Thursday, June 14, 2012

jangan basuh pinggan dalam tandas

Wanita basuh pinggan dalam tandas disamun

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA TERENGGANU: “Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya apabila leher dihunus pisau. Ketika itu, saya merayu suspek tidak mencederakan saya,” kata Halimah Awang Chik, 50, yang berdepan detik cemas disamun seorang lelaki ketika membasuh pinggan dalam tandas wanita di sebuah pejabat jabatan kerajaan di Wisma Persekutuan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Halimah yang juga pegawai penerangan di Besut bukan saja kerugian hampir RM12,000 apabila gelang tangan emasnya dilarikan suspek, tetapi turut cedera di tangan dan leher akibat terkena pisau digunakan suspek ketika cuba melepaskan diri.


Kejadian itu berlaku ketika mangsa berseorangan membasuh pinggan dalam tandas di tingkat tiga bangunan terbabit selepas makan tengah hari sebelum didatangi seorang lelaki yang memeluknya dari belakang dan menghunus pisau di leher serta mengugut meminta wang.

“Suspek menutup mulut saya menggunakan pita pelekat berwarna hitam apabila saya cuba menjerit mendapatkan pertolongan.


“Pergelutan itu menyebabkan saya luka di belakang leher dan tangan akibat terkena pisau yang dipegang suspek,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu Kuala Terengganu, di sini, selepas membuat laporan kejadian terbabit.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin yang dihubungi, di sini, semalam mengesahkan pihaknya menerima laporan mangsa dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun.

No comments:

Post a Comment