Tuesday, June 19, 2012

tedung selar di ruangan injin

ARKIB : 18/06/2012

Mekanik jumpa ular tedung selar di ruang enjin kereta

Anggota JPAM Daerah Hulu Langat menunjukkan ular tedung selar sepanjang empat meter yang ditangkap ketika bersembunyi dalam ruang enjin kereta di sebuah bengkel di Beranang, Hulu Langat, Selangor, kelmarin.
HULU LANGAT 17 Jun - Seorang mekanik terkejut apabila melihat seekor ular tedung selar sepanjang 4 meter sedang menyusur masuk ke ruang enjin kereta di sebuah bengkel di Jalan Sesapan Kelubi, Beranang di sini petang semalam.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika mekanik yang dikenali sebagai Johari, berusia lingkungan 40-an sedang membaiki sebuah kenderaan lain di bengkel kereta miliknya itu.
Menurut Anggota Sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah, Noor Fauziah Yaakob, seramai empat anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 5.40 petang.
"Usaha untuk mengeluarkan ular tedung selar itu mengambil masa selama 25 minit kerana ular tersebut telah memasuki bahagian ruang enjin kereta itu.
"Ular jenis itu merupakan antara spesies ular berbisa. Patukan ular tersebut boleh mengundang maut sekiranya tidak menerima rawatan segera dalam tempoh empat minit," katanya ketika ditemui pemberita di pejabat JPAM Hulu Langat hari ini.
Tambahnya, ular tersebut juga mampu memanggung kepala sehingga 30 sentimeter apabila hendak mematuk mangsanya.
Katanya, ular yang berjaya ditangkap itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.
Ini adalah kali kedua ular bersaiz besar ditemui dalam tempoh seminggu. Pada malam Jumaat lepas, seekor sawa sepanjang 4.6 meter dan seberat 25 kilogram ditangkap oleh JPAM Daerah Sentul di kawasan perumahan Kunci Air, Kampung Simpang 3 di Gombak, Kuala Lumpur setelah menerima laporan daripada seorang penduduk.

Monday, June 18, 2012

hampir terlanggar pun kena belasah

Maki, belasah warga emas
RUBIAH OMAR
18 Jun 2012
Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin
Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin
KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas bukan sahaja dihamburkan kata-kata kesat, malah lebih melampau, hanya kerana kegagalannya mengawal kereta sehingga hampir terlanggar seorang pemuda, menyebabkan dia teruk dibelasah dalam satu kejadian di Kampung Raja Baram, Chendering, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, mangsa, 59, yang memandu kereta dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum hampir terlanggar suspek, 31, yang sedang menunggang basikal datang dari arah  bertentangan.

Menurut sumber, mangsa yang langsung tidak perasan kehadiran suspek kerana basikal yang ditungganginya tidak berlampu, nyaris terlanggar suspek yang menyebabkan dia terbabas ke bahu jalan.

“Disebabkan tidak berpuas hati apabila menyedari dia hampir dilanggar, suspek naik angin lalu terus membuka pintu kereta yang dipandu mangsa dan menghamburkan kata-kata kesat.

“Tidak cukup dengan itu, dia turut menumbuk dan menerajang badan mangsa sehingga menyebabkan bengkak di bahagian pipi kanan dan luka-luka di bahagian badan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, mangsa yang masih trauma dengan kejadian itu mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chendering, di sini, selepas kejadian.

Susulan itu, suspek telah ditahan di kediamannya di Kampung Ketapang, Chendering, kira-kira jam 1.30 pagi semalam dan menerima perintah tahanan reman selama empat hari untuk siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan menerima laporan kejadian.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun  Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah,” katanya.

bergaduh dengan pelajar

Lagak ala samseng
TUAN NURSUHAILA RAJA MUHAMMAD
17 Jun 2012
Lagak ala samseng
Azman (kiri) menunjukkan motosikal yang dirosakkan dalam pergaduhan melibatkan
dua kumpulan pelajar
KAJANG – Akibat salah faham di kantin sekolah, dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras Perdana di sini, menerima jahitan di kepala manakala seorang guru lelaki berusia 40- an turut tercedera terkena objek yang dibaling ketika cuba meleraikan pergaduhan, Rabu lalu.

