuan kad kredit ditahan dalam beberapa serbuan berasingan sekitar Lembah Klang pada 1 April hingga 9 April lalu.

Sindiket yang menggunakan khidmat posmen bagi memintas kad kredit mangsa itu akan membayar upah antara RM50 sehingga RM100 bagi satu kad kredit dipintas.


Difahamkan, mereka turut dibantu lima individu lain termasuk dua lelaki dan tiga wanita dipercayai sudah menjalankan kegiatan itu sejak 2009 hingga membabitkan kerugian RM1 juta.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, tangkapan pertama dibuat pada 1 April lalu, kira-kira jam 5 petang, apabila seorang lelaki berumur 37 tahun ditahan di Pejabat Pos Taman Shamelin, Cheras kerana cuba mengambil bungkusan yang mengandungi kad kredit yang didaftarkan atas nama seorang wanita.


“Pejabat Pos cuba menghubungi wanita yang menjadi pemilik kad berkenaan namun dia menafikan sudah mendapat kad kredit yang dipohon.


“Hasil pemeriksaan mendapati, suspek juga menggunakan kad pengenalan palsu atas nama pelanggan yang menjadi sasaran mereka bagi menuntut bungkusan kad kredit berkenaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, semalam.

Click Here

Beliau berkata, selepas posmen terbabit membawa keluar kad kredit yang akan dipos kepada pemiliknya, anggota sindiket bertindak menukar cip asal dengan yang palsu.


“Mereka akan mengeluarkan cip yang ada pada kad kredit asal dan meletakkan pada kad kredit lain sebelum pegawai JPN berkenaan mengesahkan identiti sebenar pemilik kad kredit itu untuk digunakan anggota mereka,” katanya.

Katanya, kad kredit asal akan ditampal dengan cip yang palsu sebelum kad kredit itu dipulangkan semula kepada pemilik secara pos sekali gus berjaya mengaburi mata mangsa yang ‘terkena’.


Susulan penahanan semua suspek itu, polis merampas 10 keping kad kredit, sebuah kereta, 19 telefon bimbit dan 11 sampul surat yang mengandungi kad kredit.


Sementara itu, tujuh posmen dilapor ditahan itu sudah ditamatkan perkhidmatan berkuatkuasa serta merta.


Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Bhd Datuk Syed Faisal Albar berkata Pos Malaysia kesal dan memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab itu walaupun ia adalah kes terpencil.


“Pos Malaysia Bhd sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan kes-kes dan perbuatan salah laku atau merosakkan surat dan item mel dan tidak memaafkan perbuatan yang tidak bertanggungjawab di kalangan kakitangan pos,” katanya dalam kenyataan semalam.

No comments:

Post a Comment