Serah rantai untuk BR1M
Simunjan: Seorang wanita warga emas kerugian lebih RM3,000 apabila
ditipu seorang wanita menyamar pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) yang kononnya menjanjikan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan
bantuan keperluan asas, baru-baru ini.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Sapiah Siga, 67, dari Kampung Keleka, di sini, didatangi wanita tidak dikenali ketika membeli barang keperluan di Pasar Majlis Daerah Simunjan, di sini.
Sapiah berkata, wanita 30-an itu kemudian berpura-pura bertanya sama ada dia sudah menerima BR1M dan bersedia memberikan bantuan jika masih belum mendapat bantuan itu.
Katanya, dia yang tidak mengetahui status BR1M dipohon memaklumkan kepada wanita berkenaan masalah dihadapinya dan wanita itu berjanji membantu mendapatkan BR1M dan bantuan lain seperti beras, gula dan tepung.
“Terpengaruh dengan tawaran yang diberikan, saya bersetuju menerima pertolongan daripada wanita itu.
“Dia mengajak saya menaiki PROTON Saga hitam yang turut dinaiki dua lelaki sebelum dibawa ke bandar Serian kononnya bagi mendapatkan borang permohonan,” katanya.
Sebaik tiba di Serian, katanya, wanita itu mengarahkan mangsa menanggalkan rantai, dua cincin emas yang dipakai dan menyerahkan wang RM150 bagi mengelak permohonan ditolak.
“Saya menyerahkan semua barang diminta sebelum ditinggalkan di pasar raya dan diarah menunggu manakala wanita itu kononnya ke pejabat mengambil borang permohonan.
“Lebih sejam menunggu, wanita terbabit tidak datang menjemputnya dan ketika itu saya menyedari ditipu,” katanya.
Sapiah berkata, dia menghubungi anak lelakinya memaklumkan kejadian itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Serian untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serian Deputi Superintendan Mohd Jamali Umi ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.
A

No comments:
Post a Comment