Tuesday, April 12, 2011

Lesapkan 7juta

RM1.7 juta wang syarikat lesap

PULAU PINANG 11 April - Polis sedang mencari seorang kerani akaun, Chuah Siew Lay bagi membantu siasatan kes melesapkan wang RM1.7 juta milik sebuah syarikat sejak empat tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, suspek berusia 40 tahun dipercayai membuat 41 transaksi ke dalam akaun bank milik rakannya sebelum dikeluarkan dan diserahkan kepadanya.

Katanya, kehilangan wang berjumlah RM1.7 juta itu hanya disedari pengurus syarikat tersebut 8 April lalu sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang.

"Modus operandinya mudah iaitu dengan memasukkan wang secara beransur-ansur ke dalam akaun milik rakan wanita yang berusia 25 tahun. Wang itu kemudian akan dikeluarkan dan diserahkan kepada suspek.

"Setakat ini kita telah menahan rakan suspek dan berjaya membekukan wang RM231,000 yang terdapat di dalam akaunnya. Bagaimanapun, baki RM1.5 juta lagi dipercayai telah dipindahkan ke luar negara dan kita sedang cuba mengesannya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Roslee, maklumat terbaru yang diterima pihaknya menunjukkan suspek kini berada di Kuantan.

Jelas beliau, pengakuan yang diambil daripada rakan tertuduh yang bekerja di salun rambut juga menunjukkan suspek telah menjadikan akaun rakannya itu sebagai tumpangan sebelum wang tersebut diambil bagi tujuan perniagaan.

"Justeru, kita meminta Siew Lay atau orang yang mengenalinya untuk tampil membantu siasatan polis dengan menghubungi Inspektor Siti Mazira Zakaria di talian 013-9890900," katanya.

No comments:

Post a Comment