Wednesday, December 24, 2014

curi 2 ribu seluar dalam wanita



Misteri Siling Runtuh.. 2,000 Coli, Pakaian Dalam Bertaburan







NANNING, GUANGXI – Sejak sedekad lalu penghuni beberapa apartmen di sekitar bandar Yulin musykil kerana mereka menghadapi masalah sama – kehilangan coli serta pakaian dalam wanita.
Selama sedekad itu juga mereka tidak menyangka pakaian dalam itu sebenarnya disembunyikan tidak jauh dari kediaman masing-masing.

Longgokan itu disimpan di atas siling bilik tidur jiran mereka – seorang lelaki dikenali sebagai Tan.
Rahsia Tan terbongkar baru-baru ini apabila siling berkenaan roboh, sekali gus menyebabkan lebih 2,000 pasang dalam wanita itu bertaburan di bilik berkenaan.


Media semalam melaporkan, Tan menyelinap ke banyak apartmen di sekitar kediamannya untuk mencuri coli dan seluar dalam wanita.

Sumber polis berkata, Tan, 30-an, menggunakan kunci pendua untuk menjalankan kegiatan berkenaan ketika penghuni sesuatu unit keluar bekerja.

Namun polis tidak menyatakan bagaimana Tan mendapat kunci pedua itu.
“Ketika disiasat, Tan mengaku salah dan mendakwa dia mengalami masalah psikologi.

“Namun Tan tidak pasti sejak bila dia mula kemaruk menyimpan pakaian dalam wanita,” katanya.

Monday, December 22, 2014

pengemis jutawan

 pengemis



Pengemis Tua Di Arab Saudi Mati Tinggalkan Harta RM2.





 Seorang wanita warga emas warganegara Arab Saudi berusia 100 tahun, Eisha telah menggemparkan kawasan kejiranan sebaik sahaja meninggal dunia.
Seorang individu cacat penglihatan yang hanya bergantung hidup melalui kegiatan mengemis rupa-rupanya menyimpan kekayaan persis seorang jutawan apabila dia meninggalkan harta berjumlah SAR3 juta (2.5 juta) termasuk empat buah rumah di Jeddah, barangan kemas dan syiling emas.
Salah seorang jirannya iaitu Ahmeh Al-Saeedi yang membesar bersama Eisha sejak mereka kecil lagi menyatakan si mati tidak mempunyai ahli keluarga lain melainkan ibu dan kakaknya yang mana mereka pun bergelar pengemis sehinggakan aktiviti tersebut berjaya menjadikan mereka kaya raya dan menyimpan aset seperti orang kaya lain di sana.
“Mereka sentiasa mendapat perhatian dan simpati daripada masyarakat yang prihatin dengan hidup miskin mereka terutama ketika musim perayaan hari raya Aidilfitri. Eisha pun masih terus mengemis walaupun selepas kematian ibu dan kakaknya.
http://sb.scorecardresearch.com/p?c1=3&c2=18925531&c3=8355964&c4=Video_780x450&c5=STO_InnityNetwork&c6=&c10=1&c11=InnityNetwork&c13=780x450&c16=gen&cj=1&ax_fwd=1&rn=%7ERND%7E
Eisha hanyalah seorang warga emas yang buta dan sebatang kara di dunia ini (selepas kematian ahli keluarganya),” katanya.
Al-Saeedi turut mengakui dirinya tahu mengenai kekayaan yang dimiliki Eisha hasil daripada kerja mengemisnya dan sebelum ini dia juga pernah menasihati wanita tersebut untuk berhenti daripada terus mengemis.
“Saya memintanya berhenti daripada mengemis memandangkan dia sudah mempunyai kekayaan yang cukup mewah tapi dia sentiasa menolak kerana merasakan hartanya masih tidak mencukupi sekiranya berlaku sebarang kecemasan di masa hadapan,” tambahnya lagi.
Harta benda yang ditinggalkan Eisha akan diambil alih oleh pihak berkuasa untuk sebarang tindakan lanjut berhubung aset yang dimiliki pengemis cacat penglihatan itu.
Anda mungkin juga meminati:

