Thursday, April 14, 2011

Hilang Balik Dari Sekolah


Pelajar hilang semasa pulang dari sekolah

PUTRAJAYA 13 April - Seorang pelajar perempuan, Nur Atiqah Tajuddin, 16, yang ke sekolah untuk membantu gurunya menghias kelas pada Jumaat lepas di Sekolah Menengah Presint 9 (1) dilaporkan tidak pulang ke rumahnya sehingga hari ini.

Nur Atiqah didapati hilang bersama rakan baiknya, Nuraiza Atiqah Nordin, 12.

Ibunya, Roslinda Karim, 46, berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya, ketika pulang ke rumah pada waktu rehat iaitu hari yang sama pukul 1 petang sebelum kembali ke tempat kerja di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada pukul 2 petang.

"Apabila anak-anak memberitahu Nur Atiqah tidak pulang ke rumah sehingga pukul 6.30 petang, saya terus hubungi rakannya yang sama-sama ke sekolah dan diberitahu anak saya sudah keluar dari sekolah.

"Lokasi terakhir pertemuan mereka di perhentian bas berhampiran sekolah untuk bertemu seorang lagi rakan perempuannya berusia 12 tahun yang turut hilang," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, Nur Atiqah, anak keempat daripada enam beradik itu tidak membawa telefon bimbit dan sebarang dokumen pengenalan diri.

Roslinda menambah, Nur Atiqah berkulit hitam manis, tinggi 170 sentimeter, bertubuh sederhana, berambut pendek dan lurus berwarna perang.

"Saya sudah cuba menghubungi telefon bimbit Nuraiza Atiqah tetapi dijawab oleh individu tidak dikenali. Laporan polis sudah dibuat pada Sabtu lepas tetapi sehingga kini anak saya masih belum ditemui.

Orang ramai yang ada menemui Nur Atiqah diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menelefon Roslinda di talian 012-3640643 atau suaminya Tajuddin Mohd. Yusof 012-6759518.

No comments:

Post a Comment