Kerana RM7.10, duda dua anak dipenjara enam tahun
- Tertuduh akan menjalani hukuman penjara berkuatkuasa daripada tarikh dia ditahan pada hari kejadian. - Foto Sinar Harian
Kumaramoorthy Ramamurthy, 44, didakwa merompak Nurul Izzati Mohd Rathilan, 19, dengan mengambil beg tangan mangsa di tempat letak kereta tingkat tiga bangunan pasar raya berkenaan, pada jam 3.50 petang, 2 September 2013.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin.
Mangsa ketika itu sedang berjalan bersama tiga kawannya, sebelum tertuduh datang dari arah belakang dan meragut beg tangan yang disandang di bahu kanan.
Beg tersebut mengandungi dompet bersama-sama pelbagai kad dan empat RM1 serta duit syiling yang bercampur-campur berjumlah RM3.10.
Pada prosiding semalam, tertuduh melalui peguam Yayasan Bantuan Guaman Kelantan, memohon hukuman ringan kenakan berikutan tertuduh menghidap penyakit asma dan bergantung pada ubat.
“Tempoh berada dalam tahanan sejak ditahan pada hari kejadian sudah banyak memberi pengajaran dan keinsafan kepada tertuduh atas kesalahannya itu,” katanya.
Pekerja kedai servis penyaman udara itu turut dilihat beberapa kali menyedut ubat lelah sebelum hukuman diputuskan oleh Hakim, Mohd Yusoff Yunus, semalam.
No comments:
Post a Comment