Pengemis Tua Di Arab Saudi Mati Tinggalkan Harta RM2.5 Juta

0
 
0
 
 
0
 
0
 
2
 
pengemis

Pengemis Tua Di Arab Saudi Mati Tinggalkan Harta RM2.5 Juta | Seorang wanita warga emas warganegara Arab Saudi berusia 100 tahun, Eisha telah menggemparkan kawasan kejiranan sebaik sahaja meninggal dunia.
Seorang individu cacat penglihatan yang hanya bergantung hidup melalui kegiatan mengemis rupa-rupanya menyimpan kekayaan persis seorang jutawan apabila dia meninggalkan harta berjumlah SAR3 juta (2.5 juta) termasuk empat buah rumah di Jeddah, barangan kemas dan syiling emas.
Salah seorang jirannya iaitu Ahmeh Al-Saeedi yang membesar bersama Eisha sejak mereka kecil lagi menyatakan si mati tidak mempunyai ahli keluarga lain melainkan ibu dan kakaknya yang mana mereka pun bergelar pengemis sehinggakan aktiviti tersebut berjaya menjadikan mereka kaya raya dan menyimpan aset seperti orang kaya lain di sana.
“Mereka sentiasa mendapat perhatian dan simpati daripada masyarakat yang prihatin dengan hidup miskin mereka terutama ketika musim perayaan hari raya Aidilfitri. Eisha pun masih terus mengemis walaupun selepas kematian ibu dan kakaknya.
Eisha hanyalah seorang warga emas yang buta dan sebatang kara di dunia ini (selepas kematian ahli keluarganya),” katanya. Al-Saeedi turut mengakui dirinya tahu mengenai kekayaan yang dimiliki Eisha hasil daripada kerja mengemisnya dan sebelum ini dia juga pernah menasihati wanita tersebut untuk berhenti daripada terus mengemis.
“Saya memintanya berhenti daripada mengemis memandangkan dia sudah mempunyai kekayaan yang cukup mewah tapi dia sentiasa menolak kerana merasakan hartanya masih tidak mencukupi sekiranya berlaku sebarang kecemasan di masa hadapan,” tambahnya lagi.
Harta benda yang ditinggalkan Eisha akan diambil alih oleh pihak berkuasa untuk sebarang tindakan lanjut berhubung aset yang dimiliki pengemis cacat penglihatan itu.
Anda mungkin juga meminati:
- See more at: http://katakcomel.my/pengemis-tua-di-arab-saudi-mati-tinggalkan-harta-rm2-5-juta/#sthash.dTn0AhJe.dpuf

kaya jual air mani

Kaya jual air mani kerbau

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/
Worlds Most Expensive Bull Is Worth 1.2m GBP
INDIA – Meskipun seekor kerbau mencatatkan rekod dunia dengan harga RM6.68 juta dalam jualan lelong, namun pemiliknya enggan menjual kerbau berkenaan.
Ini kerana Karamvir Singh dengan senang memperolehi pendapatan RM163,000 sebulan hasil penjualan air mani kerbau berkenaan yang digelarnya Bheem Donor, berusia tiga tahun.
Bagi Singh, yang menetap di kampung Sunario, air mani kerbau tersebut amat bernilai dan binatang itu mampu menghasilkannya setiap hari bagi memenuhi perintaan di seluruh negara.
“Saya tidak nampak keperluan untuk menjual kerbau ini kerana saya boleh mendapat hasil yang tinggi setiap bulan,’’ katanya yang turut menyifatkan Bheem sebagai anak lelaki yang menguntungkan.
Salah satu sebab kenapa air mani Bheem menjadi mahal adalah kerana ibu kerbau itu mampu menghasilkan hingga 26 liter susu setiap hari, iaitu rekod dunia untuk kerbau jenis Murrah.
Justeru penternak mahu mendapatkan baka kerbau berkenaan bagi tujuan penghasilan susu. Namun penjagaan kerbau berkenaan juga bukan mudah kerana Singh terpaksa membelanjakan RM100 sehari bagi mendapatkan makanan yang berkualiti untuk Bheem.

Saturday, December 20, 2014

sedekah 3 pound dapat ratusan ribu pound

Tuah gelandangan bantu gadis manis


LANCASHIRE (England): Seorang lelaki gelandangan yang sanggup menawarkan wang dikumpul sepanjang hari kepada seorang wanita yang tidak cukup wang bagi membayar tambang teksi di bandar Preston, di sini, pada malam 4 Disember lalu, menerima ‘pulangan’ sehingga lebih£21,000 (RM114,383) selepas wanita itu membalas budi dengan mencari dana untuk membantunya.
Gelandangan dikenali sebagai Robbie itu menawarkan £3 (RM16) kepada penuntut Universiti Lancashire, Dominique Harrison-Bentzen, 22, selepas wanita terbabit tidak cukup wang untuk membayar tambang teksi kerana beg duitnya hilang.
Robbie turut bimbang dengan keselamatan wanita itu sehingga sanggup memberi wang supaya Dominique dapat pulang ke rumah dengan selamat.
Bagaimanapun, Dominique enggan menerima wang berkenaan sebelum dijemput ibunya, tetapi terharu dengan kemurahan hati Robbie menyebabkan dia nekad membantunya.
Wanita itu memuat naik status di Facebook dan Twitternya untuk mendapatkan sokongan orang ramai sehingga menjadi viral di seluruh dunia, malah turut tidur semalaman di tepi jalan di Bandar Preston Selasa lalu untuk mencari wang membantu Robbie.
Hasilnya, lebih £21,000 (RM114,383) berjaya dikutip dan Dominique turut melancarkan laman web untuk mencari dana bagi membantu Robbie membayar deposit rumah flat. The Telegraph
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17488#sthash.Mldk7N9i.dpuf