Sunday, May 5, 2013

mengamuk kena ikat

Orang ramai ikat lelaki mengamuk


ORANG ramai melihat lelaki mengamuk yang diikat selepas bertindak agresif mengganggu pengguna jalan raya di Bulatan Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.


NAIK ANGIN. Seorang lelaki tiba-tiba mengamuk di tengah-tengah jalan raya selepas kereta yang dipandunya kemik bergesel dengan sebuah lori berhampiran Bulatan Tun Razak, Kuala Lumpur, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku pukul 1 pagi itu menyebabkan berlaku kekecohan apabila lelaki awal 40-an itu memarahi pengguna jalan raya lain selepas pemandu lori yang melanggarnya melarikan diri selepas melanggar kereta Ford miliknya.
Menurut sumber, lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh dadah itu kemudian ditangkap orang ramai yang berada di tempat kejadian.
“Kaki dan tangan lelaki itu terpaksa diikat berikutan dia bertindak agresif. Orang ramai mengambil masa hampir 20 minit untuk menangkapnya sebelum diserahkan kepada polis,” katanya ketika dihubungi semalam.

No comments:

Post a Comment