Thursday, November 8, 2012

terakam gambar aneh

Jururawat rakam imej lembaga wanita
Wartawan Sinar Harian
8 November 2012
Rakaman gambar yang diambil Hailie memaparkan imej lembaga seorang wanita.
Rakaman gambar yang diambil Hailie memaparkan imej lembaga seorang wanita.
BANDARAYA MELAKA - Seorang jururawat mendakwa terkejut sebaik menyedari gambar yang dirakamnya memaparkan imej lembaga seorang wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di sini.

Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, gambar misteri itu dirakam kira-kira 7.20 malam Jumaat, 25 Oktober lalu dengan menggunakan telefon bimbitnya.

Kata Hailie, ketika itu, dia sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.

Sementara menunggu ketibaan lif, katanya, dia mengambil gambar kerja-kerja penyelenggaraan lif yang sedang dilakukan di situ.

“Pada mulanya, saya tidak mengesyaki sesuatu yang luar biasa pada gambar ini kerana ia sedikit kabur.

“Keesokan paginya, saya melihat sekali lagi gambar ini dan terkejut apabila mendapati terdapat imej wanita berbaju putih dengan rambut panjang dan muka pucat di atas lantai depan lif,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, selepas melihat gambar berkenaan, dia menghadapi kesukaran untuk tidur sehingga berlarutan beberapa hari.

Walaupun takut, katanya, dia tidak akan memadamkan gambar berkenaan kerana menganggap ia sesuatu yang unik untuk ditunjukkan kepada kawan-kawannya.

No comments:

Post a Comment