Saturday, October 19, 2013

abang jongang tipu aweq


Kuala Lumpur – Seorang mangsa setiap bulan. Itu purata gadis negara ini yang menjadi mangsa kelicikan seorang kasanova berasal dari Singapura yang setakat ini merogol dan memperdaya 10 mangsa sejak Januari lalu.
Suspek baru berusia 25 tahun dan semua mangsa dipancing melalui Internet dengan memaparkan gambar lelaki berwajah tampan di laman Facebook (FB) sedangkan wajah dia sebenarnya tidak kacak, malah bergigi jongang.
Sumber polis berkata, lelaki berbangsa Cina itu juga bijak mengumpan mangsanya dengan menjanjikan peluang perniagaan serta kemewahan.
Menurutnya, semua mangsa lelaki kaki belit itu berusia 18 dan 19 tahun yang turut membabitkan gadis Melayu, Cina serta India.
“Mangsa terbarunya ialah seorang remaja perempuan berusia 19 tahun berasal dari Johor yang membuat laporan polis 13 Oktober lalu mendakwa dia bukan saja dirogol, malah turut disamun hingga kerugian lebih RM2,000,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Menurut sumber itu, di dalam aduannya mangsa memaklumkan dia mengenali suspek menerusi laman FB pada Ogos lalu dan lelaki itu mengumpannya dengan pelbagai kemewahan termasuk mengajaknya menjadi rakan kongsi untuk membuka perniagaan kafe siber.
“Selepas dipujuk hampir dua bulan melalui FB, mangsa yang berasal dari Johor kemudiannya datang ke ibu kota pada 4 Oktober lalu untuk bertemu suspek.
“Mangsa tiba di Pudu Sentral kira-kira jam 8.30 malam dan disambut suspek, namun mangsa terkejut apabila mendapati wajah suspek bukanlah tampan sebagaimana dipaparkan di dalam FB, sebaliknya hodoh dan bergigi jongang,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa yang tidak mempunyai pilihan kerana tiada kenalan lain di ibu kota memberitahu dia terpaksa mengikuti suspek sebelum dibawa penjenayah itu ke sebuah hotel di ibu kota.
“Mangsa dikurung dalam hotel itu selama enam hari dan dirogol berulang kali. Pada 10 Oktober barulah mangsa berjaya keluar dari hotel itu selepas suspek menghilangkan diri ketika mangsa menunggunya di lobi hotel berkenaan untuk dihantar ke stesen bas.
“Suspek turut melarikan wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa bernilai RM2,200,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian pulang ke kampung di Johor dan menceritakan kejadian kepada keluarga sebelum dinasihatkan membuat laporan polis.
“Kes berkenaan dirujuk ke Balai Polis Tun HS Lee dan sedang disiasat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur,” katanya.
Harian Metro difahamkan, setakat ini pihak berkuasa belum berjaya menahan lelaki terbabit, namun usaha mengesannya sedang giat dijalankan. – HMetro.

Monday, September 23, 2013

Saturday, September 21, 2013

nasib la siapa makan disini


Dapur Penuh Tahi Kucing
  • Dapur penuh tahi kucing Penguatkuasa menemui tahi kucing dalam sebuah premis yang diperiksa
1 / 2
ALOR SETAR - Tahap kebersihan yang amat menjijikkan apabila tahi kucing didapati bersepah berhampiran dapur sebuah kedai tomyam di Kuala Kedah malam kelmarin.

Selain itu, keadaan dapur kotor dan persekitaran kedai dipenuhi haiwan berkeliaran yang dapat dilihat sepanjang operasi tomyam oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Sinar Harian yang turut sama dalam operasi itu mendapati, ramai peniaga tidak mengutamakan kebersihan terutama di bahagian dapur, malah membiarkan haiwan seperti kucing dan tikus berkeliaran bebas di kawasan premis termasuk penemuan tahi kucing di bahagian dapur.

Pegawai Kesihatan Daerah Kota Setar II, Dr Narimah Hanim Ibrahim berkata, 10 notis Perintah Penutupan Premis Sementara membabitkan pelbagai kesalahan.

Beliau berkata, premis terbabit diberi notis tutup selama dua minggu kerana didapati tidak bersih hingga boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada pelanggan.

Dalam tempoh itu, pemilik premis atau pengendali makanan perlu memastikan premis mereka dalam keadaan bersih sebelum pemeriksaan semula dilakukan pegawai kesihatan.

“Kita menasihati pemilik premis dan memberi tempoh untuk membersihkan kedai masing-masing bagi mengelak mereka diseret ke mahkamah.

“Jika masih ingkar, kita tidak teragak-agak untuk membawa kes ini ke mahkamah mengikut Akta Makanan 1983 atau Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya kepada media selepas tamat operasi itu awal pagi semalam.

Selain notis penutupan, 15 premis dikenakan kompaun MBAS termasuk permit perniagaan tamat tempoh membabitkan nilai keseluruhan RM4,700.

Beliau yang tidak puas hati dengan tahap kebersihan premis makanan yang diperiksa apabila mendapati  pengendali makanan masih tidak mengambil suntikan imunisasi.

“Mereka juga dinasihati mengikuti kursus asas pengendalian makanan supaya dapat meningkatkan dan membaiki tahap kesedaran berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di premis.

“Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua pemilik premis dan pengendali makanan mengambil berat tahap kebersihan,” katanya.

Seorang pengusaha premis sanggup menutup lampu kedainya seolah-olah tidak beroperasi setelah menyedari kehadiran anggota penguat kuasa di kedai berhampiran walaupun terdapat pelanggan ketika itu.

Selain itu, berlaku pertengkaran pemilik restoran dengan pegawai kesihatan setelah tidak berpuas hati dengan arahan agar premis mereka ditutup serta merta.

Operasi itu disertai 50 anggota penguat kuasa termasuk dari MBAS memeriksa 18 premis makanan bermula dari jam 9 malam hingga 12 tengah malam.

