Friday, February 7, 2014

bapa libas tangan guru dengan parang

soalan sek

Soalan kaji selidik yang menjadi punca kontroversi - photo Sinar Harian Online.
SEREMBAN - Soalan berunsur seks dalam borang soal selidik yang diedarkan kepada murid sekolah rendah di Nilai mendorong dua wakil rakyat membuat aduan sekali gus menuntut tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, semalam.
Adun Nilai, J Arul Kumar yang hadir bersama Adun Senawang, P Gunasekaran, mempersoalkan apa relevannya soalan berkaitan keguguran kandungan, kaedah mencegah kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii ditanya kepada murid sekolah rendah.
"Soalan seperti ini tidak sepatutnya ditanya kepada murid sekolah rendah," kata Arul Kumar.
Beliau turut menunjukkan borang soal selidik itu yang antara soalannya ialah 'Saya mempunyai keinginan seks terhadap (a) kaum (jantina) sejenis (b) keinginan untuk menjadi berlainan jantina'.
Satu lagi soalan, 'saya pernah melakukan perkara-perkara berikut (a) membaca/ menonton bahan-bahan lucah (b) melancap/ masturbasi (merangsang diri sendiri secara seksual).
Sinar Harian difahamkan, borang soal selidik itu diedarkan di sekolah-sekolah di negeri ini.
Menurutnya,  beliau dimaklumkan mengenai perkara itu Jumaat lalu oleh ibu bapa murid tahun empat yang bimbang persoalan yang dibangkitkan dalam soal selidik itu mencemarkan pemikiran anak mereka.
“Setelah diteliti, kita dapati soalan pada halaman tiga itu memang tidak sepatutnya diajukan kepada murid sekolah rendah. Kita pun hairan bagaimana pihak berkenaan boleh terfikir untuk menyoal selidik budak sekolah rendah dengan soalan seperti itu.
“Cuba bayangkan, apa yang kanak-kanak ini faham tentang keguguran kandungan, kaedah pencegahan kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii,” katanya.
Arul Kumar berkata,  tidak timbul masalah jika soalan itu diajukan kepada golongan remaja, khususnya pelajar sekolah menengah memandangkan topik dibangkitkan bersesuaian dengan mereka untuk tujuan kesedaran.
“Ibu bapa itu sendiri kata kepada saya, mereka serba salah apabila anak-anak yang masih kecil ini balik bertanya kepada mereka soalan-soalan yang mereka sendiri tak boleh nak jawab. Pada saya, perkara seperti ini boleh dedahkan anak-anak kepada perkara yang mereka tak sepatutnya tahu lagi pada peringkat usia itu," katanya.
Sehubungan itu, Arul Kumar minta Jabatan Pendidikan negeri mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan insiden sama tidak berulang.
“Kita harap Jabatan Pendidikan negeri memandang serius perkara ini kerana mengikut maklumat diterima, dipercayai kaji selidik berkenaan bukan saja diedarkan di sekolah terbabit, malah di semua jenis sekolah rendah di negeri ini sejak tahun lalu.
“Bagaimanapun, kita terpaksa menanti sehingga hari ini (semalam) untuk bertindak selepas mendapat bukti mencukupi,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid ketika dihubungi Sinar Harian berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kaji selidik berkenaan dibuat klinik kesihatan berdekatan tanpa pengetahuan dan kebenaran Jabatan Pendidikan negeri.
"Setakat ini, kita tak pasti berapa banyak yang sudah diedarkan dan sekolah mana terlibat.
"Buat permulaan kita minta pengurusan sekolah yang menerima borang kaji selidik ini supaya menghentikan pengedarannya," katanya.
Kalsom berkata, pihaknya akan membuat siasatan lebih lanjut sebelum sebarang tindakan diambil. - Sinar Harian Online

Wednesday, February 5, 2014

cium kemaluan tak bau syurga haha

CIUM KEMALUAN ISTERI TIDAK BAU SYURGA

ceramah kursus perkahwinan di masjid negeri. dalam satu topik yang membincangkan isu adab bersama pasangan masing-masing setelah menikah. teman telah mengatakan bahawa sesiapa yang cium kemaluan isterinya atau suaminya..maka mereka tidak akan sekali-kali dapat bau syurga. kelihatan peserta yang datang berbisik2 sesama mereka..

untuk meredakan keresahan masing2 teman berkata; ada apae2 soalan ke sebelum saya meneruskan ceramah kita pagi nih...

