Atuk, nenek brutal
Sungai Siput: Hanya kerana wang RM36 yang hilang, satu pasangan suami
isteri warga emas bergaduh hingga menyebabkan kedua-duanya cedera parah
dalam kejadian di kampung baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, pasangan terbabit
‘berperang’ apabila si isteri berusia 66 tahun menuduh suaminya yang
berusia 73 tahun mencuri wang.
Sumber polis berkata, tuduhan isterinya menyebabkan si suami menetak
kepala isterinya dengan parang, manakala si isteri mempertahankan
dirinya dengan tukul besi.
Berdasarkan siasatan awal, si isteri berjaya merampas parang yang
digunakan suaminya itu sebelum membalas serangan dengan menetak suaminya
pula.
PETUGAS ambulans memeriksa kecederaan lelaki terbabit.
WANITA terbabit memeriksa kecederaan dialami.
“Tidak cukup dengan itu, si isteri turut menyimbah minyak panas ke atas
suaminya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan yang didengari jiran
mereka.
No comments:
Post a Comment