Friday, January 6, 2012

33 tahun bercinta baru kahwin

Berkahwin selepas 33 tahun bercinta
Wartawan Sinar Harian
January 4, 2012
Berkahwin selepas 33 tahun bercinta
SUFFOLK - Pasangan warga emas Robert Whittle, 84, dan Vera Lawrence, 93. akhirnya melangsungkan perkahwinan di kampung halaman mereka di Beccles, Suffolk pada Ahad lalu selepas menjalinkan hubungan cinta selama 33 tahun.

Selepas lebih tiga dekad menjadi pasangan kekasih, Lawrence memutuskan untuk melamar Whittle kira-kira lima minggu lalu.

Dalam satu kenyataan, perunding perkahwinan, The Rev Beauchamp menyatakan mereka rasa sangat berbesar hati untuk menguruskan majlis hari bersejarah pasangan bahagia itu.

Wednesday, January 4, 2012

orang minyak makin kasar

Orang minyak atas bumbung
Oleh : Izwan Rozlin
Tarikh : January 4, 2012
orang minyak atas bumbung
GOMBAK – Orang minyak sekali lagi dikesan muncul di atas bumbung salah sebuah rumah penduduk di Jalan Laksamana 1 jam 1.30 pagi, kelmarin.

Kelibat makhluk hitam bertubuh kurus itu disedari ketika rondaan jam 2 pagi.

Salah seorang anggota ronda mendakwa, makhluk itu dikesan cuba bersembunyi di celah bumbung setelah kehadirannya disedari.

“Saya menjerit, kelibat itu menunjukkan dirinya beberapa saat sebelum ghaib,” katanya.

Sementara itu, anggota Unit Amal, Mohd Rafiq Hamidullah, 34, berkata, anggota unit ronda yang bertugas sehingga jam 6.30 pagi kelmarin di Jalan Laksamana 1/5 juga terdengar bunyi nafas tercungap-cungap.

“Kami yakin makhluk itu mahu berubah kepada manusia semula kerana hari sudah siang namun ia lenyap tanpa dapat dikesan arah ia melarikan,” katanya.

Fenomena gangguan lembaga hitam didakwa sebagai orang minyak yang mula dikesan penduduk Kampung Laksamana di sini sejak 20 Disember tahun lalu kini berlarutan lebih dua minggu.

Pelbagai usaha dilakukan penduduk termasuk mengadakan solat hajat, menggunakan pendekatan agama dan meningkatkan rondaan dalam usaha menangkap dua lembaga didakwa orang minyak terbabit.

Sejak kes tercetus, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menerima tujuh laporan daripada penduduk mendakwa keluarga dan kediaman diganggu makhluk tersebut.

Kesemua laporan yang diterima membabitkan kediaman yang mempunyai penghuni anak dara.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, setakat ini terdapat satu laporan polis dibuat penduduk berhubung kes serangan orang minyak dan maklumat lanjut diperlukan bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan.

Monday, January 2, 2012

pengantin dipaksa melacur

Pengantin dipaksa jadi pelacur


2012/01/02

SAHAR (tengah) bercakap dengan Menteri Hal Ehwal Wanita Afghanistan, Husn Banu Ghazanfar (kanan) ketika menerima rawatan di sebuah hospital  di Kabul semalam.
SAHAR (tengah) bercakap dengan Menteri Hal Ehwal Wanita Afghanistan, Husn Banu Ghazanfar (kanan) ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Kabul semalam.
Polis selamatkan Sahar Gul selepas jiran dengar jeritan meminta tolong

KABUL: Seorang remaja berusia 15 tahun diseksa dengan teruk selain dikunci di dalam tandas oleh keluarga suaminya beberapa bulan lalu selepas enggan menjadi pelacur, kata pihak berkuasa semalam.

Sahar Gul berada dalam keadaan kritikal ketika diselamatkan daripada sebuah rumah di wilayah utara Baghlan minggu lalu, selepas jiran melaporkan mendengar tangisan Sahar yang merintih kesakitan.
Polis Baghlan berkata, keluarga mentua Sahar mencabut kuku dan rambutnya serta menguncinya di bilik air bawah tanah yang gelap kira-kira lima bulan, tanpa memberi makanan dan air yang mencukupi.
“Keluarga suaminya turut menderanya dengan mencucuh api rokok dan menggunakan playar untuk merobek dagingnya.

“Mangsa berkahwin tujuh bulan lalu dan berasal dari wilayah Badakhshan. Keluarga mentua cuba memaksanya melacur untuk mendapatkan wang,” kata Ketua Hal Ehwal Wanita di Baghland Rahima Zarifi kepada Reuters.

Walaupun sukar bercakap, Gul berupaya memberitahu media mengenai pengalaman ngeri yang dilaluinya selama dikurung keluarga mentua.

“Selama beberapa bulan saya dikurung dalam tandas oleh keluarga mentua terutama ibu mentua saya,” katanya.
Gul ditemui dengan keadaan tubuhnya dipenuhi parut dan lebam manakala sebelah mata masih bengkak dan tertutup enam hari selepas diselamatkan.

Menurut doktor, mangsa dirawat di sebuah hospital kerajaan di sini, namun dia mungkin terpaksa dihantar ke India.

“Ini adalah satu daripada kes terburuk keganasan yang berlaku ke atas wanita Afghan.

“Penjenayah perlu dihukum supaya yang lain dapat belajar daripada kesilapan,” kata Menteri kesihatan Suraya Dalil kepada media selepas melawat Gul bersama menteri hal ehwal wanita.

Seorang pegawai polis kanan di Baghlan Mohammad Zia, yang membantu menyelamatkan gadis itu berkata ibu mentua dan kakak iparnya sudah ditahan bagaimanapun suami dan bapa mentuanya melarikan diri.

“Kami sudah melancarka usaha untuk menangkap suami dan pihak lain yang terbabit,” kata Zia. – Reuters/Agensi.
Komen Anda
Nama :
Emel :
Komen :
 
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

juhaidee
salam.... ehm .. tu la... kalau nak bagi khawin pun tengok lah orang dulu... keluarga... jangan hanya ibubapa nak lepaskan tanggungjawab bagi khawin awal...
shenoy
usia 15 tahun sepatutnya mc sekolah.inilah akibatnya klu ibubapa mengizinkan perkhwinan dibawah umur.
fathiah
astaqfiruAllah..hanya manusia yang behati binatang yg sanggup memperlakukan wanita yg sudah bergelar isterinya begini.. yang ada isteri,dera isteri..yg ada menantu,snggup khianati menantu.. yang tak der isteri dan menantu, menagih nak ada.. inilah manusia yg tak pernah bersyukur... semoga rakyat Malaysia di bawah rahmatNya..
Abd Karim Jaafar
Kata negara Islam tetapi perangai macam syaitan, pelik keadaan macam nie berlaku di zaman yg serba moden nie.. patut lah Allah menurunkan bencana di negara yg tidak mengamalkan undang2 Islam ni.. Seluruh keluarga yg terlibat patut di heret kemuka pengadilan.
Ab Rahman Mahmood
Bukti bahawa syaitan terdiri daripada jin dan manusia. Kalau berlaku kes tersebut semasa Taliban berkuasa sudah tentu celaan akan berlaku riuh rendah hingga memecahkan segala periok belanga dan pinggan mangkut dipelusuk dunia.
Nur ain
Kenapa masih ada perbuatan yang tidak bertamadun dan sama seperti zaman jahiliah. Kejamnya manusia di sana.....
Runji Hamid
Kejam sangat. Satu keluarga yg sangat kejam.
iskandar aiman
Mmg zalim.sanggup buat macam tu kat istri sndiri.
aimeeduden
kejam betol keluarga ni.
olie Rmd
hanya sifat kebinatangan sahaja yg melakukn sedemikian rupa dan penjenayah harus dihukum dgn setimpalnya...
mustizah
Salam,
Sebaiknya mereka yang terlibat direjam dengan batu sampai mati. Sebelum tu harus juga dibalas perbuatan mereka iaitu mencabut kuku mereka dan mencucuh api rokok ke badan mereka dan menggunakan playar untuk merobek daging mereka. Apa rasanya. OREN??

Tunjuk gambar mereka yang terlibat besar-besar di kawasan terbuka supaya orang ramai tahu dan kenal siapa mereka ini...
Dalam kumpulan manusia ada yang bersifat binatang!

kalau belum ajal

Wanita selamat pistol tersekat


ANGGOTA polis melakukan siasatan di rumah Wan Zuraini yang diacukan pistol oleh dua lelaki di Desa Melawati, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR – Nyawa seorang wanita ternyata masih panjang apabila dia terselamat dari terkena tembakan jarak dekat selepas senjata api yang digunakan salah seorang daripada dua penjenayah tiba-tiba tersekat kelmarin.
Kejadian mencemaskan pukul 4.40 petang di Desa Melawati di sini berlaku apabila suri rumah, Wan Zuriani Wan Abd. Hamid (gambar), 46, didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal sebaik mangsa baru sahaja tiba di rumah selepas pulang menghadiri kenduri di Sepang, Selangor.
Ketika kejadian, dua anak lelaki mangsa masing-masing berusia 15 dan 17 tahun sedang bermain bola di pekarangan rumah.
Mengimbau semula kejadian itu, Wan Zuriani memberitahu, dua lelaki tersebut meluru masuk ke dalam kawasan pagar rumah dan menjerit: ‘hutang, hutang... jangan bergerak!’ sambil mengacu-acukan pistol kepada tiga beranak tersebut.
Katanya, melihatkan keadaan itu, anak lelakinya yang berusia 17 tahun terus bergelut dengan penjenayah tersebut sebelum suspek melepaskan dua das tembakan ke arah lantai dan pagar rumah.
“Suspek kemudian mengacukan pistol ke arah dada saya namun gagal melepaskan tembakan mungkin kerana pistol tersebut rosak atau tersekat,” ceritanya yang memberitahu suami, dua lagi anaknya dan amahnya yang berada di dalam rumah tidak sempat keluar kerana kejadian berlaku begitu pantas.
Tambahnya, dalam keadaan kelam-kabut itu, suspek dapat melarikan beg tangan yang dipegangnya dan menghentak kepala anaknya dengan topi keledar.

kak limah sudah ditangkap

Kak Limah dipenjara dalam botol
Oleh : NIK MUHAMMAD RAFFIQ
Tarikh : January 2, 2012
Kak Limah dipenjara dalam botol
Misteri gangguan makhluk halus menyerupai hantu Kak Limah menyelubungi kehidupan satu keluarga di Kampung Temiang, Marang Terengganu sejak lebih seminggu lalu terungkai apabila seorang ustaz yang menggunakan kaedah perubatan secara Islam tampil membantu.

Proses pemulihan yang dilakukan Ustaz Nor Hasrul Mohd Hassan dari Perubatan Syifa Al Ikhlas yang berpangkalan di Serendah, Selangor itu yang tiba kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, bermula di rumah pusaka keluarga berkenaan di Jerangau kira-kira jam 4 petang.

Bagaimanapun usaha untuk menghalau makhluk halus di rumah Syaawal Mazlan di Kampung Temiang, di sini hanya dilakukan kira-kira jam 9 malam berikutan detik itu dikatakan bermulanya kehadiran makhluk menyerupai hantu Kak Limah itu.

Kak Limah adalah nama watak seorang wanita yang disangka jelmaan hantu dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mendapat sambutan hangat di pawagam tahun lalu.

Usaha Sinar Harian untuk tiba ke lokasi berkenaan agak mencabar berikutan lokasi rumah keluarga terbabit yang agak terpencil, selain keadaan hujan lebat ditambah jarak rumah agak jauh lain merumitkan lagi proses mendapatkan maklumat daripada penduduk kampung.

Bagaimanapun, selepas berjaya masuk ke jalan yang bakal menghubungkan Kampung Temiang melalui laluan Wakaf Tapai-Marang, kewujudan sebuah warung kopi di tepi jalan dengan kesediaan pelanggannya yang terdiri daripada penduduk tempatan memberi maklumat diperlukan, memudahkan usaha untuk menjejaki rumah Syaawal yang menjadi lokasi liputan bahan berita itu.

Sebaik tiba di lokasi dituju, wartawan Sinar Harian terpaksa pula meninggalkan kereta di tepi jalan kecil kerana rumah itu terletak agak jauh di tengah padang.

Dalam keadaan hujan renyai-renyai, perjalanan menuju ke rumah itu amat mencabar. Terpaksa meredah selut berlumpur selain situasi gelap yang amat menyeramkan.

Sedia menanti termasuk bapa Syaawal, Mazlan Ali, 55, dan ahli keluarga terde­kat selain penduduk kampung turut tidak melepaskan peluang.

Sinar Harian yang tiba ke rumah papan dibina semula daripada perkayuan rumah pusaka keluarga berkenaan bagaimanapun tiba-tiba dikejutkan dengan situasi tegang melibatkan adik Syaawal, Mat Ali, 15, yang secara tiba-tiba menangis, tidak sedarkan diri dipercayai akibat dirasuk.

Selang beberapa minit kemudian, tatkala ahli keluarga sedang menenteramkan Mat Ali, kakaknya, Masliana, 31, tiba-tiba dikatakan terpandang lembaga berambut panjang duduk di alang rumah.

Ustaz Hasrul pada ketika itu berada di rumah berdekatan selepas menikmati makan malam sebaik dimaklumkan perkara itu, bergegas ke rumah Syaawal lalu terus memulakan proses menghalau makhluk halus yang merasuk.

Pada masa itulah, Masli­ana tiba-tiba menunjukkan aksi dan tenaga luar biasa, membuka pencak silat untuk bertarung dengan Ustaz Hasrul. Tiada langsung ciri-ciri kewanitaan pada lagaknya, yang kelihatan hanya langkah pendekar. Namun, biar begitu hebat pun Masliana, mudah sahaja langkahnya dimatikan Ustaz Hasrul dengan ayat suci al-Quran. Ternyata yang bersilat itu bukan Masliana sebenar tetapi makhluk halus yang menguasai tubuhnya.

Bacaan ayat al-Quran selain azan akhirnya berjaya membuat jin yang menguasai wanita itu terperangkap. Masliana pulih apabila jin terbabit berjaya dikurung di dalam botol oleh Ustaz Hasrul.
Kena sembelih

Mat Ali dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat dirasuk makhluk halus dipercayai jin kafir itu sempat berkomunikasi dengan Ustaz Hasrul sebelum jin itu dimatikan melalui sembelihan leher secara kaedah kebatinan.

Jin yang merasuk ke dalam tubuh Mat Ali akhirnya berjaya dikeluarkan selepas hampir setengah jam berhempas pulas dan ia turut dimasukkan ke dalam botol plastik.

Ustaz Hasrul kemudian menepung tawar katil pusaka dipercayai menjadi punca segala kemelut yang berlaku.

Proses rawatan tidak meng­­gunakan sebarang alat lain seperti kemenyan atau asap yang biasa digunakan bomoh tradisional kecuali air penawar itu berakhir kira-kira jam 11.15 malam, sebelum penduduk kampung bersurai setelah kesemuanya berpuas hati dengan kejayaan rawatan diberikan.

Akhirnya, kehadiran Ustaz Hasrul membantu mengusir makhluk halus yang mengganggu keluarga tanpa bayaran, berjaya mengembalikan semula keharmonian hidup keluarga Syaawal.

orang minyak pakai minyak

Misteri bekas orang minyak
Oleh : IZWAN ROZLIN
Tarikh : January 2, 2012
minyak yang dijumpai
GOMBAK – Tiga bekas berisi minyak hitam dan satu botol minyak zaitun ditemui dalam sebuah rumah kosong di Jalan Laksamana 1/5.

Barangan tersebut ditemui susulan maklumat yang diterima unit rondaan penduduk mengenai satu lembaga yang melompat ke rumah tinggal berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi semalam.

Penduduk, Norhan Shafiq, 22 berkata, dia memberanikan diri memasuki kawasan rumah kosong bagi membuat pemeriksaan sebelum terjumpa bekas minyak berkenaan.

“Saya jumpa bekas berwarna kuning di dalam tandas manakala dua lagi bekas minyak dan satu botol minyak zaitun ditemui di bilik utamanya,” katanya.

Sementara itu pemeriksaan lanjut turut menemui beberapa helai pakaian di dalam rumah tersebut.

Penduduk mensyaki rumah kosong tersebut menjadi lokasi sementara suspek menyembunyikan diri dan bertukar orang minyak

Bagaimanapun rondaan sehingga jam 6.00 pagi tidak menemui sebarang perkara pelik di sekitar kampung tersebut.


Penduduk guna benang, jaring cekup orang minyak

GOMBAK – Benang dan jaring bakal digunakan penduduk Kampung Laksama dalam misi menangkap lembaga didakwa orang minyak.

Pengamal perubatan alternatif, Kamal Abu Zaman penggunaan bahan-bahan itu adalah sebahagian ikhtiar memberkas pengamal ilmu hitam yang menyebabkan kampung itu huru-hara sejak dua minggu yang lalu.

Menurutnya benang dan jaring yang sudah dibacakan ayat suci al-Quran itu akan direntangkan lokasi yang disyaki menjadi laluan orang minyak.

“Apa yang kita buat ini adalah antara ikhtiar yang dipraktikkan sejak zaman Rasullah dan ianya berkesan untuk menumpaskan pembuat sihir dan ilmu hitam menggunakan beberapa surah utama ayat suci al-Quran.

“Insya-Allah bila makhluk itu terpijak atau terkena jaring ini, kuasanya sihirnya akan hilang dan dianya akan bertukar menjadi manusia biasa kembali dan ketika itu kita boleh menangkapnya,” katanya.

Menurutnya mereka yang terlibat dalam mengamalkan ilmu hitam itu sebenarnya disumpah dan mereka perlu menjadi orang minyak untuk memastikan ilmunya bertambah kuat.