bangun seorang peserta lelaki yang bersongkok. lagaknya seperti seorang ustad dari cara pemakaiannya...bergerak ke mic yang disediakan...saya ********* dari ****... merujuk kepada kenyataan ustad tadi...berkaitan dengan hukum mencium kemaluan tidak bau syurga... teman: iye..silakan...

peserta: saya belajar di ****... saya ade terbaca dalam kitab tafsir ahkam ibn arabi..mengatakan harus untuk mencium kemaluan isteri atau pasangan masing2..cuma dari segi adab tidak berapa elok..lagi pun hanya suami sahaja yang boleh buat demikian...yang lain2 tak boleh buat ust.... boleh ust jelaskan lagi mengapa tidak boleh buat demikian dan kenapa tak boleh msuk syurga....

nampak..berbezanya cara orang berfikir...asasnya bagus peserta tersebut...nampak ketika itu..peserta terangguk2..ingin mengetahui lebih lanjut...

menjawab persoalan yang ditanya semula oleh peserta.... sedara jangan salam faham...saya takde pun cakap bahawa cium kemaluan pasangan itu haram..saya tak cakapkan...ade sapa rakam ceramah saya...ade saya kata haram..tak de..saya tak kata pun tak masuk syurga... saya kata cium kemaluan isteri tak bau syurga... iyela kalau kite cium kemaluan isteri..bau kemaluan le lah.....mana blh bau syurga....bau syurga bila dah mati lah nti...tpi skrg ni tgh sedap bau tu teruskan aje la.....seluruh dewan gelak pecah perut...

LIKE @ FOLLOW :- Rahsia Malam Jumaat

mohon bantuan


Wednesday, February 5, 2014

MOHON BANTUAN SEGERA UNTUK ADIK-ADIK KITA NI... @MukhrizMahathir @MukhrizOfficial @SabrinaAzizan @Suraya_Yaakob

5 dari 6 beradik yang memerlukan bantuan kita... apa salahnya kalau kita bantu depa?
Saya dapat info ni dari blog PAS Kedah. Walaupun cara blogger PAS tu nak mintak sumbangan untuk adik-adik kita ni agak kurang ajar, tidak sopan dan berbentuk sindiran, saya kira wajar saya sambungkan rayuan bantuan untuk adik-adik kita ni...

Adik-adik kita ni anak yatim. Ibu mereka baru meninggal dunia pada 21 Januari lepas. Ayah mereka pula walaupun masih hidup, langsung tak beri nafkah. Depa duduk dengan mak saudara depa kat Kg Paloh, Kuala Terengganu...Mak saudara depa bukan orang senang... kategori orang susah jugak tu...
Semuanya ada 4 adik beradik. Yang sulung berusia 21 tahun, adik Nurul Azieanty Abdul Wahab. Dia sedang menuntut tahun satu di UUM, Sintok. Manakala adiknya yang bongsu baru masuk darjah satu...
Menyedihkan, mungkin sebab tekanan hidup yang susah lepas ibu mereka meninggal, adik Nurul Azieanty pernah terfikir nak berhenti belajar di UUM untuk sara adik-adiknya...

Macam ni cara "Islam" blogger PAS mohon sumbangan untuk adik-adik kita ni? Sindir Pejabat Zakat & JKM? Macam tu cara akhlak Islam? Apa kata kalau blogger tu bawa details adik-adik kita tu ke Pejabat Zakat atau JKM dan minta bantuan sewajarnya...kan lebih mulia? Nak mintak bantuan, tapi dengan cara yang menyakitkan hati orang, macam tu? Patut la orang kafir pandang serong kat kita...
Jadi, saya harap pada semua yang terbaca cerita mengenai adik-adik kita ni dan ada rezeki lebih untuk bersedekah, apa kata berhenti sekejap kat mana-mana BSN. Lepas tu bank in sikit duit tu semampu yang kita ada untuk bantu adik-adik kita ni...
No akaun adik Nurul Azieanty tu ialah 111 022 900 000 7222 - BSN. Kalau nak bank in kat ibu saudara adik-adik kita tu pun boleh...ini no akaunnya...(MEK SHARIAH BINTI AWI) 111 004 100 017 4321 - BSN.

Ingatlah kawan-kawan semua. Nanti bila kita meninggal dunia, hanya tiga amalan kita yang akan kekal berikan pahala pada kita sampai hari kiamat dan salah satunya ialah SEDEKAH JARIAH. Semoga kita sama-sama bantu adik-adik kita ni... insyaAllah...

Sunday, February 2, 2014

pengantin xbersunat tertekan


SAYA berusia 28 tahun dan akan mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun ini. Saya bekerja sebagai jururawat.
Saya dapati alat sulit saya kelihatan berbeza daripada wanita lain apabila labia minora kelihatan sangat lebar. Saya bertanyakan kepada ibu sama ada saya disunatkan semasa dilahirkan, namun ibu saya tidak ingat, cuma katanya kemungkinan ada.
Apabila bertanyakan pada ayah pula, dia memberitahu perempuan tidak wajib bersunat jadi kemungkinan saya tidak disunatkan.
Saya jadi takut dan agak tertekan sekiranya bakal suami tidak dapat menerima keadaan saya ini. Saya pernah terdengar perbualan orang tua bahawa lelaki tidak sukakan perempuan yang tidak bersunat.
Ini menambah tekanan pada saya. Pada usia ini, bolehkah saya melakukan prosedur bersunat? Jika ada, di manakah tempatnya? Saya berasa cukup malu dan harap doktor dapat memberi pandangan.
Lis,
Selangor.
JAWAPAN
Saiz labia minora ada sedikit berbeza antara wanita, malah saiz atau panjang labia minora kanan juga mungkin sedikit berbeza daripada labia minora kiri.
Bersunat bagi perempuan juga berbeza mengikut amalan masyarakat. Kini, amalan bersunat di Malaysia lebih kepada ‘cukup syarat’ contohnya dengan hanya menyentuh gunting atau pisau pada bahagian kemaluan bayi atau kanak-kanak perempuan, bukannya seperti dulu dengan memotong lebih banyak bahagian atas sudut pertemuan labia minora.
Apa yang lebih penting adalah menjaga kebersihan kemaluan, sama ada sudah bersunat ataupun belum. Kotoran atau daki lebih mudah berkumpul di celah atau bawah sudut terbabit pada wanita yang tidak bersunat, tetapi ini tidak bermakna wanita yang sudah bersunat bebas daripada kotoran berkenaan.
Sebagai jururawat yang ada mempelajari bahagian kemaluan wanita, anda pasti lebih berpengetahuan dalam menjaga kebersihan bahagian terbabit.
Labia minora memainkan peranan dalam membantu ‘menutup’ bahagian bukaan salur kencing dan bukaan faraj. Labia minora yang lebih lebar sepatutnya lebih melindungi bahagian ini daripada jangkitan kuman. – Harian Metro
Dr. Adilah Ahmat 
Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan Dan Rawatan Kesuburan/IVF, Hospital Pantai Bangsar Dan Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

jangan percaya cari jodoh di internet


KOTA BHARU – Majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi kenangan manis seumur hidup bertukar menjadi pengalaman pahit buat seorang pensyarah institut pengajian tinggi awam (IPTA).
Malang buatnya apabila bakal suaminya itu tidak muncul-muncul pada hari pernikahan mereka kelmarin, menyebabkan keluarga terpaksa menukar majlis menyambut menantu kepada majlis sambutan Maulidur Rasul.
Pensyarah tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Yaya (bukan nama sebenar), 28, berkata, pernikahannya sepatutnya berlangsung di sebuah masjid di Pengkalan Chepa di sini, jam 3 petang, namun pengantin lelaki tidak muncul selepas tiga jam menunggu.
Kejadian itu menyebabkan dia bukan sahaja trauma dan hilang keyakinan diri, malah ahli keluarganya mengalami kerugian hampir RM60,000.
Menurutnya, dia mengenali bakal suaminya itu melalui laman website mencari jodoh pada Mei tahun lalu dan mereka juga pernah beberapa kali keluar bersama.
Kenal lima bulan
“Saya malu dengan kejadian ini kerana ia melibatkan maruah keluarga. Saya langsung tidak menyangka dia sanggup menipu. Kami pernah beberapa kali bertemu dan saya percayakannya walaupun baru mengenalinya dalam tempoh lima bulan sebelum majlis merisik.
“Sebelum ini juga dia mengaku bujang dan bekerja di salah sebuah syarikat swasta terkenal di Baling, Kedah,” katanya.
Yaya mendakwa, sebelum majlis akad nikah, dia dipujuk lelaki terbabit untuk memasukkan sejumlah wang selepas lelaki tersebut memberikan alasan ia diperlukan untuk persediaan perkahwinan dan wang hantaran.
“Saya memasukkan wang dua kali. Mula-mula RM10,000 dan sekali lagi sebanyak RM15,000 setelah mengetahui dia mempunyai banyak komitmen. Tidak terlintas dalam fikiran saya yang dia akan bertindak begini,” katanya yang mengakui lelaki itu adalah cinta pertamanya.
Menceritakan semasa majlis pernikahan itu, beberapa ahli keluarga terdekat mencari lelaki terbabit di rumah ibu bapanya di sebuah kampung di pinggir Kota Bharu namun hanya ibu bapa lelaki itu sahaja yang muncul.
“Dia tiada di rumah, hanya ibu bapa sahaja yang ada tetapi mereka bersikap seolah-olah tiada apa yang berlaku. Bapanya beritahu anaknya telah berkahwin dan tidak mempunyai kerja tetap.
“Kalau betul sekalipun, sepatutnya hal ini dibincangkan dan bawa berunding kerana ia melibatkan maruah keluarga,” katanya yang kehilangan ayah pada 1999.
Yaya mengakui amat sedih dengan kelakuan bakal suaminya itu yang tidak memberitahu perkara sebenar sejak awal lagi sehingga keluarganya telah membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka.
Pengantin lelaki gagal dihubungi
Sementara itu, abang mangsa, Man (bukan nama sebenar), 38, berkata, laporan polis dibuat selepas lelaki itu gagal dihubungi dan malu kerana ia melibatkan maruah keluarga.
“Saya sudah mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabila dia meminta adik memasukkan RM25,000 untuk persiapan perkahwinan mereka, namun saya masih lagi berfikiran positif.
“Kira-kira jam 11 pagi kelmarin (Jumaat), kami menunggu pengantin lelaki yang berjanji untuk menghantar borang perkahwinan, namun sehingga jam 5 petang, dia tidak hadir menyerahkan borang mahupun muncul pada majlis nikah sedangkan kami telah menyediakan jamuan dan memanggil imam masjid untuk akad nikah,” dakwanya.
Menurutnya, majlis kenduri terpaksa diteruskan kerana kad perkahwinan telah diedarkan dan jemputan dibuat sejak dua bulan lalu.
Ibu mangsa yang enggan dikenali pula berkata, dia tidak menyangka bakal menantunya itu sanggup memalukan anak perempuannya.
“Saya merestui hubungan mereka tetapi tidak sangka begini jadinya. Mereka mengenali antara satu sama lain selama lima bulan dan tarikh 1 Februari ini dipilih sempena hari lahir bakal suami anak saya.
“Semasa merisik, ibu bapanya datang pada waktu malam (sepatutnya selepas solat Asar) dengan hanya sebuah kereta dan dari situ, kami rasa pelik. Mereka memberikan alasan kereta rosak tetapi kami masih menerima dengan baik dan fikir positif tetapi begini akhirnya. Kami bukan berkira pasal duit tetapi ini melibatkan maruah,” katanya.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan akan menjalankan siasatan lanjut. – Sinar Harian

spy cam di hospital


KUANTAN- Tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang meletakkan tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 sentimeter di tandas kakitangan wanita Hospital Bentong, baru-baru ini, berkemungkinan didalangi orang dalam.
Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, tandas berkenaan yang berada di bahagian unit rawatan kecemasan hanya boleh digunakan oleh kakitangan hospital saja malah orang awam tidak dibenarkan sama sekali memasukinya bagi mengelak kesesakan atau mengganggu privasi doktor atau jururawat yang bertugas.
Katanya, perbuatan meletakkan kamera di bawah sinki dan berbentuk penyangkut baju disedari apabila seorang kakitangan wanita hospital ternampak cahaya merah seolah-olah sedang merakam gambar.
“Kita tidak menolak ada pembabitan daripada orang dalam berikutan tandas itu hanya boleh digunakan oleh kakitangan wanita saja manakala orang awam tidak dibenarkan.
“Kami menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan sekiranya didapati ada kakitangan hospital berkenaan terbabit, pihak kami akan mengambil tindakan tegas,” katanya, ketika dihubungi di sini, semalam.
Sebelum ini, seorang kakitangan hospital berkenaan menjumpai tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 Sentimeter di tandas kakitangan wanita sekali gus mengundang pelbagai persoalan masyarakat seterusnya menjadi perbualan hangat di laman sosial.
Antara pihak yang menyebarkan perkara itu adalah badan pemantau jenayah, MyWatch, menerusi twitternya turut berkongsi gambar yang dimuat naik seorang individu dipercayai kakitangan hospital itu menerusi akaun Facebooknya. – Harian Metro