Artikel ini hanyalah copy and paste dari website akhbar tempatan ataupun dari website individu. Semua kisah misteri, luar biasa , lucu dari dalam dan luar negeri akan dikumpulkan dalam blog ni. Harap anda terhibur dari segala macam ragam manusia.
Friday, February 7, 2014
soalan sek
Soalan seks untuk murid sekolah?
![]() |
Soalan kaji selidik yang menjadi punca kontroversi - photo Sinar Harian Online. |
SEREMBAN - Soalan berunsur seks dalam borang soal selidik yang
diedarkan kepada murid sekolah rendah di Nilai mendorong dua wakil
rakyat membuat aduan sekali gus menuntut tindakan Jabatan Pendidikan
Negeri Sembilan, semalam.
Adun Nilai, J Arul Kumar yang hadir bersama Adun Senawang, P
Gunasekaran, mempersoalkan apa relevannya soalan berkaitan keguguran
kandungan, kaedah mencegah kehamilan, penukaran jantina, masturbasi,
bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii ditanya kepada
murid sekolah rendah.
"Soalan seperti ini tidak sepatutnya ditanya kepada murid sekolah rendah," kata Arul Kumar.
Beliau turut menunjukkan borang soal selidik itu yang antara soalannya
ialah 'Saya mempunyai keinginan seks terhadap (a) kaum (jantina) sejenis
(b) keinginan untuk menjadi berlainan jantina'.
Satu lagi soalan, 'saya pernah melakukan perkara-perkara berikut (a)
membaca/ menonton bahan-bahan lucah (b) melancap/ masturbasi (merangsang
diri sendiri secara seksual).
Sinar Harian difahamkan, borang soal selidik itu diedarkan di sekolah-sekolah di negeri ini.
Menurutnya, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu Jumaat lalu oleh
ibu bapa murid tahun empat yang bimbang persoalan yang dibangkitkan
dalam soal selidik itu mencemarkan pemikiran anak mereka.
“Setelah diteliti, kita dapati soalan pada halaman tiga itu memang tidak
sepatutnya diajukan kepada murid sekolah rendah. Kita pun hairan
bagaimana pihak berkenaan boleh terfikir untuk menyoal selidik budak
sekolah rendah dengan soalan seperti itu.
“Cuba bayangkan, apa yang kanak-kanak ini faham tentang keguguran
kandungan, kaedah pencegahan kehamilan, penukaran jantina, masturbasi,
bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii,” katanya.
Arul Kumar berkata, tidak timbul masalah jika soalan itu diajukan
kepada golongan remaja, khususnya pelajar sekolah menengah memandangkan
topik dibangkitkan bersesuaian dengan mereka untuk tujuan kesedaran.
“Ibu bapa itu sendiri kata kepada saya, mereka serba salah apabila
anak-anak yang masih kecil ini balik bertanya kepada mereka
soalan-soalan yang mereka sendiri tak boleh nak jawab. Pada saya,
perkara seperti ini boleh dedahkan anak-anak kepada perkara yang mereka
tak sepatutnya tahu lagi pada peringkat usia itu," katanya.
Sehubungan itu, Arul Kumar minta Jabatan Pendidikan negeri mengambil
tindakan sewajarnya bagi memastikan insiden sama tidak berulang.
“Kita harap Jabatan Pendidikan negeri memandang serius perkara ini
kerana mengikut maklumat diterima, dipercayai kaji selidik berkenaan
bukan saja diedarkan di sekolah terbabit, malah di semua jenis sekolah
rendah di negeri ini sejak tahun lalu.
“Bagaimanapun, kita terpaksa menanti sehingga hari ini (semalam) untuk bertindak selepas mendapat bukti mencukupi,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid ketika
dihubungi Sinar Harian berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kaji
selidik berkenaan dibuat klinik kesihatan berdekatan tanpa pengetahuan
dan kebenaran Jabatan Pendidikan negeri.
"Setakat ini, kita tak pasti berapa banyak yang sudah diedarkan dan sekolah mana terlibat.
"Buat permulaan kita minta pengurusan sekolah yang menerima borang kaji selidik ini supaya menghentikan pengedarannya," katanya.
Kalsom berkata, pihaknya akan membuat siasatan lebih lanjut sebelum sebarang tindakan diambil. - Sinar Harian Online
Wednesday, February 5, 2014
cium kemaluan tak bau syurga haha
CIUM KEMALUAN ISTERI TIDAK BAU SYURGA
ceramah kursus perkahwinan di masjid negeri. dalam satu topik yang membincangkan isu adab bersama pasangan masing-masing setelah menikah. teman telah mengatakan bahawa sesiapa yang cium kemaluan isterinya atau suaminya..maka mereka tidak akan sekali-kali dapat bau syurga. kelihatan peserta yang datang berbisik2 sesama mereka..
untuk meredakan keresahan masing2 teman berkata; ada apae2 soalan ke sebelum saya meneruskan ceramah kita pagi nih...
bangun seorang peserta lelaki yang bersongkok. lagaknya seperti seorang ustad dari cara pemakaiannya...bergerak ke mic yang disediakan...saya ********* dari ****... merujuk kepada kenyataan ustad tadi...berkaitan dengan hukum mencium kemaluan tidak bau syurga... teman: iye..silakan...
peserta: saya belajar di ****... saya ade terbaca dalam kitab tafsir ahkam ibn arabi..mengatakan harus untuk mencium kemaluan isteri atau pasangan masing2..cuma dari segi adab tidak berapa elok..lagi pun hanya suami sahaja yang boleh buat demikian...yang lain2 tak boleh buat ust.... boleh ust jelaskan lagi mengapa tidak boleh buat demikian dan kenapa tak boleh msuk syurga....
nampak..berbezanya cara orang berfikir...asasnya bagus peserta tersebut...nampak ketika itu..peserta terangguk2..ingin mengetahui lebih lanjut...
menjawab persoalan yang ditanya semula oleh peserta.... sedara jangan salam faham...saya takde pun cakap bahawa cium kemaluan pasangan itu haram..saya tak cakapkan...ade sapa rakam ceramah saya...ade saya kata haram..tak de..saya tak kata pun tak masuk syurga... saya kata cium kemaluan isteri tak bau syurga... iyela kalau kite cium kemaluan isteri..bau kemaluan le lah.....mana blh bau syurga....bau syurga bila dah mati lah nti...tpi skrg ni tgh sedap bau tu teruskan aje la.....seluruh dewan gelak pecah perut...
LIKE @ FOLLOW :- Rahsia Malam Jumaat
ceramah kursus perkahwinan di masjid negeri. dalam satu topik yang membincangkan isu adab bersama pasangan masing-masing setelah menikah. teman telah mengatakan bahawa sesiapa yang cium kemaluan isterinya atau suaminya..maka mereka tidak akan sekali-kali dapat bau syurga. kelihatan peserta yang datang berbisik2 sesama mereka..
untuk meredakan keresahan masing2 teman berkata; ada apae2 soalan ke sebelum saya meneruskan ceramah kita pagi nih...
bangun seorang peserta lelaki yang bersongkok. lagaknya seperti seorang ustad dari cara pemakaiannya...bergerak ke mic yang disediakan...saya ********* dari ****... merujuk kepada kenyataan ustad tadi...berkaitan dengan hukum mencium kemaluan tidak bau syurga... teman: iye..silakan...
peserta: saya belajar di ****... saya ade terbaca dalam kitab tafsir ahkam ibn arabi..mengatakan harus untuk mencium kemaluan isteri atau pasangan masing2..cuma dari segi adab tidak berapa elok..lagi pun hanya suami sahaja yang boleh buat demikian...yang lain2 tak boleh buat ust.... boleh ust jelaskan lagi mengapa tidak boleh buat demikian dan kenapa tak boleh msuk syurga....
nampak..berbezanya cara orang berfikir...asasnya bagus peserta tersebut...nampak ketika itu..peserta terangguk2..ingin mengetahui lebih lanjut...
menjawab persoalan yang ditanya semula oleh peserta.... sedara jangan salam faham...saya takde pun cakap bahawa cium kemaluan pasangan itu haram..saya tak cakapkan...ade sapa rakam ceramah saya...ade saya kata haram..tak de..saya tak kata pun tak masuk syurga... saya kata cium kemaluan isteri tak bau syurga... iyela kalau kite cium kemaluan isteri..bau kemaluan le lah.....mana blh bau syurga....bau syurga bila dah mati lah nti...tpi skrg ni tgh sedap bau tu teruskan aje la.....seluruh dewan gelak pecah perut...
LIKE @ FOLLOW :- Rahsia Malam Jumaat
mohon bantuan
Wednesday, February 5, 2014
MOHON BANTUAN SEGERA UNTUK ADIK-ADIK KITA NI... @MukhrizMahathir @MukhrizOfficial @SabrinaAzizan @Suraya_Yaakob
![]() |
5 dari 6 beradik yang memerlukan bantuan kita... apa salahnya kalau kita bantu depa? |
Adik-adik kita ni anak yatim. Ibu mereka baru meninggal dunia pada 21
Januari lepas. Ayah mereka pula walaupun masih hidup, langsung tak beri
nafkah. Depa duduk dengan mak saudara depa kat Kg Paloh, Kuala
Terengganu...Mak saudara depa bukan orang senang... kategori orang susah
jugak tu...
Semuanya ada 4 adik beradik. Yang sulung berusia 21 tahun, adik Nurul
Azieanty Abdul Wahab. Dia sedang menuntut tahun satu di UUM, Sintok.
Manakala adiknya yang bongsu baru masuk darjah satu...
Menyedihkan, mungkin sebab tekanan hidup yang susah lepas ibu mereka
meninggal, adik Nurul Azieanty pernah terfikir nak berhenti belajar di
UUM untuk sara adik-adiknya...
Jadi, saya harap pada semua yang terbaca cerita mengenai adik-adik kita
ni dan ada rezeki lebih untuk bersedekah, apa kata berhenti sekejap kat
mana-mana BSN. Lepas tu bank in sikit duit tu semampu yang kita ada
untuk bantu adik-adik kita ni...
No akaun adik Nurul Azieanty tu ialah 111 022 900 000 7222 - BSN. Kalau nak bank in kat ibu saudara adik-adik kita tu pun boleh...ini no akaunnya...(MEK SHARIAH BINTI AWI) 111 004 100 017 4321 - BSN.
Ingatlah kawan-kawan semua. Nanti bila kita meninggal dunia, hanya tiga
amalan kita yang akan kekal berikan pahala pada kita sampai hari kiamat
dan salah satunya ialah SEDEKAH JARIAH. Semoga kita sama-sama bantu
adik-adik kita ni... insyaAllah...
Sunday, February 2, 2014
pengantin xbersunat tertekan
Bakal Pengantin Perempuan ‘Tertekan’ Tak Bersunat…
SAYA berusia 28 tahun dan akan mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun ini. Saya bekerja sebagai jururawat.
Saya dapati alat sulit saya kelihatan berbeza daripada wanita lain
apabila labia minora kelihatan sangat lebar. Saya bertanyakan kepada ibu
sama ada saya disunatkan semasa dilahirkan, namun ibu saya tidak ingat,
cuma katanya kemungkinan ada.
Apabila bertanyakan pada ayah pula, dia memberitahu perempuan tidak wajib bersunat jadi kemungkinan saya tidak disunatkan.
Saya jadi takut dan agak tertekan sekiranya bakal suami tidak dapat
menerima keadaan saya ini. Saya pernah terdengar perbualan orang tua
bahawa lelaki tidak sukakan perempuan yang tidak bersunat.
Ini menambah tekanan pada saya. Pada usia ini, bolehkah saya melakukan
prosedur bersunat? Jika ada, di manakah tempatnya? Saya berasa cukup
malu dan harap doktor dapat memberi pandangan.
Lis,
Selangor.
JAWAPAN
Saiz labia minora ada sedikit berbeza antara wanita, malah saiz atau
panjang labia minora kanan juga mungkin sedikit berbeza daripada labia
minora kiri.
Bersunat bagi perempuan juga berbeza mengikut amalan masyarakat. Kini,
amalan bersunat di Malaysia lebih kepada ‘cukup syarat’ contohnya dengan
hanya menyentuh gunting atau pisau pada bahagian kemaluan bayi atau
kanak-kanak perempuan, bukannya seperti dulu dengan memotong lebih
banyak bahagian atas sudut pertemuan labia minora.
Apa yang lebih penting adalah menjaga kebersihan kemaluan, sama ada
sudah bersunat ataupun belum. Kotoran atau daki lebih mudah berkumpul di
celah atau bawah sudut terbabit pada wanita yang tidak bersunat, tetapi
ini tidak bermakna wanita yang sudah bersunat bebas daripada kotoran
berkenaan.
Sebagai jururawat yang ada mempelajari bahagian kemaluan wanita, anda
pasti lebih berpengetahuan dalam menjaga kebersihan bahagian terbabit.
Labia minora memainkan peranan dalam membantu ‘menutup’ bahagian bukaan
salur kencing dan bukaan faraj. Labia minora yang lebih lebar sepatutnya
lebih melindungi bahagian ini daripada jangkitan kuman. – Harian Metro
Dr. Adilah Ahmat
Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan Dan Rawatan
Kesuburan/IVF, Hospital Pantai Bangsar Dan Hospital Pusrawi Jalan Tun
Razak Kuala Lumpur.
jangan percaya cari jodoh di internet
Pensyarah Muda Rugi RM60,000…Bakal Pengantin Lelaki Lesap Di Majlis Bernikah!
KOTA BHARU – Majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi kenangan manis
seumur hidup bertukar menjadi pengalaman pahit buat seorang pensyarah
institut pengajian tinggi awam (IPTA).
Malang buatnya apabila bakal suaminya itu tidak muncul-muncul pada hari
pernikahan mereka kelmarin, menyebabkan keluarga terpaksa menukar majlis
menyambut menantu kepada majlis sambutan Maulidur Rasul.
Pensyarah tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Yaya (bukan nama
sebenar), 28, berkata, pernikahannya sepatutnya berlangsung di sebuah
masjid di Pengkalan Chepa di sini, jam 3 petang, namun pengantin lelaki
tidak muncul selepas tiga jam menunggu.
Kejadian itu menyebabkan dia bukan sahaja trauma dan hilang keyakinan
diri, malah ahli keluarganya mengalami kerugian hampir RM60,000.
Menurutnya, dia mengenali bakal suaminya itu melalui laman website
mencari jodoh pada Mei tahun lalu dan mereka juga pernah beberapa kali
keluar bersama.
Kenal lima bulan
“Saya malu dengan kejadian ini kerana ia melibatkan maruah keluarga.
Saya langsung tidak menyangka dia sanggup menipu. Kami pernah beberapa
kali bertemu dan saya percayakannya walaupun baru mengenalinya dalam
tempoh lima bulan sebelum majlis merisik.
“Sebelum ini juga dia mengaku bujang dan bekerja di salah sebuah syarikat swasta terkenal di Baling, Kedah,” katanya.
Yaya mendakwa, sebelum majlis akad nikah, dia dipujuk lelaki terbabit
untuk memasukkan sejumlah wang selepas lelaki tersebut memberikan alasan
ia diperlukan untuk persediaan perkahwinan dan wang hantaran.
“Saya memasukkan wang dua kali. Mula-mula RM10,000 dan sekali lagi
sebanyak RM15,000 setelah mengetahui dia mempunyai banyak komitmen.
Tidak terlintas dalam fikiran saya yang dia akan bertindak begini,”
katanya yang mengakui lelaki itu adalah cinta pertamanya.
Menceritakan semasa majlis pernikahan itu, beberapa ahli keluarga
terdekat mencari lelaki terbabit di rumah ibu bapanya di sebuah kampung
di pinggir Kota Bharu namun hanya ibu bapa lelaki itu sahaja yang
muncul.
“Dia tiada di rumah, hanya ibu bapa sahaja yang ada tetapi mereka
bersikap seolah-olah tiada apa yang berlaku. Bapanya beritahu anaknya
telah berkahwin dan tidak mempunyai kerja tetap.
“Kalau betul sekalipun, sepatutnya hal ini dibincangkan dan bawa
berunding kerana ia melibatkan maruah keluarga,” katanya yang kehilangan
ayah pada 1999.
Yaya mengakui amat sedih dengan kelakuan bakal suaminya itu yang tidak
memberitahu perkara sebenar sejak awal lagi sehingga keluarganya telah
membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka.
Pengantin lelaki gagal dihubungi
Sementara itu, abang mangsa, Man (bukan nama sebenar), 38, berkata,
laporan polis dibuat selepas lelaki itu gagal dihubungi dan malu kerana
ia melibatkan maruah keluarga.
“Saya sudah mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabila dia meminta adik
memasukkan RM25,000 untuk persiapan perkahwinan mereka, namun saya masih
lagi berfikiran positif.
“Kira-kira jam 11 pagi kelmarin (Jumaat), kami menunggu pengantin lelaki
yang berjanji untuk menghantar borang perkahwinan, namun sehingga jam 5
petang, dia tidak hadir menyerahkan borang mahupun muncul pada majlis
nikah sedangkan kami telah menyediakan jamuan dan memanggil imam masjid
untuk akad nikah,” dakwanya.
Menurutnya, majlis kenduri terpaksa diteruskan kerana kad perkahwinan telah diedarkan dan jemputan dibuat sejak dua bulan lalu.
Ibu mangsa yang enggan dikenali pula berkata, dia tidak menyangka bakal menantunya itu sanggup memalukan anak perempuannya.
“Saya merestui hubungan mereka tetapi tidak sangka begini jadinya.
Mereka mengenali antara satu sama lain selama lima bulan dan tarikh 1
Februari ini dipilih sempena hari lahir bakal suami anak saya.
“Semasa merisik, ibu bapanya datang pada waktu malam (sepatutnya selepas
solat Asar) dengan hanya sebuah kereta dan dari situ, kami rasa pelik.
Mereka memberikan alasan kereta rosak tetapi kami masih menerima dengan
baik dan fikir positif tetapi begini akhirnya. Kami bukan berkira pasal
duit tetapi ini melibatkan maruah,” katanya.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman
mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan akan menjalankan siasatan
lanjut. – Sinar Harian
spy cam di hospital
Home
»
Semasa
»
Utama
» SPYCAM: Berapa Ramai Agaknya Doktor, Jururawat Hospital Bentong Dah Jadi Mangsa?
SPYCAM: Berapa Ramai Agaknya Doktor, Jururawat Hospital Bentong Dah Jadi Mangsa?
KUANTAN- Tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang meletakkan tiga
kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran
kira-kira 10 sentimeter di tandas kakitangan wanita Hospital Bentong,
baru-baru ini, berkemungkinan didalangi orang dalam.
Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, tandas
berkenaan yang berada di bahagian unit rawatan kecemasan hanya boleh
digunakan oleh kakitangan hospital saja malah orang awam tidak
dibenarkan sama sekali memasukinya bagi mengelak kesesakan atau
mengganggu privasi doktor atau jururawat yang bertugas.
Katanya, perbuatan meletakkan kamera di bawah sinki dan berbentuk
penyangkut baju disedari apabila seorang kakitangan wanita hospital
ternampak cahaya merah seolah-olah sedang merakam gambar.
“Kita tidak menolak ada pembabitan daripada orang dalam berikutan tandas
itu hanya boleh digunakan oleh kakitangan wanita saja manakala orang
awam tidak dibenarkan.
“Kami menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan
sekiranya didapati ada kakitangan hospital berkenaan terbabit, pihak
kami akan mengambil tindakan tegas,” katanya, ketika dihubungi di sini,
semalam.
Sebelum ini, seorang kakitangan hospital berkenaan menjumpai tiga kamera
tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran
kira-kira 10 Sentimeter di tandas kakitangan wanita sekali gus
mengundang pelbagai persoalan masyarakat seterusnya menjadi perbualan
hangat di laman sosial.
Antara pihak yang menyebarkan perkara itu adalah badan pemantau jenayah,
MyWatch, menerusi twitternya turut berkongsi gambar yang dimuat naik
seorang individu dipercayai kakitangan hospital itu menerusi akaun
Facebooknya. – Harian Metro
Subscribe to:
Posts (Atom)