Tuesday, September 17, 2013

menabung rm 20 sebulan mampu pergi haji

Berkat simpanan RM20 sebulan


Mohd. Zaidi Mohd. Said (dua dari kiri) beramah mesra dengan empat sekeluarga yang akan menunaikan fardu haji dalam majlis meraikan bakal jemaah haji di Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/SAZALI CHE DIN
PERMATANG PAUH 15 Sept. - Selama hampir 24 tahun, Zaid Man membuat potongan gaji bulanan sebanyak RM20 dengan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sebagai simpanan untuk mengerjakan haji di Mekah.
Bekas pengawal keselamatan di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin, Bukit Mertajam itu tetap meneruskan rutin menyimpan duit di Tabung Haji biarpun bersara pada 1996 dan menumpukan kerja-kerja sebagai pesawah di Kampung Permatang Pasir di sini.
Menurut Zaid, 72, dia pernah mendapat panggilan menunaikan haji pada 1999 namun terpaksa ditolak pada saat-saat akhir akibat masalah yang tidak dielakkan.
"Tapi tahun ini saya tak akan menolak lagi sebab ini adalah impian saya dan isteri, Maseran Said, 69, sejak sekian lama dan perasaan teruja semakin membuak-buak untuk ke sana.
"Syukur kepada Allah kerana dapat peluang pada tahun ini serta rezeki yang diberi hasil simpanan RM20 itu selain mengerjakan bendang di kampung ini," katanya yang akan berangkat ke Tanah Suci pada 1 Oktober ini dan dijangka kembali ke tanah air pada 14 November.
Zaid ditemui Utusan Malaysia dalam majlis meraikan bakal jemaah haji Parlimen Permatang Pauh yang dianjurkan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian itu hari ini.
Dalam majlis itu, sebanyak 90 jemaah menerima sumbangan wang tunai yang disampaikan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said.
Seorang lagi bakal jemaah, Wan Rohani Harun, 46, berkata, dia amat teruja menunaikan haji kali pertama bersama ibu, bapa dan seorang adiknya.
"Saya bersyukur dipilih untuk ke sana pada tahun ini bersama bapa, Harun Mat Taib, 73, dan ibu, Wan Esah Wan Chik, 65, serta seorang adik, Wan Rohana, 45.
"Ini kali kedua ibu dan bapa saya menunaikan haji selepas kali pertama pada 1999 dan tahun ini mereka akan menjadi mahram untuk saya dan adik," katanya yang berasal dari Kubang Semang.
Sementara itu, Zaidi berkata, majlis itu adalah acara tahunan Pemuda bahagian tersebut sebagai tanda ingatan kepada bakal jemaah haji.
Jelasnya, semua jemaah dinasihatkan memperbetulkan niat ketika melakukan ibadat dan dapat melakukan ibadat dengan sempurna.

Friday, September 13, 2013

pijat dalam bas

9 jam tahan gatal digigit pijat
  • 9 jam tahan gatal digigit pijat Leher Agos turut bengkak dan masih gatal selepas beberapa hari digigit pijat.
3 / 3
TEMERLOH – Seorang penumpang bas ekspres terpaksa menahan gatal seluruh badan selama sembilan jam apabila diserang berpuluh ekor pijat dalam bas yang dinaiki dari Alor Setar menuju ke Temerloh, 8 September lalu.

Penumpang terbabit Agos Salim Mohd Som, 32, mendakwa, akibat serangan pijat itu seluruh badannya mengalami gatal yang teruk dan bengkak pada kaki dan belakang badan.

Menurutnya, turut sama diserang serangga tersebut ialah enam lagi penumpang lain yang menaiki bas sama.

“Kejadian berlaku semasa saya bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang selepas mengadili kejohanan mountain bike kebangsaan di Kedah.

“Saya naik bas berkenaan dari Jitra dan apabila sampai di Alor Setar, penumpang bas yang menuju ke Temerloh dan Kuantan diarah pengurusan syarikat bas itu untuk menaiki sebuah lagi bas berasingan.

“Selepas berada 10 minit dalam bas itu, saya terasa digigit di belakang badan. Pada mulanya saya ingat nyamuk, tetapi selepas beberapa kali digigit saya terpaksa menanggalkan baju dan dapati ia adalah pijat,” katanya.

Agos berkata, dia kemudian mengadu masalah itu kepada pemandu bas tersebut, namun pemandu tidak percaya sehinggalah dia menunjukkan bukti beberapa ekor pijat yang ditangkap.

“Apabila berhenti di sebuah hentian, pemandu bas itu menyembur racun serangga, tetapi keadaan tetap sama malah semakin ramai penumpang mengadu gatal seluruh badan.

“Saya terpaksa menahan rasa tidak selesa dan gatal selama sembilan jam hingga sampai ke Temerloh,” katanya.

Menurutnya, pada 10 September lalu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Temerloh mengenai kejadian yang menimpanya.

“Hingga hari ini saya masih gatal seluruh badan termasuk bengkak buku lali. Saya harap syarikat terbabit ambil tindakan segera dengan membunuh pijat itu supaya tidak berulang kepada penumpang lain terutama pelancong luar negara.

“Saya turut sertakan bukti, termasuk pengesahan klinik 1Malaysia dan laporan polis dibuat bagi menunjukkan rasa tidak puas hati saya,” katanya.

Wednesday, September 11, 2013

maut dirogol 5 bini

 
Lelaki Nigeria maut 'dirogol' lima isteri

ABUJA - NIGERIA. Gara-gara cemburu, seorang ahli perniagaan di Nigeria meninggal dunia kerana 'diperkosa' lima daripada enam isterinya, Julai lalu.

Insiden itu berlaku selepas lima isterinya tidak berpuas hati kerana mangsa, Uroko Onoja mengadakan hubungan seks dengan isteri paling muda.

Kelima-lima mereka memaksa Onoja mengadakan hubungan seks secara bergilir-gilir hingga mangsa berhenti bernafas secara tiba-tiba.

Menurut DailyMail,susulan kejadian itu, dua daripada lima isterinya telah ditahan polis.

Thursday, August 22, 2013

tokki dan wan berparang akibat rm 36


Sungai Siput: Hanya kerana wang RM36 yang hilang, satu pasangan suami isteri warga emas bergaduh hingga menyebabkan kedua-duanya cedera parah dalam kejadian di kampung baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, pasangan terbabit ‘berperang’ apabila si isteri berusia 66 tahun menuduh suaminya yang berusia 73 tahun mencuri wang. 
Sumber polis berkata, tuduhan isterinya menyebabkan si suami menetak kepala isterinya dengan parang, manakala si isteri mempertahankan dirinya dengan tukul besi.
Berdasarkan siasatan awal, si isteri berjaya merampas parang yang digunakan suaminya itu sebelum membalas serangan dengan menetak suaminya pula.
PETUGAS ambulans memeriksa kecederaan lelaki terbabit.
WANITA terbabit memeriksa kecederaan dialami.
“Tidak cukup dengan itu, si isteri turut menyimbah minyak panas ke atas suaminya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan yang didengari jiran mereka.

Saturday, July 20, 2013

doktor palsu

Nyaris terperdaya janji ‘doktor’
Nyaris terperdaya janji ‘doktor’
Lina membuat pendedahan aktiviti lelaki yang dipercayai menyamar sebagai doktor memberi tawaran kerja dengan gaji lumayan.
RAUB - Tawaran gaji lumayan dengan pelbagai kemudahan bekerja di ibu kota nyaris menjerat dua wanita menjadi mangsa lelaki yang mendakwa dirinya sebagai ‘doktor’.

Hanya mahu dikenal sebagai Cik Lina, wanita berusia 22 tahun ini hampir mengikut kata hati untuk terima pelbagai tawaran lelaki berkenaan.

Menurutnya, lelaki itu mendekatinya dan rakan dengan memperkenalkan diri sebagai Dr Haris Fernandez yang mempunyai empat cawangan klinik di Kuala Lumpur.

“Dia berperwatakan sederhana dalam usia lewat 40an atau awal 50an dan memakai cermin mata serta mempunyai raut wajah seperti kacukan atau Nasrani.

“Mendakwa ada kereta BMW tetapi ditinggalkan di Kuala Lumpur dan hanya datang ke Raub dengan menaiki Perodua Viva berwarna perak atau Proton Saga model lama,” katanya.

Cik Lina berkata, lelaki itu menawarkannya bekerja di sebuah klinik miliknya tetapi perlu menghadiri kursus terlebih dahulu selama tiga bulan.

Katanya, dia dan rakan ditawarkan elaun sebanyak RM900 sepanjang berkursus dan gaji RM1,200 sebaik memulakan kerja.

“Bagi mengukuhkan lagi kepercayaan kami kepadanya, lelaki ini mendakwa pernah bekerja sebagai Timbalan Pengarah Hospital Raub dan berhasrat untuk membina Hospital Bersalin dekat Jalan Tan Tiong di sini.

“Pada awalnya kami percaya tetapi selepas mendapatkan pandangan keluarga dan rakan lain, terus kami batalkan hasrat kerana apabila difikirkan lebih teliti kelihatan banyak perkara meragukan,” katanya.

Dia berkata, berdasarkan cerita yang didengarinya, sudah ramai wanita atau anak gadis yang pernah didekati lelaki ini dengan cara yang sama sejak Mac hingga akhir bulan lalu.

Menurutnya, terdapat juga dakwaan mengatakan lelaki ini mengeluarkan kata-kata tidak sopan berunsur lucah dalam usaha memancing mangsa.

“Lelaki yang fasih berbahasa Melayu ini mengaku duda dan mempunyai seorang anak yang kini berada di London.

“Ketika menawarkan kami kerja, dia juga berkata bahawa kami berpeluang menjadi isterinya,” katanya.

Cik Lina berkata, berdasarkan cerita orang sahaja sudah membuatkan dia ketakutan dan terus tidak jadi bekerja dengannya.

“Syukur kami selamat. Saya dan rakan kini tidak lagi bekerja dan tinggal bersama keluarga di sini,” katanya yang sebelum itu bekerja di sebuah salon ketika didatangi lelaki berkenaan.

Sinar Harian difahamkan mereka masih belum membuat laporan polis tetapi berharap agar gadis dan wanita di daerah ini supaya lebih berhati-hati dan elakkan daripada menjadi mangsa.

Thursday, July 18, 2013

pelajar kuat seks

Pelajar dicekup berkhalwat bersama tukang masak
Pasangan lelaki
Pasangan lelaki yang bekerja sebagai tukang masak ditahan kerana berkhalwat di sebuah bilik hotel, di bandar Dungun, petang kelmarin.
Pelajar tingkatan empat
Pelajar tingkatan empat dibawa ke Pejabat Agama Dungun selepas disyaki melakukan perbuatan tidak bermoral bersama teman lelakinya.
DUNGUN – Seorang pelajar tingkatan empat bersama teman lelakinya, seorang tukang masak di sebuah kedai makan ditahan Pegawai Penguat kuasa Syariah kerana berkhalwat di sebuah bilik hotel, dekat sini, lewat petang kelmarin.

Dalam serbuan itu, pegawai syariah bersama polis terpaksa memecahkan pintu bilik kerana pasangan terbabit enggan bekerjasama sebelum berjaya memasuki bilik disewa pasangan lelaki terbabit, sejak dua hari lalu.

Soal siasat mendapati, mereka tidak mempunyai hubungan muhrim dan bilik itu disewa pasangan lelaki yang berasal dari Balai Besar, dipercayai untuk melakukan hubungan seks.

Menurut pelajar terbabit, dia masuk ke bilik tersebut kira-kira jam 5 petang dan sempat melakukan seks bersama teman lelakinya yang telah berkahwin serta mempunyai seorang anak.

Pelajar terbabit yang masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Dungun itu juga turut mengakui pernah beberapa kali melakukan hubungan seks dengan pasangan berlainan dan menghadapi tindakan undang-undang kerana melakukan perbuatan tidak bermoral.

Lebih memeranjatkan, selepas ujian saringan air kencing dilakukan mendapati pasangan itu turut positif dadah jenis methapethamine.

Mereka kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan selepas diikat jamin oleh keluarga masing-masing.

Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah atas kesalahan mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pasangan terbabit juga turut disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki mengambil dadah.

tertelan ikan puyu

Tertelan ikan puyu, empat jam tahan sakit
Tertelan ikan puyu
KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak terpaksa menanggung kesakitan hampir empat jam, selepas tertelan seekor ikan puyu hidup.

Muhammad Akhif Danish Shamsuri, 4, dikatakan melihat ikan itu dalam sebuah balang dipelihara datuknya di Kampung Pulai Condong, Machang sebelum memasukkan ke dalam mulut.

Bapa kanak-kanak berkenaan, Shamsuri Shafie, 28, berkata, ketika kejadian, dia tidak berada di rumah dan bergegas pulang setelah diberitahu kejadian oleh adiknya.

“Saya mendapat panggilan­ meminta saya pulang. Dia beritahu, ikan puyu tersangkut dalam mulut anak saya dan berdarah,” katanya.

Shamsuri bagaimanapun berkata, adiknya sempat memegang ekor ikan itu bagi mengelakkan ia terus masuk ke dalam kerongkong Muhammad Akhif.

“Adik saya dengan segera membawa anak saya ke Hospital Machang. Bagaimanapun, dia dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZII) untuk rawatan susulan.

“Nasib baik anak saya tidak tertelan ikan itu, jika tidak mungkin keadaannya bertambah parah,” katanya.

Menurutnya, pada mulanya, doktor bercadang membelah halkum kanak-kanak itu untuk mengeluarkan ikan itu, namun keputusan itu ditarik balik dan doktor hanya membius mangsa dan mengeluarkan ikan itu tanpa perlu melakukan pembedahan.

“Ia menjadi pengajaran­ kepada saya dan juga ibu bapa lain agar menjaga anak dan memastikan mereka selamat dan tidak terdedah dengan permainan berbahaya,” katanya.

Tuesday, July 16, 2013

alahai restoran mamak

Kedai nasi kandar meloyakan
Kedai nasi kandar meloyakan
Selamba saja si tukang masak bersinglet dan berkain pelekat diikat tinggi ini menyediakan bahan masakannya di tepi tandas dengan pintu terbuka.
Kedai nasi kandar meloyakan
Sudah tumbuh akar, begitulah rupa kacang dal yang disimpan dalam peti sejuk sebuah restoran nasi kandar.v
BAYAN LEPAS - Selamba saja si tukang masak sebuah restoran nasi kandar di sini memakai singlet serta berkain pelekat yang diikat tinggi, sambil memasak lauk pauk untuk dijual kepada pelanggan.

Tepung yang digunakan untuk membuat roti canai dan pelbagai jenis roti lain pula hanya diletakkan di sebelah tandas sahaja.

Bukan itu saja, si tukang masak yang juga dipercayai pemilik restoran berkenaan mengejutkan pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) ketika membuka peti sejuk tempat menyimpan bahan mentah.

Di dalam peti tersebut didapati kuah kari meleleh di segenap ruang dalam peti sejuk yang terdapat di dalam restoran yang terletak di kawasan Bayan Lepas itu.

Operasi mengejut yang bermula seawal jam 8.30 pagi semalam turut mendapati darah haiwan bertakung di atas lantai di bahagian dapur belakang.

Tidak basuh sebelum masak

Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamed kemudiannya bertanya kehairanan bagaimana telur yang dimasak untuk pelanggan dipecahkan dalam keadaan yang mengotorkan.

“Saya tahu telur-telur ini memang tidak basuh kerana lihatlah bagaimana keadaan kamu gunakannya, kamu basuh atau tidak?,” katanya.

Kemudian selamba sahaja lelaki yang penuh dengan jambang itu mengaku kepada penguat kuasa telur ayam yang dimasaknya langsung tidak dibasuh sebelum dimasak.

Ketika ditegur supaya mencuci peti sejuk, lelaki berkenaan dengan nada ceria menjawab, ‘hari-hari saya cuci encik’.

Jawapannya hanya disambut dengan senyuman daripada anggota penguat kuasa sedangkan kacang dal yang berada di dalam peti sejuk sudah mula tumbuh akar.

Pemeriksaan kebersihan itu kemudiannya beralih ke sebuah lagi restoran nasi kandar yang terletak di hadapan lokasi restoran yang sama.

Ketika melangkah ke satu ruangan yang dipenuhi bekalan tepung dan gula dalam restoran itu, didapati lipas dan pelbagai jenis serangga memenuhi kawasan tersebut.

Akibatnya, kedua-dua restoran berkenaan diarahkan tutup oleh JKNPP selama dua minggu.

Operasi setiap bulan

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,  Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, operasi hampir tujuh jam itu mengakibatkan 22 premis makanan ditutup di seluruh Pulau Pinang.

Menurutnya, sebanyak 34 premis diperiksa dan hampir 50 peratus daripadanya melibatkan kedai nasi kandar.

“Kesemua premis yang ditutup mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, sekiranya didapati bersalah, pemilik premis boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Sekiranya dalam tempoh dua minggu ada antara pemilik premis yang berdegil, kami tidak akan teragak-agak dan akan mengambil tindakan pendakwaan di mahkamah,” katanya.

Operasi yang turut melibatkan Bahagian Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan pejabat Kementerian Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu turut mengeluarkan sebanyak 57 kompaun dan enam notis amaran dari KPDNKK.

Bermula Januari 2013 hingga Julai ini, sebanyak 96 premis ditutup atas kesalahan terlalu kotor di seluruh negeri ini sementara 3,288 telahpun diperiksa. Ku Nafishah berkata, pihaknya akan menjalankan risikan selama lima hari untuk melihat premis yang mana perlu diperiksa.

“JKNPP kami akan menjalankan operasi kebersihan ini setiap bulan sehinggalah memastikan premis makanan di Pulau Pinang mencatat tahap kebersihan yang sepatutnya,” katanya.

Tuesday, June 11, 2013

orang minyak

Orang minyak serang Felcra
SITI SAFA MOHD NOR
21 Mei 2013
Orang minyak serang Felcra
Sosok misteri ganggu ketenteraman penduduk sejak 10 hari
Orang minyak serang Felcra
Hamdan menunjukkan bagaimana orang minyak yang dikatakan berhenti di hadapan rumah Su dalam keadaan mencangkung.
Orang minyak serang Felcra
Shaharudin menunjukkan kawasan yang dikatakan dilalui oleh orang minyak kerana lari daripada bomoh.
CHANGKAT LADA - Sosok misteri didakwa orang minyak, ditambah bayangan jelmaan tertentu yang menyelubungi Felcra Changkat Lada sejak 10 hari lalu mengganggu ketenteraman penduduk.

Penduduk, Shamidi Shaari, 44 memaklumkan, dia sudah tiga hari tidak pulang ke rumah sejak ia disinggahi orang minyak yang disedari anaknya bersama seorang rakan sewaktu pulang dari rondaan malam.

Menurut Shamidi, anaknya berhenti di halaman rumah apabila terlihat lembaga hitam tergantung seperti buah nangka di batang pokok rambutan.

"Tiga kali anak saya tegur benda tu dan ia terus lari ke kawasan hutan berhampiran. Sejak peristiwa itu, tiga kali orang minyak datang ke rumah saya sehingga saya terpaksa panggil bomoh untuk halau.

"Mulanya saya tak percaya, tapi bila dah alami sendiri termasuk jumpa tapak kaki kecil sebesar katak di tangga rumah dan almari solek, kehidupan kami sekeluarga mula tak tenteram," cerita Shamidi.

Berikutan peristiwa itu, Shamidi telah menghantar anak-anak serta isterinya pulang ke kampung mereka di Felda Besout.

Menurut Shamidi, kepercayaan wujud jelmaan orang minyak diperkuatkan dengan kesan tompokan darah di cadar serta tilam selepas berlaku pergelutan antara bomoh dan lembaga yang didakwa orang minyak itu.

"Saya dah basuh cadar tu, tapi kesannya masih ada. Sampai sekarang saya tak boleh masuk rumah sebab fobia. Saya sendiri tak tahu apa motif lembaga jelmaan itu muncul di kawasan ini dan ganggu kehidupan kami.

"Saya alu-alukan bantuan daripada sesiapa yang mahir dalam pengubatan mistik untuk kembalikan ketenteraman kawasan," katanya.

Nampak bayang hitam

Hanya mahu dikenali sebagai Su, 26, penduduk Felcra Changkat Lada ini mengaku pernah melihat lembaga hitam berbadan besar mencangkung di hadapan rumahnya, Ahad lalu.

Menceritakan kejadian, Su berkata, pada mulanya dia mendengar bunyi kocakan air dalam longkang di hadapan rumahnya dan membuka tingkap untuk melihat keadaan.

"Saya terkejut bila tengok lembaga hitam mencangkung seperti baru naik dari longkang. Kerana terlalu takut, saya lari ke dalam bilik dan telefon suami supaya pulang segera.

"Saya bimbang lembaga hitam itu masuk rumah sebab hanya saya, mak dan anak-anak dalam rumah malam itu. Lembaga itu lari ke tempat lain apabila beberapa remaja bermotosikal melalui kawasan rumah kami," katanya.

Rela jaga malam

Anggota Rela, Hamdan Baharudin, 32 mengakui berita berkaitan jelmaan orang minyak sudah heboh sejak 10 hari lalu dan memaklumkan peristiwa itu bermula di kawasan penempatan Felcra Fasa Empat sebelum merebak ke rumah kakitangan Felcra, seterusnya ke penempatan di fasa tujuh.

"Katanya hanya orang tertentu dapat lihat lembaga yang didakwa boleh menjelma dalam pelbagai bentuk termasuk kucing hitam dan katak. Ada yang kata ia boleh kelirukan pandangan kita supaya orang tak sedar kehadirannya.

"Sejak ada jelmaan orang minyak, ketenteraman penduduk terganggu sehingga ada yang tak berani balik rumah. Anggota Rela kini buat rondaan dan berjaga pada waktu malam. Kami harap kes ini diselesaikan secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, Ketua Platun Rela Changkat Lada, Laftenan (Rela) Shaharudin Hashim memaklumkan pasukannya telah mengambil inisiatif dengan melakukan rondaan dan berjaga malam secara bergilir-gilir.

"Kami ambil inisiatif untuk terus mewujudkan suasana aman dan tenang. Polis turut buat rondaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Perkara ini agak mistik dan kita sendiri tak tahu kesahihannya. Namun langkah berjaga-jaga sentiasa diambil. Setakat ini belum ada kejadian pecah rumah, kehilangan barang atau penduduk tercedera dan kita tak mahu sebarang kemungkinan ini berlaku," tegasnya.

Polis terima satu laporan

Ketua Polsi Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman memaklumkan satu laporan polis diterima 11 Mei lalu sejak berita berkaitan orang minyak heboh diperkatakan di Felcra Changkat Lada.

Menurutnya, dalam laporan berkenaan, pengadu yang merupakan warga emas berusia 62 tahun mengatakan dia ditindih seorang lelaki bersenjata pisau pada jam 3 pagi dalam rumahnya di Felcra berkenaan, namun lelaki terbabit hilang apabila pengadu mengucap dua kalimah syahadah.

"Kita sedang siasat perkara ini dan selepas kejadian itu, penduduk bersama Rela telah melakukan jagaan malam untuk memastikan keselamatan kawasan terbabit terjamin. Sehingga kini pelbagai cerita sampingan diterima tetapi tidak dapat disahkan kebenarannya," katanya.

merempit hari persandingan

Aksi pengantin 'mat rempit'
NORMAWATI ADNAN & SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
4 Mac 2013
pengantin
Sharifudin dan Norhafizah menunjukkan motosikal digelar ‘Suzuki belang’ yang sering digunakan ketika beraksi dalam persembahan lagak ngeri.
IPOH – Kalau sudah namanya 'mat rempit', di majlis persandingan sendiri pun masih sempat menunjukkan aksi.

Itu yang berlaku pada majlis persandingan Sharifudin Shahrin, 28, dan pasangannya, Norhafizah Fakhrudin, 27, di Kampung Sri Kinta,  semalam.

Sharifudin yang berpengalaman lebih enam tahun dalam bidang permotoran dan aksi ngeri sedikit pun tidak kekok menggayakan beberapa aksi menggunakan motosikalnya di hadapan tetamu.

Dengan mengenakan pakaian pengantin silang serba kuning lengkap bersampin, Sharifudin yang sebelum ini digelar mat rempit melakukan aksi wheelie stand dan doughnut selama hampir 10 minit.

Ketika ditemui, Sharifudin berkata, impian untuk beraksi di majlis perkahwinan sendiri memang sudah lama tertanam sebagai kenangan mereka berdua.

“Alhamdulillah, semuanya sudah selesai dan berjalan dengan lancar, semalam (kelmarin) saya juga sempat membuat aksi sama di rumah mentua,” katanya.

Sharifudin berkata, minat mendalam dalam dunia permotoran mendorongnya mula menjinakkan diri dalam sukan ekstrem itu dengan menyertai pelbagai pertunjukan dan persembahan di seluruh negara bersama Wazi Boyz.

Malah katanya, dalam kesibukan menguruskan majlis perkahwinannya itu, dia masih berkesempatan membuat persembahan aksi trust (berdiri di atas tangki motosikal sambil mendepakan tangan) sempena kembara bersama Modenas dalam rangka promosi model motosikal baru di Shah Alam beberapa minggu lalu.

Ditanya perancangan selepas berkahwin, Sharifudin yang mempunyai bengkel sendiri berdoa agar dikurniakan cahaya mata secepat mungkin bagi membolehkannya beraksi di atas motosikal bersama anaknya.

“Sebelum ini saya sering bawa isteri untuk melihat aksi yang saya buat dalam mana-mana persembahan, walaupun dia nampak agak takut, tetapi saya mahu dia biasakan diri,” katanya.

Norhafizah mengakui, agak bimbang dan takut dengan setiap aksi yang dilakukan Sharifudin, namun tetap memberi sokongan kerana memahami minat mendalam suaminya itu.

Rombongan yang tiba di kediaman lelaki kira-kira jam 1 petang itu turut diiringi 40 motosikal klasik sejauh hampir 300 meter.

Sunday, June 9, 2013

pukau mat afrika

Jerat cinta siber awang hitam
Wartawan Sinar Harian
8 April 2013
Jerat cinta siber awang hitam
Antara barang rampasan polis yang dibuat selepas Chan membuat laporan polis memaklumkan kejadian yang menimpanya
Jerat cinta siber awang hitam
Syed Ismail melihat barang rampasan selepas tujuk suspek yang terlibat dalam kes penipuan Chan diberkas.
Jerat cinta siber awang hitam
Antara barang rampasan polis yang dibuat selepas Chan membuat laporan polis memaklumkan kejadian yang menimpanya.
“Oh bidadariku... aku bersyukur kepada tuhan kerana kamu hadir dalam hidup ku. Aku tidak dapat berhenti daripada terus mencintai mu. Kamu sebahagian daripada hidup ku.” Begitulah terjemahan kata-kata manis seorang lelaki kepada Chan, 35, yang tinggal di Hong Kong.

Lelaki itu dikenalinya di sebuah laman sosial, khas untuk mencari jodoh. Dalam perkenalan mereka itu, teman lelakinya mengaku berasal dari Malaysia.

Perhubungan cinta mereka terjalin dalam tempoh kurang setahun. Dalam tempoh itu, mereka tidak pernah bertemu. Semua itu tidak menjadi halangan buat mereka kerana melalui perbualan telefon, perhubu- ngan mereka bertambah erat.

Chan sudah menganggap teman lelakinya itu juga sebagai nyawanya sendiri. Apa sahaja yang diminta oleh teman lelakinya akan diutamakan.

