Tuesday, April 19, 2011

Zahi Hawas

Zahi Hawass dihukum penjara ingkar arahan mahkamah

KAHERAH 18 April – Sebuah mahkamah di Mesir semalam menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap Menteri Warisan, Zahi Hawass (gambar) dan mengarahkan supaya jawatan beliau dilucutkan.

Perintah itu dibuat selepas Hawass menolak untuk mematuhi arahan mahkamah dalam satu kes melibatkan pertikaian tanah.

Hawass yang dinamakan sebagai Menteri Warisan bulan lalu dan menjadi Ketua Majlis Tertinggi Barangan Antik di bawah pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak dengan segera menyatakan beliau akan mengemukakan rayuan.

Hukuman itu bagaimanapun digantung sehinggalah rayuan dibuat.

Hawass yang dikenali sebagai pakar ahli kaji purba Mesir dijatuhi hukuman itu selepas satu tuntutan mahkamah difailkan ke atas beliau berhubung pertikaian tanah.

Dalam keputusan berhubung pertikaian itu, beliau diarahkan untuk mengembalikan tanah kepada plaintif, tetapi enggan melakukannya.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara setahun, denda 10,000 pound Mesir (RM4,838) dan dilucutkan daripada jawatan Menteri Warisan Mesir.

Beliau sendiri mengesahkan kepada wartawan akan mengemukakan rayuan dan menyatakan keputusan mahkamah itu tidak bertujuan menyerang peribadinya. – AFP
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment