Menang kondominium RM200,000
Itulah tuah yang memihak kepada Angelina Sim Siew Lian, 26, dan Shamsul Kamal Mohamed Sirat, 34, apabila masing-masing memenangi hadiah sebuah kondominium serta kereta Toyota Prius.
Mereka pemenang hadiah utama peraduan cabutan bertuah kempen 'Mortgage Bonanza, Fiesta Pembiayaan Peribadi dan Pakej Penghargaan Kepada Guru' anjuran Malaysia Building Society Bhd. di pusat membeli-belah Dataran Pahlawan, di sini hari ini.
Bagi Angelina yang bertugas sebagai penyelidik di sebuah farmasi di Kuala Lumpur tidak menyangka dia dipilih sebagai pemenang utama menerima sebuah kondominium A'Famosa Resort, Alor Gajah dekat sini bernilai RM200,000.
''Ini merupakah hadiah paling berharga buat saya. Tidak sangka peraduan ini membawa tuah kepada saya," katanya ketika selepas menerima replika kunci kediaman yang dilengkapi perabot dan keahlian kelab golf secara percuma.
Hadiah itu disampaikan oleh Naib Presiden Kanan MBMB, Azman Aziz.
Bagi Shamsul Kamal yang bertugas sebagai seorang guru sains di Sekolah Kebangsaan Binjai Jaya, Sabak Bernam, Selangor, ia adalah tuah paling bermakna di dalam hidupnya apabila memenangi Toyota Prius bernilai RM139,000.
No comments:
Post a Comment