Syiling lama ‘bernilai’
30 Jun 2012
Namun, dia merasa terpanggil untuk berkongsi, mengenai sekeping syiling yang berada dalam simpanannya sejak lebih 10 tahun lalu, apabila tersiarnya berita dari Kelantan bertajuk ‘Syiling lama cecah RM16 juta’ pada 27 Jun lalu.
Bekerja sebagai pemandu peribadi, Abdul Rahman Ahmad, 56, berkata, syiling yang dikatakan bernilai RM16 juta itu adalah dari tahun 1770, tetapi yang ada dalam simpanannya adalah syiling yang sama, tetapi tahun 1734, 36 tahun lebih lama.
Menurutnya, dia memperoleh syiling tersebut daripada adik iparnya yang mempunyai lima syiling sama pemberian daripada seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) 10 tahun dulu.
“Saya ingat lagi, ketika dia beri, dia suruh saya simpan, katanya, syiling lama ini mungkin boleh membantu ketika saya terdesak. Bukanlah saya terdesak mahu menjualnya, tapi jika tawaran lumayan, mungkin boleh dipertimbangkan. Jika ada yang berminat untuk tengok saja, juga boleh jumpa saya,” katanya.
Katanya yang kini menetap di Gombak, difahamkan syiling berkenaan dijumpai oleh pekerja kontraktor warga asing pembinaan bangunan di kawasan Bukit Bintang berpuluh tahun dulu.
Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini, seorang pesara tentera mendakwa memiliki syiling berusia 242 tahun yang nilainya dikatakan boleh mencecah RM16 juta sekiranya dilelong di pasaran Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment