'Wajib Rugi’ tipu ramai graduan
KUALA LUMPUR: Teruja dengan tawaran jawatan tinggi sebagai eksekutif pentadbiran menyebabkan puluhan graduan tempatan menjadi mangsa penipuan syarikat pelaburan ‘wajib rugi’ yang didakwa menjalankan perdagangan mata wang asing (forex) di luar negara.
Kebanyakan mangsa yang baru tamat pengajian dan terdesak mahu mendapatkan pekerjaan didakwa tanpa berfikir panjang terus menerima tawaran pekerjaan itu yang kononnya menawarkan gaji sehingga lima angka setiap bulan.
Bagi mencapai hasrat itu, semua mangsa dikehendaki keluar mencari pelanggan yang berminat melabur wang ke dalam syarikat berkenaan.
Pihak syarikat berjanji memberi komisen sehingga AS$60 atau RM186.80 kepada pekerja yang membawa seorang pelanggan melabur dalam syarikat itu.
Tertarik dengan tawaran gaji lumayan itu, menyebabkan ramai graduan lepasan ijazah bersetuju bekerja di syarikat itu yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng di sini.
Sumber polis berkata, bagi memastikan sasaran memperoleh komisen tinggi tercapai, ada graduan sanggup memujuk ahli keluarga dan rakan termasuk ibu bapa menjadi pelanggan mereka.
Beliau berkata, mangsa bersetuju melabur antara RM100,000 hingga RM200,000 selepas diyakinkan syarikat berkenaan mereka akan memperoleh keuntungan lumayan.
Artikel ini hanyalah copy and paste dari website akhbar tempatan ataupun dari website individu. Semua kisah misteri, luar biasa , lucu dari dalam dan luar negeri akan dikumpulkan dalam blog ni. Harap anda terhibur dari segala macam ragam manusia.
Wednesday, November 3, 2010
Maknyah
Mak nyah tak rela disebat
Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my
BATU PAHAT: “Tolong, saya tak sanggup disebat, biarlah dijatuhkan hukuman penjara lebih lama, tetapi saya tidak sanggup disebat,” kata seorang lelaki berperwatakan wanita dikenali sebagai Kak Dahlia selepas dijatuhkan hukuman enam sebatan dan 10 tahun penjara di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Kak Dahlia atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Jaafar, 29, yang juga seorang mak andam dijatuhi hukuman itu selepas didapati bersalah atas tuduhan mendatangkan kecederaan hingga mengakibatkan kecacatan kekal selain mengurung teman lelakinya lebih setahun sejak Jun 2008.
Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz, menjatuhkan hukuman berkenaan selepas pihak pendakwa raya yang diketuai Timbalan Pendakwaraya Safiah Abdul Aziz, berjaya menimbulkan kes melampui keraguan munasabah di akhir pembelaan, manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. Mengikut fakta kes, mangsa, Mohd Redzuan Mohd Rasyid, 20, ketika kejadian, adalah teman lelaki tertuduh dan mereka tinggal bersama di kediaman tertuduh di sebuah pangsapuri di Taman Soga, di sini.
Difahamkan, tertuduh meminta Mohd Redzuan supaya berhenti kerja dan hanya menguruskan rumah manakala dia menanggung segala perbelanjaan.
Namun, sejak Jun 2008 hingga 10 September 2009, Redzuan dikatakan sering dipukul menggunakan kayu apabila berlaku pertengkaran kerana lewat membersihkan rumah menyebabkan mangsa cedera di dahi, lebam di bawah mata kiri dan kanan serta bibir.
Selain itu, mangsa dikurung di dalam rumah berkenaan dan tidak boleh keluar kerana tertuduh mengunci pintu dan merantai jeriji selain memasang mangga bagi mengelak mangsa lari.
Disebabkan tidak mendapat rawatan ketika kecederaan, doktor yang memeriksa mangsa mengesahkan lelaki berkenaan cacat kekal dan lebam.
Pertengkaran terakhir dua lelaki itu berlaku pada malam 10 September 2009 apabila tertuduh dikatakan memukul mangsa menggunakan kayu beluti menyebabkan kaki kiri Redzuan retak.
Tidak mahu meneruskan hubungan mereka, tertuduh menghantar Redzuan ke rumah pak cik mangsa di sekitar daerah berkenaan sebelum mangsa membuat laporan polis keesokan harinya.
Sepasukan polis menahan tertuduh di kediamannya pada 12 September 2009 sebelum dia dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan kes.
Tertuduh dibicarakan tiga kali bermula 16 Ogos lalu dan enam saksi pendakwaan termasuk Redzuan dipanggil untuk memberi keterangan termasuk doktor yang memberikan rawatan kepada mangsa.
Hafiz dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.
Selain itu, tertuduh dituduh mengikut Seksyen 344 Kanun Keseksaan kerana mengurung orang dengan salah dan jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dipenjara hingga tiga tahun dan denda.
Mohamad Haldar menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan bagi kesalahan pertama serta penjara dua tahun bagi kesalahan kedua.

Tuesday, November 2, 2010
Pijak Bini

Neraka cinta
Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
BINTULU: Bagaikan dirasuk syaitan, seorang suami membelasah, menendang dan memijak isterinya sehingga mati dipercayai akibat perasaan cemburu buta selepas melihat isterinya minum bersama rakan di rumah mereka.
Kejadian berlaku di rumah kongsi tempat tinggal pasangan suami isteri itu, Jalan Pesisir di Nyalau, kira-kira jam 10 malam kelmarin.
Lebih menyedihkan, lelaki berusia 33 tahun itu memukul isterin yang setahun lebih tua daripadanya di depan anak tunggal mereka berusia tiga tahun serta beberapa rakan sekerja.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Sulaiman Abd Razak berkata, sebelum kejadian, suspek minum bersama rakan di sebuah gerai dan apabila pulang ke rumah dia melihat isterinya sedang minum bersama empat rakannya di rumah kongsi berkenaan.
“Sebaik melihat isterinya sedang minum bersama rakan, suspek dikatakan mengarahkan isterinya beredar, namun wanita berkenaan enggan mengikut arahannya.
“Berang dengan sikap isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu bertindak memukul, menendang selain memijak perut mangsa menyebabkan dia pengsan.
“Selepas dibelasah, wanita terbabit dikatakan pengsan sebelum disahkan meninggal dunia di rumah kongsi berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, polis menerima maklumat orang awam sebelum bergegas ke tempat kejadian dan menemui mangsa dalam keadaan terlentang selain mengalami lebam di beberapa anggota badan.
“Siasatan awal mendapati, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dalaman dengan kesan lebam ditemui pada badan mangsa,” katanya.
Beliau berkata, suspek yang berasal dari Dalat, Sibu kini direman bagi membantu siasatan dan polis tidak menemui sebarang senjata tajam di tempat kejadian.
“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dikatakan menetap bersama suaminya di rumah kongsi berkenaan selepas mengikutnya bekerja sebagai buruh kasar sejak beberapa bulan lalu. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Korbankan Diri Demi Isteri

Rela mati demi isteri
Oleh Hadzlan Hassan
hadzlan@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: Demi menyelamatkan isterinya, seorang penoreh getah sanggup menggadaikan nyawa apabila merelakan dirinya disengat ribuan lebah sehingga dia terbunuh dalam kejadian di Kampung Tanah Lot, Pasir Gajah, Kemaman, kelmarin.
Akibat kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Ali Din, 54, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kemaman manakala isterinya, Khersiyah Engku Hassan, 51, turut cedera dan dimasukkan ke wad selepas terdapat 102 kesan sengatan pada badannya.
Kejadian berlaku ketika pasangan suami isteri itu berjalan kaki pulang ke rumah selepas selesai menoreh getah di kebun milik mereka sebelum seekor lebah tiba-tiba menyengat pipi Khersiyah.
Secara spontan, Khersiyah menampar lebah di pipinya hingga serangga itu mati, namun selang beberapa saat kemudian ribuan lebah muncul dan menyerang pasangan itu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, dalam keadaan kelam-kabut dan kesakitan, pasangan itu lari mendapatkan bantuan pekerja asing di rumah kongsi tidak jauh dari situ.
Menurutnya, kumpulan pekerja asing itu menyerahkan selimut kepada Ali dan Khersiyah sebelum mereka turut melarikan diri ke semak berhampiran akibat disengat.
“Selepas mendapat selimut, si suami menyelimuti isterinya, tapi mereka terus berlari hingga si suami akhirnya terjatuh. Si isteri cuba membantu, tapi suaminya menyuruh dia terus lari menyelamatkan diri.
“Kebetulan, ada satu tong besar berisi air tidak jauh dari situ dan suami menyuruh isterinya menuju ke tong itu dan menyelam bagi mengelak terus disengat,” katanya.
Beliau berkata, biarpun keberatan, Khersiyah akur arahan suaminya dan tindakan itu menyelamatkan nyawanya manakala Ali terus disengat ribuan lebah hingga tidak sedarkan diri.
Menurut Abdullah Sani, selepas keadaan agak terkawal Khersiyah pulang ke rumahnya dan mendapatkan bantuan ahli keluarga.
Katanya, seorang adik ipar Khersiyah segera membantu wanita itu dan turut bergegas ke tempat Ali terlantar tidak sedarkan diri sebelum membawa mereka berdua ke Hospital Kemaman. “Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan dia menghembuskan nafas terakhir di atas riba isterinya,” katanya. Abdullah Sani berkata, hasil bedah siasat, doktor mengesahkan Ali meninggal dunia disebabkan mengalami alahan pada sengatan lebah manakala isterinya yang mempunyai 102 kesan sengatan di badan masukkan ke wad sebelum dibenarkan keluar pagi semalam.
Menurutnya, jenazah Din sudah dituntut anggota keluarganya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Gajah di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.
Sawa Wei

JPAM tangkap ular sawa sepanjang lima meter
Mohd. Alfian A. Jabar (dua dari kiri) bersama anggota JPAM memegang ular sawa batik sepanjang lima meter dan seberat 50 kilogram yang ditangkap di Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar, Jerantut, kelmarin.
JERANTUT 1 Nov. - Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sini berjaya menangkap seekor ular sawa batik sepanjang lima meter di Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar di sini.
Pegawai JPAM Jerantut, Mohd. Alfian A. Jabar berkata, pihaknya menerima aduan penduduk mengenai reptilia itu yang mencari makanan pada waktu malam dan petang sehingga banyak ayam milik penternak di kampung itu hilang.
Menurutnya, seramai empat anggota JPAM dan penduduk berjaya menangkap ular sawa batik seberat 50 kilogram ketika memasuki reban dan menelan seekor ayam di kampung berkenaan petang semalam.
''Hasil laporan diterima, anggota JPAM bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menangkap ular sawa sepanjang lima meter yang memasuki reban ayam milik seorang penduduk kampung dan menelan seekor ayam," katanya kepada pemberita di Bukit Rang di sini semalam.
Menurutnya, ular sawa yang ditangkap itu akan diserahkan kepada Jabatan Pelindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Selain itu, Mohd. Alfian berkata, JPAM juga banyak menerima laporan aduan gangguan haiwan berbahaya yang dipercayai berkeliaran mencari makanan di kawasan kampung berikutan habitat binatang berkenaan diteroka untuk pembangunan pertanian dan perumahan.
''Jika terdapat gangguan binatang berkenaan, penduduk tidak perlu bertindak sendirian sebaliknya menghubungi JPAM untuk mendapatkan bantuan," katanya.
Monday, November 1, 2010
Jangan Tegur Nanti Kena belasah
Dibelasah tegur anak jiran
PULAU PINANG 31 Okt. – Seorang wanita tidak menyangka tindakannya menegur anak jirannya yang membuat bising di depan rumah membawa padah apabila diserang oleh ibu bapa kanak-kanak itu sehingga dia mengalami patah kaki kanan dan hidung.
Dalam kejadian pukul 6 petang, Rabu lalu, mangsa yang berusia 43 tahun bukan sahaja ditumbuk malah dipijak oleh ibu bapa kanak-kanak itu.
Lebih malang lagi, cucu dikendong berusia sebulan terlepas dari tangannya dan jatuh ke lantai semasa diserang suami isteri yang tinggal di depan rumahnya di Teluk Kumbar di sini.
“Niat saya hanya menegur anak mereka agar tidak bersikap kurang ajar dan membuat bising di hadapan rumah disebabkan cucu saya ketika itu sedang tidur.
“Tiba-tiba selang beberapa minit, kedua-dua ibu bapa kanak-kanak itu datang menyerang lalu menumbuk muka sehingga rebah sebelum saya dipijak-pijak mereka.
“Cucu saya terpelanting dan saya ketika itu tidak terdaya lagi disebabkan kaki kanan saya sudah tidak rasa apa-apa lagi,” katanya yang enggan identitinya dikenali ketika ditemui di sini, hari ini.

Pandu Sebelah Tangan
Mengaku pandu bas sebelah tangan
Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my
Abdul Azeez Abdul Rahim bertanyakan sesuatu kepada pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan maut di Genting Sempah dekat susur ke Genting Highlands baru-baru ini di Hospital Besar Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 31 Okt. - Pemandu bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan tujuh penumpang di Kilometer 38 Genting Sempah berhampiran susur ke Genting Highlands dekat sini malam kelmarin, mengaku memandu menggunakan sebelah tangan kerana cacat.
Pemandu berusia 36 tahun itu berkata, dia mengalami kecacatan tersebut selepas terlibat dalam kemalangan motosikal pada 2006.
"Saya memilih bekerja sebagai pemandu bas kerana tidak mampu melakukan pekerjaan lebih berat kerana tangan kanan saya cacat sedikit dan tidak kuat selepas terbabit dalam kemalangan," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini.
Dia bersama tiga lagi mangsa yang parah dalam kejadian itu menerima kunjungan Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Menurutnya, dia sudah memandu bas sejak lima tahun lalu dan sepanjang tempoh berkenaan lelaki tersebut mengaku tidak memiliki lesen yang sah.
Katanya, dia pernah mendapat lesen memandu bas dari sebuah institut memandu sebelum ini namun digantung Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana didapati 'lesen terbang' atau tidak sah pada 2001.
"Pada 2005, saya sekali lagi cuba memohon mendapatkan lesen memandu namun gagal kerana nama sudah disenarai hitam oleh JPJ kerana kesalahan memiliki 'lesen terbang' sebelum itu," ujarnya.
Tambahnya, dia hanya dibenar mendapatkan lesen memandu jika menjelaskan bayaran denda tetapi tidak mampu berbuat demikian kerana masalah kewangan.
"Saya mempunyai tiga anak berusia 10 hingga 13 tahun, manakala isteri pula hanya seorang suri rumah memang hidup susah.
"Sebab itu, saya terpaksa bekerja sebagai pemandu bas walaupun tanpa memiliki lesen memandu," katanya
Dalam tempoh lima tahun bekerja memandu bas, katanya, hanya dua kali dia menerima tawaran bekerja dengan syarikat bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
"Sebelum ini, saya bekerja memandu bas dengan syarikat lain sehinggalah bertemu dengan seorang rakan yang mempelawa saya memandu bas di syarikat tersebut.
"Kali pertama saya memandu bas dengan syarikat terbabit ialah pada September lalu ketika membawa satu rombongan ke Melaka, diikuti rombongan 43 ahli Belia 4B ke Genting Hinglands," katanya sambil memberitahu pertama kali bas yang dipandunya terbabit dalam kemalangan.
Lelaki itu mendakwa, pengusaha syarikat bas terbabit mengetahui dirinya tidak memiliki lesen memandu namun memujuknya dengan alasan pihaknya menghadapi masalah kekurangan pemandu.
Katanya, dia pada mulanya menolak tawaran tersebut tetapi akhirnya bersetuju menerima tugas itu kerana simpati dengan pemandu bas pertama iaitu rakannya yang mengadu keletihan.
"Rakan saya memujuk untuk menemaninya kerana keletihan setelah memandu 11 jam dari Genting Highlands kerana membawa rombongan lain dan baru tiba di Baling," ujarnya.
Katanya, dia menerima upah RM170 untuk membawa rombongan ke Melaka sebelum ini, namun tidak mengetahui bayaran bagi tugas kali ini kerana pemilik bas memaklumkan akan membayarnya selepas pulang ke Baling, Kedah nanti.
Menceritakan detik-detik cemas kemalangan tersebut, katanya, dia mula gagal mengawal bas setelah melepasi pondok polis bantuan di Genting Higlands yang berpunca kerana masalah brek.
Selepas itu, katanya, bas terbabit melanggar belakang sebuah kereta Mercedes-Benz menyebabkan kereta berkenaan terbabas ke tepi jalan, manakala kenderaannya menggelongsor laju.
"Sebaik sahaja menyedari brek bas rosak, saya terus menjerit memaklumkan kepada polis bantuan di pondok kawalan.
"Pada masa sama, saya mendengar penumpang bas menjerit-jerit ketakutan sambil berdoa sebelum bas terbalik," katanya yang mengalami patah kaki dan menerima 12 jahitan di kepala akibat luka dalam kejadian itu.
Dia yang kesal dengan perbuatannya memohon maaf kepada semua mangsa serta ahli keluarga mereka kerana kecederaan dan kehilangan insan-insan tersayang.
"Saya tahu saya salah kerana memandu tanpa lesen. Saya betul-betul minta maaf (kepada mangsa). Pemandu bas lain, saya nasihatkan jangan memandu jika tidak ada lesen," ujarnya yang bertekad enggan memandu bas selepas ini dan merancang mencari pekerjaan lain.

Subscribe to:
Posts (Atom)