Thursday, November 3, 2011

sawa

Ular sawa disangka kain buruk


Noranina Ab. Razak bersama anggota PBSAL menunjukkan ular sawa yang ditangkap di Kampung Kulim Lakota, kelmarin.


JELI 2 Nov. - Seorang wanita warga emas tidak menyangka segumpal objek yang disangkanya kain buruk dalam reban ayam di belakang rumahnya, rupa-rupanya seekor ular sawa sepanjang kira-kira dua meter dan berat 10 kilogram.
Hasmah Jusuh, 60, berkata, reptilia itu ditemui kira-kira pukul 7.30 pagi ketika dia memberi ternakannya makan di rumahnya di Kampung Kulim Lakota dekat sini, semalam.
Wanita itu pelik setelah mendapati bilangan ayam dalam reban tersebut berkurangan menyebabkan dia memeriksa sekeliling kawasan itu dan ternampak objek seperti kain buruk di kiri pintu reban berkenaan.
"Pada mulanya, saya ingin mengambil dan membuang kain buruk itu tetapi disebabkan cuaca ketika itu gelap, saya tangguhkan kerana bimbang juga ia ular kerana sebelum ini sudah banyak binatang peliharaan penduduk kampung hilang," katanya ketika ditemui di sini.
Menurut Hasmah, kira-kira pukul 4 petang dia turun ke reban untuk mengalihkan kain buruk itu dan terkejut apabila melihat seekor ular sawa besar di atas reban berkenaan.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Bomba Sukarela Ayer Lanas, Noranina Ab. Razak memberitahu, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan ular itu dan bergegas ke lokasi untuk memberikan bantuan.
"Seramai lapan anggota mengambil masa lima minit untuk menangkap reptilia itu yang dianggarkan seberat 10 kilogram," katanya.
Ular berkenaan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.

Wednesday, November 2, 2011

dari ohbelog.com

Apa? Berzina? Tak Tahan?


Apa? Berzina?

Ya... Hampir setiap hari kita dengar tentang kes pembuangan bayi. Kenapa jenayah ini berlaku? Sudah tentu akibat daripada jenayah zina.


Kenapa Berzina?
Setiap manusia dikurniakan gharizatul nau' (naluri berkasih-sayang). Naluri ini memerlukan pemuasan. Apa yang dapat dilihat di sini, ramai di antara kita memilih jalan zina untuk memenuhi naluri ini. Mereka tidak tahan...

Kenapa tak Tahan?
Kerana mereka tidak dapat berkahwin. Sedangkan, perkahwinan itu adalah suatu ibadah yang amat dituntut dalam Islam. Maksud hadis:

Dari Abdullah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi.” [HR Muslim]

Tetapi, amat malang sekali, mereka yang mahu berkahwin, taraf ekonomi diri menjadi penghalang utama bagi mereka untuk melaksanakan ibadah ini. Pendek kata, mereka tidak mampu untuk menanggung segala kos perkahwinan.

Kenapa tak Mampu?
Sistem ekonomi kapitalis adalah suatu sistem ekonomi yang membelit kehidupan umat. Rakyat bukan sahaja dibelit dengan masalah riba, hak rakyat juga dirompak oleh kerajaan kapitalis. Hak rakyat juga dikaut dan dirompak semahu-mahunya. Peranan Baitul Mal pula disempitkan sesempit-sempitnya. Sistem ekonomi kapitalis benar-benar menidakkan hak rakyat!

Kenapa Guna Sistem Ekonomi Kapitalis?
Sejak Khilafah Islamiyah dihancurkan pada 1924, umat Islam ditimpa pelbagai malapetaka. Kitabullah dan sunnah Rasulullah SAW dilenyapkan daripada takhta pemerintahan. Sistem-sistem Islam digantikan dengan sistem-sistem kufur yang lain. Maka, lahirlah 1001 permasalahan di muka bumi, termasuklah jenayah zina.

Jadi, Apa Penyelesaiannya???
Apa lagi kalau bukan menegakkan semula Khilafah Islamiyyah? Ayuh sebarkan dakwah. Ayuh lakukan terjahan pemikiran. Terjah segala pemikiran-pemikiran sekular dan gantikannya dengan pemikiran Islam yang cemerlang. Kebangkitan umat itu bermula daripada revolusi pemikiran, yakni perubahan pola pemikiran daripada pemikiran sekular kepada pemikiran Islam.

Ayuh segera lalukan! Sebarkan walaupun sepotong ayat! Naluri berkasih-sayang kita memerlukan pemuasan yang hak! Jangan biarkan ia meronta-ronta!

suami gay

KLANG: “Selepas hampir tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak, saya langsung tidak menyangka akan berdepan badai yang amat dahsyat apabila suami berubah cinta dengan menyintai kaum sejenisnya. 

“Hati isteri mana yang tak remuk kerana suami yang disanjung rupa-rupanya gay,” rintih isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Liza. Ibu berusia 29 tahun itu berkata, pada mulanya dia mengesyaki suaminya yang berusia 30-an menjalin hubungan sulit dengan perempuan lain selepas mengesan beberapa petanda mencurigakan.

“Suami saya seorang yang lembut, begitu juga dengan tingkah laku dia, tetapi saya tak sangka sampai ke tahap dia melakukan hubungan songsang dengan kaum sejenisnya,” katanya yang juga kakitangan sebuah hospital swasta di ibu kota.

Liza berkata, perkahwinannya dengan suami diatur keluarga, namun dia mencintai dengan sepenuh hati lebih-lebih lagi selepas mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia enam dan tiga tahun. Menurutnya, perubahan sikap suaminya mula dikesan Mac lalu apabila sering marah tanpa sebab munasabah, panas baran dan sering memaki-hamunnya.

Liza semakin curiga apabila menemui kondom di bawah pelapik kaki di dalam kereta, namun apabila ditanya, suaminya memberi alasan ia milik rakan.

“Selepas kejadian itu, saya nekad untuk mengintip setiap perlakuan suami. Pada Ogos lalu, saya membohongi suami kononnya terpaksa bekerja sehingga lewat petang, padahal saya sengaja ingin memerangkapnya.



* BUKTI...Liza menunjukkan cetakan dari laman sosial facebook berhubung hubungan luar tabii suaminya.

“Tanpa diketahuinya, saya pulang awal ke rumah dan sejurus tiba saya nampak ada lelaki lain yang tidak berbaju bersama suami di dalam bilik tidur kami.

“Apabila saya masuk ke rumah secara mengejut, muka suami pucat dan menggelabah, namun masih cuba berselindung dengan memberi alasan lelaki itu rakannya yang datang ke rumah untuk berehat,” katanya. 

Selepas kejadian itu, perasaan Liza semakin kuat mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena terutama apabila membaca SMS berunsur lucah di dalam telefon bimbit milik suami dan perbualan di laman sosial facebook suaminya juga ada banyak perkataan lucah.

“Saya juga menemui e-mel berunsur lucah selain gambar bogel lelaki dan perempuan. Lebih mengejutkan, semua gambar dan e-mel lucah yang diterima suami datangnya daripada lelaki.

“Saya sungguh sedih, lebih-lebih lagi bila terbaca perbualan kotor suami saya dengan pasangan gaynya,” katanya. Bagi mengatasi masalah dihadapinya, Liza mendapatkan nasihat daripada jabatan kaunseling di tempat kerjanya dan dia dinasihatkan banyak berdoa serta melakukan solat hajat supaya suaminya diberi petunjuk oleh Allah.

“Saya nampak ada perubahan pada sikap suami. Dia tidak lagi panas baran, tetapi saya tetap kecewa kerana perasaan suami terhadap pasangan songsangnya yang dia panggil ‘adik’ masih tidak berubah. 

“Malah, suami saya mengaku dia melakukan hubungan sejenis dengan ramai lelaki dan memberi alasan pengalaman diliwat ketika zaman sekolah menengah menyebabkan dia jadi begitu,” katanya.

Berikutan itu, Liza meminta suaminya menjalani ujian mengesan virus HIV kerana bimbangkan risiko dijangkiti penyakit kelamin itu.

“Alhamdulillah, keputusannya negatif, tetapi saya tetap berasa tidak tenang kerana suami kini kembali kepada perangai lamanya selepas saya terbaca mesej lucah di telefon bimbitnya. “Saya sayangkan keluarga, tidak mahu bercerai, tetapi saya keliru dengan keadaan ini,” katanya.

lekat yang memalukan

KALHUGA - Gara-gara mahu mencuba aksi seks baru, sepasang suami isteri warga emas di Rusia terpaksa dikejarkan ke hospital setelah tubuh mereka melekat, lapor sebuah akhbar semalam.

Mangsa Ivan Sokolov, 56, terkejut apabila isterinya Valentina, 51, mengalami kekejangan otot apabila mereka mencuba 'posisi sedikit sukar' menurut buku manual hubungan kelamin, Kama Sutra.Selepas sejam gagal melepaskan diri, pasangan itu akhirnya membuat keputusan menghubungi perkhidmatan bantuan kecemasan di sini.

Doktor-doktor di sebuah hospital di Kalhuga tidak dapat menahan diri daripada tertawa selepas pasangan itu tiba di wad kecemasan dalam keadaan melekat.

"Lelaki itu terdesak untuk membebaskan diri dan akhirnya berjaya berbuat demikian tetapi isterinya tidak bernasib baik kerana terpaksa dirawat ekoran kejutan otot," kata seorang doktor.

Seorang rakan memberi buku panduan itu kepada mereka dan pasangan tersebut membuat keputusan untuk mencuba beberapa posisi Kama Sutra buat kali pertama.

