Thursday, September 6, 2012

bakar tebuan pakai kren

Guna kren bakar tebuan
Wartawan Sinar Harian
6 September 2012
tebuan
Anggota JPAM terpaksa menggunakan bantuan kren untuk memusnahkan sarang tebuan tanah di padang bola sepak Penjara Agro, Dusun Datuk Murad, kelmarin.
AYER KEROH – Tebuan tanah yang bersarang pada dahan pokok rhu di padang bola sepak Penjara Agro, Dusun Datuk Murad, Ayer Keroh, di sini, akhirnya dimusnahkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Sebelum ini kewujudan sarang tebuan itu sering menimbulkan kerisauan orang ramai terutama mereka yang menjalankan aktiviti di kawasan padang terbabit.

Jurucakap JPAM berkata, walaupun usaha membakar sarang tebuan tanah itu agak sukar kerana berada pada paras amat tinggi, ia berjaya dimusnahkan selepas menggunakan khidmat sebuah kren untuk melancarkan operasi.

"Operasi hanya bermula kira-kira jam 8.30 malam selepas menerima panggilan daripada pegawai penjara terbabit mengenai kewujudan sarang tebuan tanah berkenaan.

"Sebaik tiba, kami mendapati sarang tebuan ini berada pada kedudukan yang begitu tinggi, kira-kira 12 meter dan saiznya pula sebesar pemeluk," katanya.

Menurutnya, operasi membakar sarang tebuan tanah itu mengambil masa kira-kira setengah jam.

"Ia membabitkan lima anggota dari JPAM Melaka Tengah yang diketuai Leftenan Kamaluzaman Manap," katanya.

No comments:

Post a Comment