Friday, April 29, 2011

Awang Hitam Mengganggu

Tak tahan gangguan Awang Afrika
Oleh Hamizah Badiran
hamizah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PETALING JAYA: Sikap tamak pemilik rumah di Apartmen Mentari Court di sini, menyewakan rumah mereka kepada pendatang dan pelajar asing terutamanya warga Afrika menimbulkan kebimbangan penduduk setempat berikutan segelintir mereka sering mengganggu remaja perempuan dan wanita tempatan di situ tanpa mengira waktu.

Menurut beberapa penduduk yang ditemui, kehadiran warga Afrika dan asing lain seperti Indonesia serta Filipina di situ menimbulkan rasa tidak senang disebabkan gaya hidup mereka yang lebih bebas dan tidak menghormati orang lain.


Pelajar, Herziyanti Mohd Zaki, 25, berkata teman serumahnya menjadi mangsa gangguan seorang lelaki warga Afrika itu ketika berada di dalam lif.

“Ketika kejadian, secara kebetulan seorang lelaki warga Afrika berada di dalam lif dengan kawan saya yang mahu pulang ke rumah untuk mengambil kad pekerjanya yang tertinggal. “Namun secara tiba-tiba, lelaki itu merampas telefon bimbit kawan saya bertujuan untuk memasukkan nombor telefonnya dan dia tidak akan memulangkan telefon itu selagi kawan saya tidak mengambil nombor telefonnya,” katanya.


Herziyanti berkata, kejadian itu menyebabkan kawannya trauma untuk menaiki lif seorang diri dan sentiasa berhati-hati ketika berjalan di taman.


Selain rakannya, ramai pelajar dan wanita tempatan turut menerima nasib yang sama tatkala bersendirian di taman atau di dalam lif.

Saadiah Bakar, 30, pula mempersoalkan tujuan kedatangan warga Afrika yang dilihat semakin ramai di sekitar kawasan bandar Sunway sejak kebelakangan ini.


“Saya sendiri tidak pasti sama ada mereka datang untuk belajar atau apa kerana sentiasa bergaya selain memandu kereta mewah.

“Lagak mereka menyebabkan saya sentiasa berasa khuatir terhadap kedua-dua anak gadis saya yang akan pergi dan pulang dari kelas,” katanya.

1 comment:

  1. Awang hitam mempunyai adat yang kuno dan tak dimodenkan. Itulah sebabnya mereka di benci dilain-lain benua yang mereka pergi. Kematian disebabkan AIDS paling tinggi dikalangan Awang Hitam kerena mereka banyak lakukan seks rambang. Kaum perempuan Malaysia perlu diberitahu tentang hal ini.

    ReplyDelete