Tuesday, April 12, 2011

Samun Lori Baja

Pengusaha lori rugi RM200,000

KUANTAN 11 April - Seorang pengusaha pengangkutan kerugian RM200,000 apabila sebuah lori treler muatan baja kelapa sawit dilarikan penyamun bersenjata tajam di kawasan perindustrian Mentakab, Temerloh awal hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supritendan Nordin Mustapha berkata, dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, dua lelaki bersenjatakan parang panjang dan sebatang kayu memecah masuk premis syarikat lori tersebut dan menyamun pengawal keselamatan syarikat terbabit.

Menurut beliau, suspek kemudian bertindak mengikat tangan dan mulut mangsa dengan pita pelekat.

"Kedua-dua suspek yang dipercayai penduduk tempatan selepas itu melarikan sebuah lori treler muatan baja kelapa sawit," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment