Penguat kuasa lencun disimbah pemilik premis degil
29 September 2012
Difahamkan, insiden berlaku ketika anggota penguat kuasa sedang menulis notis amaran untuk ditampal pada cermin kenderaan diletakkan di luar premis yang didakwa menyebabkan kacau ganggu kepada orang awam.
Bagaimanapun, tindakan anggota dipercayai tidak disenangi pemilik yang kemudian mengambil saluran paip menyambungkannya dengan sebuah kenderaan bomba sukarela dan pili bomba sebelum bertindak menyembur air ke arah anggota.
Tidak cukup dengan itu, pemilik bengkel itu juga dikatakan memancutkan air ke dalam van milik Jabatan Penguat Kuasa MPSJ dipercayai bagi menghalau dan menghalang kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu daripada melaksanakan tugas.
Pengarah Jabatan Penguat kuasa MPSJ, Ahmad Hasan berkata, anggotanya ke bengkel terletak di Taman Seri Serdang itu selepas menerima aduan mengatakan tempat itu banyak kereta buruk yang menghalang laluan.
Katanya, anggotanya kemudian datang menyiasat aduan dan mendapati terdapat banyak kereta buruk di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, penerangan mengenai kesalahan diberi kepada pekerja bengkel sebelum notis amaran ditulis anggota untuk ditampal di kenderaan yang menimbulkan kacau ganggu kepada orang awam.
“Ketika sedang menulis notis itu, pemilik bengkel yang juga dipercayai anggota pasukan beruniform sukarela bertindak menyemburkan air daripada pili bomba kepada anggota penguat kuasa hingga menyebabkan kesemua mereka basah.
“Susulan kejadian, anggota membuat laporan di Balai Polis Serdang,” katanya itu bukan kejadian pertama anggotanya diserang apabila baru-baru ini sepasukan anggota yang membuat serbuan di sebuah premis dikepung dan hampir diserang sekumpulan warga Myanmar bersenjatakan parang dan batang besi.
No comments:
Post a Comment