“Saya yakin gangguan ini akan berakhir tidak lama lagi kerana kuasa Allah tidak mampu ditandingi oleh sesiapa kerana kita semua adalah sebahagian dari makhluk ciptaan-Nya,” katanya.


Gangguan berterusan

GOMBAK – Gangguan didakwa perbuatan orang minyak semakin menjadi-jadi.

Terbaru, sebuah rumah di Jalan Laksamana 2, di sini dipercayai diganggu makhluk berkenaan sejak dua malam berturut-turut.

Mangsa, Sahimah Ismail, 40, berkata, rumahnya mula diganggu sejak Selasa lalu dan kejadian disedari anak saudara dan abang iparnya yang tidur di ruang tamu.

“Mereka terjaga selepas terdengar bunyi tombol pintu sebelum diikuti dengan ketukan pada pintu rumah selama kurang seminit sebelum bunyi itu lenyap,” katanya mempunyai anak gadis berusia 19 tahun.

Menurutnya, menyedari gangguan itu, pemeriksaan dilakukan namun tidak ada sesiapa dikesan berada di kawasan luar rumah.

Gangguan tidak berhenti setakat itu dan pada malam Jumaat lalu seisi rumahnya terjaga selepas dikejutkan dengan kejadian tingkap cermin tiiba-tiba pecah.

“Bunyi kaca pecah itu mengejutkan semua orang malah sebelum itu tombol pintu itu turut dipulas beberapa kali,” katanya.


Rela bergilir adakan rondaan

GOMBAK – Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Kampung Laksamana dengan kerjasama Unit Amal Gombak akan mengadakan rondaan secara bergilir setiap malam bermula jam 1 pagi sehingga Subuh di kampung itu.

Ketuanya, Anuar Harun berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan orang kampung bagi menambah keanggotaan pasukan beruniform di kampung itu.

Menurutnya jika ramai yang menyertai rondaan secara bergilir dan bersistematik dapat diatur bagi memastikan tahap keselamatan kampung berada pada tahap yang terbaik.

“Platun di kampung ini meskipun masih baru ianya berperanan besar dan masalah terbaru di kampung ini ketika amat memerlukan penugasan anggota yang meronda berjalan kaki dan menunggang motosikal,” katanya.

Menurutnya terdapat 60 orang anggota Rela berdaftar di kampung itu dan jumlah itu diharap boleh bertambah dalam masa beberapa hari lagi.

“Anggota sebelum ini pernah menggagalkan cubaan memecah masuk rumah tahun lalu ,”katanya.
 

Sunday, January 1, 2012

hantu kak limah

Kak Limah: Proses rawat bermula
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 31, 2011

SHAH ALAM - Proses merawat ahli keluarga Mazlan Ali yang diganggu lembaga wanita yang menyerupai Kak Limah di Marang Terengganu, oleh Pusat Rawatan Syifa Al-Ikhlas, akan dijalankan hari ini.

Pengamal Rawatan Alter­natif, Norhasrul Mohd Hasan berkata, beliau juga akan berusaha untuk me­ngusir keluar lembaga misteri tersebut dari terus mengganggu keluarga Mazlan.

Menurutnya, beliau terpaksa melakukan rawatan tersebut bersendirian kerana rakannya dari Pusat Rawatan Syifa Al-Ikhlas tidak dapat hadir atas masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan.

“Walau bagaimanapun, saya akan berusaha untuk merawat keluarga ini serta mengelakkan rumah mereka daripada terus diganggu makhluk berkenaan.

“Saya dijangka tiba ke rumah tersebut pada 4 petang esok (hari ini), kita lihat terlebih dahulu rumah sebelum memulakan proses rawatan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ketika ditanya sama ada masalah gangguan makhluk halus ini boleh diatasi, Norhasrul berkata, semua masalah ada kaedah penyelesaiannya.

“Saya sendiri dapat rasakan kehadiran lembaga tersebut ketika bertanyakan perkembangan gangguan yang mereka alami menerusi panggilan telefon dari Hulu Selangor.

“Namun, yang penting kita perlu bertawakal kepada ALLAH SWT dan terus berusaha melawan gangguan lembaga misteri itu,” katanya.

Beliau berkata, dalam proses rawatan ini pihaknya tidak mengenakan sebarang bayaran, sebaliknya terpulang kepada pesakit untuk memberi sumbangan atau derma ikhlas.

Menurutnya, beliau mempunyai pengalaman luas dalam dunia rawatan alternatif dan sering menerima panggilan dan jemputan untuk merawat pesakit di seluruh negara.