Thursday, November 29, 2012

dera amah

Dua beranak dera amah akan didakwa
Wartawan Sinar Harian
29 November 2012
Dua beranak dera amah akan didakwa
Mangsa mendakwa dipukul majikan dalam kejadian di Taman Patani Indah, Sungai Petani.
SUNGAI PETANI - Seorang ibu dan anak perempuan yang direman bagi membantu siasatan kes dera seorang amah berusia 24 tahun akan dihadapkan ke Mahkamah Sungai Petani hari ini (29 November) selepas selesai tempoh tahanan reman yang dikenakan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, suspek berusia 55 dan 29 tahun itu mempunyai pertalian anak beranak.
“Mangsa mempunyai dokumen perjalanan dan dibawa masuk secara sah ke Malaysia untuk bekerja sebagai pembantu rumah bagaimanapun didakwa didera majikan,” katanya kepada Sinar Harian.
Akhbar semalam melaporkan kedua-dua suspek ditahan reman di rumah mereka di Taman Patani Indah, Sungai Petani kerana dipercayai mendatangkan kecederaan ke atas pembantu rumah warga Indonesia terbabit.
Mangsa dikenali Suryani baru tiba ke Malaysia April lalu dan terus bekerja dengan majikan terbabit.

Difahamkan, kejadian tercetus apabila anak majikan menuduh mangsa mengambil barangan miliknya sebelum pergaduhan berlarutan.

Mangsa dipukul di kepala, tangan dan muka sehingga mengalami lebam dan bengkak di pipi dan kedua-dua belah mata.
Akibat tidak tahan, mangsa mengambil keputusan melarikan diri ketika ketiadaan majikan sebelum diselamatkan jiran kira-kira 100 meter dari rumah terbabit dan diserahkan kepada pihak polis.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan.

No comments:

Post a Comment