Wednesday, April 20, 2011

Tipu Berjuta Kena Jel 13

Penipu RM12j dijel 13 tahun

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah atas empat tuduhan menggunakan dokumen palsu dan menipu menggunakan Pelaburan Program Roll-Over membabitkan kerugian hampir RM12 juta.

Hakim Datuk Jagjit Singh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Datuk Paiman Shakimon.


Jagjit dalam keputusannya berkata, selepas menimbang keterangan pembelaan tertuduh, beliau mendapati ia hanya penafian semata-mata selepas difikir kemudian dan ditambah.

Paiman, 52, didakwa dengan dua tuduhan menipu ahli perniagaan, Datuk Rosidi Kamaruddin dan peguam, Datuk Liew Teck Keong dengan memperdayakan mereka untuk mempercayai Pelaburan Program Roll-Over adalah sah dan mempunyai kebenaran Bank Negara Malaysia sehingga mendorong mereka menyerahkan wang berjumlah RM3,879,370 dan RM8 juta.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.


Tertuduh juga didakwa dengan dua pertuduhan menggunakan dokumen cagaran berharga palsu yang diserahkan kepada kedua-dua mangsa mengikut Seksyen 471 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda.

Bagi tuduhan menipu dan menggunakan dokumen palsu terhadap Rosidi, Jagjit mengenakan hukuman penjara masing-masing lima tahun manakala bagi tuduhan sama terhadap Teck Keong, hukuman penjara masing-masing lapan tahun dikenakan terhadap tertuduh, kedua-duanya berjalan serentak.

No comments:

Post a Comment