Namun pertikaian di antara pelajar terbabit tidak tamat di situ malah berlarutan selepas dua kumpulan bertembung melibatkan pelajar dan orang luar di luar perkarangan sekolah, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Azman Ayob berkata, polis menahan 20 orang berumur di antara 15 hingga 20 tahun bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kes yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu tidak melibatkan sebarang elemen gengsterisme namun lebih kepada perselisihan faham antara pelajar.

“Daripada 20 yang ditahan, 14 masih bersekolah manakala enam lelaki yang ditahan bekerja sebagai mekanik, pembuat kusyen kereta, penjual telefon bimbit dan tukang masak.

“Seorang daripada enam yang ditahan adalah bekas pelajar dan polis masih menyiasat punca sebenar kes,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang,
semalam.

Berikutan penahanan tersebut beliau berkata, polis turut merampas tiga motosikal milik pelajar dan orang luar yang dirosakkan semasa pergaduhan serta sebatang kayu yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam pergaduhan tersebut.

Menurutnya, kesemuanya ditahan reman empat hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

bersafa di taman permainan

Dakwa beli ‘rumah’ DBKL
HIDAYAH HAIROM & NORAFIZA JAAFAR
17 Jun 2012
Dakwa beli ‘rumah’ DBKL
Pegawai penguat kuasa ketika memujuk lelaki berkenaan.
KUALA LUMPUR - Beberapa Pegawai Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), yang terlibat dalam Ops bersepadu membanteras gelandangan, malam kelmarin, terpaksa berhadapan dengan kerenah seorang lelaki dipercayai menghidapi masalah mental yang hidup bergelandangan dengan menjadikan pondok di taman permainan kanak-kanak di kawasan perumahan Taman Sri Segambut di sini, sejak hampir dua tahun lalu.

Situasi tersebut turut menyaksikan ‘drama’ lelaki berusia 50 tahun itu yang mengakui mempunyai duit sebanyak RM50,000 dan telah membeli 'rumahnya’ itu daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan harga RM5,000.

Bagaimanapun, setelah kira-kira 20 minit dipujuk untuk dibawa ke tempat lain bagi berbincang, lelaki tersebut dilihat akur namun bertindak melilit almari dalam rumahnya dengan rantai besi dan mengunci mangga dengan alasan, bimbang hartanya hilang.

Setelah lelaki itu bawa ke satu lokasi lain, barangan peribadi miliknya termasuk tiga basikal dipercayai baru dibeli, diasingkan untuk disita dan ‘rumah’ yang dilengkapi dengan katil, termasuk dua almari, serta kelengkapan dapur itu, dibersihkan.

Dalam pada itu, seorang penduduk, R Balakrishnanmorty, 33, mendakwa, lelaki tersebut pernah dilaporkan menimbulkan gangguan seksual terhadap kanak-kanak yang bermain di taman permainan berkenaan dan sering dilihat berbogel pada waktu malam.

“Lelaki itu sudah ada sini sejak 2010 dan saya tidak pasti dia sihat atau tidak kerana ada penduduk bercerita dia pernah bertindak menunjukkan kemaluannya kepada kanak-kanak
yang bermain di sini.” katanya.

Sementara itu, Timbalan Penguat Kuasa Kanan, Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Basiran Miskon berkata, tindakan yang dilaksanakan itu berdasarkan aduan penduduk yang diterima
pihaknya awal Jun ini.

Katanya, laporan polis sudah dibuat dan lelaki berkenaan diserahkan kepada pihak JKM untuk tindakan lanjut.

“Ops ini juga melibatkan lima lokasi lain di sekitar ibu negara dan hasilnya seramai 41 gelandangan terdiri daripada tiga warga asing ditahan.

Seramai 17 daripadanya didapati positif dadah dan diserahkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan susulan, dan selebihnya dibebaskan,” katanya.

aishwarya tunjuk ehem2

Sunday, June 17, 2012

bukit digondol

ARKIB : 14/06/2012

Kerajaan kecewa bukit diteroka

TANAH bukit di jajaran Gunung Angsi dekat Senawang diteroka oleh pemiliknya sebuah syarikat koperasi untuk ditanam kelapa sawit.
SEREMBAN 13 Jun - Kerajaan negeri kesal dan dukacita apabila melihat bukit di jajaran Gunung Angsi, dekat Senawang diteroka sebuah syarikat sejak beberapa bulan lalu sehingga mencacatkan keindahan alam sekitar.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tanah seluas 404.685 hektar itu bukan tanah milik kerajaan, tetapi adalah tanah milik syarikat atau koperasi dari Selangor yang dibeli daripada lelongan awam yang dibuat pihak Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, beberapa tahun lalu.
''Kawasan itu sebenarnya yang telah diberi milik lama dulu sebelum saya menjadi Menteri Besar lagi dan telah bertukar milik banyak kali sehinggalah akhirnya dibuat lelongan awam oleh Danaharta dan diberikan kepada satu syarikat atau koperasi dari Selangor.
''Kita telah cuba dengan serius beberapa kali untuk tidak membenarkan mereka mengusahakan tanah itu untuk penanaman semula kelapa sawit, tetapi tidak berhasil," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Kata Mohamad, apabila tanah itu sudah dibeli, pengusahanya mahu meneroka hutan di jajaran tersebut kerana mahu mengeluarkan hasil kayuan dan pada masa yang sama menanam kelapa sawit.
''Tuduhan mengatakan kerajaan mengeluarkan hasil balak di tanah kerajaan adalah tidak benar kerana itu adalah tanah milik persendirian," tegasnya.
Namun, kata beliau, disebabkan ada usaha mengeluarkan hasil kayu di kawasan persendirian itu maka kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan negeri mengeluarkan arahan supaya pengusaha ini memohon permit, di mana hasil kayu berkenaan boleh dipantau dan royalti dipulangkan kepada kerajaan negeri.
''Kita sedar, mereka tetap akan menebang pokok kerana tanah itu milik mereka. Jadi daripada mereka melakukan sewenang-wenangnya, mengeluarkan secara senyap, membuat pembakaran terbuka atau melonggokkan kayu di merata tempat, kita terpaksa mengeluarkan permit untuk memantau perkembangan ini," tegasnya.
Mohamad kesal dengan tuduhan kerajaan tidak prihatin isu alam sekitar dan menjelaskan, ia adalah tidak benar.
''Kerajaan tidak pernah membuka kawasan untuk membenarkan hasil kayuan dikeluarkan sesuka hati, tanpa menghiraukan alam sekitar.
''Jika dibuat sekali pun, kita akan mengenakan syarat yang ketat. Begitu juga tanah yang dipohon Kerajaan Persekutuan untuk dibangunkan, di mana kita kenakan syarat tempoh berbuat demikian selama tiga tahun dan jika gagal, ia akan diambil semula," tegasnya.
Dalam kes di kawasan jajaran Gunung Angsi ini, apabila fail dibuka, pihaknya mendapati tiada syarat yang kukuh untuk membolehkan kuat kuasa berkaitannya dibuat, namun, kerajaan meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri memantau perkembangan itu khususnya aspek alam sekitar agar tidak menjejaskan kawasan sekitarnya.

pelajar pelik

ARKIB : 16/06/2012

Pelajar berkelakuan pelik ancam nyawa sendiri

SEORANG pelajar cuba mengancam nyawanya dengan duduk di atas pagar beranda di tingkat tiga sebuah pangsapuri di Bukit Beruang, Melaka, semalam.
MELAKA 15 Jun - Tindakan pantas kakitangan pengurusan sebuah pangsapuri di Bukit Beruang di sini berjaya menyelamatkan nyawa seorang penuntut sebuah universiti swasta yang cuba mengancam nyawanya dengan duduk di atas pagar beranda di tingkat tiga bangunan itu hari ini.
Pelajar tahun akhir jurusan undang-undang yang berusia 23 tahun itu dikatakan bertindak demikian gara-gara tidak berpuas hati dan marah dengan polisi yang diamalkan di universiti tersebut.
Selain duduk di beranda tingkat tiga pangsapuri bersebelahan universiti itu dalam keadaan kaki terjuntai keluar, gadis tersebut turut mencampak beberapa objek termasuk gelas kaca ke bawah bangunan.
Berikutan itu, kakitangan pihak pengurusan pangsapuri bertindak menyelamatkan gadis tersebut sebelum menyerahkan kepada pihak polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supritendan Muhammad Koey Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.