"Anda memerlukan tahap kecergasan tinggi untuk melakukan sesetengah posisi Kama Sutra termasuk posisi 'Indrani' yang dilakukan pasangan tersebut.

Kedudukan itu sukar bagi pasangan warga emas seperti mereka," kata seorang pakar hubungan seks. - Agensi

* Sumber

motor kuasa taik


* GAMBAR yang disiarkan di laman YouTube menunjukkan sebuah motosikal menggunakan najis manusia di Jepun.

TOKYO - Sebuah motosikal di Jepun menggunakan najis manusia sebagai sumber kuasa.

Ia yang dinamakan Motosikal Tandas Neo, dibina oleh firma tandas, Toto, dalam usaha membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam tahun.

Dilengkapi tandas modifikasi dan makmal bergerak untuk memproses najis, kenderaan beroda tiga itu boleh bergerak selaju 80 kilometer (km) sejam.

Jika semua itu tidak cukup canggih, motosikal berkenaan juga boleh bercakap dan menulis mesej di udara dengan menggunakan sistem pengimejan cahaya.

Ia kini dipandu uji dalam sesi jelajah sejauh 960km di Jepun dan dijadualkan tiba di Tokyo pada 2 November ini.

Pada awal tahun ini, seorang lelaki melakukan perjalanan sejauh 20,000km mengelilingi Australia dengan menaiki sebuah motosikal berkuasa lemak ikan dan jejari kentang. - Agensi

mau sex dalam tidur dari blo relevansokmo


* BATTY

BARNSLEY - Seorang wanita, Haley Batty menghidap penyakit ganjil sehingga menyebabkan teman lelakinya tidak dapat tidur malam, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyakit yang dihadapi Batty adalah ketika sedang tidur, dia akan mengajak kekasihnya melakukan hubungan seks.Namun, yang lebih aneh, Batty tidak sedar apa yang telah dilakukannya selepas terjaga daripada tidur.

Pakar-pakar perubatan menyatakan bahawa Batty menghidap sindrom seksomnia yang menyebabkan seseorang individu mengidam hubungan seks ketika sedang tidur.

"Saya boleh melakukan hubungan seks tiga atau empat kali satu malam jika teman lelaki saya bertenaga tetapi pada paginya saya langsung tidak ingat apa-apa mengenainya" kata wanita itu.

Dia mula menunjukkan gejala penyakit pelik itu sewaktu berumur 19 tahun apabila tinggal bersama-sama seorang rakan wanita di sebuah apartmen.

"Teman serumah memberitahu saya mengerang seperti sedang melakukan hubungan seks. Selepas setahun, saya diminta mencari rumah lain kerana dia tidak tahan dengan bunyi itu," jelasnya.

Sejak itu, Batty menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki tetapi tidak ada seorang pun yang dapat bertahan dengan keadaan yang menimpa dirinya.

"Teman lelaki terakhir saya hanya dapat bertahan beberapa hari saja dan dia memutuskan hubungan kerana tidak tahan diraba ketika tidur," ujarnya. - Agensi

* Sumber

Tuesday, November 1, 2011

bila 2 bini xpuas

Dua madu sepakat khalwat

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SEREMBAN: Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini.
Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.

Kedua-dua wanita bermadu berusia 30-an itu ditahan selepas didapati bersekedudukan dengan lelaki berusia 30-an di sebuah hotel terkemuka di kawasan pantai peranginan popular itu.

Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3 pagi Khamis lalu, anggota penguat kuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap.

Menurutnya, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki dan wanita lain berpakaian lengkap juga berada di bilik hotel berkenaan.

“Ketika disoal siasat, dua wanita dan lelaki itu mengaku mereka bukan suami isteri atau mahram. Lebih mengejutkan, hasil soal siasat mendapati kedua-dua wanita berkenaan bermadu dan datang ke daerah itu kononnya untuk bercuti dari ibu kota,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.


Katanya, untuk membuktikan dakwaan dua wanita itu sahih, anggota penguat kuasa menghubungi suami mereka dan lelaki berkenaan turut mengakui kedua-duanya adalah isterinya yang sah.

“Hasil soal siasat, kedua-dua wanita itu mengakui mereka menipu suami mengatakan mahu pergi bercuti bersama di tempat peranginan itu. Malah, kedua-dua mereka memang madu yang baik dan rapat berdasarkan soal siasat dijalankan,” katanya.

Menurut sumber, ketika disoal siasat madu terbabit dengan keadaan muka yang pucat lesi memberi alasan mereka datang bercuti bersama.

Katanya, lebih menyedihkan, suami kedua-dua wanita itu terpaksa datang dari ibu kota semata-mata untuk menjamin isterinya yang curang.

“Semua mereka dilepaskan dengan jaminan sebelum didakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana terbabit dengan kegiatan khalwat atau melakukan persetubuhan haram,” katanya.