Wednesday, June 27, 2012

penulis blog kena pukul

Penulis blog dipukul
ROSMIZA KASIM dan MALINI MAZLAN
27 Jun 2012
Penulis blog dipukul
Khairul Nizam paling teruk cedera.
KOTA BHARU - Perhimpunan dua kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di hadapan Kompleks Kota Darul Naim, semalam dicemar kekecohan sebelum sempat ia dimulakan.

Kumpulan menyokong Kerajaan Negeri, Royalti mengadakan pra perhimpunan royalti menjunjung Titah Tuanku Sultan Muhammad V menyerahkan memorandum tuntutan royalti Kelantan.

Sementara Himpunan Sedar diketuai Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), mendesak Kerajaan Negeri bentang maklumat peruntukan Kerajaan Pusat yang dibelanjakan dalam menyediakan air bersih.

Kekecohan perhimpunanmelibatkan 5,000 peserta itu berpunca daripada perebutan kawasan untuk berhimpun.

Perselisihan faham bermula dengan lontaran botol minuman yang membawa pergaduhan menyebabkan lima peserta Royalti cedera.

Perhimpunan berakhir jam 11 pagi itu, dipenuhi ‘perang mulut’ kedua-dua pihak yang berhujah bagi menyokong tuntutan menggunakan pembesar suara.

Mangsa, Abu Samah Hassan berkata, kejadian itu berlaku ketika pihaknya sedang berunding dengan anggota polis bertugas berhubung urusan pembahagian kawasan himpunan.

Beliau yang juga Naib Presiden Royalti berkata, sewaktu berunding, keadaan tegang dengan provokasi daripada Sedar dan menyebabkan dia berbincang dengan ketua kumpulan tersebut.

“Oleh kerana perundingan tidak berjaya, saya ambil keputusan beredar.

Namun, ketika beredar, saya dipukul dengan kuat dari arah belakang dan terkena bahu, leher dan kepala,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pengkalan Chepa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Bharu.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Khairul Nizam Abd Ghani, 31, yang merupakan pengendali blog adukataruna.blogspot.com berkata, dia menerima tiga jahitan di kepala setelah dipukul 15 individu dari pihak yang sama.

No comments:

Post a Comment