Sunday, December 16, 2012

kereta buat sendiri

Kereta buatan tangan


KENDERAAN ini dijana menggunakan pek bateri yang boleh dicas semula.


SETIAP orang bercita-cita untuk memandu sebuah kereta impian, cuma cara memilikinya atau jenis kenderaan itu yang mungkin berbeza.
Selera pengguna yang berbagai-bagai itulah yang cuba ditembusi oleh sebuah syarikat pembuat kereta di Britain apabila menghasilkan kereta terkecil di dunia seberat antara 59 hingga 110 kilogram (kg) iaitu Peel P50.
Menurut pemilik bersama syarikat pengeluarnya, Peel Engineering, Faizal Khan, lebar kereta itu ialah 1,041 milimeter (mm) dan panjangnya 1,371mm.
Katanya, Peel P50 mempunyai sebuah pintu dan boleh memuatkan pemandunya sahaja.
"Ia dikeluarkan dalam lima varian warna iaitu putih, merah, biru, kuning dan jingga.
"Kenderaan ini mendapat pengiktirafan Guinness World Records sebagai kereta jalanan yang paling kecil di dunia," tutur Faizal.
Kereta buatan tangan sejak awal 1960-an ini dilancarkan semula baru-baru ini.
Kenderaan ini telah direka oleh Cyrill Cannell yang berpegang pada prinsip bahawa sebuah kereta mestilah mudah dijaga, senang diparkir dan selesa dipandu.
Kereta hijau

KENDERAAN ini cuma boleh membawa seorang pemandu.


Faizal berkata, syarikatnya menghasilkan Peel yang benar-benar sama seperti kenderaan yang asal iaitu menggunakan tiga buah tayar - satu di depan dan dua lagi di belakang.
"Bagaimanapun, terdapat kelainan pada Peel versi baru iaitu motor elektriknya," katanya.
Penggunaan bahan api yang sedikit dan efisien memberi peluang kepada Peel untuk muncul semula tahun lalu. Kenderaan itu berkonsepkan kereta hijau yang menjimatkan.
"Ia bergerak menggunakan pek bateri yang boleh ditanggalkan dan sangat ringan iaitu sekitar 20kg dengan jarak perjalanan sejauh 20 kilometer untuk sekali cas.
"Sebanyak tiga pek bateri boleh diletakkan dalam Peel P50 sekali gus meningkatkan jarak perjalanan kepada 60km ke 80km," katanya.
Tambah Faizal, bateri itu juga boleh dicas dengan soket standard seperti yang terdapat di rumah.
Kereta kecil dan comel ini boleh dibeli pada harga RM55,000 berbanding harga asalnya RM1,000 semasa mula diperkenalkan pada 50 tahun lalu.
Oleh kerana kereta ini dibuat dengan tangan, hanya lima hingga 10 buah kereta yang dapat dihasilkan oleh syarikat Peel setiap bulan.

No comments:

Post a Comment