Saturday, June 23, 2012

akibat gambar seksi

ARKIB : 22/06/2012

Gambar seksi model dipalsu untuk iklan seks

JOEY cheah menunjukkan gambarnya yang dipalsukan dan disebarkan di Internet pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 21 Jun - Seorang model sambilan wanita yang semakin popular di peringkat antarabangsa hidup tertekan sejak awal bulan ini apabila ada individu dipercayai cemburu dengan kejayaannya bertindak memalukannya di Internet.
Joey Cheah, 26, mendakwa, individu terbabit berkemungkinan bekerja dalam industri hiburan, telah mengambil gambar-gambar seksi miliknya untuk dimuat naik dalam laman sosial Facebook, Twitter dan mengiklankan kononnya dia menyediakan perkhidmatan seks 24 jam dengan bayaran menarik.
Model berasal dari Pulau Pinang yang merupakan anak tunggal berkata, selain menyiarkan gambar-gambar seksi bersama ayat-ayat lucah, individu tidak bertanggungjawab itu turut memberi nombor telefon bimbitnya untuk dihubungi mana-mana lelaki berhidung belang yang berminat mendapat perkhidmatan seks daripadanya.
Katanya, gara-gara iklan palsu tersebut, dia mendapat malu dan menghadapi tekanan apabila telefon bimbitnya tidak berhenti berdering serta menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada lelaki tidak dikenali yang mahu melanggannya.
“Mereka tanya berapa harga saya, adakah saya ada masa untuk dilanggan dan mahu mengadakan hubungan seks dengan saya serta mengucapkan kata-kata lucah.
“Dalam sehari sahaja, saya menerima lebih 100 panggilan dan SMS daripada lelaki yang mahu melanggan. Saya berasa amat sedih dan tertekan kerana tak buat perkara tak senonoh itu," katanya pada sidang akhbar di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA di sini hari ini.
Joey yang pernah diiktiraf sebagai 10 model terbaik dalam pertandingan Miss Malaysia Model of The World sebelum ini memberitahu, dia hanya menyedari penyebaran gambar seksi dan iklan palsu mengenainya tersebar di Internet setelah dimaklumkan oleh kawan-kawannya pada 30 Mei lalu.
Dia yang bekerja sebagai jurujual berkata, kawan-kawannya turut membantu melaporkan perkara itu kepada pihak pengurusan Facebook dan Twitter meminta ia disekat serta dipadamkan.
Joey mengakui semua gambar seksi yang dimuat naik adalah gambar asli miliknya yang disimpan dalam album di Facebook untuk tatapan rakan-rakan dan peminat.
“Saya memang menyimpan gambar-gambar seksi kerana memang kerjaya sebagai model menghendaki saya bergambar dalam keadaan demikian tetapi tidak sangka ada orang yang dengki dan menyalahgunakan gambar itu bagi memalukan saya.
“Saya bekerja sebagai model sambilan dengan Simones Modelling Agency sejak 2010 dan mengakui kerjaya semakin cemerlang sejak akhir-akhir ini apabila banyak menerima tawaran kerja di dalam dan luar negara," katanya sambil memberitahu mungkin kejayaan itu menimbulkan cemburu di kalangan pesaingnya.

No comments:

Post a Comment