Monday, June 18, 2012

bergaduh dengan pelajar

Lagak ala samseng
TUAN NURSUHAILA RAJA MUHAMMAD
17 Jun 2012
Lagak ala samseng
Azman (kiri) menunjukkan motosikal yang dirosakkan dalam pergaduhan melibatkan
dua kumpulan pelajar
KAJANG – Akibat salah faham di kantin sekolah, dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras Perdana di sini, menerima jahitan di kepala manakala seorang guru lelaki berusia 40- an turut tercedera terkena objek yang dibaling ketika cuba meleraikan pergaduhan, Rabu lalu.

Namun pertikaian di antara pelajar terbabit tidak tamat di situ malah berlarutan selepas dua kumpulan bertembung melibatkan pelajar dan orang luar di luar perkarangan sekolah, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Azman Ayob berkata, polis menahan 20 orang berumur di antara 15 hingga 20 tahun bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kes yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu tidak melibatkan sebarang elemen gengsterisme namun lebih kepada perselisihan faham antara pelajar.

“Daripada 20 yang ditahan, 14 masih bersekolah manakala enam lelaki yang ditahan bekerja sebagai mekanik, pembuat kusyen kereta, penjual telefon bimbit dan tukang masak.

“Seorang daripada enam yang ditahan adalah bekas pelajar dan polis masih menyiasat punca sebenar kes,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang,
semalam.

Berikutan penahanan tersebut beliau berkata, polis turut merampas tiga motosikal milik pelajar dan orang luar yang dirosakkan semasa pergaduhan serta sebatang kayu yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam pergaduhan tersebut.

Menurutnya, kesemuanya ditahan reman empat hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment