Monday, September 17, 2012

5 tahun tidak disentuh suami


Lima tahun tak disentuh suami

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SAYA isteri dan ibu kepada dua anak perempuan berusia 8 dan 6 tahun. Saya mempunyai masalah dengan suami sebaik melahirkan anak pertama. Suami saya seorang yang baik dan bertanggungjawab. Malangnya, dia sering mengabaikan nafkah batin kepada saya.

Pernah saya dan suami berbincang, tetapi berbagai alasan diberikan. Saya teruskan juga hubungan ini dengan rasa cinta dan kasih sayang sepenuhnya meskipun hati makin terluka. Perkara ini berlarutan lebih lima tahun. Tidak pernah sekali dia menyentuh saya.

Betapa kecewa dan sedihnya saya memikirkan ‘penyakit’ suami dan keengganan melayan saya. Apatah lagi sering disogok kawan dan saudara bertanya bila nak tambah lagi cahaya mata membuatkan saya bertambah runsing.

Baru-baru ini, dia menegur kelakuan saya dalam ‘facebook’ (fb) dan saya terima teguran itu. Tetapi memikirkan sikapnya terhadap saya, saya jadi marah serta bertambah kecewa. Saya padamkan nama dia dalam senarai rakan fb dan telefon bimbit.


Saya cuba pujuk hati dan tidak bersikap mementingkan diri tetapi sampai bila harus saya pendamkan? Tidak pernah saya meluahkan pada sesiapa masalah saya.

Terfikir juga ingin merujuk kepada Pejabat Agama tetapi saya tak mahu perkara berlarutan sebab saya percaya masalah ini boleh diselesaikan dengan cara baik.

Ria
Hulu Selangor



Boleh dikatakan isu nafkah inti pati terpenting dalam hubungan suami isteri. Terutamanya apabila membabitkan nafkah batin ia banyak mengundang terhadap munculnya ‘orang ketiga’ mahupun hubungan luar.

Merujuk dalam situasi puan ini, saranan Dang Setia, puan harus bekerja keras agar berjaya membangkitkan kembali rasa cinta terhadap suami. Kenangkan kembali saat saudari mula mengenalnya. Seharusnya ia lebih mudah kerana sudah hampir lapan tahun puan tinggal sebumbung dengannya.

Bukan saja bermula dengan kata-kata, malah dalam perlakuan serta perhatian.
Ibaratnya seperti kembali bercinta, pergi ke tempat sering puan luangkan masa bersama ketika bercinta ataupun berbulan madu kembali. Kali ini lebih baik berdua-duaan agar punya ruang untuk puan dan suami meluahkan perasaan dengan lebih lancar tanpa sebarang gangguan.

Bukannya memberontak sebaik ditegur oleh suami mahupun memadam namanya daripada senarai laman sosial boleh menjadi medium merapatkan hubungan. Andai suami punya masalah kesihatan membabitkan komitmen nafkah batin, cubalah pinta nasihat daripada pakar. Berikhtiar dan jangan sesekali putus asa dalam memperbaiki hubungan perkahwinan.

No comments:

Post a Comment