Sepanjang percintaan maya itu, Chan sudah enam kali memasukkan wang ke dalam akaun teman lelakinya. Alasannya adalah untuk membantu ibu sakit, ingin membeli kereta buat masa hadapan dan belanja perkahwinan. Semuanya berjumlah hampir RM200,000.

Akhirnya Chan menyedari bahawa segala impiannya untuk membina mahligai bahagia bersama teman lelakinya itu hanya sebuah mimpi. Selepas sejumlah wang dimasukkan dan janji manis lelaki itu untuk bertemunya, lelaki hidung belang itu terus menghilangkan diri.

Chan berusaha datang ke negara ini dan terus membuat laporan polis. Hasil pantas Polis Diraja Malaysia, tujuh lelaki warga Afrika diberkas di sebuah rumah di Bukit Beruang, Melaka.

Kisah love scam

Kisah percintaan maya Chan merupakan sebahagian daripada yang pernah menjadi mangsa. Semuanya bermula daripada perkenalan singkat di sebuah laman sosial. Begitu mudah mereka tertipu dan menjadi mangsa. Minggu ini Modus Operandi akan mengupas isu jerat cinta internet atau love scam.

Bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan pada sidang medianya baru-baru ini dalam memperjelaskan jenayah love scam.

Sindiket love scam:

Sindiket antarabangsa ini menjadikan negara kita sebagai tempat operasi. Sindiket ini terdiri daripada ahli warga Afrika. Biasanya ahli sindiket akan menyewa sebuah rumah untuk dijadikan markas operasi. Berikut merupakan cara kumpulan ini beroperasi:

Modus operandi:
1. Suspek menggunakan identiti palsu.
2. Menggunakan laman sosial untuk menjerat mangsanya.
3. Memperdayakan mangsa dengan janji cinta yang tidak wujud.
4. Meminta mangsa memasukkan sejumlah wang kepadanya.
5. Menggunakan beberapa akaun milik rakyat tempatan.
6. Menghilangkan diri selepas mendapat sejumlah wang.
7. Biasanya percintaan terjalin dalam tempoh yang lama.


Mangsa:
Terdiri daripada mereka yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun. Biasanya mangsa ialah individu yang tinggal di luar negara, dalam kata lain bukan warga tempatan.
• Wanita belum berkahwin
• Lelaki belum berkahwin
• Wanita lanjut usia
• Lelaki lanjut usia

Nasihat polis
• Pengguna internet perlu tahu bahawa terdapat akaun lama sosial yang menggunakan identiti palsu di ruang internet.
• Jangan memberikan butir peribadi atau maklumat akaun kepada kenalan baru di internet.
• Jangan mudah bersimpati dengan orang yang baru dikenali di internet.
•  Sebelum membuat apa-apa transaksi perbankan, pengguna haruslah membuat pengesahan lanjut bagi mengesahkan individu yang mereka berurusan.
• Bagi pemilik akaun bank tempatan, jangan sesekali memberi pinjam akaun bank anda kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali atau baru dikenali. Polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pemilik akaun bank yang didapati akaunnya digunakan oleh pihak sindiket.

Cara perlaksanaan sindiket:
1. Mempunyai buku skrip khas di mana suspek akan membacanya semasa menghubungi mangsa.
2. Skrip tersebut memuji kecantikan dan kekuatan cinta mereka bagi memperdayakan mangsa.
3. Ada ketikanya setelah lama berkenalan, suspek akan meminta pertolongan mangsa supaya membantunya dari segi kewangan ekoran masalah yang dihadapi.
4. Berjanji dengan mangsa akan berkahwin selepas masalah selesai.
5. Pengeluaran wang daripada akaun milik tempatan akan dilakukan secara berperingkat.
6. Jika pengeluaran yang banyak, mereka akan mengeluarkan wang di kaunter bank.

misteri kampung tanduo

Misteri Kampung Tanduo
Wartawan Sinar Harian
9 Jun 2013
Misteri Kampung Tanduo
Misteri Kampung Tanduo
BUNYI aneh, jeritan, raungan kesakitan, terserempak kelibat manusia, antara perkara yang dilalui penduduk kampung berhampiran dan anggota keselamatan yang berkawal

SEJAK awal menjejak kaki di Felda Sahabat, Lahad Datu, pelbagai kisah misteri yang berlaku selepas Op Daulat disuakan ke telinga kami.

Kisah Kampung Tanduo yang menjadi lokasi dan tempat berkumpulnya lebih 100 pengganas tidak lama dahulu, bukan setakat yang dilihat dengan mata kasar.

Kewujudan kampung itu sejak 50 tahun lalu, sebelum ini dikatakan sebagai perkampungan haram, sebenarnya menyimpan 1001 misteri yang masih belum terungkai.

Beberapa penduduk berhampiran, terutama dari Felda Sahabat 17 yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan kelibat aneh ketika sedang memandu kereta untuk keluar ke Pekan Lahad Datu.

Menurut Ali Hadi, 30, dia pernah 'bertemu' dengan 'lembaga' seperti manusia yang melintas di laluan utama kawasan Felda itu.

"Masa tu hujan renyai. Saya sedang memandu dan hampir melanggarnya. Tapi lembaga itu sempat mengelak. Bila saya menoleh ke sebelah kanan, lembaga itu menghilang.

"Saya beranikan diri turun dari kereta. Memeriksa kawasan sekitar takuk jika benar-benar terlanggar orang. Bila saya periksa di tepi belukar, memang tiada siapa yang saya langgar. Tiba-tiba muncul perasaan seram. Saya masuk ke dalam kenderaan dan terus memecut laju."

Menurut Ali, hingga hari ini dia masih belum menemui jawapan siapa atau apakah yang dilanggarnya ketika itu.

Seorang lagi penduduk Felda Sahabat 17, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 47, juga menceritakan perasaan aneh yang sering dirasainya terutama bila senja bermula.

"Ada satu hari saya dengar bunyi seperti seorang lelaki sedang menjerit dekat kebun kelapa sawit berhampiran rumah saya.

 “Mendayu-dayu. Nak kata bunyi anjing bukan, sebab bila saya jenguk di tingkap suara itu masih jelas didengari. Isteri saya pun mendengarnya. Kami buat keputusan cuba hubungi polis, tapi kemudian bunyi itu lenyap begitu sahaja."

Perkara itu turut diperkukuhkan lagi apabila ada anggota pasukan keselamatan yang turut mengalami perkara aneh ketika melakukan rondaan pada waktu malam.

“Kami beberapa kali terdengar bunyi suara orang minta tolong. Suara itu seperti dalam kesakitan.

"Bila diperiksa, tiada sesiapa. Perkara ini sering dialami oleh anggota keselamatan terutama pada waktu malam dan tengah hari,” katanya.
Malah ada juga yang mendakwa pernah terdengar seolah-olah bunyi tembakan.

Menurutnya pernah pada suatu ketika mereka terdengar seperti bunyi lolongan tetapi bila diperiksa di lokasi berkenaan yang betul-betul berhampiran Kampung Tanduo, tidak ada sesiapa di situ.

Peluang menjejak kaki ke Kampung Tanduo, kisah misteri yang disampai seperti sukar untuk dinafikan. Ditambah apabila gambar satu objek pelik yang dirakamkan oleh penduduk Felda Sahabat ditunjukkan kepada kami.

Melalui jalan-jalan sunyi dan menjengah beberapa tempat di sekitar Kampung Tanduo, ada sejenis aura yang dirasai.

Tidak pasti sama ada yang hadir itu 'angin' negatif atau sebaliknya, namun paling nyata ia menyuntik rasa berjaga-jaga sepanjang berada di sini.

Bertandang seketika di surau Kampung Tanduo, ada semilir hangat yang menampar kulit. Riak degup dada berubah rentak. Juga terasa seakan ada mata yang memerhati dan mengawasi kehadiran kami.

Tidak tahu kenapa. Namun rasa aneh itu terjawab apabila diberitahu surau itu sebelum ini menjadi lokasi pendaratan pengganas.

Di tanjung Sungai Tanduo, perasaan sama muncul kembali.

Ketika merakam beberapa keping foto perahu panjang dan perahu laju di tanjung sungai itu, perasaan sama muncul kembali.

Seakan ada suara yang menyeru supaya terus mara. Menghampiri, mendekati perahu perahu yang ditinggalkan itu. Namun 'sergahan' anggota keselamatan yang mengiringi, menasihatkan kami berpatah balik, mematikan langkah untuk terus ke hadapan.

Rupa-rupanya kawasan itu adalah tempat pengganas menyimpan bot dan perahu.

Memang...sepanjang berada di tebing sebarang tanjung sungai, kami merasakan ada mata yang dari arah semak, memerhati setiap gerak langkah kami.

Juga terasa seperti ada 'suara' yang memanggil-manggil agar melintas ke seberang menuju ke semak berkenaan.

Sebetulnya, kami tidak mahu berfikiran negatif atau diselubungi pengaruh mistik sepanjang bertugas di sini. Dan kerana itu, kebanyakan perkara yang dirasa, kami pujuk hati untuk menidakkannya.

Hari merangkak petang. Namun kami tidak mampu menipu perasaan sendiri.
Aura aneh kembali hadir 'mengacau' jiwa.

Semakin lama semakin kuat. Dan secara diam...hadir perasaan ingin menunggu di lokasi kejadian. Tapi kehendak hati terhalang kerana anggota keselamatan yang mengiring sudah memberi isyarat untuk keluar dari kawasan itu.

Kami bergerak ke arah kawasan rumah yang dikatakan menjadi tempat simpanan senjata kumpulan pengganas.

Kami lalui kawasan perkuburan pengganas yang ditemui pasukan keselamatan, juga menjadi lokasi rakan kami merakam foto objek pelik menggunakan kamera telefon bimbitnya.

Kami tidak pasti apa objek berkenaan dan tidak pula mengatakan terdapat gangguan misteri di situ.

Dalam masa yang sama kami tidak mahu menafikan keanehan objek itu, serta mengakui memang ada sedikit rasa yang agak berbahang di kawasan berkenaan.

Boleh dikatakan rasa yang sama wujud di setiap lokasi dijejaki yang melibatkan pengganas. Dan mungkin juga 'bahang' yang dirasa merupakan kesan-kesan haba akibat pengeboman dilakukan semasa Op Daulat dahulu.

Seterusnya kami menjejak ke kawasan rumah yang didakwa tempat simpanan senjata serta tempat berlindung sementara kumpulan pengganas.

Dari situ, langkah kami mencecah ke kawasan kolam udang yang dikatakan sebahagian taktik pengganas menyusup masuk ke Kampung Tanduo.

Entah benar atau sekadar mainan perasaan di remang senja, di situ terasa juga ada mata memerhati pergerakan kami.

Berbeza dari kawasan sebelum ini, rasa ini lebih mengarah ke dalam kawasan kolam dan ketika ini, terasa degup jantung lebih kencang berbanding biasa.

Kami akhiri kisah ini seketika, kerana ingin segera keluar menyiapkan tugasan.

Dalam perjalanan pulang, ketika melewati semak, telinga menangkap bunyi derapan orang berlari,

Namun tiada kelihatan apa-apa di sekeliling.
Mata terus liar memerhati untuk memastikan perjalanan kami selamat dan tiada yang menghidu pergerakan.

Alhamdulillah...kami dilindungiNya untuk sampai ke Felda Sahabat dengan selamat.

Terkenang kembali perjalanan semasa perjalanan... secara tidak sengaja kami ada mendengar perbualan antara anggota pasukan keselamatan yang mengatakan mereka pernah melihat terlihat kelibat manusia sewaktu berkawal.

Apabila dijejaki, tiada manusia yang ditemui.
Tetapi mereka terjumpa kesan tapak kaki di persisir sungai.

Sama ada ia manusia atau bukan tiada dapat dipastikan!

Apapun, telah diakui oleh orang ramai termasuk penduduk dan pasukan keselamatan bahawa, kebiasaannya kawasan peperangan pasti akan menyimpan selingkar kisah-kisah misteri.

Wednesday, June 5, 2013

bahaya tinggalkan kereta injin masih hidup

Cemas isteri, anak dilarikan
NURUL ZAILA MOHD TAHIR
5 Jun 2013
Cemas isteri, anak dilarikan
Abdul Rasol
Cemas isteri, anak dilarikan
Hamiah (kiri) dan anaknya Norafidah (kanan) terselamat dalam kejadian itu setelah penjenayah meninggalkan mereka di tepi jalan.
Cemas isteri, anak dilarikan
Wang RM50 yang diberikan penjenayah.
KUANTAN – Gara-gara cuai meninggalkan kereta dalam keadaan enjin tidak dimatikan, seorang lelaki, Abdul Rasol Mohd Tahir, 50 hampir mempertaruhkan nyawa isterinya yang lumpuh, Hamiah Abd Majid, 50-an dan seorang anaknya, Norafidah, 15 apabila kenderaan yang di parkir di hadapan sebuah pasar raya dilarikan penjenayah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu, mangsa meninggalkan isteri dan anaknya di dalam kereta serta masuk ke dalam pasar raya untuk menyelesaikan satu urusan.

Bagaimanapun, kereta Honda Civic yang ditinggalkan dalam keadaan tidak berkunci dan enjin tidak dimatikan itu dilarikan oleh seorang lelaki bersama isteri serta anak yang ditinggalkan di bahagian penumpang di belakang.

Abdul Rasol berkata, sebaik sahaja keluar dari pasar raya, dia mendapati kenderaan berwarna putih miliknya sudah lesap.

“Saya cuba menghubungi telefon bimbit anak perempuan saya tetapi tidak berjawab membuatkan saya risau.

