Wednesday, December 7, 2011

tandas banyak periuk api daa..

Tandas banyak ‘periuk api’
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 7, 2011
tandas
SRI PERIGI - Indah khabar daripada rupa, itu luahan seorang pembaca Sinar Harian yang kecewa ketika mengunjungi Hutan Lipur Sri Perigi berikutan tandas yang disediakan menjijikkan.

Pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidi ketika menghubungi Sinar Harian berkata, dia tertarik dengan info mengenai Peranginan Sri Perigi seperti yang pernah disiarkan akhbar ini.

Zaidi berkata, sempena cuti sekolah ini, dia membawa anak-anaknya untuk mandi sungai di Sri Perigi namun, kecewa apabila hendak menggunakan tandas awam yang disediakan.

“Sebaik masuk sahaja dalam tandas, saya lihat periuk api (najis) bersepah di atas lantai dan juga di dalam mangkuk tandas.

“Malah, hajat untuk menggunakan tandas terbantut kerana bekalan air juga tidak ada. Saya pelik kerana kemudahan disediakan lengkap dan cantik namun menjijikkan,” katanya.

Sementara itu, seorang pembaca dikenali sebagai Solehah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian berkata, dia dan keluarga mengunjungi Sri Perigi Jumaat lalu akibat gangguan bekalan air sekitar Yan untuk menggunakan tandas dan mandi di Sungai Sri Perigi.

Menurutnya, mereka sekeluarga kecewa dengan keadaan tandas yang menjijikkan dan berasa malu sekiranya ada pelancong asing yang mengunjungi Sri Perigi.

Sementara itu, Ketua Jiran Muda Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Sri Perigi, Zulkifli Hashim, 32, berkata, beliau sedia maklum mengenai keadaan tandas yang kotor.

“Saya turut berasa malu dengan tindakan sesetengah pihak yang membuang air merata-rata tempat dan tidak bertanggungjawab membersihkan sisa najis selepas menggunakan tandas.

“Setelah diperiksa, saya dapati kemudahan bekalan air juga tidak ada dan kami penduduk di sini juga tidak sedar sejak bila keadaan tandas ini menjijikkan,” katanya.

Zulkifli berkata, anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT Kampung Sri Perigi turut melakukan rondaan di kawasan itu kerana bimbang tandas akan dijadikan sarang maksiat.

Menurutnya, dia mewakili penduduk kampung akan berusaha menghubungi pihak berkuasa tempatan bagi membincangkan masalah tersebut kerana turut mendapati kabel elektrik di atas siling tandas berkenaan telah dicuri.

“Sekiranya kemudahan yang disediakan ini tidak boleh digunakan atau perlu diselenggarakan terlebih dahulu, saya mohon pihak berkuasa tempatan mengunci pintu tandas itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment