Dapur Penuh Tahi Kucing
ALOR SETAR - Tahap kebersihan yang amat menjijikkan apabila tahi kucing
didapati bersepah berhampiran dapur sebuah kedai tomyam di Kuala Kedah
malam kelmarin.
Selain itu, keadaan dapur kotor dan persekitaran kedai dipenuhi haiwan berkeliaran yang dapat dilihat sepanjang operasi tomyam oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).
Sinar Harian yang turut sama dalam operasi itu mendapati, ramai peniaga tidak mengutamakan kebersihan terutama di bahagian dapur, malah membiarkan haiwan seperti kucing dan tikus berkeliaran bebas di kawasan premis termasuk penemuan tahi kucing di bahagian dapur.
Pegawai Kesihatan Daerah Kota Setar II, Dr Narimah Hanim Ibrahim berkata, 10 notis Perintah Penutupan Premis Sementara membabitkan pelbagai kesalahan.
Beliau berkata, premis terbabit diberi notis tutup selama dua minggu kerana didapati tidak bersih hingga boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada pelanggan.
Dalam tempoh itu, pemilik premis atau pengendali makanan perlu memastikan premis mereka dalam keadaan bersih sebelum pemeriksaan semula dilakukan pegawai kesihatan.
“Kita menasihati pemilik premis dan memberi tempoh untuk membersihkan kedai masing-masing bagi mengelak mereka diseret ke mahkamah.
“Jika masih ingkar, kita tidak teragak-agak untuk membawa kes ini ke mahkamah mengikut Akta Makanan 1983 atau Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya kepada media selepas tamat operasi itu awal pagi semalam.
Selain notis penutupan, 15 premis dikenakan kompaun MBAS termasuk permit perniagaan tamat tempoh membabitkan nilai keseluruhan RM4,700.
Beliau yang tidak puas hati dengan tahap kebersihan premis makanan yang diperiksa apabila mendapati pengendali makanan masih tidak mengambil suntikan imunisasi.
“Mereka juga dinasihati mengikuti kursus asas pengendalian makanan supaya dapat meningkatkan dan membaiki tahap kesedaran berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di premis.
“Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua pemilik premis dan pengendali makanan mengambil berat tahap kebersihan,” katanya.
Seorang pengusaha premis sanggup menutup lampu kedainya seolah-olah tidak beroperasi setelah menyedari kehadiran anggota penguat kuasa di kedai berhampiran walaupun terdapat pelanggan ketika itu.
Selain itu, berlaku pertengkaran pemilik restoran dengan pegawai kesihatan setelah tidak berpuas hati dengan arahan agar premis mereka ditutup serta merta.
Operasi itu disertai 50 anggota penguat kuasa termasuk dari MBAS memeriksa 18 premis makanan bermula dari jam 9 malam hingga 12 tengah malam.

No comments:
Post a Comment