Wednesday, February 13, 2013

rumah tanda x

Tanda 'X' hantui keluarga petani

SEMBURAN cat dengan tanda X menghantui keluarga Sabberi Massari di Kampung Sungai Labu Bawah, Parit Buntar, Perak, semalam.
PARIT BUNTAR 12 Feb. - Ibarat cerita filem Ali Baba Bujang Lapuk yang mengisahkan cerita 40 penyamun memangkah rumah sasaran dengan tanda 'X'.
Walaupun seakan bahan jenaka tetapi cerita tersebut kini menghantui keluarga seorang petani di Kampung Sungai Labu Bawah di sini yang rumahnya disembur dengan tanda 'X' yang dipercayai isyarat keluarganya bakal menjadi mangsa perbuatan khianat.
Keadaan sama pernah berlaku di beberapa buah rumah di kampung tersebut pada tahun 2009 yang berakhir dengan kejadian kebakaran, kira-kira seminggu selepas kediaman terbabit disembur cat bertanda sama.
Petani berkenaan, Sabberi Massari, 58, berkata, kejadian dinding rumahnya disembur cat dengan tanda 'X' disedari oleh anaknya yang hendak keluar bekerja kira-kira pukul 6 pagi pada 1 Januari lalu.

No comments:

Post a Comment