Penjawat awam lesap RM2,000
5 Disember 2012
Mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Salem berkata, skim itu diketahui melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar seorang individu di mana skim berkenaan menjanjikan pulangan wang berganda.
Menurutnya, sebelum itu dia bertindak bertanyakan terlebih dahulu mengenai skim itu sekiranya ada muslihat namun individu tersebut menafikannya.
Bagi meraih kepercayaan dan mengaburi mata, individu terbabit berjaya memperdaya Salem yang ketika itu memang sangat memerlukan wang dengan menyerahkan nombor pengenalan diri dan alamat.
“Tanpa berfikir panjang saya segera mendahulukan RM2,000 kerana memikirkan pulangan daripada pelaburan itu akan dijadikan sebagai modal demi menyelesaikan masalah hutang saya.
“Saya terus memaklumkan kepadanya sebaik saja mendepositkan wang. Dia memberitahu pulangan itu akan dimasukkan pada keesokan harinya,” katanya.
Salem berkata, pada keesokannya tiada wang tunai seperti dijanjikan.
Menyedari dirinya ditipu, dia segera membuat laporan polis bagi mengenal pasti individu terbabit.
“Saya tahu saya tidak berfikir panjang ketika membuat keputusan disebabkan terlalu buntu memikirkan kekangan wang.
“Saya akui kesalahan itu dan berharap masalah berkenaan bakal menjadi iktibar serta pengajaran kepada masyarakat supaya tidak terjebak dengan penipuan skim tersebut seperti yang dirancang oleh individu tidak bertanggungjawab itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment