MALA (UTARA SWEDEN) – Seorang lelaki tidak menyangka kesakitan
yang dialami di bahagian kakinya selama 40 tahun adalah disebabkan oleh
sebatang jarum yang tertusuk ke dalam badannya ketika dia mencacah
sendiri tatu.
Jarum itu memasuki badan Ulf Bergstrom melalui tangannya, namun dalam
masa 40 tahun, ia bergerak hingga ke bahagian ibu jari kakinya.
Bergstrom yang kini berusia 63 tahun, telah terlupa mengenai jarum tersebut sehinggalah ia keluar baru-baru ini.
“Ia berada begitu lama dalam badan saya dan saya mengalami kesakitan
yang amat sangat di bahagian ibu jari kaki kanan saya baru-baru ini.
“Selepas isteri saya membantu mengeluarkan jarum itu, barulah saya ingat mengenainya,’’ katanya.
Bergstrom juga tertanya-tanya bagaimana jarum tersebut boleh bergerak dari bahagian tangan hingga ke kakinya.
Sumber: ABN News
No comments:
Post a Comment