Tuesday, August 12, 2014

mcd n rokok

Apa kata Perokok Tegar..masihkah sanggup untuk menghisap rokok lagi..

Friday, July 25, 2014

tipu anak yatim


75 anak yatim, miskin mangsa penipuan


Suleiman Salleh (kanan) bertanyakan sesuatu kepada anak yatim dari Gombak, Selangor yang menjadi mangsa penipuan seorang lelaki di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru, Johor, semalam.
JOHOR BAHRU 24 Julai - Hasrat 75 anak yatim dan miskin dari Gombak, Selangor untuk berbuka puasa dan menginap di Hotel Berjaya Waterfront di sini tidak kesampaian apabila mereka menjadi mangsa penipuan seorang lelaki semalam.
Kesemua mangsa berusia dua hingga 18 tahun bersama lapan penjaga dari Surau Silaturahim itu mendakwa dijemput oleh seorang lelaki dikenali sebagai Faiz yang mengaku sebagai penganjur untuk majlis berbuka puasa di hotel berkenaan.
Penjaga anak yatim tersebut, Normala Baharim, 27, mendakwa, pihaknya menerima panggilan daripada lelaki berkenaan yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan hotel itu, Ahad lalu.
"Menerusi perbualan telefon, lelaki terbabit memberitahu, hotel berkenaan bukan sahaja menjemput mereka untuk majlis berbuka puasa, malah menyediakan penginapan untuk mereka.
"Isnin lalu, lelaki itu sekali lagi menghubungi salah seorang daripada penjaga supaya anak yatim bersiap sedia untuk datang ke Johor Bahru, malah kos sewa bas akan ditanggung oleh pihak hotel," dakwanya ketika ditemui di hotel berkenaan di sini hari ini.
Dakwa Normala, pihaknya ada menghubungi Faiz untuk memaklumkan mereka sedang dalam perjalanan menggunakan dua bas yang disewa khas menuju ke hotel tersebut.
Bagaimanapun, dakwanya, sebaik tiba di hotel tersebut, lelaki terbabit gagal dihubungi dan talian telefonnya turut dimatikan.
"Kami terus pergi ke kaunter pertanyaan, namun kakitangan hotel itu memberitahu, mereka tidak pernah menganjurkan sebarang majlis untuk anak yatim.
"Saya sedih kerana lelaki terbabit sanggup menipu kami apatah lagi kesemua anak yatim dan miskin ini sangat gembira untuk berbuka dan menginap di hotel ini," katanya yang telah membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini semalam.
Sementara itu, Pengurus Besar Hotel Berjaya Waterfront, Zaharuddin Abd. Jalil berkata, pihaknya tidak pernah menjemput atau menganjurkan sebarang acara untuk kumpulan anak yatim terbabit.
"Meskipun demikian, pihak hotel bersama rakan korporat lain mengambil inisiatif menyediakan 30 bilik penginapan dan menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka. Kami serahkan kes ini kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan," katanya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan menerima laporan tersebut dan pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140725/je_01/75-anak-yatim-miskin-mangsa-penipuan#ixzz38Tble7ih
© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, June 16, 2014

bila peniaga pula mengamuk

News Feed

Makan ice cream tutti frutti satu bekas harga rm22.50 tak bising, byr jer... Bila mkn nasi lauk ayam,sayur,ikan, telur goreng, air manis harga rm12.00 mengamuk kata mahal... Beria jer ambik hp, snap gambar bagai then post kt fb kata "dasar kedai cekik darah, penipu, bapak mahal!!!" Ko mkn nasi kenyang kot lauk lengkap dr mkn ice crem yg harap jenama jer mahal, bkn kenyang pun...
P/s; dah la snap gambar nasi dh habis, lauk tinggal tulang jer, lauk tinggal sisa jer, then berialah ambik iphone 6 dia yg mahal tuh snap gambar then habis semua tempat nk post nk ngamuk x pasal... Ape pasai awk x ambik gambar masa nasi awk tgh penuh, lauk mcm2 menimbun smpai x nampak nasi tuh knp? Then nak ngamuk2 padahal harge makanan dh tampal... Kenapa tak tengok dulu padahal awk duk meja dekat dgn senarai harga? Klu nak mkn murah, MacDonald dan KFC kan wat pakej makanan murah... Kenapa x pg sana jer bro? Jgn sedap nak ngata n wat fitnah jer utk byk dpt likes dan famous cepat... Ko aniaya org melayu niaga wat pe? Adoiii... Susah lah gini... Ko nak mkn murah sgt, beli air kosong dgn roti manis kt 7eleven... Jimat duit ko setahun... Masak sendiri la awak, x payah mkn kedai... Makan kedai mmg mahal... Tak pun awk g survey harga brg runcit, brg mentah berapa kt pasaran then buatlah kira2 kos pekerja, memasak, bhn mentah, bhn runcit, api, gas, minyak semua... Jgn tahu komplain jerk tp otak x tahu nk pikir... Isk2... Ko nak sgt tindas n boikot peniaga melayu dh kenapa? Kesian kedai sedara aku tak pasal2 kene fitnah harga mahal... Awk tuh yg melantak x sedar diri jgn lah nak melalak x tentu pasal...

Sunday, June 15, 2014

rebet hari bapa

News Feed

-PENGUMUMAN HARI BAPA-
Semua bapa layak menuntut Rebet dari isteri bermula jam 10 malam ini.
Kepada bapa yang memiliki isteri berusia 18 hingga 29 tahun,boleh tuntut 3 kali...30 hingga 45 tahun,2 kali...45 tahun keatas 1 kali..MENOPAUSE tidak layak menuntut..Pandai2 la bawa diri..
Selamat Hari Bapa..

Friday, June 13, 2014

12 tahun dah paandai bersetubuh

 
Pasangan Murid 12 Tahun Kantoi Bersetubuh Di Dalam Rumah!
Segamat - Seorang wanita berusia 25 tahun terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bersembunyi di bawah katil dalam keadaan berbogel di bilik anak saudara perempuannya berusia 12 tahun. Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, wanita berkenaan menemui kanak-kanak terbabit di rumah keluarga anak saudaranya di Labis.
Sebelum itu, wanita itu mengesyaki berlaku perkara tidak diingini apabila mendapati lampu di bilik anak saudaranya itu dimatikan. Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail berkata, wanita itu terus keluar rumah dan mengetuk tingkap bilik anak saudaranya. “Kira-kira 10 minit kemudian, anak saudaranya membuka pintu.
Wanita itu mendapati anak saudaranya memakai baju terbalik,” katanya. Menurutnya, wanita berkenaan juga mendapati terdapat seluar dalam lelaki di atas katil anak saudaranya. Anuar berkata, kanak-kanak perempuan itu mendakwa seluar dalam itu miliknya.
“Wanita itu masuk ke dalam bilik itu dan terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki bersembunyi dalam keadaan berbogel. “Kedua-dua mereka mengaku melakukan hubungan terlarang. Mereka kemudian dibawa ke balai polis.

Monday, June 2, 2014

moyang masuk u


KUALA NERUS – Ketika orang seusianya memilih untuk menghabiskan waktu dengan keluarga tercinta, berbeza bagi Wan Zainon Wan Abd Manan, 82, apabila beliau mengambil keputusan menyambung pengajian di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Pusat Pembelajaran Terengganu, di sini.
Ternyata cinta terhadap ilmu begitu utuh dalam diri anak jati Kampung Simpang Tokku, Chabang Tiga, Kuala Terengganu yang membahasakan dirinya dengan panggilan Tok Wan itu, walaupun sudah lebih 28 tahun bersara daripada bidang perguruan.
Semangat yang dimiliki wanita berstatus moyang dan nenek kepada 17 cicit, 29 cucu serta ibu kepada tujuh anak itu sememangnya mengagumkan ramai pihak, apatah lagi beliau antara penuntut tertua di institusi pengajian tinggi (IPT) ketika ini.
Kata Wan Zainon, keinginan untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atas kehendak dirinya sendiri selain ingin mengisi waktu terluang dengan sesuatu yang bermakna.
Cucu ajar guna komputer
Menurutnya, sebelum menyambung pengajiannya di OUM, beliau banyak mengikuti kelas antaranya kelas bahasa Arab dan al-Quran bagi mengisi masa lapang, tambahan memang minatnya untuk mempelajari dan menguasai bahasa Arab.
“Tapi tak banyak yang Tok Wan boleh belajar kerana sumber (waktu pembelajaran) terhad, sehinggalah Tok Wan lihat cucu dan cicit main komputer, jadi Tok Wan minta mereka ajarkan cara nak guna komputer.
“Dari situlah Tok Wan mula tambah lebih banyak ilmu dengan mempelajari bahasa Arab secara online seperti di Youtube, anak-anak juga ada belikan VCD,” katanya.
Wan Zainon berkata, walaupun ketika itu mempunyai komputer bagi membantunya belajar, beliau masih belum berasa puas sehinggalah anaknya memaklumkan OUM menawarkan kursus pengajian Islam.
Keluarga beri sokongan
“Alhamdulillah, ketika Tok Wan menyatakan hasrat untuk belajar, semua ahli keluarga termasuk anak, cucu dan cicit beri sokongan, malah salah seorang menantu Tok Wan pun belajar di tempat yang sama,” katanya.
Biarpun terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak dan pernah diserang strok yang tidak serius, Wan Zainon bersyukur kerana masih diberikan kesihatan yang baik sama ada dari segi pertuturan dan pendengaran.
Ketika ditanya mengenai jurang usia antara dirinya dengan pelajar lain akan mengundang perasaan tidak selesa, Wan Zainon mengakui perkara itu tiada masalah.
“Tok Wan tak lihat perbezaan usia yang jauh dengan pelajar lain akan membuatkan diri Tok Wan tersisih, sebaliknya perkara itu dilihat kelebihan buat Tok Wan, malah semua pelajar dan kakitangan di sini juga begitu mesra dan banyak membantu,” katanya.
Baru memulakan kelas pertamanya semalam, Wan Zainon sudah membuat persediaan rapi termasuk membuat nota sebagai rujukan bagi memudahkannya bertanya kepada pensyarah jika ada perkara yang tidak difahami.
Jadi contoh golongan seusia
Sementara itu, Pengarah Pusat Pembelajaran OUM Terengganu, Mohamad Umbaik Ismail berkata, kehadiran penuntut berstatus moyang di universiti berkenaan merupakan idola dan contoh kepada pihak lain untuk turut serta belajar walaupun sudah lanjut usia.
“Saya bagi pihak universiti (OUM) sangat berbangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan Wan Zainon dan sekalung tahniah kepada beliau kerana begitu bersemangat untuk belajar walaupun bertongkat.
“Saya harap selepas ini lebih ramai mengikuti jejaknya menuntut ilmu dan kita di pihak OUM sentiasa memberikan perhatian dan bantuan yang diperlukan,” katanya.
Kata Mohamad Umbaik, selaras moto OUM iaitu ‘Universiti untuk Semua’, soal usia, status, atau apa sahaja perkara tidak membantutkan usaha mana-mana pihak untuk menambah ilmu ke peringkat yang tertinggi.
“Kami di sini teruja dengan kehadiran Wan Zainon dan diharap dia dapat menghabiskan sepenuhnya pengajian selama empat tahun ini, sekali gus mampu menarik lebih ramai pelajar senior untuk mengikuti jejak langkahnya nanti,” katanya.
Pusat Pembelajaran OUM Terengganu yang terletak di Bukit Tunggal mempunyai 1,484 pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana membabitkan 23 kursus ditawarkan.
Sumber: Sinar Online