Tuesday, April 12, 2011

Ngaku Tumbuk Cikgu

Pelajar mengaku tumbuk guru wanita

KANGAR 11 April - Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menumbuk seorang guru wanita di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, Bukit Keteri, Padang Besar, dekat sini Khamis lalu.

Pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Majistret Nur Shahida Abdul Rahim.

Tertuduh didakwa telah menumbuk Mariati Mat Ail, 37, sehingga menyebabkan kecederaan di hidung guru mata pelajaran Sejarah tersebut di sekolah berkenaan kira-kira pukul 12.45 tengah hari, 7 April lalu.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohamad Sabry mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu hukuman dijatuhkan pada 4 Mei ini.

Akhbar minggu lalu melaporkan bahawa guru wanita tersebut ditumbuk apabila dia memanggil pelajar berkenaan setelah melihat satu pergaduhan berlaku di luar sebuah kelas di sekolah terbabit.

No comments:

Post a Comment