Tuesday, June 2, 2015

sampah satu juta

Komputer Apple One (gambar) pernah dijual pada harga RM 2.5 juta dalam satu lelongan di Jerman pada tahun 2013
MILPITAS, Calif. -- Sebuah pusat kitar semula di Silicon Valley kini sedang mencari seorang wanita yang membuang sebuah komputer Apple vintaj bernilai RM 731,620 yang difikirkan "sampah" olehnya.

Victor Gichun dari Clean Bay Area berkata wanita itu menghantar sebuah kotak buruk yang dijumpai olehnya dari garaj mendiang suaminya.

Tetapi, wanita itu tidak mahu mengambil sebarang resit atau meninggalkan sebarang maklumat untuk dihubungi.

Menurut Victor lagi, dia hanya mengetahui kotak itu sebenarnya mempunyai sebuah komputer Apple I (one) seminggu selepas wanita itu menghantarnya.

Menurut laporan dari portal berita The San Jose Mercury News, komputer itu antara satu dari 200 komputer Apple pertama yang dicipta pada tahun 1976.

Victor bagaimanapun telah menjual komputer itu dan mahu membahagikan duit hasil dari jualan tesebut dengan wanita tersebut.

Sebelum ini, model komputer Apple yang sama pernah dijual pada harga tertinggi RM 2.5 juta dalam satu lelongan di Jerman pada tahun 2013.

Komputer ini dijual pada harga US$666 (RM2,435) pada tahun ia mula dikeluarkan. - Siakapkeli.my

Tuesday, March 24, 2015

3 hari dirogol bergilir2

1 / 1
KUALA TERENGGANU - Tindakan berani seorang remaja perempuan keluar bersama seorang lelaki yang baru dikenali membawa padah apabila dirogol lelaki terbabit bersama tiga lagi rakannya.

Kejadian dipercayai berlaku selama tiga hari berturut-turut iaitu bermula 18 Mac lalu di rumah sewa salah seorang suspek berusia 21 tahun di Manir, di sini, dan di sebuah rumah kosong yang juga terletak di kampung sama.

Menurut sumber, kejadian bermula ketika mangsa yang berusia 15 tahun itu dikatakan keluar bersama rakan lelakinya berusia 18 tahun, kira-kira jam 11.45 malam, Selasa lalu.

“Mangsa dikatakan mengenali suspek menerusi telefon dan pada hari kejadian, suspek membawa mangsa ke rumah salah seorang lagi suspek, sebelum mendakwa dirogol rakan lelakinya bersama pemilik rumah sewa terbabit, kira-kira jam 12.30 malam, Rabu lalu.

“Kejadian sama berulang sekali lagi pada malam keesokan harinya apabila mangsa dirogol rakan lelakinya dan seorang lagi suspek lain yang juga berusia 18 tahun.

“Mangsa mendakwa, ketika dirogol ada suspek lain telah merakamkan perbuatan itu dan selepas memuaskan nafsu mereka, mangsa dihantar pulang ke rumah,” katanya.

Jelas sumber, mangsa mendakwa telah menerima khidmat pesanan ringkas (sms) daripada rakan lelakinya kira-kira jam 5.30 petang, Khamis lalu yang mengugut mangsa agar keluar bersamanya lagi jika tidak mahu rakaman video perbuatan seks mereka disebarkan dilaman sosial seperti Wechat dan WhatsApp.

Katanya, mangsa yang takut dengan ugutan suspek terpaksa akur, sebelum sekali lagi dirogol rakan lelakinya bersama seorang lagi suspek berusia 16 tahun di lokasi sama awal pagi Jumaat lalu.

“Selepas puas melepaskan nafsu serakah mereka, mangsa dihantar pulang kira-kira jam 3.30 pagi, sebelum terserempak dengan abang mangsa yang bertindak mengejar suspek selepas curiga adiknya dihantar lelaki, terbabit tetapi gagal menangkap suspek.

“Mangsa akhirnya menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya dan susulan laporan dibuat, gerakan memburu suspek dijalankan.

“Kesemua suspek berjaya ditahan antara jam 1 hingga 3 petang, Jumaat lalu di sekitar Manir untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan suspek kini direman tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Thursday, March 5, 2015

masalah zakar besar


Foto:shutterstockFoto:shutterstockNIGERIA: Malang seorang suami yang mempunyai saiz zakar terlalu besar apabila seorang wanita memfailkan tuntutan perceraian selepas mendakwa dia tidak mampu menahan kesakitan setiap kali mengadakan hubungan intim bersama suaminya.
Wanita yang mempunyai tiga anak iaitu Aisyah Dannupawa dari Nigeria membuat tuntutan kepada Mahkamah Syariah agar membatalkan perkahwinannya bersama suami, Ali Maizinari selepas seminggu mendirikan rumah tangga.
Menurut beberapa laporan portal berita antarabangsa semalam, pengadu turut memaklumkan kepada mahkamah dia berkahwin dengan Ali selepas gagal dalam perkahwinan pertamanya sebelum ini.
Jelas Aisyah, masalah tersebut timbul selepas dia berpindah ke rumah ibu bapanya.
Katanya ketika perbicaraan, setiap kali mereka mengadakan hubungan seks ia seolah menjadi mimpi ngeri kepadanya ekoran saiz alat sulit suami yang terlalu besar.
“Apabila dia (Ali) datang, kami mengadakan hubungan seks tetapi pengalaman itu satu mimpi ngeri.
"Daripada menikmati seks, ia bertukar menjadi sesuatu yang lain kerana zakarnya terlalu besar,” katanya.
Bagaimanapun, Ali ketika perbicaraan tuntutan cerai Aisyah terhadapnya tidak menafikan mempunyai saiz zakar yang terlalu besar.
Ali turut memberitahu mahkamah bahawa dia bersetuju untuk menceraikan isterinya sekiranya mas kahwin yang diberikan kepada Aisyah dibayar semula.