“Bimbang sesuatu tidak dingini berlaku, saya terus menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya semasa membuat laporan polis di IPD Kuantan, di sini, semalam.

Katanya, dia bernasib baik kerana penjenayah hanya melarikan kereta dan meninggalkan isteri serta anaknya di tepi jalan di Bukit Sekilau.

“Lebih kurang jam 3.30 petang saya menerima satu panggilan daripada seorang perempuan Cina yang memaklumkan isteri dan anak saya berada di Bukit Sekilau.

“Sebelum meninggalkan isteri dan anak saya di tepi jalan, penjenayah sempat menghulurkan wang sebanyak RM 50 kepada mereka berdua untuk digunakan sebagai tambang teksi.

“Perempuan Cina itu menghantar isteri dan anak saya sebelum kami terus ke balai polis untuk membuat laporan.

“Semua barangan di dalam kereta termasuk kunci rumah dan telefon milik anak turut dilarikan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes terbabit.

Menurutnya, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes tersebut dan mengesan suspek serta kereta terbabit.

betul ke cerita ini?

Dear friends,
Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ............ ... satu peringatan.

I would like to relate to you all an incidence... ......... ...... quite recent, i.e. about two weeks ago......... ..After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law.. Dia orang ni pun penat juga
menolong buat hantaran dsb.
 Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport. Mereka membeli
chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri. Mereka
telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts
berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.
Waktu
hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak di
atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand
yang sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton
rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa
memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.
Nak
dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu
yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil sebungkus
rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).

Sewaktu
di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti dan
bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok. Dengan ikhlas
my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di Duty
Free Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya
diberi percuma.

Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai polis
untuk didakwa. My cousin offered to pay for the cigarettes kerana
salah faham beliau.. Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih berkeras
untuk membawanya ke balai polis. Manakala isteri my cousin disuruh
pergi menaiki kapal terbang. Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan
suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis.

Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my
cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu
dilepaskan. Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut
dibayar. Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my
cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi
tourists yang mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya menumpang
di rumah salah seorang kenalan mereka di Bangkok. Bersama beliau di
lock up itu ada seorang tourist dari India telah berada di lock up itu
lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang
sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist
tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter. 
Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari kawasan
kedai tersebut, terus ditangkap dan didakwa mencuri!)

Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik iparnya yang menaiki
MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya. My
cousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang
terjadi kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki
pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi. Setiba beliau di KL, beliau
berpatah balik ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga. Disamping
itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia
di Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain. Pihak polis Bangkok tidak
memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di
Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok.

Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS dari Kuala
Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang iparnya. 
Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000.... . tapi adik ipar my
cousin ini tidak punya wang sebanyak itu. Beliau hanya ada RM11,000. 
Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju
dengan pembayaran sebanyak RM11,000. Belum pun sempat my cousin keluar
dari balai tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang
tersebut sesama mereka dengan bangganya. Mereka juga menunjukkan
wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari matawang asing....... ..
dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah
yang diperolehi itu.
 Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya berjumpa
majestret melalui tingkap saja). My cousin telah disuruh mengaku salah
dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the RM11,000? Tak
disebut pun......... .....). Nasib baik my cousin teringat kisah
tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat
dari pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan kedua
kalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok. My cousin meminta
mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah selesai dan
beliau dibenarkan pulang.
 Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak imigresyen Bangkok) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual. Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal. Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau mau
menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS. Yang peliknya bila my
cousin kata nak bayar tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni
kata ada tiket lagi dengan air asia........ ........ (nampaknya semua
peringkat yang mengambil kesempatan)
 Pihak imigresyen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau sebagai 'Thief'! Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke pesawat. Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresyen KL diminta mengiring my cousin ke pejabat imigresyen di Lapangan LCCT. Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita........ .... tapi yang peliknya
kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua? Pihak kedutaan
kita pun menyatakan perkara yang sama...... dan menasihatkan my cousin
supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand
dalam waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara
tersebut kembali stabil.
 Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak mempercayainya. ..... macam cerita wayang saja....... tapi percayalah..... memang ini kisah benar.
Dear Omar, remember our phone call recently?...

Please be careful, ok?
sekadar memanjangkan
 Cool

terlampau kacak dapat kereta

Tuah terlalu kacak, wanita misteri beri Mercedes

28 Mei 2013
Omar Borkan al-Gala
Omar Borkan al-Gala
OTTAWA - Seorang lelaki  yang dilaporkan pernah dibuang negeri dari Arab Saudi kerana terlalu kacak mendapat tuah yang tidak disangka apabila menerima sebuah kereta Mercedes daripada peminat misterinya.

Omar Borkan al-Gala, 23, pernah dibuang dari negara asalnya kerana terlalu kacak hingga dibimbangi akan menarik perhatian ramai wanita.

Namun, beliau bijak menggunakan kelebihan yang ada padanya dengan memilih kerjaya sebagai model.

“Saya menerima hadiah Mercedes G55 sempena sambutan harijadi saya daripada seorang wanita misteri,” katanya kepada majalah In Touch.

Selain menerima hadiah, Omar juga dikatakan kini mula membina tapak dalam kerjaya lakonan apabila membintangi sebuah filem pendek bersama bintang terkenal Navid Negahban.

kambing samseng di india

Polis India tahan tiga kambing
Wartawan Sinar Harian
5 Jun 2013
Polis India tahan tiga kambing
Tiga ekor kambing di daerah Kilpauk, Chennai yang didakwa sering merosakkan kenderaan awam.
CHENNAI - Polis India menahan tiga ekor kambing yang didakwa melakukan kerosakan ke atas sebuah kereta peronda baru, di sini.

Lapor akhbar Times of India, trio itu adalah 'kambing hitam' bagi jenayah yang dilaporkan membabitkan kumpulan haiwan ternakan itu yang merosakkan puluhan kenderaan polis serta dilabelkan sebagai tindakan antisosial di daerah Kilpauk.

Menurut polis, pihaknya turut memiliki senarai rekod kereta penduduk setempat yang dirosakkan oleh kumpulan kambing itu.

Sebelum ini, kami sering menerima laporan berhubung sekumpulan kambing yang didakwa merosakkan kereta awam  hingga meninggalkan kesan kemik, bercalar, kerosakan cermin dan pengelap.

"Kami terpaksa menahan tiga ekor kambing di balai polis dan akan melakukan siasatan ke atas pemiliknya.

Ia sememangnya tidak boleh diterima kerana kereta peronda itu baru dikeluarkan beberapa hari lalu," kata pegawai terbabit.

Sementara itu, pemilik kambing tersebut, Mary Arogynathan, 37, didakwa cuai menjaga ternakan dan berkemungkinan terpaksa menyerahkan tiga ekor kambingnya itu kepada Pertubuhan Perlindungan Haiwan. - Al-Jazeera